Thursday, October 20, 2011

Teks Ucapan : Program Remaja Firdaus 2011

TEKS UCAPAN ALU-ALUAN PENOLONG KANAN (MEWAKILI PENGETUA)
MAJLIS PERASMIAN PROGRAM REMAJA FIRDAUS TAHUN 2011
PADA 20 OKTOBER 2011

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh,

Terima kasih kepada pengacara majlis,

Yang Berbahagia Tuan Haji Fauzan bin Sukimi, Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya,

Yang Amat Berusaha, Ustaz Indra Shahril bin Haji Ali, Pegawai Khidmat Nasihat, Pejabat Kadi Daerah Kulaijaya,

Yang Berusaha Ustaz Mohd Noh bin Mustafa, Pegawai Penguasa, Pejabat Kadi Daerah Kulaijaya,

Yang Dihormati Pegawai-pegawai dari Pejabat Kadi Daerah Kulaijaya, Guru-guru kanan, guru-guru dan yang dikasihi semua murid sekalian.

Saya terlebih dahulu mengucapkan selamat datang kepada Yang Berbahagia Tuan PPD Kulaijaya ke SMK Kulai Besar bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Program Remaja Firdaus 2011. Selamat datang juga diucapkan kepada pegawai-pegawai daripada Pejabat Kadi Daerah Kulaijaya ke sekolah kami.

Saya mewakili pengetua melafazkan penghargaan yang tidak terhingga kepada Pejabat Kadi Daerah Kulaijaya, yang telah memilih sekolah kami untuk melancarkan program ini. Pemilihan sekolah ini pada hemat saya sangat bertepatan jika diambil kira dari aspek kepadatan murid Islam dan cabaran-cabaran gejala sosial yang sentiasa menggamit setiap langkahan murid-murid sekolah ini semasa ke sekolah.

Sidang hadiran sekalian, program ini umpama “Orang Mengantuk Disorongkan Bantal” kerana pihak sekolah sebenarnya sedang merancang beberapa aktiviti yang difikirkan dapat memberi kesedaran kepada remaja sekolah ini mengenai ancaman gejala sosial yang boleh menjebak mereka.

Untuk makluman Tuan PPD, program ini dibiayai oleh Pejabat Kadi Daerah. Program ini melibatkan sejumlah 200 orang murid Islam iaitu gabungan murid dari tingkatan 3 dan tingkatan 5. Untuk makluman Tuan PPD dan tuan-tuan dari Pejabat Kadi Daerah bilangan murid sekolah ini ialah seramai 1986 orang dan 1104 (55.56%) daripadanya adalah kaum Melayu.

Saya berharap program ini dapat memberi kesedaran kepada semua murid tentang bagaimanakah sebenarnya remaja harus mengatur kehidupan yang singkat ini mengikut landasan yang diredai Allah S.W.T.

Semoga ucapan Tuan PPD, sesi ceramah dan pameran yang di adakan ini dapat dihayati dan diikuti dengan keazaman yang kuat untuk anda berubah dan menjadi remaja yang berakhlak yang seterusnya bakal mewarisi kepimpinan pada masa hadapan.

“Remaja Hari Ini Adalah Pemimpin Hari Esok”, “Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara”, “Remaja Tunggak Negara”, itulah antara beberapa ungkapan yang kerap kita dengar apabila bercakap mengenai peranan remaja. Hakikat ini adalah satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan oleh para remaja, baik yang lelaki mahupun yang perempuan.

Remaja hari ini akan membesar menjadi orang dewasa pada satu masa nanti dan remaja hari ini akan mengambil pucuk pimpinan negara, paling tidak pun bakal menjadi ketua kepada organisasi atau ketua keluarga apabila sudah berumah tangga.

Atas rasional inilah, Program Remaja Firdaus ini dilaksanakan oleh Pejabat Kadi Daerah Kulaijaya di bawah Unit pembangunan Keluarga bagi membantu dan membimbing para remaja agar mempunyai jati diri yang kukuh, berilmu, beriman dan bertakwa serta mengamalkan nili-nilai murni dalam kehidupan. Remaja perlu dibimbing agar tidak terjebak dalam perkara yang merugikan masa hadapan diri, keluarga dan negara.

Cabaran dan halangan bagi membentuk kekuatan fizikal dan mental perlu diharungi dengan penuh optimis. Segala kelemahan dan kegagalan perlu ditangani berasaskan keimanan agar menjadi benteng serta terpelihara daripada perkara yang  meruntuhkan.

Sebagai mengakhiri ucapan ini, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Tuan PPD yang sudi hadir melapangkan masa bagi merasmikan majlis ini. Terima kasih kepada Unit Pembangunan Keluarga, Pejabat Kadi Daerah Kulaijaya yang memilih sekolah ini untuk melancarkan program yang murni ini. Tidak dilupakan terima kasih kepada seluruh Jawatankuasa Kerja Program Remaja Firdaus 2011.

Sekian Wassalamualakum dan terima kasih






Friday, October 14, 2011

Ole-ole Dari Bajet 2012

Selaku penjawat awam dan selaku rakyat yang beragama Islam kita sepatutnya menerima bajet tersebut seadanya dengan penuh kesyukuran. Bukan sahaja bajet tersebut meletakkan kita selaku penjawat awam berada pada tahap yang lebih baik berbanding dahulu, bahkan kita perlu bersyukur kerana negara kita makmur, tidak seperti negara lain yang bukan setakat tidak mampu bentangkan bajet (seperti negara-negara yang sedang bergolak) tetapi bankrap (seperti Greece).

Kita perlu bersyukur ! Jika ada dalam kalangan penjawat awam yang benar-benar tidak berpuas hati terhadap dasar-dasar kerajaan yang memerintah saya sarankan penjawat awam tersebut berhenti sahaja dan bekerjalah dengan kerajaan lain, atau sekurang-kurangnya berhijrah ke negeri yang berada dalam pemerintahan kerajaan pembangkang. Habis cerita!

Memang tidak dinafikan ada segelintir dalam kalangan kakitangan awam khususnya guru yang sepatutnya menyokong dasar-dasar kerajaan, tetapi atas dasar demokrasi dan prinsip perjuangan dalam diam berpaling tadah, menyokong pembangkang.

Saya sekadar memberi cabaran, jika benar-benar anda hidup berprinsip dan bermaruah...lepaskan jawatan yang disandang sekarang dan tunggulah sampai parti yang disokong menang baharu bekerja semua. Jangan pula nanti gaji dan habuan yang kerajaan beri di sapu tetapi program kerajaan tidak sokong.

Maaflah sekadar memberikan pandangan. Walau bagaimanapun Berikut adalah beberapa "bingkisan" dari Kerajaan yang tersenarai di dalam bajet tahun ini. Bacalah dengan hati yang tenang dan Sabar.

-                     Bajet 2012 memperuntukkan RM232.8bil untuk rancangan Kerajaan, termasuk RM181.6bil bagi pengurusan dan RM51.2bil untuk pembangunan.

-                     RM29.8bil telah diperuntukkan untuk pelaburan dalam infrastruktur, perindustrian dan pembangunan luar bandar.

-                     RM13.6bil telah diperuntukkan untuk sektor sosial, termasuk pendidikan dan latihan, kebajikan, perumahan dan pembangunan masyarakat.

-                     Jumlah hasil untuk 2012 dijangka meningkat 1.9% kepada RM186.9bil dan defisit menurun kepada 4.7% daripada KDNK daripada 5.4% pada tahun 2011.

-                     Tema bagi Belanjawan 2012 "Dasar Transformasi Negara: Kebajikan Rakyat, Kesejahteraan Negara".

-                     Memberi tumpuan kepada mempercepatkan pelaburan dan meliberalisasikan 17 subsektor perkhidmatan, di tempat-tempat yang membolehkan ekuiti asing 100%.

-                     RP2 akan dilaksanakan pada tahun 2012, dan ia akan diperuntukkan RM98.4bil, boleh dibahagi sama rata antara 2012 & 2013

-                     RP2 projek-projek utama termasuk Lebuh raya Pantai Timur dari Jabor ke T'ganu dan naik taraf jalan dari Kota Marudu ke Ranau

-                     RM18bil Dana Pemudahan PPP RM20bil akan digunakan untuk projek-projek berimpak tinggi, dengan RM2 bilion untuk usahawan bumiputera

-                     Pada 2012, Kerajaan akan memperuntukkan RM978mil untuk mempercepat pembangunan dalam lima koridor-koridor wilayah.

-                     Pengurusan Pusat Perbendaharaan akan ditubuhkan dan menawarkan insentif untuk membangunkan M'sia sebagai pusat kewangan yang berdaya saing

-                     Membangunkan Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur, dengan insentif termasuk pengecualian cukai pendapatan bagi firma-firma.

-                     Pengecualian cukai pendapatan bagi terbitan sukuk bukan ringgit dan urus niaga akan dilanjutkan untuk 3 tahun lagi

-                     Untuk menggalakkan pembangunan produk Pertukaran Dana Dagangan I-VCAP akan menyediakan RM200 juta untuk ETF patuh Syariah

-                     Felda GVH akan disenaraikan di Bursa Malaysia menjelang pertengahan 2012 untuk mengumpul dana bagi syarikat itu untuk menjadi sebuah konglomerat global. Peneroka Felda dijangka menerima durian runtuh, dan jumlah itu akan diumumkan sebelum listing (durian runtuh buat para peneroka. Yg pasti aku bukan dr keluarga peneroka. Ya, melepaslah ...)

-                     RM2 bil Dana Pembiayaan PKS berasaskan Syariah yang diuruskan oleh bank-bank Islam yang dipilih akan ditubuhkan pada tahun 2012.

-                     Kumpulan Wang RM100 juta PKS Revitalisation menawarkan pinjaman sehingga maksimum RM1 juta kepada usahawan akan didapati daripada Jan 2012.

-                     Pengecualian penuh duti import dan duti eksais ke atas kereta hibrid dan kereta elektrik akan terus diberi sehingga 2013 (masih sempat lagi untuk beli kereta hibrid Toyota Prius @ Honda Insight)..sekarang kereta tu murah di pasaran...mahal sikit dari kereta Naza Janda (Rondo).

-                     Untuk menggalakkan pelancongan, Langkawi Lima Tahun Pembangunan Pelancongan Pelan Induk akan dilancarkan dengan peruntukan sebanyak RM420mil.

-                     Cukai keuntungan harta tanah akan dikaji semula supaya ia tidak menjejaskan keupayaan kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana untuk membeli rumah.

-                     Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia akan diswastakan untuk mempromosi dan membangunkan Malaysia sebagai destinasi penjagaan kesihatan.

-                     Bajet memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan, kreativiti dan inovasi dan 2012 akan menjadi tahun Pergerakan Inovasi Negara.

-                     Kerajaan telah memperuntukkan RM100 juta menggalakkan inovasi termasuk Anugerah 1Malaysia (C1PTA) untuk ciptaan pelajar inovatif.

-                     Bagi membolehkan PKS untuk mengkomersilkan hasil penyelidikan Dana Pengkomersialan Inovasi berjumlah RM500mil akan ditubuhkan.

-                     RM50.2bil akan diperuntukkan kepada sektor pendidikan supaya ia boleh terus untuk membangunkan orang-orang yang berbakat, kreatif dan inovatif.

-                     RM1 bilion akan disediakan melalui dana khas untuk pembinaan, pembaikan dan penyelenggaraan sekolah.

-                     Kami akan memansuhkan bayaran untuk pendidikan rendah dan menengah, membuat ia percuma untuk kali pertama dalam sejarah kita (harap pihak sekolah jangan kenakan bayaran yuran2 yang tak berkenaan)

-                     Sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran akan diberi insentif termasuk Elaun Cukai Pelaburan.

-                     Kerajaan akan memberi pengecualian cukai ke atas sumbangan kepada institusi pendidikan dan semua tempat-tempat ibadat (KEMPEN utk menggalakkan rakyat menderma bagus tuu ....)

-                     Untuk menggalakkan pembangunan sektor swasta insentif modal insan termasuk potongan berganda ke atas biasiswa akan ditawarkan.

-                     Bajet 2012 memperkenalkan Program Transformasi Luar Bandar, supaya kawasan-kawasan luar bandar boleh menarik pelaburan swasta dan mewujudkan pekerjaan.

-                     RM5bil untuk membangunkan infrastruktur luar bandar, termasuk RM1.8bil Program Jalan Luar Bandar & Kampung-Link Projek Jalan.

-                     RM500 mil untuk memperluaskan program tersebut untuk membekalkan air bersih kepada masyarakat luar bandar di Sabah.            

-                     RM400 mil untuk menaik taraf infrastruktur bekalan air di kawasan-kawasan Felda yang dipilih.

-                     Untuk memberi lebih akses kepada perkhidmatan bank bagi penduduk luar bandar, Bank Simpanan Nasional akan melantik ejen di kawasan luar bandar.

-                     RM90 mil untuk masyarakat Orang Asli untuk keperluan asas, termasuk perkembangan projek bekalan air bersih. Bagi masyarakat Orang Asli yang terjejas oleh tanah runtuh di Sungai Ruil, RM20mil disediakan bagi penempatan semula mereka ke rumah baru.

-                     600.000 Kerajaan pesara akan mendapat manfaat daripada kenaikan pencen tambahan sebanyak 2%

-                     Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji di antara RM80 hingga RM320.

o       GRED 1-16 = RM80

o       GRED 17-26 = RM120

o       GRED 27-40 = RM160

o       GRED 41-48 = RM220

o       GRED 52-54 = RM260

o       GRED JUSA A,B,C = RM320

-                     Kerajaan akan melanjutkan umur persaraan wajib dari 58 hingga 60 tahun untuk mengoptimumkan sumbangan penjawat awam.

-                     Kakitangan awam akan ditawarkan Yuran tuisyen bantuan untuk pengajian separuh masa, termasuk 5,000 sarjana dan 500 biasiswa kedoktoran.

-                     Satu program khas akan diperkenalkan untuk 175,000 anggota tentera yang tidak layak mendapat pencen.

-                     RM3, 000 akan diberikan kepada bekas anggota konstabel khas dan polis bantuan serta janda dan duda.

-                     Kerajaan prihatin terhadap nasib rakyat akibat kenaikan harga bahan makanan dan akan mengambil langkah-langkah ke alamat ini.

-                     Dasar Negara Agro-Makanan 2011-2020 akan dilancarkan dan RM1.1bil diperuntukkan untuk pembangunan sektor pertanian.

-                     Dalam semangat "Rakyat Didahulukan," semua subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM33.2bil akan diteruskan.

-                     500,000 akan mendapat manfaat daripada KAR1SMA, yang menyediakan bantuan kepada rakyat miskin kanan dan kanak-kanak dan orang kurang upaya.

-                     Skim Awal Rumah Pertamaku akan diperluaskan bagi meningkatkan had harga rumah daripada maksimum RM220, 000 hingga RM400, 000.

-                     Kerajaan akan mengenal pasti kawasan di sekitar MRT, LRT dan lain-lain pengangkutan awam yang akan dibangunkan oleh PR1MA

-                     Kerajaan akan terus melaksanakan Program Perumahan Rakyat dengan membina 75,000 unit rumah mampu milik.

-                     Kerajaan akan menubuhkan Tabung Perumahan Khas untuk Nelayan untuk membina dan membaik pulih rumah-rumah.

-                     Healthcare akan diperuntukkan RM15bil perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan RM1.8 bil.

-                     Hospital akan dinaik taraf dan dibina dan 81 klinik kesihatan luar bandar yang dinaik taraf dan 50 klinik 1Malaysia yang baru dilancarkan

-                     Hospital Kuala Lumpur - yang tertua di Malaysia akan dinaik taraf untuk menjadi hospital utama negara.

-                     Skim Amanah Rakyat (SARA) 1Malaysia akan memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah dengan pendapatan di bawah RM3, 000 sebulan.

-                     Untuk membantu pemilik teksi yang menghadapi kos operasi yang meningkat, langkah-langkah akan diperkenalkan termasuk pengecualian cukai ke atas pembelian teksi.

-                     Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan akan memastikan bahawa setiap individu yang didakwa di mahkamah akan diberi bantuan guaman percuma.

-                     Untuk membantu yang tiada tempat tinggal, Kerajaan telah menubuhkan sebuah pusat bantuan sosial yang dikenali sebagai Anjung Singgah.

-                     Satu peruntukan latihan RM10 juta akan disediakan bagi wanita untuk membangunkan kemahiran kepimpinan dan pengurusan.

-                     Untuk mencegah kanser pangkal rahim, Kerajaan akan menyediakan imunisasi Manusia Virus Papilloma percuma di seluruh negara.

-                     Modal Teroka MyCreative dengan dana permulaan sebanyak RM200 juta akan ditubuhkan

-                     RM15mil akan diperuntukkan untuk membina 150 gelanggang futsal untuk mencapai "sebuah Mahkamah untuk Satu Mukim" target.

-                     Untuk memastikan kebajikan pesara langkah-langkah yang termasuk pelepasan cukai ke atas sumbangan Skim Persaraan Swasta diperkenalkan.

-                     Warga tua yang berumur 60 tahun & ke atas akan dikecualikan dari yuran pendaftaran pesakit luar di hospital-hospital Kerajaan & klinik kesihatan.

-                     Satu-off bantuan sebanyak RM500 kepada isi rumah dengan pendapatan bulanan sebanyak RM3, 000 dan ke bawah akan disediakan.

-                     Bagi mereka dalam sektor swasta yang berpendapatan RM5000 dan ke bawah, caruman KWSP oleh majikan akan meningkat daripada 12% kepada 13%

-                     Buku baucar bernilai RM200 akan diberikan kepada pelajar-pelajar Malaysia di semua institusi pengajian tinggi swasta dan awam

-                     Kakitangan awam akan diberikan bonus tambahan setengah bulan gaji dan pesara RM500

Kurangkan Makan Nasi ?

Artikel ini saya olah daripada pembacaan bahan-bahan e mail yang dihantar dan bahan yang terdapat di internet. Memang sukar untuk menerima hakikat bahawa kita perlu kurangkan makan nasi. Selama ini nasilah makanan ruji kita, membesar dengan zat dari nasi. Kini cabaran yang perlu dihadapi ialah bagaimana mahu mengurangkan pengambilannya. Namun apabila difikirkan kembali memang ada kewajarannya kita perlu mengurangkan memakan nasi, kerana zaman telah berubah dan cara hidup kita juga telah berubah, justeru artikel ini mungkin membantu dalam usaha kita untuk menikmati hidup yang lebih sihat.



Satu frasa yang sukar untuk dilafazkan tetapi inilah hakikatnya bahawa badan kita tidak dibina khusus untuk memakan nasi! Seperti yang kita lihat, gen kita hampir tidak pernah berubah dalam tempoh lebih daripada 30,000 tahun. Walau bagaimanapun, pilihan makanan dan gaya hidup kita telah berubah dengan dramatik. Kalau manusia zaman batu (paleolitik) ditakdirkan hidup pada masa ini, mereka hampir tidak mengenali jenis makanan atau cara hidup kita pada masa kini.

Dari segi sejarah makanan manusia pada zaman batu (paleolitik) tidak pernah dimasak kerana api masih belum dikenali dan dijinakkan bagi keperluan mereka. Oleh itu mereka makan makanan begitu sahaja secara mentah. Mereka makan buah-buahan, sayur-sayuran, ikan (sushi), telur, kacang dan daging.

Kita juga pada zaman ini boleh makan daging mentah seperti mereka yang hidup pada zaman paleolitik, terutama dalam keadaan terdesak seperti jika kita kelaparan apabila sesat di hutan. Insya Allah perut kita masih ada enzim yang diperlukan untuk menghadamkan daging mentah tersebut sama seperti orang paleolitik.

Walau bagaimanapun, beras, gandum dan jagung, tidak boleh dimakan mentah. Ia mesti dimasak. Malah jika kita sedang kelaparan di padang pasir, kita tidak boleh makan nasi dalam bentuk mentah, tidak seperti mana daging.

Hal ini demikian adalah kerana perut kita tidak mempunyai sistem enzim untuk memecahkan beras. Tubuh kita tidak dijadikan hanya untuk menerima nasi sebagai makanan. Untuk memburukkan lagi keadaan, kita pada masa ini bukan sahaja makan nasi, tetapi juga menjadikannya sebagai makan utama.

Dalam beberapa bahagian Asia, beras membentuk sehingga 85% menu wajib pada setiap hidangan. Namun demikian, jika kita mengambil nasi, kita dinasihatkan oleh pakar- pakar pemakanan agar mengambilnya pada tahap yang minimum. Kita perlu Ingat, keperluannya adalah hanya untuk lidah - bukan badan kita.

Sebenarnya, beras dan bijirin lain seperti gandum dan jagung lebih berbahaya daripada gula jika diambil secara berlebihan. Terdapat banyak sebab, antaranya:

1. Nasi dihadamkan menjadi gula – dengan banyaknya!

Ini adalah hakikat bahawa pakar pemakanan tidak boleh menafikannya: beras secara kimianya tidak berbeza daripada gula. Satu mangkuk nasi yang dimasak kalorinya bersamaan dengan 10 sudu teh gula. Ini tidak kira sama ada ia adalah beras putih, coklat atau herba. Beras perang adalah lebih kaya dalam serat, vitamin B dan mineral tetapi ia masih mempunyai kalori yang bersamaan 10 sudu teh gula.

2. Nasi diurai dalam sistem tubuh untuk menjadi gula.

Beras tidak boleh dihadamkan sebelum ia dimasak dengan sepenuhnya. Walau bagaimanapun, apabila dimasak dengan sempurna, ia menjadi gula dan gula tadi beredar dalam darah dengan cepat iaitu dalam tempoh setengah jam. Ia akan diurai menjadi gula sama seperti jika kita mengambil gula-gula. Nasi juga mengandungi bahan anti-oksida pada kadar yang sangat rendah.

Bahan anti-oksida yang lengkap adalah perlu bagi mengimbangi penggunaan gula yang berkesan dan selamat. Buah-buahan mempunyai kandungan gula yang dipanggil fruktosa. Walau bagaimanapun, buah-buahan tidak kosong dengan kalori, kerana buah-buahan dipenuhi dengan pelbagai nutrien lain yang membantu proses asimilasi yang betul dan pencernaan.

3. Beras tidak mempunyai serat.

Serat pada kangkung mengenyangkan kita kerana serat yang ada padanya akan memenuhi perut kita. Oleh kerana nasi putih tidak mempunyai serat, kita terpaksa memakannya dengan banyak dengan kalori yang padat sebelum kita merasa kenyang. Memang diakui beras perang mempunyai lebih banyak serat tetapi masih menyamai dari segi jumlah kandungan gula.

4. Beras adalah tawar mana kala gula adalah manis.

Nasi adalah makanan yang kita makan dengan banyak setiap kali kita duduk menjamu selera. Berapa banyak sudu teh gula yang kita boleh makan sebelum kita merasa mahu termuntah? Bolehkah kita bayangkan bahawa kita makan 10 sudu teh gula pada satu-satu masa?

5. Beras sentiasa bahagian utama makan.

Walaupun gula boleh berfungsi sebagai bahan utama sebagai pencuci mulut  atau memaniskan kopi, namun ia tidak pernah menjadi bahan wajib dalam apa sahaja jenis makanan. Kita boleh makan mungkin pada kadar 2-3 sudu teh gula pada satu hidang makanan.

Walau bagaimanapun, dengan mengambil nasi kita  dengan mudah sahaja makan pada kadar bersamaan 2-3 mangkuk (20-30 sudu teh) gula dalam satu makan. Adalah pemerhatian biasa bila kita melihat seseorang yang makan kadang-kadang sampai lima mangkuk nasi/ 2 pinggan (sama dengan 50 sudu teh gula) dan kemudian meminta teh tarik kurang manis!


6. Tidak terdapat sistem amaran pada tubuh yang memberi amaran kepada kita apabila kita terlebih mengambil nasi:

Berapa banyak kangkung yang boleh kita makan?


Berapa banyak ayam goreng yang boleh kita makan?

Berapa banyak ikan kukus, yang boleh kita makan?

Fikirkan tentang perkara ini!

Pada amalan yang biasa bila semasa makan, kita tidak mengambil banyak lauk seperti ayam, ikan atau timun pada hidangan kita. Sebaliknya kita lebih banyak mengambil nasi – kadangkala bertambah-tambah walaupun berlaukkan kuah sahaja atau sambal belacan.

7. Makan nasi menyebabkan kita makan garam yang lebih.

Nasi adalah tawar, oleh itu kita cenderung untuk mengambil lebih garam. Apabila ini berlaku garam berperanan sebagai penculik kepada kesihatan kita apabila kita positif pula kepada tekanan darah tinggi. Kita cenderung untuk mengambil lebih banyak kari yang mempunyai garam bagi menambah selara dan rasa. Tak cukup dengan itu kita juga ada aksesori lain dalam setiap hidangan iaitu pengambilan sos tomato/cili dan kicap yang juga kaya dengan garam.

8. Makan nasi menyebabkan anda kurang minum air.


Lebih banyak nasi yang kita makan, semakin kurang air yang kita minum kerana perut kita tidak ada mekanisme untuk menghalang makan nasi secara berlebihan. Nasi, gandum dan jagung adalah hidangan tersembunyi dalam makanan harian kita. Kerana nasi adalah tawar, maka kita cenderung untuk mengambil makanan lain yang menggantikan nasi seperti tepung beras, mi dan roti apabila kita lapar. Kita cenderung untuk makan makanan yang berasaskan beras yang mana akan dicernakan ke dalam bentuk gula.

9. Nasi, walaupun apabila dimasak, adalah sukar untuk dihadam.

Adakah kita boleh makan nasi mentah? Untuk tahu jawapannya cuba kita makan nasi separuh masak. Berbeza dengan kepercayaan popular, nasi sebenarnya adalah sangat sukar untuk dihadamkan. Nasi adalah 'hidangan berat'. Jika kita mempunyai masalah dengan pencernaan, cuba ponteng makan nasi selama beberapa hari. Kita pasti akan kagum bagaimana masalah ini akan hilang.

10. Beras menghalang penyerapan  beberapa vitamin dan mineral.

Nasi apabila diambil dengan banyak akan mengurangkan penyerapan nutrien penting seperti zink, besi dan vitamin B.

Demikianlah beberapa alasan mengapa kita perlu berfikir adakah perlu kita mengurangkan pengambilan nasi. Soalnya adakah kita seorang penagih nasi ? Membuat strategi mengurangkan pengambilan nasi mungkin bukan langkah mudah tetapi kita boleh berlatih untuk mengurangkan pengambilannya.

Kalau dalam sehari kita makan dua kali, maka kurangkanlah kepada satu kali, terutamanya yang telah berusia lebih 40 tahun. Memang betul orang dulu-dulu makan nasi tiga kali sehari tetapi mereka kerja di ladang dan bendang. Semua gula yang dicerna dijadikan tenaga buat membanting tulang. Kita pula hidup pada zaman teknologi nano ini, sekadar duduk mengadap komputer, duduk atas kerusi empuk dalam bilik berhawa dingin sama ada di rumah atau dalam perjalanan, tetapi bila makan macam kerja di sawah. Kesannya kesihatan terpaksa dicagarkan.

Mengurangkan makan nasi boleh dilaksanakan lebih mudah daripada apa yang anda fikirkan. Berikut adalah beberapa strategi yang dicadangkan boleh kita lakukan dalam usaha untuk mengurangkan makan nasi:

1. Kurang makan nasi – ambil separuh hidangan sahaja.

Barry Sears, pengarang Diet Zon, menasihati 'makanlah nasi seperti kita makan rempah'. Sebaliknya, tingkatkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Ambil lebih banyak daging tanpa lemak dan ikan. Kita juga boleh mengambil lebih banyak telur dan kacang.


2. Mengambil makan bukan berasaskan beras.

Ambil makanan yang tidak berasaskan beras atau gandum. Misalnya mengambil telur sahaja sebagai menu bersarapan.

3. Jadikan satu hari sebagai hari tanpa beras.

Makan lauk yang berlebihan seperti sup ayam atau tom yam tanpa nasi. KFC Merry Brown pun satu alternatif...tapi ayam atau ikan sahaja.


4. Tidak mengambil nasi dan roti untuk satu hari setiap minggu.

Ini tidak terlalu sukar. Menghargai kekayaan makanan anda. Pergi untuk rasa, warna dan bau. Jadikan setiap makanan selain nasi sebagai hidangan lazat. Nikmati makanan anda dengan cita rasa asal (mentah atau tanpa perasa).

5. Elakkan botol garam atau sos tomato di meja makan.

Anda secara automatik akan kurang makan nasi.


6. Makan buah-buahan pencuci mulut anda sebelum makanan berat .

Buah-buahan yang tinggi serat akan memenuhi sebahagian dalam perut kita. Oleh itu, kita akan makan nasi yang kurang tetapi mengambil buah-buahan yang lebih banyak.


Ini adalah kehidupan kita. Tentukanlah apa yang kita mahu makan! Tetapi makanlah nasi yang kurang! Yang penting kita makan untuk hidup bukan hidup untuk makan. Model terbaik ialah cara kehidupan Rasulullah S.A.W, bagaimana baginda makan, bila baginda makan, apa yang baginda makan, bagaimana adab baginda makan dan segala sunahnya adalah contoh dan teladan yang terbaik mengenai amalan pemakanan yang sihat.

Wednesday, October 12, 2011

Bahaya.......awasi labah-labah ini di persekitaran anda

Saya menrima e-mail dari rakan mengenai penemuan spesis labah-labah yang baru dikenali. Sila ambil perhatian terhadap ancaman labah-labah ini, kerana spesis labah-labah ini telah dijumpai di seluruh Kuala LumpurLabah-labah ini juga dipercayai berada di semua negeri di Malaysia, jadi berjaga-jagalah.

Sila ambil perhatian terhadap labah-labah ini pada persekitaran anda kerana ia sangat berbahaya. Beri ingatan dan amaran kepada anak-anak, rakan dan taulan serta sebarkan maklumat ini kepada setiap orang yang anda kenali untuk memberitahu kepada mereka mengenai bahaya sengatan labah-labah ini.

Pembiakan labah-labah ini adalah pada kadar yang pantas dan semakin kerap ditemui dirumah-rumah. Sila perhatikan kesan sengatan labah-labah ini pada gambar yang diposkan...

Inilah rupa labah-labah yang bahaya itu...


Hari ke-5 selepas disengat.....

hari ke-6 selepas disengat....

Hari ke-9 selepas disengat.......

Hari yang ke-10 selepas disengat


Sebar dan maklumkan kepada individu yang anda kenali.....

 

Thursday, October 6, 2011

Majlis Mohon Restu PMR 2011

SMK KULAI BESAR - 30 September 2011, seramai 423 calon PMR sekolah ini telah diraikan dalam Majlis Mohon Restu sebagai penyuntik semangat sebelum menduduki peperiksaan pada 4-6  dan 10-11 Oktober ini. Pada tahun lalu seramai 273 calon PMR yang mendaftar dalam PMR.

Program Majis Mohon Restu dilaksanakan dengan tujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan murid tentang pentingnya PMR serta impaknya kepada kemajuan kerjaya murid pada masa hadapan. Program ini juga dilaksankan sebagai satu strategi membugar motivasi murid agar mereka sedar bahawa mereka tidak bersendirian dalam menghadapi PMR. Sebaliknya doa dan Restu dari guru dan ibu bapa sentiasa mengiringi mereka.

Program ini juga diharapkan dapat menyedarkan kepada murid bahawa kejayaan dan kecemerlangan mereka adalah sesuatu yang menjadi keutamaan sekolah. Pada bahu mereka disandarkan segala harapan daripada pihak sekolah dan ibu bapa, agar mereka dapat berusaha bersungguh-sungguh kerana kejayaan yang diharapkan itu nanti merupakan hasil yang mahu dituai. Semua calon PMR seumpama benih tanaman dan harapan sekolah ialah agar benih yang ditanam bukan setakat subur tetapi menghasilkan hasil yang berganda. 

Majlis yang diadakan saban tahun ini antara lain dimulakan dengan Taklimat PMR, Ucapan Wakil Murid, Ucapan Pengetua an Ucapan daripada YDP PIBG. Kemuncak majlis ialah pembacaan restu ilmu oleh pengetua sendiri. Sebelum mengakhiri majlis, sesi bersalam-salaman antara murid dan guru telah dijalankan yang turut disertai oleh YDP PIBG. Seperti lazimnya semua murid diberikan cenderamata berupa alat tulis bagi keperluan mereka di dewan peperiksaan.

Kepada calon PMR selamat menduduki peperiksaan. semoga berjaya...