Wednesday, January 24, 2018

10 Ciri-Ciri Utama Pemimpin Sekolah Abad Ke-21 Yang Berjaya

Sekolah yang bagus adalah didorong oleh guru, pemimpin pertengahan, pengetua dan guru besar (PGB) sekolah yang bersungguh-sungguh membawa perubahan kepada pembelajaran murid-murd. Walau bagaimanapun, cabaran daripada kemajuan global dan teknologi abad ke-21 telah meletakkan pemimpin-pemimpin sekolah dan guru-guru di bawah tekanan yang lebih daripada dahulu. Bagaimana PGB boleh menjadi seorang pemimpin sekolah yang berjaya? Berikut adalah ciri-ciri yang saya percaya perlu dibangunkan oleh PGB, supaya kepimpinan mereka kekal relevan  untuk berkembang pada abad ke-21.

Thursday, January 18, 2018

Taklimat Pelaksanaan Bimbingan SIPartners+ PPD Kulai Tahun 2018

Ahamdulillah pada 18 Januari 2018, SIPartners+ PPD Kulai berkesempatan bersama rakan PGB sekolah-sekolah daerah Kulai bagi menyampaikan pelaporan dan pelaksanaan bimbingan kepimpinan SIPartners+ kepada PGB daerah Kulai bagi tahun 2018. Sesi berlangsung selama empat jam dan penyampaian oleh SIPartners+ terbahagi kepada lima bahagian;

1) Aspirasi PPJ - Big Picture
2) Peranan SIPartners+ dalam DTP3.0
3) Pelaporan Pelaksanaan Bimbingan 2017
4) Perancangan Bimbingan 2018
5) Perbengkelan Menghasilkan pelan Tindakan Sekolah

Terima kasih kepada Tuan PPD yang turut hadir pada akhir sesi untuk menyampaikan rumusan sesi dan. Terima kasih kepada rakan PGB yang telah hadir. Berikut adalah sebahagian kandungan bahan yang telah disampaikan.