Friday, September 10, 2010

Teks Ucapan : Perhimpunan Mingguan 28 April 2008

TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN MINGGUAN
ISNIN, 06 OKTOBER 2008

AZMAN BIN SAFII,
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
SMK KULAI BESAR


1) Yang Berusaha Pengetua -Pn Hjh Zubaidah Endot, Yang Dihormati PK HEM –En Wong Kim Fah, Penolong Kanan Kokurikulum –En Mohd Tahir Ismail, GKMP, Guru dan yang di kasihi semua murid SMK Kulai Besar.

2) Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah S.W.T di atas segala kurnia dan nikmat yang dikurniakan kepada kita iaitu nikmat kehidupan, kesihatan, kemakmuran, dan bagi yang Islam nikmat iman dan Islam.

3) Bersempena dalam bulan Syawal ini sama-samalah kita mengambil iktibar dan semangat hari raya untuk membakar semangat untuk terus belajar, berusaha dan berjaya. Hari Raya di sambut semua umat Islam, semua orang bergembira semasa Hari Raya sama ada berpuasa ataupun tidak sepanjang Ramadhan. Kegairahan dan semangat untuk membuat persiapan hari raya sepatutnya kita terapkan kepada amalan kita semasa belajar.

4) Pada kesempatan ini suka saya mebawa perhatian kepada semua murid agar selalulah kita Ingat 2 perkara dan lupakan 2perkara :

4.1 Ingat jasa orang yang membuat kebaikan kepada kita lantas berterima kasih dan
memuliakannya.
4.2 Ingat kejahatan kita kepada orang yang akan mendorong kita dahulu meminta maaf
kepadanya.
4.3 Lupa jasa kita kepada orang supaya kita tidak sombong,sebaliknya dengan tawadhuk
suka menjadi orang yang awal dalam membuat kebaikan.
4.4 Lupa kejahatan orang kepada kita supaya kita tidak berdendam,bahkan kita
memaafkannya sebelum dia meminta maaf.

5) Kepada semua murid hormatlah guru anda: Guru adalah ibu bapa kedua, tugas guru bukan sahaja mengajar tetapi mendidik. Hormati guru sebagaimana sepatutnya anda menghormati ibu bapa. Murid perlu berusaha bukan sahaja tinggikan IQ tetapi EQ dan SQ khususnya bagi kelas-kelas yang baik. Tg 1, Tg2 terbaik di KB, tunjukkan kematangan anda. Streaming akan ambil kira EQ dan SQ (Disiplin dan sahsiah diri). Gunakan perkataan dan perbuatan serta kerohanian dalam membentuk hubungan yang baik dengan guru. Perkataan yang baik cerminan peribadi. Apakah yang anda dapat dengan menghemburkan kata-kata kesat dan memaki memaki guru.....? percayalah anda tidak diberkati.

6) Pada perhimpunan ini saya ingin menyampaikan beberapa strategi Belajar Untuk Peperiksaan;

6.1 Bersedia untuk belajar

6.1.1 Peperiksaan semakin hampir. Anda perlu melakukan persediaan bagi memastikan anda mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di TG6/kolej ataupun universiti./ penentuan kerjaya bagi PMR

6.1.2 Sekiranya anda memang telah belajar dari awal, pastinya tidak banyak yang perlu dirisaukan. Tetapi bagaimana pula sekiranya anda baru mahu bersungguh-sungguh mengulangkaji. Lebih-lebih lagi sekiranya anda bakal menduduki SPM.

6.1.3 Kepada pelajar SPM saya nasihatkan agar memberikan tumpuan kepada matapelajaran penting. Iaitu matapelajaran yang membawa anda ke menara gading. Matapelajaran ini ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan dua matapelajaran elektif (Fizik, Kimia, Biologi, Prinsip Akaun, Ekonomi, Sains Tambahan, Matematik Tambahan, Kejuruteraan).

6.1.4 Sekiranya anda mendapat markah yang baik dalam kelompok mata pelajaran ini maka peluang anda untuk ke universiti adalah cerah.

6.1.5 Namun begitu, sekiranya anda mampu, hendaklah anda dapatkan markah yang terbaik bagi semua mata pelajaran. Sebab persaingan ke universiti kini semakin sengit. Mereka yang berjaya biasanya memiliki pencapaian yang baik dalam semua mata pelajaran.

6.2 Buatkan jadual belajar untuk peperiksaan

6.2.1 Jangan panik. Itu adalah pesan saya yang paling utama. Walaupun anda rasakan banyak yang perlu difahami dan diingati, jangan sekali-kali anda panik. Sekiranya anda panik, anda akan mengundang lebih banyak masalah berbanding penyelesaian. Tidak ada masalah tanpa penyelesaian.

6.2.2 Mula menyemak semua buku-buku yang ada termasuk nota sekolah, buku teks, buku rujukan, soalan-soalan ramalan dan soalan-soalan tahun lepas. Pastikan semuanya lengkap dan dalam keadaan baik.

6.2.3 Langkah pertama kenal pasti bab-bab yang susah dan belum anda kuasai untuk semua mata pelajaran. Senaraikan bab-bab ini. Senaraikan juga bab-bab yang telah anda kuasai dengan baik.

6.2.4 Langkah kedua buatkan analisa soalan-soalan sejak 5 tahun yang lepas. Lihat bab-bab yang sering keluar soalan darinya. Bab-bab ini merupakan bab-bab penting yang tidak boleh tidak mesti anda kuasai dengan baik.

6.2.5 Buatkan jadual perancangan belajar anda. Agihkan tajuk-tajuk dari sekarang hinggalah seminggu sebelum peperiksaan. Jangan diganggu minggu terakhir sebelum peperiksaan sebab minggu terakhir ini adalah untuk anda lakukan semakan terakhir nanti. Mana-mana bab yang penting, mulakan ulangkajinya dahulu. Lagi awal anda mengulangkaji bab-bab ini lagi cepat anda mengenalpasti dan seterusnya mengatasi setiap masalah.

6.2.6 Sekiranya anda terpaksa menghabiskan 4 bab seminggu maka habiskanlah. Anda mungkin terpaksa belajar 5 - 8 jam sehari untuk mengulangkaji semua matapelajaran. Oleh itu anda perlu berkorban demi masa depan. Anda mungki belajar 1 jam diwaktu pagi, 2 jam pada tengahari, 1 jam diwaktu petang dan 3 jam diwaktu malam. Ini menjadikan masa belajar anda 7 jam sehari.

Resepi Kecergasan Minda:

Mengelakkan perbualan kosong Membersihkan mulut dan gigi (miswak @bersugi) Bergaul dengan orang soleh dan alim Memperbanyakkan membaca al-quran Permakanan yang bijak (halal dan berkhasiat) Solat khusuk serta melazimkan tahajjud Mengosongkan perut Menjaga mata (menundukkan pandangan)

Sekian selamat maju jaya, terima kasih kerana anda sudi mendengar.

Oleh :

Azman bin Safii,
Penolong Kanan Pentadbiran,
SMK Kulai Besar

No comments:

Artikel Popular