Thursday, July 05, 2018

Zon Perkembangan Proximal (Zone of Proximal Development) dalam konteks pembangunan kompetensi guru dan pembelajaran murid.


 
 
Zon Perkembangan Proximal (Zone of Proximal Development), adalah jurang di antara apa yang pelajar boleh lakukan tanpa bantuan dan apakah yang dia boleh lakukan dengan bantuan. Ia adalah satu konsep yang dibangunkan oleh ahli psikologi dan sosiologi konstruktivis Russia, Lev Vygotsky (1896-1934). Vygotsky menyatakan bahawa kanak-kanak mengikut contoh orang dewasa dan beransur-ansur membangunkan keupayaan untuk melakukan tugas tertentu tanpa bantuan atau sokongan.  

Vygotsky sering memetik definisi Zon Perkembangan Proximal (ZPD) sebagai jurang di antara tahap perkembangan sebenar yang ditentukan berdasarkan keupayaan penyelesaian masalah tanpa memerlukan bantuan dan tahap potensi pembangunan yang ditentukan melalui penyelesaian masalah di bawah bimbingan orang dewasa atau kerjasama dengan rakan sebaya yang mempunyai lebih keupayaan.  

Vygotsky adalah antara kalangan ahli profesional pendidikan yang percaya peranan pendidikan adalah untuk menyediakan kanak-kanak dengan pengalaman mengikut ZPD mereka, dengan itu ia dapat menggalakkan dan memajukan pembelajaran individu mereka. Perkara ini perlu difahami oleh guru-guru agar pembelajaran bermakna dapat diberikan kepada murid-murid mengikut aras dan keperluan mereka yang berbeza. Pendekatan Mastery Learning, pembelajaran terbeza, pembelajaran koperatif dan kolaboratif adalah antara pendekatan yang amat serasi untuk diamalkan oleh guru-guru bagi memenuhi keperluan ZPD.

Dalam konteks kepimpinan, Pengetua dan Guru Besar yang kompeten berupaya untuk mengenalpasti ZPD guru-guru dibawah seliaan mereka supaya intervensi dan penambahbaikkan yang dirancang dapat difokuskan untuk pembangunan guru dengan lebih berkesan selaras dengan peranan PGB selaku peneraju, pembimbing dan pendorong.  

Konsep ZPD telah berkembang, dimodifikasi, dan ditukar kepada konsep-konsep baru sejak konsep asal yang dikemukakan oleh Vygotsky. Konsep perancah (scaffolding) adalah berkait rapat dengan ZPD. Vygotsky sendiri tidak pernah pernah menggunakan istilah scaffolding; Sebaliknya, istilah scaffolding (perancah) dibangunkan oleh pengkaji sosiobudaya lain yang cuba mengaplikasikan teori Vygotsky dalam konteks pendidikan. Perancah/scaffolding adalah satu proses yang mana seorang guru atau rakan sebaya memberi bantuan kepada rakan mereka yang berada dalam ZPD sebagaimana yang diperlukan.
 
Bantuan terus diberikan hinggalah ke satu peringkat di mana guru atau murid berkenaan sudah berupaya menyelesaikan tugasan atau masalahnya sendiri dan tidak lagi memerlukan bimbingan. Sama seperti proses membina bangunan tinggi, perancah akan digunakan bagi membolehkan pembinaan bangunan berjalan dengan lancar mengikut fasa dan pelan yang ditetapkan tanpa menjejaskan keselamatan jurubina. Apabila bangunan siap dan dipastikan benar-benar teguh, baharulah semua perancah akan dibuka dan disimpan. Proses yang sama berlaku dalam pendidikan. 

Menurut pakar pendidikan Nancy Balaban, "perancah merujuk kepada cara orang  dewasa memberi panduan pembelajaran kepada kanak-kanak melalui soalan berfokus dan interaksi yang positif." Konsep ini telah selanjutnya dibangunkan antara lain oleh Ann Brown,. Beberapa program pengajaran dibangunkan berdasarkan konsep ZPD dan ditafsirkan dengan cara ini, termasuklah pengajaran timbal balik, mastery learning, pembelajaran terbeza dan pentaksiran yang dinamik.


 

Dalam konteks pembangunan guru dan murid sekolah, ZPD dapat dijelaskan berdasarkan model ZPD  yang ditunjukkan di atas. ZPD ditandakan pada lengkaran kedua yang berwarna unggu iaitu satu situasi dimana guru masih memerlukan bimbingan dan bantuan dalam menyelesaiakan masalah atau melaksanakan tugasan yang diberikan kepada mereka. Bagi murid pula, mereka yang berada pada zon ini memerlukan bimbingan daripada guru-guru atau bantuan daripada rakan sebaya untuk pembelajaran dan penyelesaian masalah. Lingkaran luar berwarna biru adalah zon di mana sama ada seorang guru atau murid yang berada pada zon yang yang memerlukan bimbingan dan bantuan secara total daripada guru, rakan sebaya atau MKO (More Knowledgeable Others). Bulatan hijau di tengah-tengah adalah potensi guru atau murid yang telah dibangunkan, iaitu guru atau murid tadi boleh secara mendiri melaksanakan tugasan atau penyelesaian masalah secara sendirian tanpa memerlukan bantuan. 

Sebagai seorang SIPartners pendekatan ZPD juga boleh dijadikan sebagai strategi bimbingan kepada Pengetua dan Guru Besar. Bagaimana mengapilikasikan ZPD? Berikut adalah cadangan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh SIPartners+, PGB, guru-guru dan MKO untuk mengaplikasikan ZPD mengikut keperluan subjek kumpulan sasaran yang berbeza; 

1) Mengenalpasti pengetahuan dan kemahiran sedia ada yang dimiliki oleh kumpulan sasaran. Bagi SIPartners+ boleh menggunakan pelbagai instrumen bagi mendapatkan data berkaitan seperti data SKPMg2, dapatan atau pelaporan pemantauan dan seumpamanya. Bagi SIPartners+ di Johor, mereka menggunakan J-ProKiPS, BP-ProKiPS, J-LeaP dan J-PRIme bagu menentukan tahap ZPD Pengetua dan Guru Besar. 

2) bina pengetahuan kumpulan sasaran menerusi pembangunan bertahap sebagaimana pendekatan scafolding. Pendekatan yang disyorkan adalah koperatif dan kolaboratif learning sesuai mengikut kumpulan sasaran. Bagi orang dewasa seperti kumpulan PGB dan guru-guru pembimbing boleh menggunakan pendekatan andragogi dan pedagogi bagi murid-murid. Perkara yang paling penting ialah untuk memastikan interkasi pelbagai hala berlaku. Menurut Vygotsky interaksi dengan rakan sejawat atau rakan sebaya adalah cara yang efektif dalam membangunkan kemahiran dan strategi. Vygotsky mencadangkan agar guru atau MKO mengunakan pembelajaran koperatif dimana kumpulan sasaran yang kurang kompeten dibangunkan denagn mendapat bantuan dari rakan sejawat yang lebih berkemahiran pada zon ZPD. 

3) Bantu kumpulan sasaran menghubungkan pengetahuan dan kemahiran baru dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada kumpulan sasaran. Secara ansur maju, MKO akan terus memberi bimbingan sehinggalah jurang ZPD dapat dikecilkan. Justeru, model bimbingan GROW, OSCAR dan OSKAR boleh dijadikan sebagai amalan SIPartners+ dan PGB dalam membangunkan kompetensi kuimpulan sasaran.
 

No comments:

Artikel Popular