Kepimpinan Teragih (KT) bermula sekitar tahun 1950-an dan 1960-an. Chester Barnard (1968) mendapati bahawa "kuasa kepimpinan" (authority of leadership) adalah tidak terhad kepada mereka yang memiliki jawatan eksekutif sahaja. Pada 1970-an, Daniel Griffiths, membawa keluar pemahaman mengenai kepimpinan dari "kepimpinan" kepada "tindakan untuk memimpin" (acts of leading). Beliau berpendapat kepimpinan bukan sahaja ada pada diri seorang pemimpin, iaitu mereka yang mempunyai kuasa dan kedudukan rasmi atau jawatan, tetapi juga dalam kalangan mereka yang berada di luar kedudukan itu.