Ahad, Ogos 03, 2025

5W1H : Kuasa Analitik Pemimpin dan Guru dalam Menyelesaikan Masalah


PENDAHULUAN

Model 5W1H berasal daripada dunia kewartawanan dan analisis logik, dengan akar sejarah yang boleh dijejaki hingga ke zaman purba. Konsep ini dipopularkan dalam konteks moden oleh Rudyard Kipling, seorang penulis dan wartawan Inggeris, dalam puisinya “I Keep Six Honest Serving Men” daripada buku The Elephant’s Child (1902):

“I keep six honest serving-men
(They taught me all I knew);
Their names are What and Why and When
And How and Where and Who…”

Puisi ini menggambarkan bagaimana enam soalan asas – What, Why, When, Where, Who, dan How – membantu memahami sesuatu situasi atau peristiwa secara menyeluruh.

Dalam konteks pengurusan moden, terutamanya dalam kaizen, pengurusan kualiti dan pengurusan strategik, model ini digunakan untuk mengumpul maklumat, mengenal pasti punca masalah, dan merangka tindakan penyelesaian.

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi Serta Anugerah Tokoh Kepimpinan Guru Dan Anugerah Tokoh Guru 2025


الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين، اللهم صل على سيدنا محمد صلاة تنجينا بها من جميع الأهوال والآفات، وتقضي لنا بها جميع الحاجات، وتطهرنا بها من جميع السيئات، وترفعنا بها عندك أعلى الدرجات، وتبلغنا بها أقصى الغايات من جميع الخيرات في الحياة وبعد الممات، وعلى آله وصحبه وسلم تسليماً كثيراً.


Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kota Tinggi Mengungguli Sehati Memperkasa Bangsa

Terima kasih Saudara / Saudari Pengacara  Majlis

1.0 ) SERAFAK SYUKUR DAN SEJUNJUNG TERIMA KASIH:

Hadirin yang dihormati.

1) Alhamdulillah, puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya kita diberikan kesempatan untuk bersama-sama hadir - Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2024 Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi serta Anugerah Tokoh Kepimpinan Guru dan Anugerah Tokoh Guru Tahun 2025.  

Majlis Pelancaran Program Sekolah Angkat Madani di Sekolah Kebangsaan Sungai Rengit

 الحمد لله الذي أرسل رسوله بالهدى ودين الحق، ليظهره على الدين كله وكفى بالله شهيداً. أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمداً عبده ورسوله. اللهم صل وسلم على سيدنا محمد، وعلى آله وأصحابه والتابعين لهم بإحسان إلى يوم الدين. أما بعد، فيا عباد الله! اتقوا الله أوصيكم وإياي بتقوى الله فقد فاز المتقون.



Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera, Salam Maju Johor, dan Salam Malaysia Madani.

Terima kasih kepada Pengerusi Majlis.

Yang Berbahagia Tuan Aznan bin Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat, wakil rasmi Yang Berhormat Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) merangkap Ahli Parlimen Pengerang.

Sabtu, Julai 19, 2025

Think Big, Start Small, Move Fast: Strategi Kepimpinan Inovatif Berasaskan Idea Seth Godin



Persekitaran pendidikan hari ini menuntut pemimpin sekolah untuk menjadi lebih adaptif, kreatif dan bertindak segera terhadap cabaran yang kompleks. Idea-idea besar tidak lagi boleh menunggu masa yang sempurna untuk dilaksanakan. Sebaliknya, seperti yang ditegaskan oleh Seth Godin, kejayaan bermula dengan keberanian untuk bermimpi besar, kecekapan menterjemahkannya kepada tindakan kecil, dan keupayaan bertindak pantas. Prinsip ini amat relevan dalam konteks sekolah yang mahu bergerak ke arah pembaharuan, tetapi berhadapan dengan sumber yang terhad dan pelbagai kekangan birokrasi.

Ahad, Jun 15, 2025

Mentransformasi Kepimpinan Mereformasi Sekolah

Dalam era yang menuntut kecemerlangan holistik dan keutuhan nilai, pendidikan tidak lagi sekadar menyampaikan ilmu—ia menjadi medan membina watak bangsa. Citra MADANI: Mentransformasi Kepimpinan, Mereformasi Sekolah merupakan sebuah karya yang mengupas bagaimana kepimpinan pendidikan perlu ditransformasikan secara menyeluruh bagi menjayakan aspirasi Malaysia MADANI. Buku ini mengetengahkan idea bahawa kejayaan sekolah bukan lagi bersandar kepada struktur semata, tetapi dipacu oleh kepimpinan berwibawa yang mampu mencorak budaya organisasi berteraskan nilai, empati, dan inovasi. Ia juga menyeru agar sekolah direformasi bukan sekadar dari aspek kurikulum dan pentadbiran, tetapi lebih penting—dari segi pendekatan, hubungan kemanusiaan, penggunaan teknologi, dan pelibatan komuniti. Melalui kombinasi kerangka teoritikal, dasar semasa, dan amalan terbaik pendidikan, buku ini menawarkan panduan strategik kepada pentadbir sekolah, guru besar, pengetua, dan pemimpin pendidikan untuk: Memahami dan mengaplikasikan nilai-nilai MADANI dalam konteks sekolah, Membangunkan kapasiti kepimpinan instruksional yang memberi kesan langsung kepada bilik darjah, Merangka langkah-langkah reformasi sekolah secara praktikal, inklusif dan berterusan. Karya kecil ini adalah suara dari perspektif saya selaku Pegawai pendidikan Daerah yang melihat adanya keperluan terhadap perubahan menyeluruh dalam cara kita memimpin dan mendidik. Sekiranya anda percaya bahawa pendidikan ialah wahana transformasi masyarakat.

PPPP PPD KOTA TINGGI BIL. 2/2025 by AZMAN BIN SAFII (J-PPDKULAI);

Artikel Popular