Monday, June 11, 2018

Persediaan Certified Coach: Pengiktirafan dan Nilai Tambah Profesionalisme SIPartners+

 

Setelah menjadi SIPartners+ dan melibatkan diri dalam bidang bimbingan kepimpinan selama empat tahun saya melihat Certified Coach adalah satu pengiktirafan terhadap peranan kami dalam memacu transformasi pendidikan, khususnya dalam konteks pembangunan kualiti kepimpinan di sekolah. Perkara ini adalah selaras dengan anjakan keenam PPM, iaitu mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan sekolah. Justeru, Certified Coach adalah nilai tambah terhadap mutu pengurusan dan amalan pendidikan negara kerana saya berpendapat untuk membangunkan sumber manusia, ia perlu dilakukan secara holistik dengan mengadun IQ, EQ dan SQl dalam diri pimimpin. Pendekatan coaching dan mentoring mengisi keperluan ini. Oleh itu saya berharap Certified Coach ini akan menjadi pemangkin kepada komitmen dan minat dalam kalangan warga pendidikan terhadap kerjaya sebagai Sipartners+. 
SIPartners+ juga perlu mempunyai matlamat untuk memastikan keberhasilan bimbingan dalam memastikan kepimpinan di sekolah berada pada tahap prestai yang tinggi. Semoga Semoga SIPartners+ dapat memberikan sumbangan yang lebih bermakna dan berimpak tinggi terhadap pembangunan pendidikan. Namun sebagai Certified Coach, SIPartners+ perlulah bersedia untuk melakukan anjakan paradigma dari sekadar memberi bimbingan kepada kepimpinan pengetua dan guru besar di sekolah sahaja, kepada bimbingan pada skala makro. SIPartners+ perlu bersedia untuk menjadi pembimbing sepenuhmasa dalam memberikan bimbingan secara professional untuk pembangunan profesionalisme merentas organisasi pada skala yang lebih luas. Untuk itu SIPartners+ perlu kekal fokus dan melaksanakan proses coaching dengan menggunakan teknik,  pendekatan, dan kaedah yang betul mengikut standard yang telah ditetapkan.
Berikut ini dikongsikan bebrapa dokumentasi yang perlu disediakan oleh SIPartners+ dalam membuat Persediaan Pentaksiran Certified Coach;

BIL
PERKARA
CATATAN
1.
Salinan Sijil Menghadiri Kursus Coaching
1 salinan
2.
Salinan Log Coaching (TKC 1)
Boleh menggunakan borang TKC1 atau Rekod Coaching SPL KPM
3.
Kontrak Coaching (TKC 2)
1 Kontrak
4.
Rekod Coaching ( TKC3,TKC4, dan TKC5)    

Borang Versi MS Words
Contoh Pengisian Rekod Coaching
Penghantaran pertama 20 sesi dan penghantaran kedua 30 sesi (tetapi jika telah siap semua boleh hantar 50 sesi sekali gus)
5.
Rekod eCoaching ( TKC3,TKC4, dan TKC5)  
Maksimum 5 sesi
6.
Rumusan 5 Borang Maklum Balas Coachee (TKC 6)
1 Rumusan ( Contoh )
7.
Transkrip  Sesi Coaching disemak dan ditandatangani oleh Pensyarah Pembimbing                   
1 Transkrip ( Contoh )
8.
Borang Rekod Bimbingan oleh Pensyarah Pembimbing
1 salinan fotostat borang atau laporan Pensyarah Pembimbing.
9.
Rumusan Penilaian Kendiri Standard Kompetensi Certified Coach IAB
1)Perlu ada skor dan nyatakan eviden.

(Kompetensi Certified Coach IAB)

Sertakan juga Penilaian Kendiri Kecerdasan Emosi
10.
Pelan Pembangunan Profesional Sebagai Coach Sepenuh Masa
1) Borang Pelan pembangunan Profesional ( Contoh )
2) Pelan Pembangunan Profesional SIPartners+ ( Contoh )

Semoga rakan-rakan SIPartners+ yang terlibat dalam Pentaksiran Certified Coach ini dapat memberikan komitmen yang terbaik dan menjalani sesi pentaksiran dengan jayanya. Insya Allah.

No comments:

Artikel Popular