Sunday, November 13, 2011

Pertukaran Guru Sesi Persekolahan 2012


SEBAGAI MANA yang telah diketahui umum oleh warga guru SMK Kulai Besar, seramai 19 guru telah membuat permohonan bertukar bagi permohonan pertukaran sesi persekolahan 2012. Daripada jumlah tersebut 14 permohonan melibatkan pertukaran ke luar negeri, manakala 2 pertukaran ke luar daerah dan 3 lagi membababitkan permohonan pertukaran dalam daerah.

Tahniah kepada guru-guru yang berjaya. Setakat yang saya ketahui sehingga 11 November 2011 seramai empat orang guru telah diluluskan permohonan pertukaran mereka, iaitu PN SHANTHI CHANDRASEKARAN (Negeri Sembilan - mengikut suami) PN CITRA DEWI BINTI SAIDI (Selangor-mengikut suami), PN ANIS WIZANA (Pulau Pinang-mengikut suami) dan CIK ROSMAHIZA BT ISMAIL (Gerik, Perak).

Saya mengucapkan terima kasih atas peranan dan sumbangan yang anda berikan sepanjang tempoh berkhidmat di sekolah ini. Selamat maju jaya di sekolah baru!!!

Memang dalam adat pertukaran, ada permohonan yang diluluskan dan ada yang tidak. Guru-guru berhak untuk membuat permohonan tetapi sokongan permohonan adalah hak pengetua manakala kelulusan itu pula hak KPM (pertukaran luar negeri)/JPN (antara daerah)/PPD (dalam daerah). Sehubungan itu saya berharap kepada guru-guru yang tidak berjaya, janganlah berputus asa....cuba lagi tahun hadapan. Hidup perlu diteruskan dan pandanglah ke hadapan.

Mungkin ada hikmah disebalik semuanya itu kerana sesungguhnya segalanya itu berada dalam pengetahuan Allah yang maha esa. Sebaik-baiknya buatlah refleksi diri, kenang kembali telah berapa lama kita berkhidmat di SMK Kulai Besar. Kenang-kenangkanlah kalau tidak ditawarkan sebagai guru, di mana anda sekarang. Kalau masih baru (kurang tiga tahun berkhidmat) bertugas di sini, sepatutnya anda sedar perkhidmatan anda masih diperlukan di KB.

Anda sepatutnya perlu mengutamakan tugas dan bersedia berkhidmat di mana sahaja, seperti diikrarkan semasa memohon sebagai guru iaitu.....sanggup untuk berkhidmat di mana sahaja ditempatkan (asalkan dapat kerja). Bersyukurlah anda kini ditawarkan sebagai guru dan sedarlah di luar sana ada ribuan calon graduan pendidikan yang masih belum diberi penempatan (masih menggangur).

Jangan lupa buat strategi untuk permohonan akan datang. Seperti yang saya taklimatkan sebelum ini, terdapat kekosongan negeri tertentu berdasarkan kepada opsyen guru. Contohnya Pn Shanthi guru B. Tamil diperlukan di Negeri Sembilan, Cik Rosmahiza (walaupun masih bujang) diluluskan ke Gerik kerana Gerik kurang permohonan ke sana dan kekurangan guru Geografi dan begitulah Pn Anis Wizana(Pendidikan Islam) dan Pn Citra (Bahasa Melayu).

Oleh itu untuk masa akan datang kenalpasti keperluan guru-guru di negeri yang dipilih dan jika opsyen kita tidak begitu diperlukan di negeri berkenaan pilihlah negeri yang berhampiran. Sekurang-kurangnya memendekkan perjalanan untuk pulang ke kampung halaman.

Artikel Popular