Monday, January 24, 2011

Mengurus Dengan Berjalan Sekitar (MBWA)



Dalam Mesyuarat Pengurusan dan Pentadbiran Bil.3/2011, Pengetua Puan Hajah Fouziah Abu Hamid, telah menyatakan cadangannya untuk melaksanakan amalan pengurusan Management By Walking About (WBMA) dalam kalangan Penolong Kanan dan Guru Kanan di sekolah.

Pada penulisan pada kali ini saya mengambil peluang untuk menulis mengenai WMBA dari prespektif ilmiah yang barangkali boleh dimanfaatkan oleh Penolong Kanan dan Guru Kanan selaku pelaksana dan guru-guru serta staf sokongan yang akan terlibat secara langsung dalam memahami konsep, tujuan dan pendekatan terbaik dalam melaksanakannya.

Puas juga saya memikirkan apakah istilah yang bertepatan dengan citra lidah Malaysia (Bahasa Melayu)  mengenai konsep WBMA. Namun saya akhirnya berpuas hati dengan tafsiran WBMA sebagai Pengurusan Secara Berkeliling Sekitaran Tempat Kerja. (Mengurus Dengan Berjalan Sekitar)

Penulisan ini adalah maklumbalas awal saya menganai satu amalan baik dalam pengurusan seperti yang dicadangkan oleh pengetua. Semoga penulisan ini dapat membantu rakan-rakan pentadbir dalam memahami lebih lanjut mengenai amalan pengurusan MBWA ini.

Management By Walking About/Around (MBWA) adalah satu pendekatan dalam pengurusan organisasi, iaitu pendekatan berstruktur secara turun padang dengan penyertaan langsung oleh pengurus sesebuah organisasi dalam urusan pekerjaan yang berkaitan dengan kakitangan di bawah kawalan mereka.

Pengurusan dengan berjalan sekitar menekankan pentingnya hubungan interpersonal, apresiasi dan pengiktirafan secara terbuka terhadap kakitangan di bawah kawalan. Pendekatan ini adalah salah satu cara yang paling penting untuk membina hubungan saling hormat, penuh kesopanan dan menekankan penambahbaikan prestasi di tempat kerja.

Pendekatan ini adalah berbeza dengan amalan pengurusan konvensional dan tradisional yang bersifat kaku, sehala dan bersifat jarak jauh (remote control). Pada praktiknya menerusi MBWA, pengurus menghabiskan sejumlah besar masa mereka melakukan lawatan rasmi untuk ke kawasan kerja dalam kawalan mereka melihat secara dekat dan  mendengar pandangan serta mengetahui masalah pekerja.

Tujuan pengurusan menerusi pendekatan ini adalah untuk mengumpul sejumlah maklumat kualitatif, mendengar pandangan dan keluhan, dan mendapatkan merasai sendiri denyut nadi keseluruhan organisasi. Pendekatan ini juga disebut pengurusan dengan berkeliling.

Amalan mengurus dengan berjalan sekitar dipopularkan oleh Tom Peters dan Robert Waterman pada awal tahun 1980 kerana beliau merasakan bahawa para pengurus organisasi menjadi terpinggir dari kakitangan bawahan mereka.

"MBWA is simply a means of promoting effective two-way communication between employees and managers. Two-way channels of communication provide for fruitful, immediate exchange between two or more parties, thus filling the gaps left open by other communications techniques."

                                                                                                         PETERS and WATERMAN (1982)

Walau bagaimanapun pendekatan ini secara praktiknya telah dipelopori oleh syarikat Hewlett-Packard, dan telah dilakukan sejak tahun 1973. Eksekutif di syarikat tersebut digalakkan untuk mengenali kakitangan mereka, memahami pekerjaan mereka, dan membuat diri mereka lebih terlihat dan mudah diakses.

Bill Hewlett dan falsafah perniagaan Dave Packard, berpusat pada rasa hormat yang mendalam terhadap kakitangan dengan membina keyakinan dan kesedaran dalaman di kalangan pekarja untuk melakukan pekerjaan yang terbaik demi organisasi.  Cara berkerja telah diubah menjadi tidak formal, pengurusan desentralisasi dan santai, komunikasi kolegial tanpa menjejaskan perkhidmatan dan produktiviti.

If you wait for people to come to you, you’ll only get small problems. You must go and find them. The big problems are where people don’t realize they have one in the first place.

                                                                                                                             -W. Edwards Deming

A desk is a dangerous place from which to view the world.

                                                                                                                            -John le CarrĂ©

Prinsip asasnya ialah pengurusan dengan gaya perintah-dan-kawalan tidak berkesan lagi dalam organisasi moden. Tidak ada yang lebih konstruktif daripada melihat apa yang sebenarnya berlaku di dunia nyata dan belajar dari itu. Pengurusan dengan berjalan sekitar adalah suatu teknik kepimpinan yang telah teruji oleh waktu dan boleh digunakan oleh setiap pengurus.

Pendekatan

Menguruskan dengan berjalan sekitar memerlukan penglibatan peribadi, kemahiran mendengar yang baik, dan kesedaran bahawa kebanyakan orang di suatu organisasi ingin memberikan sumbangan terhadap kejayaan dalam organisasinya.

MBWA Seharusnya tidak dipaksakan dan tidak boleh dijadikan sebgai sebuah sandiwara. MBWA Ini berfungsi jika kita memaparkan ketulusan dan kesopanan dan pengurus benar-benar tertarik dengan kakitangan dan bagaimana kakitangan mereka bekerja.

Bagi memastikan keberkesanannya berikut adalah cadangan ke arah MBWA yang berkesan, cubalah untuk;

1) Berjalan sekerap yang boleh, berulang dan sebaiknya sehari-hari.

2) Berehat selepas anda membuat pusingan anda.

3) Mengagihkan tugas dan menggalakan laporan yang positif.

4) Melihat dan mendengar tanpa membuat penilaian.

5) Menggalakkan sumbangan idea dan pendapat untuk meningkatkan operasi, produk, dll

6) Jadi responsif terhadap masalah dan bersikap mengambil berat.

7) Berilah perhatian kepada kakitangan yang membuat perkara yang betul dan memberi mereka pengiktirafan.

8) Bina perwatakan sebagai pembimbing, mentor dan jurulatih, bukannya bersifat mengarah dan mencari salah.

9) Berikan bantuan segera kepada kakitangan yang memerlukan.

10) Gunakan kesempatan untuk menyebarkan nilai-nilai baik organisasi.

11) Berkongsi visi dan misi organisasi dalam tindakan kita.

12) Berlapang dada dan elak keterpaksaan dalam melaksanakan tugasan.


Manfaat

Menguruskan dengan berjalan sekitar tidak hanya memotong garis menegak komunikasi bahkan ia juga turut

1) membina kepercayaan dan hubungan.

2) Memotivasi kakitangan dengan menunjukkan sikap pengurusan yang mengambil berat terhadap bidang kerja kakitangan.

3) Mendorong kakitangan untuk mencapai matlamat individu dan kolektif.

4) Mengukuhkan keupayaan memacu perubahan budaya kerja ke tahap prestasi yang lebih tinggi terhadap organisasi.

5) Menyumbang kepada trbinanya sebuah organisasi yang sihat.

Semoga penulisan ini dapat menjadi asas kepada semua guru dan kakitangan dalam memahami konsep WBMA dan menerima perubahan yang cuba diutarakan ke arah penambahbaikan sekolah.

Saya amat mengalu-alukan jika ada bahan lain yang dapat dikongsikan mengenai WBMA daripada kalangan pembaca blog. Sekiranya pembaca blog ini mempunyai sumber mengenai WBMA sila salurkan kepada saya menerusi ruangan maklum balas pada blog ini.


Bacaan lanjut;

ADB. 2008a. Managing Knowledge Workers. Manila. Available: www.adb.org/documents/information/knowledgesolutions/managing-knowledge-workers.pdf

———. 2008b. Storytelling. Manila. Available: www.adb.org/documents/information/knowledge-solutions/storytelling.pdf

———. 2009. Working in Teams. Manila. Available: www.adb.org/documents/information/knowledge-solutions/working-in-teams.pdf

David Packard. 1995. The HP Way: How Bill Hewlett and I Built Our Company. HarperCollins Publishers.


Saturday, January 22, 2011

Adalah Lebih Selamat Tidak Dedahkan Gambar Di Internet!!!

Kemungkinan berlakunya gambar kita yang didedahkan di internet akan disalahgunakan bagi pelbagai tujuan amatlah tinggi seperti gambar-gambar yang diposkan dalam blog ini.

Gambar seperti di bawah boleh berlaku kepada gambar kita jika jatuh ke tangan "genius yang tak kena tempat"; jadi berhati-hatilah dan LEBIH BAIK HINDARKAN MEMASUKKAN GAMBAR DALAM INTERNET!!

Perjalanan gambar anda mungkin bermula seperti ini.......

 sehingga anda tiba di White House.....

 anda juga beraksi di padang........

menyertai bintang filem dalam filem Box Office........





dan anda menjadi terkenal.......



tetapi malangnya gambar anda dikhuatiri berakhir dengan menjadi individu seperti ini;

bahan ini di olah semula dari bahan yang dikirim oleh Baharudin bin Ahmad.
Ambilah iktibar daripadanya.

Saturday, January 15, 2011

Rangka Dan Tengkorak Manusia Kaum Aad

Aktiviti cari gali minyak terbaru yang telah dilakukan di kawasan padang pasir Selatan Arab Saudi telah menemukan tengkorak manusia yang mempunyai saiz lebih besar dari saiz manusia biasa. Kawasan ini yang dikenali sebagai "Rab-Ul Khalee" atau disebut oleh para arkeologi sebagai Empty Quarter. Penemuan ini telah dilakukan oleh pasukan Aramco Exploration.

Sebagaimana yang disebut dalam Al Quran bahawa Allah telah mencipta satu kaum yang mempunyai saiz yang besar yang belum pernah diciptakan sebelum itu. Mereka itu ialah kaum Aad di mana Allah SWT telah mengutus Nabi Hud a.s. kepada Kaum Aad agar mereka beriman kepada Allah.

Kaum Aad digambarkan mempunyai susuk tubuh yang tinggi, besar dan sangat kuat, sehingga dikatakan boleh memeluk pokok dan mencabutnya.Kaum yang diberikan segala kekuatan ini walau bagaimanapun kemudiannya memungkiri perintah Allah yang diutus menerusi Nabi Hud a.s.

Mereka melanggar segala hukum dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah yang Maha Esa. Sebagai balasannya mereka semuanya telah dimusnahkan.

Ulama di Arab Saudi percaya rangka manusia yang ditemui ini adalah rangka kaum Add yang derhaka itu. Pasukan kesalamatan Arab Saudi telah mengepung kawasan tersebut dan tidak membenarkan sesiapa memasukinya melainkan kakitangan Aramco sahaja.

Sila lihat gambar-gambar di bawah dan perhatikan betapa besarnya saiz rangka tersebut jika di bandingkan dengan saiz dua lelaki yang berdiri bersebelahan rangka tersebut.













Bahan ini telah dikirim kepada saya menerusi e mail oleh Yusni Said.

Saturday, January 8, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Tahun baru datang lagi. Angka 2010 telah pun menjadi lipatan sejarah. Sepanjang 2010 pelbagai babak kehidupan telah dilalui. Semua peristiwa suka, duka, ria dan sedih kini tinggal kenangan, semuanya telah berlalu.

Tinggallah peristiwa itu sebagai sejarah tersendiri. Pada kesempatan ini, saya mengucapkan selamat menempuh tahun baru 2011 kepada seluruh warga SMK Kulai Besar dan para pengunjung blog ini. Semoga 2011 adalah tahun yang menjanjikan sesuatu yang baru dan lebih baik, lebih berkualiti berbanding tahun sebelumnya.

Sebenarnya agak lama saya tidak menulis dalam blog ini, kerana kesibukan dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan. Sepanjang tempoh itu telah banyak peristiwa penting di sekolah telah berlaku; kemasukan guru baru, pertukaran guru masuk, mesyuarat guru dan persiapan buka sekolah, pendaftaran murid, keputusan PMR, perkembangan kerusi meja sekolah, pemasangan kabin dan banyak lagi sebenarnya telah berlaku di sekolah. Jika dititip kesemuanya dalam bentuk laporan barangkali boleh dijilid menjadi buku.

Bersempena dengan tahun 2011 bersama-samalah kita bertekad majulah ke hadapan bersama keazaman dan cita-cita yang hebat. Inilah masanya untuk berubah. Berazam untuk berubah kepada sesuatu yang lebih baik.

Marilah kita berubah dari malas kepada rajin; dari sakit kepada sihat; dari lemah kepada kuat; dari kurang amalan kebaikan kepada banyak amalan kebaikan; dari lambat bangun pagi kepada awal bangun; dari selalu lewat tidur kepada tidur awal; dari lewat datang bekerja kepada awal datang bekerja; dari selalu bermuka masam kepada bermuka ceria dan senyum..........dan sebenarnya terlalu banyak sekali perkara yang boleh difikirkan untuk diubah.

Semuanya terserah pada kita. Ada baiknya kita ambil masa untuk bersendirian sambil berfikir, sambil bermuhasabah diri. Fikirkan apa yang telah dilalui. Apakah kita berpuas hati dengan apa yang kita lakukan atau kita capai sebelum ini? Apakah kita sudah puas hati dengan tahap ibadah yang kita lakukan? Apakah amalan kita selama ini sudah cukup untuk menjamin kita mendapat kemudahan di alam kubur atau akhirat kelak?

Jika tidak, ayuhlah cepat-cepat berazam di awal tahun. Berazam untuk berubah kepada suatu tahap yang lebih baik di awal tahun lebih terasa kehangatannya berbanding hari-hari biasa. Ambillah kesempatan yang tersedia ini sebelum ia berlalu dan pergi semakin jauh dari garisan permulaan.

Paling penting, setiap kali datang tahun baru, itu sebenarnya tanda jelas bahawa umur kita semakin meningkat. Bila umur meningkat, bermakna jangka hayat kita di dunia sebenarnya semakin singkat.

Bila menyedari umur makin pendek, bersedialah untuk melakukan sesuatu yang paling bernilai dalam hidup buat bekalan di hari kemudian. Jangan biarkan masa yang ada berlalu tanpa mendatangkan manfaat kepada kita. Lakukan yang terbaik kerana kita tidak tahu sama ada kita masih ada peluang lagi selepas ini.