Saturday, May 28, 2011

Kisah Tikus - Bahagian 2

Sekali pandang tukus tidak dikategorikan sebagai haiwan yang merbahaya. Tikus bukan harimau atau singa yang secara tradisinya adalah haiwan yang digeruni dan paling dielak oleh manusia untuk bertembung dalam apa juga situasi dan keadaan.

Namun tikus boleh mendatangkan masalah bagi banyak pihak dan golongan, sama ada petani, profesional hinggalah kepada tokoh politik. Masalah tikus tidak pernah habis dibincangkan. Pada mana juga perbahasan mengenai tikus ia berakhir dengan kesimpulan bahawa tikus memeng lebih banyak merosakkan daripada menolong.

Sama ada disedari atau tidak simbul tikus telah lama membentuk keperibadian individu. Sifat tamak, gila kuasa, cita-cita terlalu tinggi, ucapan kasar dan tidak membangun, fitnah dan gosip seringkali dikaitkan dengan sifat tikus pada personaliti individu.

Burung Kanada



JOHN C. MAXWELL dalam bukunya bertajuk Roadmap For Success, telah menceritakan kesah seekor burung Kanada yang begitu resah sekiranya dia perlu berpindah ke bahagian selatan habitatnya apabila tiba musim sejuk.

Dia berkata pada dirinya sendiri "Aku tentu boleh menghadpi musim sejuk ini, banyak lagi haiwan lain mampu mengharungi keadaan ini, kenapa aku tidak boleh. Aku yakin aku pun boleh!!!!, aku tidak perlu berpindah"

Berbekalkan keyainan itu burung Kanada itu bertekad tidak mahu menyertai burung-burung lain yang telah mengatur perjalanan menuju Amerika Selatan yang lebih panas. Burung Kanada membulatkan tekad untuk tinggal dalam dakapan musim sejuk yang semain menusuk.

Kemudaian tidak berapa lama selepas itu kedinginan musim sejuk semakin menikam dirinya, satu kedingibnan yang tidak pernah dialaminya sebelum ini. Bukan setakat sejuk bahkan makanan juga semakin kurang dan sukar diperolehi. Pada ketika itu keyakinannya semakin pudar, burung kanada mula asa menyesal dan mula sedar sekiranya dia tidak berpindah, nyawanya mungkin tidak berpanjangan.

Maka dia pun mula terbang menuju selatan secara bersendirian. Selepas beberapa lama terbang, hujan mulai turun memabasahi tubuhnya. Titisan hujan kemudaiannya mula membeku menyebabkan burung Kanada pada kedua-dua belah sayapnya.

Dia tidak mampu terbang lagi. Dia sedar dia tentu mati kesejukan dan beku jika terus terbang dalam keadaan hujan pada musim dingin. Lantas dia mengambil keputusan untuk mendarat. Setelah membuat pertimbangan dia pun mendaratlah di sebuah kandang lembu.

Semasa dia terbaring keletihan, seekor lembu melangkahinya....dan pada ketika itulah sang lembu membuang air besar yang tepat-tepat mengenai tubuhnya yang tidak bermaya lagi untuk mengelak. Dia merasa sungguh jijik dan hampir-hampir kelemasan...."apa nak buat sudah jatuh ditimpa najis".

Dia mula pasrah, kalu nak mati-matilah mungkin itu takdirnya. pada saat putus asa mula bermain dalam fikirannya, tiba-tiba dia merasakan sesuatu keajaiban. Najis lembu yang menimpanya walaupun baunya sangat melemaskan tetapi kehangatannya menyebabkan tubuhnya mula berasa panas.

Air batu yang melakat pada tubuhnya mula mencair, otot-ototnya tidak lagi kaku dan sudah boleh digerakkan. Bau yang melakat pada badannya semakin dilupakan, kerana dia gembira kerana menyedari dirinya masih hidup. Burung Kanada berasa begitu teruja, lantas bernyanyi-nyanyi keriangan.

Nyanyian burung Kanada menarik perhatian seekor kucing tua yang sedang berbaring di timbunan jerami pada satu sudut dalam kandang lembu itu. Si kucing sebenarnya merasa rindu dengan suara burung yang lam tidak didengar sepanjang musim dingin itu. Nyanyian burung kanada membangkitkan semangatnya, lantas turun dari jerami untuk mencari burung yang sedang bernyanyi.

Kucing terlihat burung kanada pada longgokan najis lembu, lantar mengeluarkannya, membersihkannya darhn bagikan orang mengantuk disorongkan bantal.......rezeki telah tehidang lalu burung kanada itu dimakannya.

Terdapat beberapa pengajaran menarik daripada episod sedih burung kanada;

1) Semangat dan tekad yang kuat tidak mencukupi untuk kita mengharungi sesuatu ujian dan cabaran. Semangat yang kuat perlu di sokong oleh ilmu pengetahuan agar kit amampu membuat pertimbangan yang betul terhadap setiap tindakan kita.

2) Kita perlu mengetahui kemampuan kita dan bertindak mengikut kudrat yang ada, Kita perlu membuat persiapan sewajarnya agar kita mampu untuk menghadapi dalam menempuhi keadaan yang sukar.

3) Tidak semua benda yang mengotori atau perkara yang tidak kita senangi adalah musuh kepada kita. Kadang kala terdapat perkara yang kita tidak senangi tetapi itulah yang memberi kebaikan kepada kita.

4) Tidak semua perkara yang membersihkan kita adalah sahabat kita. Pujian atau perkara yang mengembirakan kita, kelihatannya membantu tetapi sebenarnya boleh melemahkan kita dan menjatuhkan kita.

5) kita perlu sentiasa meningkatkan kecekapan diri dan bersiap siaga terhadap segala kemungkinan. Kegembiraan boleh berakhir dengan kedukaan jika kita terus leka dan alpa terhadap ancaman yang menunggu kita.

Sumber

Parlindungan Marpaung, Setengah Berisi, Setengah Kosing? Kuala Lumpur : PTS Millinia Sdn Bhd, ms 210.

Monday, May 16, 2011

Teks Ucapan : Hari Guru 2011

TEKS UCAPAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN MEWAKILI PENGETUA SMK KULAI BESAR SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2011

ISNIN, 16 MEI 2011
8.00 PAGI


1. Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Pagi dan Salam 1 Malaysia;

2. Yang Berbahagia En Syamsul Kamal bin Mat Nasir, YDP PIBG

3. Yang Berusaha En Masa'ud bin Baharom, GPK HEM, En Mohd Tahir bin Hj Ismail, GPK Kokurikulum, Pn Norazzah binti Hj Misban, GPK Petang, Guru-guru Kanan Mata Pelajaran.

4. Yang Dihormati, En Muhammad Nur Ashiq bin Mohd Julin Pengerusi MPGK, AJK PIBG, rakan-rakan guru yang diraikan, dan seterusnya yang dikasihi, semua murid SMK Kulai Besar.

5. Pertama, marilah kita melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya, dalam keheningan pagi yang berbahagia ini kita dapat bersama-sama meraikan Sambutan Hari Guru Peringkat sekolah bagi tahun 2011. Semoga Hari Guru ini dapat disambut dan diraikan dengan penuh makna dalam suasana yang ceria, harmoni, tenang dan terkawal.

6. Sidang hadirin yang berbahagia; Sebelum saya meneruskan ucapan ini saya terlebih dahulu mengambil peluang ini untuk mengucapkan “Selamat Hari Guru, Cikgu” dan “Terima Kasih Cikgu”. Sesungguhnya kami yang bergelar guru pada hari ini sebenarnya adalah murid pada satu masa dahulu.

7. Setiap tahun para warga pendidik akan menyambut Sambutan Hari Guru pada 16 Mei dengan tema yang khusus. Pada tahun ini sambutan hari guru bertemakan Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.

8. Jika dilihat pada tema ini secara halus, maka nampak dengan jelas bahawa tugas guru semakin mencabar. Kerana sebagai penjana transformasi (perubahan) pendidikan negara, para guru perlu memikul semua perancangan pendidikan yang telah dirancang oleh kerajaan.

9. Dalam erti kata lain, apa sahaja perancangan yang telah dirancang oleh kerajaan sebagai pembuat dasar perlu dilaksanakan dengan sebegitu sempurna agar apa yang tersirat mahupun yang tersurat dalam tema Hari Guru pada tahun ini dapat dicapai.

10. Sidang hadirin yang dihormati; Sambutan Hari Guru yang diadakan setiap tahun sesungguhnya adalah satu pengiktirafan dan penghargaan tentang peranan guru yang telah diberi kepercayaan untuk mendidik anak bangsa.

11. Justeru, amat wajar sekali jika Sambutan Hari Guru ini diraikan oleh murid, ibu bapa dan masyarakat, sebagai pengiktirafan guru. Inilah cara yang terbaik untuk menyatakan rasa terima kasih, penghargaan dan penghormatan terhadap jasa guru yang tidak ternilai.

12. Saya berharap semua guru tidak leka dengan sanjungan (jika ada) dan jangan cepat melenting dan beremosi dengan cercaan dan kritikan terhadap profesion kita. Bersabarlah dan tangani segala cabaran, isu dan pandangan liar terhadap profesion ini dengan profesional, bijaksana dan berintegriti.

13. Jangan lupa cikgu, tentang peranan kita dalam menjayakan misi nasional iaitu Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Pada bahu kitalah terpikul enam teras yang menjadi pemangkin kepada pembangunan pendidikan.

14. Dalam melaksanakan peranan selaku penjana tranformasi pendidikan, nilai-nilai seperti jujur, amanah, bertanggungjawab, akauntabiliti, sahsiah diri serta mengawal emosi tidak harus diabaikan. Semua ini penting kerana guru adalah role-model kepada keberkesanan pendidikan bukan sahaja kepada pelajar di sekolah, malah masyarakat.

15. Sebagai guru, kita bertanggungjawab dalam membentuk tamadun manusia. Justeru, setiap guru mesti menyedari tanggungjawab ini serta sentiasa menjaga nama baik sebagai pendidik serta pemimpin masyarakat agar dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah, jujur dan ikhlas.

16. Jadilah kita insan yang berkualiti “Quality teaching produces quality learning. Quality learning produces quality education. Finally quality education produces quality citizens.” Ingat cikgu... kualiti adalah ibarat perjalanan, bukan distinasi; perjalanan yang tiada noktahnya. Quality has no ends: it is a journey, not a distination.

17. Kepada semua murid yang dikasihi sekalian. Hargailah jasa guru-guru anda! Kalau seorang doktor dikagumi kerana boleh menyelamatkan nyawa, jika polis dan tentera disanjung kerana boleh mempertahankan negara, jika para petani dan tokoh korporat dibanggakan kerana menjanakan ekonomi negara......jangan lupa bimbingan seorang guru biasa sahaja boleh menjadikan seseorang yang biasa kepada insan luar biasa, menjadi penyelamat dalam kehidupan dunia dan di akhirat.

18. Akhir kata, kepada semua warga pendidik sekolah ini, budi dan pengorbanan cikgu-cikgu yang dicurahkan kepada anak didik di sekolah ini amat dihargai dan sangat disanjung tinggi.

19. Pada kesempatan ini saya menyeru semua warga guru supaya berusaha menjadi lebih kreatif, inovatif, proaktif dan mampu mencipta kelainan yang boleh memberi manfaat kepada murid-murid. Selaras dengan Mota murid didahulukan pencapaian diutamakan.

20. Sesungguhnya, mendidik adalah tugas yang amat mulia dan tiada ternilai harganya. Jalankanlah tugas dengan lebih gigih, jujur dan terus bekerja sebagai satu pasukan.

21. Terjemahkanlah tanggungjawab dan peranan ini dalam bentuk pelaksanaan tugas yang berkualiti dan khidmat yang terbaik kepada rakyat. Sama-samalah kita memanjatkan doa kehadrat Illahi semoga kita diberikan kekuatan dan kesihatan untuk terus melaksanakan tugas mulia ini.

22. Sekian, Wabillahi Taufik Wal-hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

23. SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU. TERIMA KASIH CIKGU.


AZMAN BIN SAFII
Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum
SMK Kulai Besar

Saturday, May 14, 2011

Selamat Hari Guru, Cikgu!




KUANTAN 14 Mei - Para guru bakal menerima berita gembira apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu beliau akan mengumumkan sesuatu untuk mereka sempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pengumuman tersebut akan menyuntik semangat para guru yang sanggup berkorban demi mendidik anak bangsa.

"Insya-Allah ada berita baik akan diumumkan kerana peranan guru amat penting bukan sahaja mendidik tetapi membangunkan negara dalam semua bidang.

"Paling utama ialah soal menyediakan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran selari dengan sasaran menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020," katanya pada sidang akhbar di majlis bersama warga pendidik, pertubuhan bukan kerajaan dan penduduk mukim Beserah di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Muhyiddin memberitahu, kerajaan telah menggariskan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yang akan menyediakan peluang pekerjaan serta tenaga kerja terlatih dalam semua bidang.

Katanya, terdapat 12 sektor ekonomi perlu diisi dengan tenaga kerja terlatih yang merupakan cabaran besar untuk disediakan dalam tempoh 10 tahun akan datang dan menuntut komitmen padu daripada warga pendidik.

Tambahnya, tugas guru bukan sahaja menyampaikan ilmu tetapi menerapkan sifat baik, berakhlak dan berbudi pekerti kepada pelajar.

Justeru katanya, dalam tempoh akan datang, Kementerian Pelajaran akan membantu warga pendidik daripada segi kebajikan guru, perjawatan, peralatan dan infrastruktur bagi membantu meningkatkan kecekapan guru dalam pengajaran. utusan online

Apalah berita gembira tu agaknya..? Kalau diumumkan tapi guru tak gembira camne pula....??

Saturday, May 7, 2011

Tukang Batu


Dalam sebuah kisah dongeng diceritakan seorang tukang batu yang sedang asyik bekerja memecah batu. Sedang ia tekun dengan kerjanya perhatiannya tertumpu kepada satu rombongan raja dan bangsawan istana yang menaiki kereta kuda lalu berhampiran lereng gunung tempat tukang batu bekerja. Raja tersebut sebenarnya sedang membuat pemantauan kerja-kerja menarah kaki gunung untuk laluan kereta kuda.

Tukang batu yang keletihan itu berhenti seketika, asyik menyaksikan rombong raja dan bangsawan istana. Tumpuan kerjanya benar-benar terganggu. Tukang batu mula mengelamun..."alangkah bagusnya jika aku menjadi RAJA. Tentu seronok, naik kereta kuda ke sana ke sini"

Hendak dijadikan cerita lamunannya terhenti......tukang batu dengan tiba-tiba menjadi seorang RAJA sepertimana yang dalam impiannya. Maka dia pun meronda-ronda negara dengan berkereta kuda. Sekejap ke kuala sekejap ke hulu, sekejap ke tanjung, sekejap ke teluk. Naik bukit turun bukit....sebuk mengurus masalah rakyat dan keselamatan negara.

RAJA akhirnya merasa sangat letih, satu keletihan yang tidak pernah dirasakan sebelum ini. RAJA yang keletihan turun dari kudanya dan bersandar pada perdu sebatang pohon. RAJA lantas melamun...... "Alangkah bagusnya kalau aku menjadi MATAHARI. Betapa bangganya aku.....panas, ada kuasa, memancar cahya dengan sesuka hati, memancarkan panas ke sana ke sini"

Lamunannya menjadi realiti, dalam sekelip mata dia bertukar daripada RAJA menjadi MATAHARI. Maka bermaharajalelalah dia memancarkan cahaya. Sedang dia leka menyinari bumi, dan sedang dia leka menikmati kuasa yang ada padanya, tiba-tiba dia merasakan kegelapan yang membuatkan dia tidak dapat melihat. Rupa-rupanya ada awan meliputi wajahnya hingga sinarannya terhalang.

Dia juga terdengar jeritan orang di bumi yang bersorak gembira menyambut kemunculan awan yang membawa hujan dan dia juga terdengar beberapa kutukkan pada sinarannya yang mengakibatkan musim kemarau panjang. Ini membuatkan dia mahu menjadi awan kerana awan berjaya menjadi lebih penting darinya.

"Alangkah bagusnya kalu aku menjadi awan.........kehadirananya selalu dinanti-natikan. Teduhnya mengembirakan semua, melipurkan hati lara nestapa" Niatnya menjadi kenyataan, kini dia menjadi AWAN. Berbanggalah dia melindungi orang di sana dan di sini, menghembuskan bayu, mengermersikkan daun-daunan yang berguguran pada musim luruh.

Saat-saat manis itu tidak berkekalan lama, ketika dia sedang seronok bergurau senda dengan sang hujan, datang pula angin yang menerpanya dan menyuruhnya pergi dari situ. Tidak dapat menolak dan tidak dapat melawan kerana begitulah hukum dunia.......yang lemah harus beralah. Apabila merasa dipersendakan, dia merasakan pula betapa bagusnya menjadi ANGIN, kerana ANGIN berkuasa mengawal awan.

Maka sekali lagi dia melamun......"Alangkah bagusnya kalau aku menjadi angin..., bebas berterbangan ke sana dan ke sini, membelah paksi bumi ke utara, selatan, timur dan barat." Lamunan dan impiannya termakbul lagi, maka dia pun menjadi ANGIN.

Hiduplah dia sebagai ANGIN, tinggallah dia dengan seronoknya menghembuskan angin sepoi-sepoi dan juga menetapkan sendiri bila dan dimana ribut taufan perlu diturunkan di sesuatu tempat itu. Selepas lama dia bermain dengan kuasanya, barulah dia sedar ada satu benda yang tidak beranjak walaupun diterpa angin sekuat mana. Benda itu adalah gunung........ya gunung.

Tiba-tiba hatinya menjadi gundah gulana, "betapa hebatnya aku sebagai angin, tetapi tak mampu mengerakkan keangukuhan gunung? bukankah bagus kalau aku menjadi GUNUNG?" Keinginannya menjadi gunung akhirnya termakbul, kini dia pun menjadi GUNUNG. 

Kini dia berasa amat bangga, kini kekuasaannya tidak ada yang dapat melawan. Malah, dia berasa tampuk kekuasaan yang disandangnya dapat bertahan seumur hidup kerana kekuatannya yang luar biasa itu.

Pada saat dia bertahta dimata dan beraja di hati itu, sayup-sayup dia terdengar bunyi seperti orang memukul-mukul sesuatu. Dia memang kenal benar dengan bunyi itu. "Kentang-kenting, kentang...kentung.....ini bunyi yang selalu aku dengar". Pada ketika itu juga, dia berasa sakit. Sebahagian daripada tubuhnya sedang dipukul oleh seorang tukang batu. Kaki GUNUNG sedang ditarah sedikit demi sedikit oleh tukang batu.

Pada saat itulah dia mula sedar dan merasa amat menyesal kerana menjadi GUNUNG. Dia insaf kesombongan dan keangkuhannya hilang dengan serta-merta. Kini dia mahu menjadi tukang batu semula, semakin sakit kakinya di pahat maka makin kuat raungan dan rayunnya untuk menjadi tukang batu. Kasihan gunung.......

Moral daripada certita Tukang batu ini ialah;

Kita harus menjadi diri kita dan bukan diri orang lain. Diri kita adalah aset kita, berguna atau tidaknya kita bergantung apakah peranan kita dalam lingkungan masyarakat. Kita perlu bersyukur dengan diri kita, walau bagaimana sekalipun keadaan kita, kita adalah kita, menentukan halatuju satu kehidupan dan satu perjalanan dengan visi dan misi kebahagian dunia dan akhirat.

Cita-cita adalah virus yang memiliki potensi untuk mengarahkan seseorang menjadi tinggi diri, bongkak, malah mematikan hati nurani. Cita-cita juga menjadi sesuatu yang tidak menguntungkan bagi keadaan mental seseorang yang akan bersara dan yang akan meniti hari tua.

Sebuah tulisan di dalam salah satu jurnal psikologi menunjukkan seseorang yang mempunyai cita-cita terlalu tinggi bagi memperoleh sesuatu (khususnya wang ringgit dan jawatan) ternyata memiliki umur yang  lebih pendek apabila dibandingkan dengan mereka yang bersikap realistik dan hidup dalam cita-cita yang berpatutan.

Individu yang bercita-cita tinggi adalah seperti orang yang minum air laut, tidak pernah puas. Orang seperti ini memiliki tahap stres yang lebih tinggi. Mereka juga memiliki ritma tubuh yang berbeza dan detik jantung yang lebih cepat serta tekanan darah yang lebih tinggi daripada orang lain.

Cita-cita yang wajar dan berpatutan selalunya dilandasi dengan perancangan yang matang, etika profesional dan wawasan hidup yang jelas.

Makna bekerja dalam hidup akan kita peroleh dan kita sedar yang penting bukanlah dari mana kita mula, tetapi di mana kita berakhir.