Friday, September 10, 2010

Teks Ucapan : Perhimpunan Mingguan 20 April 2009

TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN RASMI
MINGGUAN

AZMAN BIN SAFII,
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

TARIKH : ISNIN 20 APRIL 2009


1. Terima kasih kepada pengacara Majlis

2. Yang Berusaha En Wong Kim Fah, Penolong Kanan HEM, En Mohd Tahir bin Ismail, PK Kokurikulum, Yang dihormati Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, Rakan-rakan guru dan yang dikasihi semua murid warga SMK Kulai Besar.

3. Sekiranya semua murid masih ingat pada minggu lalu saya telah menyentuh berkenaan visi sekolah iaitu menjadi sekolah cemerlang daerah Kulaijaya pada tahun 2012. Saya juga telah menyatakan apakah fokus kita untuk mencapai kecemerlangan tersebut iaitu kecemerlangan akademik, sahsiah, kokurikulum, dan 3K. Saya juga telah menyatakan bahawa untuk mencapai tahap cemerlang, semua pihak harus bertindak mengikut tatacara orang cemerlang.

4. Halangan utama kita untuk menjadi cemerlang sebenarnya ialah sikap, inilah yang menyebabkan pada minggu lalu saya tertarik untuk mengulas agak panjang satu episode dalam Temasya Olimpik Rimba Sedunia......iaitu pertembungan klasik antara kura-kura dan sang arnab. Saya dah huraikan dengan panjang lebar apakah iktibar dan moral yang boleh kita pelajari daripada peristiwa tersebut.

5. Namun kerana terlalu fokus kepada kura-kura, arnab dan murid-murid SMK Kulai Besar saya terlupa untuk menyampaikan kandungan ucapan saya sepatutnya iaitu tetang perlunya kita mengubah cara berfikir (paradigma) supaya menjadai orang cemerlang dan seterusnya sekolah pun cemerlang.

6. Oleh itu pada perhimpunan pagi ini saya menyeru kepada semua murid agar dapat mengubah cara berfikir, kepada cara berfikir sebagai seorang yang cemerlang berpandukan kepada lima perkara yang harus murid miliki;

a. Tetapkan matlamat datang ke sekolah untuk belajar. Berilah tumpuan kepada pengajaran guru, libatkan diri dalam semua aktiviti yang menyubang kepada keilmuan . Peluang untuk belajar di alam persekolahan datang sekali seumur hidup

b. Rebutlah peluang yang ada. Program-program kecemerlangan yang dijalankan di sekolah perlulah disambut dengan kesungguhan. Kelas Bimbingan Hikmah, GPMS, PIBG, dan pelbagai program akademik, koakademik dan kokurikulum yang akan dilaksanakan oleh pihak sekolah perlu dihargai dan dimanfaatkan oleh semua murid.

c. Manfaatkan sumber yang ada di sekolah secara bijak sana. Jagalah harta benda sekolah dan gunakan dengan berhemah. Tindakan vandalisme seperti merosakkan harta benda sekolah akan menyebabkan sekolah terpaksa menggunakan peruntukan untuk tujuan baik pulih. Sedangkan peruntukkan tersebut boleh digunakan untuk program peningkatan dan kebajikan murid.

d. Patuhi peraturan sekolah kerana sekiranya semua murid dapat mematuhi peraturan sekolah, guru-guru dapat menggunakan masa yang lebih untuk mengajar dan mendidik. Kajian mendapati sekolah yang berprestasi rendah mempunyai korelasi dengan masalah disiplin murid.
e. Penghayatan terhadap nilai-nilai murni, Berbudi bahasa, hormat menghormati, hargai masa

7. Pada minggu lalu pihak sekolah telah terlibat dalam pertandingan bola sepak peringkat daerah. Saya mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat dalam melatih pasukan sekolah, En Sofian, En Roslee, En Anas dan murid-murid yang mengerah keringat di padang. Seperti yang diketahui kita gagal mempertahankan kejuaraan kita apabila kalah di peringkat suku akhir. Kita tampil pada masa itu sebagai juara bertahan untuk 2 tahun berturut-turut.

8. Saya melihat kekalahan pada tahun ini ada pengajaran yang berguna untuk murid-murid iaitu jangan terlalu yakin dengan rekod dan sejarah. Sejarah lalu tidak menyubang kepada kecemerlangan dan kejayaan masa kini. Perkara penting ialah kekuatan mental......Saya dapati musuh utama kegagalan itu ialah kelemahan mental;

a) Merasa diri seperti hebat...buktinya ada murid yang di sekolah tidak menimbulkan masalah rambut, tetapi apabila sertai pasukan bolak sepak terus ubah kepada rambut berfesyen hingga saya terpaksa membuat amaran untuk menahan murid daripada turut serta. Saya mohon kepada En Tahir dan kepada semua guru agar memandang berat perkara ini. Masalah disiplin sebenarnya adalah satu isyarat bahawa mental murid yang lemah iaitu sekadar hendak menunjuk penampilan bukannya untuk menunjukkan kemampuan dalam permainan.

b) Berfikiran kekampungan. Perkara ini dibuktikan apabila murid gagal mengawal emosi hingga membawa kepada tindakan pembuangan atau keluar padang oleh pengadil ke atas pemain kita.
Terdapat pemain yang menganggap dirinya berstatus “bintang” oleh pemain lain dalam pasukan. Ini menyebabkan pemain hilang fokus. Dapatan ini saya peroleh menerusi perbualan dengan beberapa pemain yang mewakili sekolah. Kenapa saya kata mentaliti kekampungan, ini adalah kerana bila kita berfikiran glokal kita akan lebih rasional dan profesional.
Saya juga dimaklumkan bahawa kekalahan itu disebabkan kecergasan pasukan kita yang lemah kerana berhadapan dengan lawan yang memang telah berehat lama.

9. Saya berharap kepada semua warga SMKKB agar memandang serius terhadap pertandingan-pertandingan yang kita sertai. Satu daerah melihat kita dengan satu tanggapan bahawa kita adalah sekolah yang bertanding untuk dibelasah dan dikalahkan. Dalam apa pun pertandingan semua nak jumpa kita. Kita kena bersungguh-sungguh.....kalah tidak apa asal kekalahan itu setelah kita tunjukkan kehebatan dan semangat juang yang tinggi. Kecemerlangan dalam sukan adalah salah satu fokus untuk kita menjadi sekolah cemerlang

10. Seperkara lagi ingin saya ingatkan semua murid bahawa pada Mei nanti akan diadakan peperiksaan pertengahan tahun. Sekali lagi kita diperhatikan sebagai sekolah yang bakal berada di kelompok tercorot. Kita pedulikan tanggapan seperti ini, kita terus berusaha, yang paling utama kita tunjukkan peningkatan. Anda buatlah persiapan yang rapi...jangan peduli apa orang lain kata yang penting kita mesti tanam satu matlamat iaitu peningkatan yang berterusan.

11. Saya mengesyorkan agar amalkan pengurusan ABCDEF untuk cemerlang menjadi pegangan semua murid;

A : Atitude/ Sikap/ Positif/interaktif/semangat
B : Belief/ Percaya kebolehan diri
C : Confidence/ yakin/ bertanya, menjawab
D : Determination/ keazaman, dorongan, iltizam
E : Enthusiasm/ semangat, minat membara
F : Fun/ Perlu masa untuk berhibur dan riadah

11. Selamat barjaya, sekian terima kasih.

AZMAN BIN SAFII,
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN,
SMK KULAI BESAR,
KULAIJAYA