Monday, November 12, 2018

myPortfolio SIPartners+




Berdasarkan perkembangan semasa, PKPA Bil. 8 Tahun 1991 Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja telah dikaji dan ditambah baik. Inisiatif ini mengambil kira cabaran dan perubahan semasa sama ada di peringkat global mahupun domestik seperti gelombang teknologi digital, ekspektasi rakyat, dominasi golongan millennial dan Revolusi Perindustrian Keempat. 

Sehubungan itu, PKPA Bil. 4 Tahun 2018 myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam dikeluarkan sebagai pendekatan baharu dalam pelaksanaan bidang tugas dan tanggungjawab secara yang lebih komprehensif dan teratur di agensi Kerajaan. Ketua Jabatan juga boleh meluas guna myPortfolio sebagai radas strategik dalam pengurusan sumber manusia.

myPortfolio adalah satu kaedah pengurusan ilmu yang memberikan penekanan kepada pengupayaan minda setiap penjawat awam dalam kerangka organisasi berpembelajaran (learning organisation). Selain sebagai dokumen rujukan rasmi yang menghuraikan maklumat pewujudan jawatan, proses kerja dan panduan menjalankan tugas bagi jawatan tersebut dalam sesebuah organisasi juga dinyatakan dalam myPortfolio.

Ciri-ciri myPortfolio adalah seperti yang berikut:
  1. myPortfolio merupakan dokumen rujukan pada peringkat jawatan dan jabatan;
  2. Setiap jawatan dalam sesebuah agensi hendaklah mempunyai myPortfolio termasuk jawatan yang belum diisi;
  3. myPortfolio berasaskan bidang tugas dan tanggungjawab jawatan; dan
  4. myPortfolio mengandungi maklumat, panduan dan rujukan dalam mengendalikan tugas yang ditetapkan bagi sesuatu jawatan. 


Komponen Utama dalam myPortfolio



myPortfolio memperkenalkan satu elemen baharu, memansuhkan tiga (3) komponen dan menambah baik tujuh (7) aspek Fail Meja. Terdapat 10 komponen baharu myPortfolio meliputi maklumat yang perlu diketahui dan dirujuk oleh penjawat awam dalam melaksanakan tugas. Komponen myPortfolio adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.

Pekeliling ini mendukung hasrat Kerajaan untuk memantapkan lagi perkongsian dan integrasi maklumat serta kerjasama strategik dalam kalangan agensi Kerajaan. Hasrat ini dipaparkan melalui kolaborasi strategik antara MAMPU dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ke arah pengoptimuman sumber manusia dan peningkatan produktiviti. 

Maka melalui Pekeliling ini, Deskripsi Tugas (Job Description - JD) diperkenalkan bagi menggantikan Senarai Tugas. Deskripsi Tugas ini memperjelaskan tujuan pewujudan sesuatu perjawatan dengan mengambil kira komponen akauntabiliti, dimensi dan kompetensi yang diperlukan bagi sesuatu jawatan dalam organisasi. Hal ini selaras dengan objektif sesuatu jawatan yang secara prinsipnya diwujudkan berdasarkan kadar upah untuk kerja (rate for the job). 

Akauntabiliti yang jelas dan spesifik dapat membantu penyandang menjalankan tugas dengan lebih efektif, setara dengan gred jawatan yang diperuntukkan. Deskripsi Tugas juga dapat membantu untuk menterjemahkan hasil daripada tugas tertentu dengan lebih jelas bertepatan dengan objektif penubuhan sesebuah organisasi.

Bagi memenuhi hasrat ini SIPartners+ sebagai salah satu komponen utama dalam inisiatif DTP 3.0 turut tidak terkecuali daripada penyediaan myPortfolio ini. Oleh itu pada 14-16 Oktober yang lalu SIPartners+ Johor telah mengadakan satu perbengkelan khas untuk menghasilkan myPortfolio SIPartners+. Menerusi perbengkelan tersebut  SIPartners+ Johor telah menghasilkan Draf myPortfolio SIPartners+ yang kemudiannya saya murnikan untuk dijadikan sebagai asas rujukan kepada seluruh SIPartners+ Johor. Bahan tersebut boleh dimuat turun menerusi pautan berikut.

Bahan yang dihasilkan ini bukanlah sesuatu yang telah lengkap, sebaliknya masih memerlukan proses perincian dan pemurnian. Salah satu cabaran utama dalam penyediaan my Portfolio ini ilah ketidakpastian dimanakah kedudukan SIPartners+ dalam penstrukturan PPD. Mengikut garis panduan awal penstrukturan PPD, SIPartners+ akan ditempatkan di bawah Unit Pengurusan Sekolah. 

Namun demikan, dengan mengambil kira pandangan dan cadangan penambahbaikkan yang dibuat oleh JPN dan PPD Johor, buat masa ini myPortfolio SIPartners+ disediakan dengan meletakkan perjawatan SIPartners+ di bawah Unit Perancangan. Selepas penstrukturan PPD dimuktamadkan saya akan mengemaskini semula draf ini bagi disesuaikan dangan perubahan yang berlaku. 

Semoga bahan ini dapat dimanfatkan oleh rakan SIPartners+ di seluruh negara, dan sekiranya teradapat cadangan dan penambahbaikan atau hasil dari SIPartners+ dari negeri lain bolehlah dikongsikan kepada saya menerusi email berikut; azmansafii@gmail.com


No comments: