Saturday, July 27, 2013

5 Cara Untuk Memulakan Ucapan Yang Hebat


Barangkali anda pernah menghadapi situasi yang buntu sebelum memulakan pembentangan; merenung cahaya skrin komputer kosong anda dengan tidak tahu bagaimana untuk membuka atau memulakan ucapan anda. Sebagai permulaan ucapan atau persembahan, anda tidak boleh merenung PowerPoint tanpa tujuan yang jelas, tetapi sejujurnya, kita semua berhempas pulas berusaha dengan cara yang terbaik untuk membuka ucapan atau persembahan.

Memulakan ucapan atau persembahan adalah adalah waktu yang kritikal untuk kita mengelakkan kegugupan. Jika kita Berjaya mengharungi detik mula ini dengan tenang dan dengan teknik yang betul, maka kita akan berkeyakinan terhadap mutu persembahan selanjutnya. Berikut adalah 5 cara yang berkuasa untuk membuka persembahan:



1. Gunakan Kesenyapan (Silence)
 
Kebanyakan orang tidak yakin akan mampu melakukan cara ini dengan baik, tetapi jika anda ingin merasa seperti bintang rock semasa menyampaikan ucapan atau pembentangan seterusnya, pilihlah untuk berdiam diri dan wujudkanlah kesenyapan. Teknik ini adalah mudah, anda hanya mengatakan beberapa perkataan kemudian diam, wujudkan suasana tenang. Seterusnya berkata lagi beberapa patah perkataan kemudian berhenti, wujudkan suasana tenang. Teknik ini adalah satu cara yang cepat dan mudah untuk anda menarik perhatian pendengar. Namun pastikan anda boleh menahan kesabaran anda.

2. Fokus ke Masa Depan atau Masa Lalu.

Terdapat dua cara mudah untuk diucapkan berdasarkan teknik ini iaitu Prospektif dan Retrospektif;

- Prospektif (melihat ke masa hadapan): "30 tahun dari sekarang, kerja anda akan tidak wujud."

-Retrospektif (melihat ke masa lalu): "Pada tahun 1970, Jepun dimiliki 9% daripada pasaran dunia. Hari ini, mereka memiliki 37%. "

Realitinya adalah, melihat ke masa depan atau masa lalu sentiasa akan memercikkan titik pertemuan antara penyampai dan pendengar kerana ia mewujudkan situasi yang mendekatkan diri dan menjadikan hati pendengar hidup.
 
3. Memetik Kata-kata Seseorang;

Cara yang paling mudah untuk memulakan ceramah yang berupaya menarik perhatian pendengar ialah dengan memetik ungkapan seseorang. Fikirkan tentang membuka ceramah dengan membuat petikan dari Albert Einstein atau Napoleon. Memetik ungkapan tokoh-tokoh tertentu memberikan kredibiliti segera kepada pemberi ucapan oleh penonton.

4. Kongsi Sesuatu Luar Biasa;

Teknik ini memerlukan anda memahami sesuatu perkara yang mempunyai elemen luar biasa. Nyatakan dan berkongsi fakta-fakta yang menyeronokkan atau pandangan yang luar biasa ke dalam perkara-perkara biasa. Misalnya melontarkan idea adakah hidup saya akan bertambah baik kerana saya tahu berapa kali sayap lebah berkepak dalam sesaat.  Fakta ini akan menjadi menarik apabila anda boleh kaitkan kemampuan lebah berkepak sesaat dengan kejayaan manusia jika diadaptasikan atau dijadikan iktibar.
 
5. Menyampaikan Cerita;
 
Berikut adalah perkara yang menakjubkan tentang teknik bercerita: Jika persembahan anda adalah semata-mata berdasarkan fakta-fakta dan statistik maka penonton anda akan bertindak balas dalam salah satu daripada dua cara: 1) bersetuju atau 2) tidak bersetuju. Walau bagaimanapun, jika anda menggunakan kaedah bercerita, penonton anda akan mengambil bahagian dengan persembahan anda. Cerita telah dikenali berupaya meningkatkan pengekalan penonton sehingga 26%.

Jadi, apa yang anda tunggu? Buatlah percubaan dan cuba sesuatu yang baru. Jejakkan kaki di luar zon selesa anda. Anda akan melihat beberapa keputusan yang menakjubkan dengan mencuba salah satu daripada teknik ini.
 
 
Dipetik dan diolah semula dari How to Be a Presentation God  oleh Scott Schwertly, CEO kepada Ethos3, Nashville, yang menyediakan reka bentuk persembahan professional kepada pelanggan seluruh dunia, sama ada syarikat mahupun indivdu.


Artikel Popular