Friday, September 10, 2010

Teks Ucapan : Kem Endurance 2007

UCAPAN PADA MAJLIS PELANCARAN
PROGRAM ENDURANCE AKADEMIK SMKKB 2007

AHAD,18 MAC 2007
DEWAN RAYA KAMPUNG PERTANIAN

1. Terima Kasih kepada pengacara majlis

2. Ucapan selawat dan salam dan doa pembuka kata

3. Yang Berbahagia TN. SYED ABDUL RAHIM BIN ABDUL RAHMAN, YDP PIBG SMKKB

Yang Berbahagia ...........................................................................
Yang Berusaha................................................................................
Yang Dihormati .............................................................................

4. Saya menngucapkan penuh kesyukuran kerana dapat hadir bersama dengan tuan-tuan dan puan-puan pada pagi ini dalam Majlis Pelancaran Program Endurance Akademik. Saya menyampaikan salam daripada Tuan Pengetua Hjh. Zubaidah binti Endot yang tidak dapat hadir pada hari ini kerana beliau mempunyai urusan lain yang memerlukan kehadiran beliau. Pn. Hjh. Zubaidah binti Endot adalah pengetua SMKKB yang baru. Beliau melapor diri di SMKKB pada 1 November 2006 sebagai pengetua menggantikan En. Lee Hock Lai yang berpindah ke SMK Sultan Ibrahim. Pn. Zubaidah sebelum ini bertugas sebagai PK HEM di SMK Majidee Baru.

5. Yang Berbahagia YDP dan sidang hadirin sekelian sebelum saya meneruskan ucapan ini terlebih dahulu izinkan saya menerangkan terlebih dahulu tentang senario SMKKB pada masa ini. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan pada waktu ini SMKKB mempunyai seramai 1050 orang murid. Dari segi pecahan kaum 497 orang (47%) adalah Melayu, 358 orang (34%) kaum Cina, 193 orang (18%) kaum India manakala kaum-kaum lain seramai 2 orang (1%). Dari segi jantina 53% adalah murid Lelaki dan selebihnya 47% peratus teridir daripada murid perempuan. Daripada jumlah ini dalam perangkaan kami 14 % murid adalah dari Kampung Pertanian dan sekitranya, 64% Bandar Putra dan selebihnya iaitu 22% dari kawasan-kawasan lain.

6. Pada masa ini SMKKB terdapat 30 kelas termasuk 1 Kelas Pendidikan Khas dan 2 Kelas Peralihan. Adalah dijangkakan pada tahun 2008 jumlah kelas meningkat kepada 34 kelas. Jumlah murid juga dijangka bertambah kepada 1200 orang. Sukacita dimaklumkan juga mulai 2008 SMKKB diarahkan oleh pihak Jabatan untuk menubuhkan kelas MPV (Mata pelajaran Vokasional).

7. Dari segi keperluan guru pula kami amat bersyukur kerana pada waktu ini jumlah guru akademik KBSM di SMKKB adalah mencukupi iaitu seramai 61 orang semuanya. Dengan jumlah guru yang mencukupi ini kami mengharapkan tiada kebimbangan dari kalangan Ibu Bapa terhadap kebajikan dan pelajaran anak-anak yang bersekolah di SMKKB. Harapan kami ialah Ibu Bapa, datang ke sekolah untuk berbincang seandainya ada perkara-perkara yang yang tidak memuaskan hati atau ada cadangan-cadangan yang membina untuk kami laksanakan demi kemajuan murid.

8. Berkaitan prestasi akademik, Alhamdulillah pada tahun 2006 mencipta sejarah kepada SMKKB apabila keputusan PMR dan SPM bukan sahaja meningkat, tetapi mencatat keputusan terbaik sejak pengasasan sekolah ini. Keputusan PMR pada tahun lalu meningkat dari 41.30%, meningkat kepada 46.76% (5.46%), manakala seorang murid mendapat Perfect Score. Keputusan SPM yang baru sahaja diumumkan telah menunjukkan peningkatan yang amat membanggakan iaitu meningkat 16.44% kepada 81.51 berbanding 65.07% pada tahun lalu.Peningkatan ini membolehkan SMKKB berada pada kedudukan yang lebih baik di daerah Kulai ini iaitu tempat ke 12 berbanding tempat ke 14 pada tahun 2006 bagi keputusan PMR dan berada pada kedudukan ke-10 berbanding ke-14 pada tahun lalu bagi keputusan SPM.

9. Yang Berbahagia YDP, tuan-tuan, puan-puan dan sidang hadirin sekelian, sebenarnya hasrat kami untuk turun ke padang dalam melaksanakan program-progaram peningkatan akademik khususnya di kampung Pertanian dan kawasan sekitarnya telah dirancangkan sejak tahun lalu. Alhamdulillah pada awal tahun ini apabila En Mohd Azam bin Anuar, mantan Penolong Kanan SMKKB melapor diri untuk melaksanakan praktikalnya di sekolah ini, idea ini kami bincangkan bersama beliau dengan harapan dapat dijadikan sebagai salah satu daripada beberapa program yang tersenarai dalam agenda beliau di SMKKB.

10. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan sekelian pada tahun 2006 SMKKB mempunyai 3 Penolong Kanan. Pada awal tahun Penolong Kanan SMKKB ialah Tn. Hj. Che Musttapa bin Che Ismail, kemudian mulai Mac/April En Mohd Azam sebagai PK, dan mulai 1 Ogos saya menggantikan En Mohd Azam sebagai PK apabila En Azam melanjutkan pelajaran peringkat sarjana di IAB.

11. Komitmen yang ditunjukkan oleh En Mohd Azam amat tinggi, beliau bukan sekadar bersetuju untuk menyelaraskan program ini, bahkan memberi input baru bagi menambah nilai program ini. Pada peringkat awalnya kami merancang untuk mengadakan kelas tambahan biasa di kampung pertanian ini, namun setelah dibincangkan semula bersama En Azam kami mengubah bentuknya kepada program Endurance Akademik yang lebih fokus kepada pembinaan daya tahan, daya tumpu murid dalam situasi peperiksaan sebenar di samping menekankan kepada latih tubi dan kemahiran menjawab.

13. Sidang hadirin sekelian, pada kesempatan ini saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Tuan Syed Abdul Rahim bin Abdul Rahman YDP PIBG berserta AJKnya yang telah memberi sokongan dalam menjayakan program ini. Sesungguhnya sokongan dan dokongan yang diberikan oleh kepimpinan PIBG SMKKB memanglah amat membanggakan. Beliau bukan sahaja senang dihubungi malah amat mudah meluangkan masa menjenguk sekolah sama ada dalam urusan rasmi atau bukan rasmi.
14. Saya tidak nafikan komitmen yang ditunjukkan ini juga menjadi sebahgaian daripada resepi kejayaan SMKKB pada waktu ini. Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada ..................................... serta AJK/JKKK kampung Pertanian yang telah memberi sokongan, bantuan dan kerjasama yang amat tinggi kepada kami dan En Mohd Azam khususnya dalam menjayakan program ini.

15. Sebelum saya mengundur diri saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada ibu bapa, tuan-tuan dan puan-puan agar dapat membantu kami dalam usaha memajukan anak-anak didik kita. Sekolah hanya memberi pelajaran,pengajaran dan pembelajaran selama lima jam sahaja, lima hari dalam seminggu. Manakala bakinya 19 jam anak-anak ini berada di rumah, tujuh hari seminggu. Oleh itu suruh-suruhlah, pantau-pantaulah,pandng-pandanglah atau jeling-jelinglah agar anak-anak tuan/puan meluangkan sedikit masa untuk belajar di rumah. Kami di sekolah akan mengatur pelbagai program dalam usaha memajukan murid, kami mengharapkan sokongan tuan/puan dalam memastikan usaha kami di sekolah berteusan di rumah. Kami berharap agar tuan/puan dapat memastikan anak-anak tuan/puan yang terlibat dalam program Endurance Akademik ini hadir pada setiap sesi yang dijalankan.

16. Sekian terima kasih.





AZMAN BIN SAFII,
PENOLONG KANAN,
SMK KULAI BESAR,
KULAI, JOHOR.

No comments:

Artikel Popular