Zon
Perkembangan Proximal (Zone of Proximal Development), adalah jurang di
antara apa yang pelajar boleh lakukan tanpa bantuan dan apakah yang dia boleh
lakukan dengan bantuan. Ia adalah satu konsep yang dibangunkan oleh ahli psikologi
dan sosiologi konstruktivis Russia, Lev Vygotsky (1896-1934). Vygotsky
menyatakan bahawa kanak-kanak mengikut contoh orang dewasa dan beransur-ansur
membangunkan keupayaan untuk melakukan tugas tertentu tanpa bantuan atau sokongan.
Khamis, Julai 05, 2018
Ahad, Jun 24, 2018
Peranan Coaching dalam Revitalisasi Pendidikan Abad Ke-21
Shamsuddin bin Haron (Pegawai
SIPartner+ PPD Kluang)
(Kertas kerja ini telah dibentangkan
di Kenferensi Pendidikan Nasional di Kota Tinggi pada 2016)
Pengenalan
Era kemajuan Negara terkini menyaksikan
pendidikan bergerak seiring untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu,
berpotensi, dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran globalisasi masa kini. Demi
merealisasikan matlamat mencapai tahap negara maju pada tahun 2020, kerajaan
melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengorak langkah untuk
menangani pelbagai isu dan masalah dalam sistem sedia ada bagi memastikan
sistem pendidikan terus relevan, bersifat dinamik dan sesuai dengan
persekitaran yang berubah.
Sabtu, Jun 23, 2018
Kolokium Kepimpinan Pemimpin Pendidikan Daerah Kulai 2015
Tema:
“Peranan Kepimpinan Pendidikan Abad
Ke-21 Dalam Merealisasikan Aspirasi PPPM”
Malaysia kini berhadapan dengan cabaran abad 21
yang didominasikan oleh kepantasan perubahan persekitaraan akibat daripada
ledakan teknologi maklumat yang berpusatkan kepada kemahiran berfikir aras
tinggi iaitu berfikir secara kreatif dan inovatif bagi menghasilkan pelbagai
jenis produk. Sesebuah negara yang ingin terus maju perlu menghasilkan modal
insan yang berpengetahuan dan
berkemahiran tinggi disamping bijak berkomunikasi dalam pelbagai situasi
dengan menggunakan pelbagai bahasa. Sikap ingin terus belajar sepanjang hidup
perlu dibina dalam kalangan murid yang bakal menjadi modal insan negara. Kini
guru perlu mengajar murid bagaimana untuk terus belajar sepanjang hayat.
Ahad, Jun 17, 2018
Kolokium Kepimpinan Pemimpin Sekolah Kali Ke-2 Tahun 2018
Tema: Memupuk gaya kepimpinan
digital dalam kalangan pemimpin sekolah.
Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia kini telah memasuki gelombang kedua dalam usaha mengubah landskap
pendidikan di negara ini. Pengetua dan Guru Besar selaku peneraju di sekolah perlu
meningkatkan karisma masing-masing melalui pengetahuan dan keilmuannya yang
berkembang pesat di samping mengangkat martabat dirinya sebagai golongan
intelek yang dihormati dalam masyarakat. Pengetua dan Guru Besar sebagai peneraju,
pembimbing dan pendorong golongan pendidik adalah pendukung obor budaya ilmu. Kejayaan
dan keberkesanan kualiti guru pada hari ini terletak sejauhmana berkesannya
kepimpinan yang menerajui sekolah dalam menjayakan tranformasi pendidikan
Negara Malaysia.
Dengan berlakunya ledakan
ilmu pengetahuan yang begitu pesat, disertai dengan perkembangan dunia
teknologi maklumat, tuntutan supaya Pengetua dan Guru Besar di sekolah
melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu amatlah kritikal. Salah satu pendekatan
atau wahana yang praktikal ialah dengan penganjuran kolokium pendidikan bagi
merangsang pemikiran dan daya intelektual seseorang. Ia juga mendorong kepada
percambahan idea dan perkembangan pemikiran serta peka kepada isu yang sedang
berlegar-legar dalam dunia pendidikan ketika ini.
Jumaat, Jun 15, 2018
Perkongsian Amalan Terbaik PGB Sekolah-sekolah Daerah Kulai Menerusi Principal Peer Learning (PPL)
Assalamualaikum
wbh dan salam sejahtera, Saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Pegawai
Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah
Kulai atas sokongan terhadap inisiatif yang diambil oleh SIPartners+ untuk
mendokumentasikan amalan-amalan terbaik beberapa buah sekolah di daerah Kulai. Penulisan
ini juga dibuat sebagai penghargaan kepada Pengetua dan Guru Besar yang telah
terlibat dalam menjayakan Program PPL ini sebagai satu wadah perkongsian amalan
terbaik. Bahan-bahan yang dikumpulkan ini adalah koleksi amalan terbaik 2014
yang telahpun dikongsikan kepada sebagaian pengetua dan guru besar menerusi
Program Principal Peer Learning yang telah diadakan pada 9 dan 16 Ogos 2014.
Langgan:
Catatan (Atom)
Artikel Popular
-
Zon Perkembangan Proximal (Zone of Proximal Development), adalah jurang di antara apa yang pelajar boleh lakukan tanpa bantuan...
-
“The New One-Page Project Manager is an essential part of my executive toolkit. OPPMs communicate a project's plan and then co...
-
TEKS UCAPAN ALU-ALUAN PADA MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SMK KULAI BESAR 2011 OLEH; AZMAN BIN SAFII PENOLONG KANAN PENTABIRA...
-
TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN AZMAN BIN SAFII, PENOLONG KANAN PENTADBIRAN TARIKH : ISNIN 20 APRIL 2009 1. Terima kasih kepada penga...
-
Barangkali anda pernah menghadapi situasi yang buntu sebelum memulakan pembentangan; merenung cahaya skrin komputer kosong anda dengan...

