Wednesday, January 24, 2018

10 Ciri-Ciri Utama Pemimpin Sekolah Abad Ke-21 Yang Berjaya

Sekolah yang bagus adalah didorong oleh guru, pemimpin pertengahan, pengetua dan guru besar (PGB) sekolah yang bersungguh-sungguh membawa perubahan kepada pembelajaran murid-murd. Walau bagaimanapun, cabaran daripada kemajuan global dan teknologi abad ke-21 telah meletakkan pemimpin-pemimpin sekolah dan guru-guru di bawah tekanan yang lebih daripada dahulu. Bagaimana PGB boleh menjadi seorang pemimpin sekolah yang berjaya? Berikut adalah ciri-ciri yang saya percaya perlu dibangunkan oleh PGB, supaya kepimpinan mereka kekal relevan  untuk berkembang pada abad ke-21.

Kejujuran dan integriti (Honesty and Integrity)

 
Look for 3 things in a person - intelligence, energy and integrity. If they don't have the last one, don't even bother with the first two. ~Warren Buffet

Sebagai pemimpin, anda perlu mengenali nilai diri anda sendiri, kenali nilai yang sedia ada di sekolah dan nilai-nilai yang ada dalam komuniti sekolah. PGB perlu berusaha melakukan penjajaran dan asimilasi antara nilai yang ada pada diri mereka dengan nilai yang sedia ada di sekolah dan masyarakat. Jika di sekolah tidak mempunyai nilai yang mantap, maka inilah masanya untuk PGB melakukan perubahan. Namun, jika sekolah yang diterajui oleh PGB telah mempunyai nilai budaya yang tertentu, kaji nilai dan budaya tersebut terlebih dahulu. Kenal pasti jurang yang ada dan lakukan penjajaran nilai yang ada pada diri anda dengan nilai-nilai sekolah dan komuniti. Jadikan nilai tadi sebagai model yang dikongsikan dengan seluruh warga sekolah dan komuniti. 
 
Sebagai pemimpin sekolah, PGB perlu membuat komitmen peribadi untuk bersikap jujur dengan diri sendiri dan warga sekolah pada setiap masa. PGB perlu menunjukkan ketelusan dalam mengambil tindakan dan tidak mempunyai agenda tersendiri untuk kepentingan diri. Setelah itu baharulah PGB mengambil inisiatif untuk memupuk kejujuran dan integriti dalam kalangan guru-guru dan murid-murid. Jika PGB membuat kesilapan, mengakuinya, mengambil tanggungjawab untuk kesilapan itu, menyelesaikannya dan belajar daripadanya. Sentiasa menjaga perkataan dan janji-janji. 
 
Keupayaan meyakini dan mengupayakan orang lain. (Ability to Trust and Empower)  
 
Related image
 

PGB perlu mendengar suara guru-guru dan murid-murid. Ketahui bakat, minat dan kecenderungan mereka dan seterusnya berikan pengupayan sewajarnya. Upayakan mereka untuk bertanggungjawab bagi melaksanakan tugas-tugas atau program yang tertentu. Pendekatan turun padang dan sentiasa berada bersama mereka untuk memberi bimbingan adalah karakter PGB yang disegani dan dihormati oleh warga sekolah. PGB juga perlu memastikan setiap pencapaian guru-guru dan murid sentiasa dihargai sama ada dalam bentuk ungkapan, perbuatan mahupun tindakan.  
 
Berkomunikasi, berkerjasama dan dan sentiasa berhubungan. (Communicative, Collaborative and Connected)
  
 
 
PGB perlu berfikiran secara terbuka, cari dan berkongsi maklumat dan pengetahuan. Usaha untuk difahami dan memahami orang lain. Berhubung dengan dunia melalui blog dan media sosial. Berkolaboratif dengan pihak lain sama ada secara maya atau bersemuka bagi memastikan keputusan yang terbaik dapat dibuat.  
 
Aura positif (Positive Energy)  
 
Image result for positive energy
 
PGB perlu sentiasa wujud pendekatan yang positif, proaktif dan berdedikasi. Luangkan masa untuk bercakap dengan murid, guru dan ibu bapa. Mengambil  tahu perkembangan murid, guru dan ibu bapa serta menghargai mereka dengan mewujudkan hubungan yang tulen. Walau bagaimanapun pastikan PGB dapat melungkan masa untuk menguruskan kesihatan diri, kesejahteraan dan tahap tenaga seupaya sentiasa bersynergi dalam memenuhi tuntutan tugas dan peribadi.  
 
Keyakinan (Confidence)  
 
Image result for Confidence
 
PGB perlu menujukkan tahap keyakinan yang tinggi dan boleh didekati. PGB kerap boleh dilihat, dan tidak hanya terperap di dalam bilik sahaja. PGB mengambil berat dan kerap bertanya kepada guru dan murid-murid. Hargai apa yang anda lihat dan memberi pujian terhadap pengajaran dan pembelajaran atau amalan yang berkesan. Sebagai seorang pemimpin, PGB akan berhadapan dengan situasi sukar. Dalam situasi ini, tetap tenang dan yakin untuk mengekalkan semangat dan keyakinan dalam komuniti sekolah. Pastikan tumpuan PGB sentiasa kembali ke matlamat strategik. Objektif utama adalah untuk memastikan semua individu yang berada dalam kawalannya bergerak maju.  
 
Komitmen dan kesungguhan (Commitment and Persistence) 
 
 Image result for Commitment
 
Memaparkan komitmen tulen dan dedikasi adalah penggerak kepada guru-guru dan murid-murid. Pastikan PGB membuat pelaburan jangka pendek dan rancangan jangka panjang berdasarkan visi strategik abad ke-21.  PGB perlu seratus peratus komited terhadap pencapaian matlamat penambahbaikan sekolah. Menyesuaikan diri apabila berlaku situasi yang tidak diduga dan kemudian berterusan berusaha sehingga matlamat yang disasarkan dapat  dicapai. Jangan berputus asa!  
 
Kesediaan untuk belajar, tinggalkan fikiran lama dan kukuhkan pengetahuan (Willingness to Learn, Unlearn and Relearn)  
 
 
 
Pertumbuhan minda adalah salah satu ciri-ciri yang paling penting yang setiap PGB harus miliki. Untuk memperkembangkan minda, PGB perlu melakukan tiga perkara iaitu belajar (learn), Mengosongkan minda lama (Unlearn) dan mengukuhkan pembelajaran (Relearn). PGB perlu sentiasa menambah pengetahuan dan kemahiran. Jangan sekali-kali berhenti belajar! Terokai peluang dan kemungkinan-kemungkinan abad ke-21 yang menarik dan mampu memperkasa diri, sekolah dan komuniti. PGB perlu berfikiran terbuka dan dengan  minda berkembang. Seth Godin berkata, "Jika anda tidak melakukan perkara-perkara yang mengusarkan anda, anda tidak benar-benar belajar."

Belajar (Learn); bermaksud PGB harus mempunyai minda yang terbuka untuk mengemas kini dan menyesuaikan diri dengan perkembangan pendidikan terkini. Bermaksud PGB perlu mengumpul maklumat, menyesuaikan diri dengan trend pengurusan terkini, memahmi perkembangan dan pertumbuhan murid sesuai dengan zamannya dan memahami pemikiran generasi guru milinial yang berada di sekolah. PGB berkolaboratif, aktif, rajin berkongsi dan bertanya dengan rakan sejawat, rakan strategik seperti SIP+ dan juga guru-guru di sekolahnya. Semuanya dilakukan dengan tujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka.

Kemudian, unleran adalah bahagian yang paling sukar dalam pertumbuhan minda kerana PGB perlu mengosongkan cara berfikir yang lama, pendekatan tradisional dan perkara jumud, yang dianggap sudah ketinggalan dan tidak produktif. Sebagai contoh, PGB perlu melihat kemenjadian murid secara holistik di mana permbelajaran berasaskan pertumbuhan perlu diutamakan. Oleh itu amalan sebelum ini yang melihat keberhasilan murid dari aspek GPS dan peratus lulus dalam akademik semata-mata perlu disimpan dalam arkib pemikiran.

Seterusnya, relearn yang membawa maksud PGB perlu berani untuk mempelajari sesuatu yang telah dipelajari sebelum ini, tetapi mungkin masih belum lengkap atau belum memberi impak keberhasilan. Oleh itu selepas PGB mempunyai unlearn yang bermaksud PGB telah membuang amalan pemikiran lama, maka kini minda perlu diisi dengan mempelajari perkara baru. Misalnya konsep Pembelajaran Abad ke-21, STEM, pembelajaran terbeza, pembelajaran koperatif dan kolaboratif, KBAT dan seumpamanya. 
 
Keusahawanan, kreatif dan inovatif (Entrepreneurial, Creative and Innovative) 
Image result for Entrepreneurial
 
Kebolehan untuk berfikir di luar kotak adalah sangat penting. Kreativiti dan Inovasi adalah cara yang hebat untuk menguruskan gangguan dan kompleksiti abad ke-21. Memperkasakan murid dan guru untuk menjadi pintar, fleksibel, kreatif, berfikir seperti usahawan serta mengembangkan rakan kongsi global dan sumber untuk berjaya dalam dunia yang sentiasa berubah-ubah. PGB perlu membangunkan sekolah sebagai organisasi keusahawanan. 
 
Naluri Intuitif/ Gerak Hati (Intuitive) 
 
Related image
 
Gerak hati adalah sesuatu yang mencabar untuk dijelaskan, walaupun besar peranan yang dimainkannya dalam kehidupan seharian kita. Steve Jobs misalnya menyatakan bahawa gerak hati sebagai, "sesuatu yang lebih kuat daripada akal (more powerful than intellect)." Walau bagaimanapun kita sekadar mengungkapkan dalam kata-kata. Oleh itu PGB perlu belajar untuk meyakini naluiri intuitif. Tanpa kita sedari dalam banyak keputusan yang kita ambil hasil dari gerak hati, iaitu taakulan bawah sedar yang menjadi penggerak kepada kita untuk melakukan sesuatu tanpa memberitahu kita kenapa atau bagaimana. Oleh itu PGB perlu mendengar suara hati kerana ia datang dari kebijaksanaan dan lubuk hati yang tulus.
 
Kebolehan untuk memberi inspirasi (Ability to Inspire) 
 
Image result for Ability to Inspire
 
Jadilah sumber inspirasi! Tujukan kepada  guru-guru, murid-murid dan ibu bapa tentang peluang pendidikan yang terbentang luas, dengan memberikan penekanan terhadap visi dan misi sekolah. Wujudkan satu semangat dan keyakinan untuk bekerja bersama-sama dalam mewujudkan hala tuju sekolah.
 

No comments: