Friday, September 10, 2010

Teks Ucapan Hari Koperasi 2007

TEKS UCAPAN
EN AZMAN BIN SAFII, PENOLONG KANAN SMK KULAI BESAR,
MEWAKILI PENGETUA DALAM MAJLIS PELANCARAN HARI KOPERASI PERINGKAT SEKOLAH 2007

PADA 21HB FEBRUARI 2007, 7.30 PAGI



1. Assalamualaikum wbh…Selamat Pagi dan Salam Sejahtera.

2 Sdr. Pengacara Majlis

3. Yang Berbahagia .....................................................

4. Yang Berusaha En Wong Kim Fah Penolong Kanan HEM

5. Yang Dihormati Tuan Syed Abdul Rahim bin Abdul Rahman YDP PIBG SMKKB
Penolong Kanan Kokurikulum, Guru-Guru Kanan, Rakan-Rakan Guru
Dan semua murid yang dikasihi sekelian.

6. Terlebih dahulu, sukalah saya melahirkan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia dan izinNya maka dapatlah kita bersama-sama bertemu pada pagi ini, dalam Program Hari Koperasi Sekolah, SMK Kulai Besar bagi tahun 2007.

7. “Program Hari Koperasi Sekolah (HKS) 2007 peringkat negeri Johor sebenarnya telah bermula sejak pelancaranya oleh YB Dato Seri Hishamudin , Menteri Pelajaran Malaysia pada 17 Jun lalu di SMK Tun Habab Kota Tinggi. Adalah dimaklumkan bahawa PHKS akan berlangsung sehingga 23 Jun ini, merupakan satu program yang di atur oleh ANGKASA dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. SMKB Berbesar hati untuk memilih hari ini sebagai sambutan bagi peringkat sekolah.

8. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih di atas kehadiran ............................................................... pada majlis kami pada hari ini. Sesungguhnya sokongan yang diberikan oleh Jabatan Pembangunan Koperasi kepada pihak sekolah adalah sesuatu yang amat berharga yang kami sifatkan umpama si buta mendapat pimpinan dari orang yang celik. Terima kasih juga kepada YDP PIBG yang turut hadir pada majlis ini. Kehdiran tuan kami sifatkan satu pengiktirafan dari kalangan ibu bapa dan penjaga terhadap usaha murni sekolah dalam menjadikan koperasi sebagai satu aktiviti kokurikulum yang dapat menyumbang kepada peningkatan sahsiah dan budaya keusahawanan di kalang murid-murid di sekolah ini.

Yang berbahagia......................

Hadirin dan semua murid sekelian

9. Koperasi Sekolah merupakan elemen penting untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai jatidiri yang terpuji melalui kegiatan-kegiatan yang dijalankan berlandaskan nilai dan prinsip koperasi. Untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya Koperasi Sekolah, ANGKASA iaitu badan induk yang memayungi gerakan koperasi nasional telah menganjurkan Perayaan Hari Koperasi Sekolah pada tahun 13 Ogos 1995. Sejak dari tarikh tersebut, Perayaan ini disambut setiap tahun.

10. Saya melihat usaha mengadakan Hari Koperasi Sekolah bertepatan dengan hasrat KPM untuk memperkasakan GERAKAN koperasi di sekolah dengan kesedaran bahawa murid adalah pewaris kepimpinan pada masa hadapan. Sehubungan itu, ilmu berkaitan koperasi mestilah diterapkan kepada mereka sejak di bangku sekolah lagi.

11. Bagi SMK Kulai Besar, harapan kami semoga HKS ini dapat dijadikan satu asas yang kukuh kepada pihak pengurusan koperasi untuk mencanangkan kewujudan dan peranan koperasi sekolah setterusnya dapat menggembleng penyertaan menyeluruh meliputi pelajar, guru, kakitangan, PIBG dan masyarakat setempat dalam amalan berkoperasi.
Yang berbahagia......................
Hadirin dan semua murid sekelian

12. Harapan dan matlamat terhadap koperasi sekolah adalah besar. Kita mahu koperasi turut bersama-sama menjadi pemain dalam usaha memantapkan pertumbuhan ekonomi Negara. Diperingkat nasional, gerakan Koperasi diiktiraf sebagai sektor ketiga yang dilihat berpontesi memberi sumbangan penting kepada peningkatan ekonomi negara

13. Bila bercakap tentang koperasi, kuncinya adalah ‘bekerjasama’kerana koperasi bermakna kerjasama. Apabila mengamalkan ‘bekerjasama’kita hendaklah memiliki nilai moral (akhlak) yang jelas tercatat dalam JATI DIRI tiap-tiap koperasi iaitu sadik, amanah, telus, tanggungjawab dan sikap penyayang. Jika elemen ini tidak diamalkan maka, itu bukanlah koperasi sebenarnya.

14. Saya berharap semua warga SMK Kulai Besar dapat memanfatkan HKS ini dengan sebaik-baiknya. Libatkanlah diri dalam program-program dan pertandingkan yang dianjurkan oleh Jabatan pembangunan Koperasi/ ANGKASA. Kepada semua murid rebutlah peluang yang disediakan dalam PHKS sekolah ini.

15. Saya juga berharap pada sambutan HKS untuk tahun-tahun yang akan datang pihak pengurusan koperasi sekolah dapat menganjurkan program yang ini dengan lebih meriah dan lebih banyak aktiviti.

16. Saya berharap ALK dapat memikirkan strategi-strategi promosi terbaik yang boleh dilaksanakan supaya anggota sentiasa merasakan diri mereka dekat dengan koperasi. Sesungguhnya kejayaan sesebuah koperasi melambangkan keteguhan dan kesepakatan anggota-anggotanya dalam merealisasikan objektif dan aspirasinya.

17. Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan kehadiran JPK dan YDPPIBG. Tahniah dan syabas kepada peneraju kepimpinan koperasi sekolah dan seluruh AL Koperasi kerana berjaya mengatur majlis seumpama ini. Walaupun sambutan peringkat sekolah ini kecil tapi jadikanlah ia sebagai pemangkin semangat agar kita dapat mengatur strategi untuk langkahan yang lebih besar pada sambutan akan datang.

18. Tahniah kepada semua murid kerana anda telah menjadi sebahgian daripada 5.87 juta anggota koperasi di negara ini dan menjadi penyumbang kepada 7.36 bilion syer serta 37.4 bilion aset koperasi seperti yang dilaporkan pada tahun 2006. Sekian. Wabillahitaufikwalhidayah. Wassalamualaikum w.b.t.