Memaparkan catatan dengan label Kepimpinan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kepimpinan. Papar semua catatan

Ahad, Ogos 03, 2025

5W1H : Kuasa Analitik Pemimpin dan Guru dalam Menyelesaikan Masalah


PENDAHULUAN

Model 5W1H berasal daripada dunia kewartawanan dan analisis logik, dengan akar sejarah yang boleh dijejaki hingga ke zaman purba. Konsep ini dipopularkan dalam konteks moden oleh Rudyard Kipling, seorang penulis dan wartawan Inggeris, dalam puisinya “I Keep Six Honest Serving Men” daripada buku The Elephant’s Child (1902):

“I keep six honest serving-men
(They taught me all I knew);
Their names are What and Why and When
And How and Where and Who…”

Puisi ini menggambarkan bagaimana enam soalan asas – What, Why, When, Where, Who, dan How – membantu memahami sesuatu situasi atau peristiwa secara menyeluruh.

Dalam konteks pengurusan moden, terutamanya dalam kaizen, pengurusan kualiti dan pengurusan strategik, model ini digunakan untuk mengumpul maklumat, mengenal pasti punca masalah, dan merangka tindakan penyelesaian.

Sabtu, Julai 19, 2025

Think Big, Start Small, Move Fast: Strategi Kepimpinan Inovatif Berasaskan Idea Seth Godin



Persekitaran pendidikan hari ini menuntut pemimpin sekolah untuk menjadi lebih adaptif, kreatif dan bertindak segera terhadap cabaran yang kompleks. Idea-idea besar tidak lagi boleh menunggu masa yang sempurna untuk dilaksanakan. Sebaliknya, seperti yang ditegaskan oleh Seth Godin, kejayaan bermula dengan keberanian untuk bermimpi besar, kecekapan menterjemahkannya kepada tindakan kecil, dan keupayaan bertindak pantas. Prinsip ini amat relevan dalam konteks sekolah yang mahu bergerak ke arah pembaharuan, tetapi berhadapan dengan sumber yang terhad dan pelbagai kekangan birokrasi.

Isnin, Mei 12, 2025

Pemimpin Sekolah Berwawasan: Menginspirasi Melalui Prinsip "Think Big, Act Small"

Dalam era pendidikan yang sarat dengan cabaran dan perubahan pantas, kepimpinan di sekolah tidak lagi boleh bergantung kepada pendekatan konvensional semata-mata. Kejayaan sesebuah sekolah kini amat bergantung kepada keupayaan pemimpinnya untuk berfikir secara besar — merancang dengan visi yang jelas dan berani — namun pada masa yang sama bertindak secara konsisten melalui langkah-langkah kecil yang strategik dan berimpak tinggi. Buku Think Big, Act Small oleh Jason Jennings menawarkan prinsip-prinsip yang relevan dan praktikal, bukan sahaja dalam dunia perniagaan, tetapi juga dalam konteks pendidikan. Apabila diaplikasikan dengan bijaksana oleh pemimpin sekolah, prinsip-prinsip ini mampu memperkasa kecekapan organisasi, memperkukuh budaya kolaboratif, serta menyemarakkan inovasi yang berterusan. Berikut merupakan huraian 10 prinsip utama daripada karya tersebut, yang telah disesuaikan khusus untuk memperkukuh peranan kepimpinan dalam memacu kecemerlangan sekolah:

Isnin, Mac 31, 2025

Menyemai Aspirasi, Menuai Inspirasi - 9 Fokus KPM


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, Salam Kota Tinggi Mengungguli, Sehati Memperkasa Bangsa dan Salam Malaysia Madani. Artikel ini ditulis berasaskan kepada perkara-perkara yang telah saya utarakan semasa Perhimpunan Profesional Pemimpin Pendidikan bersama warga PPD Kota Tinggi Bilangan 1 tahun 2025. Perhimpunan Profesional Bilangan 1/2025 (PP-01/25) ini merupakan pertemuan kali pertama saya bersama dengan warga pendidikan Kota Tinggi, sejak melaporkan diri selaku Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi pada 25 November 2024 yang lalu. 

Sabtu, Februari 24, 2024

Karamah Insaniah Dari Perspektif Malaysia Madani; Peranan Kepimpinan Pendidikan

Tulisan ini adalah disesuaikan dari ucapan saya sempena Perhimpunan Profesionalisme Pendidikan Bil. 2/2024 Pejabat Pendidikan Daerah Tangkak pada 25 Februari 2024. Terima kasih saya ucapkan kepada YBhg Dato Amin Senin, Pengerusi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) Sesi 2023-2025.kerana pemahaman saya berkaitan dasar-dasar dan isu-isu pendidikan diperolehi dari ucapan-ucapan dan penjelasan beliau dalam seminar dan kolokium.



Saya cuba untuk menguhuraikan bagaimana untuk memberikan input tambahan untuk kita memahami Karamah Insaniah dari perspektif Malaysia Madani dan bagaimana kita boleh apply dalam pendidikan sama ada  di PPD mahupun di sekolah. Tulisan ini hanyalah dari satu perspektif agar apa juga dasar dan ketetapan negara, kita perlu sambut dalam konteks pendidikan. Apa yang saya nak cuba kongsikan ini adalah bagaimana kita melihat Malaysia Madani dan Karamah Insaniah dalam satu perspektif big picture dalam kerangka pendidikan. 

Jumaat, Januari 26, 2024

Penggunaan Model Kirkpatrick Dalam Menilai Keberkesanan Program Latihan atau Intervensi Pendidikan.

Kirkpatrick Model, 1959


Model Kirkpatrick ialah rangka kerja yang digunakan secara meluas untuk menilai keberkesanan program latihan dan pembangunan dalam organisasi. Dibangunkan oleh Donald L. Kirkpatrick pada tahun 1950-an, model ini mempunyai empat peringkat, setiap satu mewakili peringkat penilaian yang berbeza. Tahap ini sering dirujuk sebagai Empat Tahap Penilaian Kirkpatrick dan digunakan untuk menilai kesan dan kejayaan inisiatif latihan. Walau bagaimanapun, model Kirkpatrick ini juga boleh dijaikan sebagai asas dalam membuat penilaian keberkesanan sesuatu inisiatif, program atau aktiviti yang dilakukan dalam pendidikan. Ia boleh dijadikan sebagai satu indikator keberhasilan atau impak terhadap  inisiatif, program atau aktiviti yang kita laksanakan.

Jumaat, Ogos 17, 2018

Penetapan Dan Pelaksanaan Hala Tuju

oleh;
SIPartners+ PPD Tangkak, Johor

Pendahuluan

Penulisan bahagian ini akan dapat membantu pemimpin sekolah dalam membina hala tuju sekolah. Kepimpinan sekolah perlu memastikan visi dan misi sekolah menjadi hala tuju seluruh warga sekolah ke arah pencapaian matlamat dan objektif yang telah ditetapkan secara bersama. Memandangkan semua sekolah di Negeri Johor telah menggunakan Visi dan Misi yang sama, maka diharapkan kepimpinan sekolah dapat menyebar luas dan menggunakannya secara kolaboratif dengan semua warga sekolah.

Apa itu Hala Tuju Organisasi?

Dalam sesebuah organisasi, seorang pemimpin akan menghalakan sasarannya kepada pengikutnya dengan menguasai hala tuju strategik, polisi dan struktur organisasi. Oleh itu, setiap pemimpin dapat mempengaruhi keberkesanan organisasi melalui   pengaruh ke atas pengikut, pasukan dan organisasi kepada pencapaian Visi dan Misi (Kaiser et al. 2008; Trevino et al. 2000; Yulk 2008).  

Mengapa Hala Tuju Organisasi penting?

Hala Tuju adalah satu penentuan matlamat bagi memastikan kejayaan sekolah (Visi) dan merancang strategi bagi mencapai matlamat tersebut (Misi). Ini membawa maksud tersirat pemimpin sekolah berupaya untuk mendepani cabaran, menyelesaikan isu-isu hari ini dan meletakkan diri sendiri di dalam masa depan. Menurut Hussein Mahmud (1997) dalam tempoh masa setahun, pemimpin yang strategik perlu mengambil kira tentang kompetensi dan kemahiran yang ada untuk menjana kecemerlangan sekolah.  

Apakah Ciri-Ciri Kepimpinan yang Perlu Ada untuk Penetapan dan Pelaksanaan Hala Tuju?

Kepimpinan berwawasan perlu memiliki ciri-ciri berikut:

a.   Mempunyai Wawasan (Kepimpinan Berwawasan)

b.   Berkongsi wawasan(Shared Vision)

c.   Mengkomunikasi Wawasan (Communicate Vision)

d.   Membuat penetapan tentang Sasaran dan KPI

e.   Melaksanakan Hala Tuju dan Program


KONSEP

Kepimpinan Fleishman (1973) menyatakan bahawa kepimpinan adalah usaha ke arah pengaruh antara perseorangan yang diarahkan melalui proses komunikasi ke arah pencapaian matlamat. Kepimpinan merupakan satu proses interaksi sosial yang dialami oleh semua individu pada hari ini. Dari sabda Nabi Muhammad s.a.w bahawa ‘setiap orang adalah pemimpin dan setiap pemimpin mempunyai tanggungjawab terhadap orang yang dipimpin’, (Muhammad,2014). Dalam menerajui sekolah seorang pemimpin perlu berwawasan dan berfikiran strategik.

Beberapa contoh pemimpin berwawasan dunia adalah termasuk Steve Jobs, Thomas Edison, Albert Einstein (Kerr.J.,2005), Tun Mahathir, Tan Sri Syed Mukhtar AlBukhary, Tan Sri Tony Fernandez, dan lain-lain lagi. Kepimpinan Berwawasan (Visionary Leadership) adalah pemimpin yang berupaya membayangkan masa hadapan dalam pencapaian dan membuat penetapan dalam setiap matlamat. Berfikiran futuristik dan berupaya mempengaruhi pekerja untuk terus berusaha mencapai matlamat organisasi. Mereka akan membentuk strategi yang berkesan dan mengenal pasti sasaran kerja utama.


PELAKSANAAN

Dalam menjayakan wawasan, pemimpin akan bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan atau komuniti seperti yang disarankan dalam PPPM 2013-2015 tentang Penglibatan Ibu Bapa Komuniti (PIBK). Pemimpin akan menggunakan kesemua sumber dengan sebaik mungkin dan menggunakan saluran komunikasi dalam penyebaran maklumat.

Pemimpin sekolah yang berwawasan perlu memiliki sikap kemanusiaan, menerima pandangan orang lain dan berfikiran terbuka. Pemimpin ini akan meningkatkan kecekapan organisasi dengan mengagihkan tugas membuat keputusan kepada pemimpin lain

Pemimpin berwawasan adalah pembina harapan baru, bekerja dengan imaginasi, visi dan keberanian. Mereka membangunkan staf dan membina masa depan generasi kini untuk mencapai masa depan.

Jadi, anda ingin menjadi seorang pemimpin yang berwawasan? Tetapi, anda takut bahawa anda tidak mempunyai pandangan jauh dan kreativiti? Dari Kerr,J. (2005) menyatakan tentang 5 langkah yang boleh diambil untuk membangunkan keupayaan wawasan anda:

a)    Amalan Membayangkan semula  Keadaan Terkini:  Meluangkan masa untuk memikirkan alternatif   dalam mengambil tindakan dan meneroka kemungkinan untuk perubahan   masa depan. 

b)    Mengamalkan Perspektif orang luar. Melihat perkhidmatan kita dari ‘point-of-view’ orang luar akan menyedarkan kita hakikat sebenar. Amalan ini boleh memaklumkan kepada cara-cara baru untuk berfikir, penemuan pendekatan yang lebih baik dan menggembirakan kepada pelanggan serta mengenal pasti idea-idea, pandangan juga inovasi.

c)    Tanya "Why Not?’  Tidak berputus asa walau pada  mulanya aktiviti pilihan mustahil untuk direalisasikan. Sebaliknya sentiasa wujudkan tabiat terus bertanya, "mengapa tidak?". Ini boleh membantu anda untuk mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah yang kompleks.

d)    Dapatkan Sinergi. Pemikiran sinergi membantu untuk mencungkil jawapan yang lebih baik daripada yang biasa dan konvensional. Gabungan konsep-konsep ini menjadi evolusi dalam penyelesaian masalah.  

e)   Mengintegrasikan pelbagai idea dalam pemikiran. Inovasi boleh digambarkan sebagai penggunaan semula teknologi sedia ada. Hubungan pelbagai pemikiran  dan teori secara bersama-sama adalah untuk menghasilkan penyelesaian menggunakan pemikiran inovatif pemimpin yang benar-benar memiliki wawasan.

Tidak semua orang yang dilahirkan dengan secara semula jadi berwawasan. Walau bagaimanapun, dengan kerja dan ketekunan, anda boleh membangunkan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi lebih baik pada masa depan - satu sifat yang boleh membantu anda untuk menjadi jenis pemimpin yang organisasi anda akan contohi untuk kebesaran.

Bagaimana Visi dan Misi Sekolah boleh disebarkan?

Barisan kepimpinan  sekolah perlu menyebarkan Visi dan Misi ini kepada golongan sasar agar pengaruh untuk mencapai matlamat menjadi satu sinergi. Ia mungkin berlaku ke arah bawah dari  pentadbir kepada guru, ke atas dari guru kepada pentadbir maupun mendatar/ setara  dalam kalangan guru, ibu bapa dan lain-lain agen yang berurusan secara langsung maupun tidak langsung (Abd Ghani, Azia, Tan 2008)  

Visi dan misi yang dibina perlu diselaraskan dengan potensi murid, keperluan sekolah, dasar pendidikan serta aspirasi negara. Mudahnya hal ini perlu diselaraskan dengan bagaimana merealisaikan hala tuju sekolah dengan blue-print Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015. 

Sehubungan itu pemimpin perlu memastikan visi dan misi diperincikan dengan jelas kepada hampir keseluruhan warga sekolah.  Skor 6 boleh dicapai sekiranya terdapat unsur inovasi/ kreativiti/amalan terbaik yang diiktiraf atau boleh dicontohi. Contohnya: Pengetua/Guru Besar mempunyai sistem penyebaran visi, misi dan sasaran kepada ibu bapa dan komuniti secara berkesan dan berterusan melalui laman web sekolah/ blog sekolah/brosur/buletin/e-mel berkelompok/media sosial (seperti facebook, WhatsApp dan lain-lain) poster dan carta * atau inisiatif lain yang sesuai. 

(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6) 

Bagaimana Visi dan Misi boleh dikomunikasikan dengan warga sekolah?

Penyebaran Visi dan Misi akan menjadi lebih mantap apabila kesemua aktiviti sekolah yang   dirancang mengambil kira hala tuju yang telah dirangka secara bersama.  Pemimpin sekolah perlu mengenal pasti visi dan misi dijadikan asas dan rujukan untuk merancang dan melaksanakan hampir keseluruhan program pemajuan sekolah. Pemimpin juga perlu memastikan visi dan misi menjadi hala tuju dalam menggerakkan warga sekolah untuk berusaha bersungguh-sungguh sebagai satu pasukan bagi mencapai matlamat sekolah.

Senarai semak yang boleh membantu bimbingan Pengetua Guru Besar dalam Aspek 1.2 Deskripsi  Skor 5.                                                                       

Bil.
Pernyataan Item
(mengikut Bimbingan (B1,B2, B3 seterusnya))
Status (Tandakan √ jika tercapai)
Catatan
B1
B2
B3
1
Saya memastikan visi dan misi selaras dengan potensi murid
2
Saya memastikan visi dan misi selaras dengan keperluan sekolah
3
Saya memastikan visi dan misi selaras dengan dasar pendidikan
4
Saya memastikan visi dan misi selaras dengan aspirasi negara




5
Saya memastikan visi dan misi diperincikan dengan jelas oleh hampir keseluruhan warga sekolah.




6
Saya memastikan visi dan misi difahami oleh hampir keseluruhan warga sekolah.




7
Saya memastikan visi dan misi dijadikan asas untuk merancang dan melaksanakan hampir keseluruhan program pemajuan sekolah.




8
Saya memastikan visi dan misi dijadikan rujukan untuk merancang dan melaksanakan hampir keseluruhan program pemajuan sekolah.




9
Saya memastikan visi dan misi menjadi hala tuju dalam menggerakkan warga sekolah untuk berusaha bersungguh-sungguh sebagai satu pasukan.




10
Saya memastikan visi dan misi menjadi hala tuju dalam menggerakkan warga sekolah untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai matlamat sekolah.
11
Saya memastikan kejayaan sekolah dapat dilihat mengikut tempoh masa yang ditetapkan.




12
Saya memastikan pencapaian matlamat dapat dilihat mengikut tempoh masa yang ditetapkan.



Rujukan.


Charles Parker (2000) .http://www.emeraldinsight.com/doi/pdf/:  "Performance measurement", Work Study , Vol.

Fleishman, E. A. (1973). Twenty years of consideration and structure. In E. A. Fleishman & J. G. Hunt (Eds.), Current developments in the study of leadership (pp. 1–40). Carbondale, IL: Southern Illinois University Press

Hussien Mahmud. (1993). Kepimpinan dan keberkesanan sekolah. Kuala Lumpur: DBP.

James Kerr. (2005). Steps for Becoming a Visionary Leader. BlumShapiro Consulting.

Muhammad Ahmad Isa. (2014). Mukjizat  sahih Nabi Muhammad s.a.w. PTS Trading. http://www.mphonline.com/books.




Khamis, Oktober 26, 2017

Peranan Coaching dalam Revitalisasi Pendidikan Abad Ke-21



Oleh;
Shamsuddin bin Haron (Pegawai SIPartner+ PPD Kluang)

 (Kertas kerja ini telah dibentangkan di Kenferensi Pendidikan Nasional 
di Kota Tinggi pada 2016)

Pengenalan

Era kemajuan Negara terkini menyaksikan pendidikan bergerak seiring untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu, berpotensi, dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran globalisasi masa kini. Demi merealisasikan matlamat mencapai tahap negara maju pada tahun 2020, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengorak langkah untuk menangani pelbagai isu dan masalah dalam sistem sedia ada bagi memastikan sistem pendidikan terus relevan, bersifat dinamik dan sesuai dengan persekitaran yang berubah.

Ahad, Mei 21, 2017

Penggunaan Data Dalam Program Penambahbaikan Sekolah

https://drive.google.com/drive/folders/0B1CWnQhTT5h6SkNYdHdtOXdDcEE?usp=sharing

Klik Pada Gambar untuk muat turun bahan


Data adalah sangat penting dalam memastikan kita melaksanakan intervensi yang betul terhadap isu atau permasalahan yang ingin kita tangani. Data juga akan menjadikan keputusan-keputusan yang akan kita lakukan merupakan keputusan yang tepat sepanjang proses pengurusan dan pelaksanaan sesuatu program atau aktiviti.

Isnin, Mei 15, 2017

Coaching & Mentoring Dalam Pendidikan

COACHING DAN MENTORING DALAM PENDIDIKAN
Konsep Asas, Peranan, Proses, Membina Kepercayaan




Apakah coaching?

Coaching  adalah mengenai keupayaan seseorang bertanya soalan yang betul daripada memberikan jawapan yang betul. Coaching pada asasnya menggunakan gaya perbualan berstruktur yang dibantu dengan pendekatan mendengar, menyoal dan memberi maklum balas serta membuat pemerhatian berkesan untuk membantu Orang yang Di Coach (coachee) meneroka dan memahami diri, potensi serta keadaan mereka sendiri. Seterusnya membolehkan mereka mencari penyelesaian mereka sendiri.

Jumaat, Mei 05, 2017

Kepimpinan Transformasional :

KEPIMPINAN TRANFORMASIONAL:
MATLAMAT, STRATEGI DAN IMPAK TERHADAP PEMBANGUNAN SEKOLAH





Penulisan ini meneliti transformasi kepimpinan yang menekankan kepentingan kerja berpasukan dan penambahbaikan sekolah yang menyeluruh, sebagai alternatif kepada kaedah lain dalam kepimpinan. Kepimpinan Transformasi adalah berlawanan dengan: (1) kepimpinan pengajaran, yang merangkumi hierarki dan penyeliaan Ketua dan biasanya tidak termasuk pembangunan guru; dan (2) kepimpinan transaksional, yang berasaskan Pertukaran Perkhidmatan untuk pelbagai jenis ganjaran yang dikawal oleh pemimpin, sekurang-kurangnya di peringkat bahagian. 

Ahad, Ogos 04, 2013

Kepimpinan Bertoksik

 

Gaya kepimpinan merupakan cara seseorang pemimpin menggunakan kuasa yang dimiliki sebagai alat untuk mempengaruhi pekerja supaya bekerja kuat untuk mencapai objektif organisasi. Pada asasnya gaya kepimpinan dapat dibahagikan kepada empat jenis seperti yang dijelaskan oleh Blake & Mouton (1964) iaitu Kepimpinan Autokratik, Kepimpinan Berperikemanusiaan (Humanisme), Kepimpininan Demokratik dan Kepimpinan Kebebasan (Laissez-Faire).
 
Kita juga biasa mendengar aliran baru yang membincangkan tentang  Kepimpinan Transformasional, Kepimpinan Teragih (Distributed Leadership), Kepimpinan Instruksional dan sebagainya. Namun Jean Lipman-Blumen (2005) telah mengkaji sejenis kepimpinan yang berbeza wujud dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan. Jean telah mengemukakan Rangka Kerja Konsep KEPIMPINAN TOKSIK.
 
Saya ingin berkongsi maklumat ini dan mungkin ia boleh membantu kita - pemimpin organisasi pendidikan agar berhati-hati dan mengelakkannya menjangkiti gaya kepimpinan kita. Seseorang pemimpin dianggap sebagai PEMIMPIN TOKSIK apabila menunjukkan satu atau lebih daripada sifat PERIBADI PEMIMPIN TOKSIK yang berikut;
 
KURANG INTEGRITI (LACK OF INTEGRITY) - yang mendedahkan pemimpin-pemimpin seperti  rasuah atau tidak boleh dipercayai;
 
CITA-CITA YANG TIDAK PERNAH DIPUASKAN (INSATIABLE AMBITION) -cita-cita tidak pernah puas yang menuntut pemimpin untuk meletakkan kuasa berterusan di tangan mereka sendiri, lebih mementingkan kemuliaan dan kegemilangan diri berbanding kesejahteraan atas pengikut mereka ;

EGO YANG TINGGI (ENORMOUS EGO) - Pemimpin-pemimpin Toksik buta terhadap kelemahan sifat mereka sendiri dan membataskan keupayaan mereka untuk penambahbaikan diri;

KEANGKUHAN (ARROGANCE) - keangkuhan yang menghalang Pemimpin Toksik dari mengakui kesilapan mereka dan sebaliknya membawa kepada sifat suka menyalahkan orang lain;

TIDAK PENTINGKAN MORALITI (AMORALITY) - sikap ini yang menjadikan hampir mustahil bagi pemimpin toksik untuk membezakan perkara yang hak dengan yang salah;

KETAMAKAN (AVARICE) - ketamakan yang mendorong pemimpin toksik meletakkan wang dan apa yang boleh dibeli dengan wang sebagai senarai utama mereka (pemimpin mata duitan);

KEGAGALAN UNTUK MEMAHAMI (FAILURE TO UNDERSTAND) - sifat gagal memahami masalah yang berkaitan dan GAGAL BERKELAKUAN SECARA CEKAP  & BERKESAN dalam situasi yang memerlukan kepimpinan mereka;

PENGECUT (COWARDICE) pengecut yang membawa mereka mengecut (TIDAK TERANGSANG) bila berhadapan pilihan yang sukar, dan;


TERBURU-BURU (RECKLESS) -  sifat terburu-buru atau bertindak secara melulu terhadap tindakan mereka ke atas orang lain serta kepada diri mereka sendiri.
 

Artikel Popular