Saturday, January 23, 2021

Garis Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) menetapkan setiap murid mendapat akses kepada pendidikan untuk mencapai potensi diri bagi menghadapi kehidupan masa hadapan. Oleh itu, murid berhak mendapat peluang mengikuti pendidikan, meskipun mereka tidak dapat hadir ke sekolah.

Manual  Pengajaran  dan  Pembelajaran  di  Rumah  telah dibangunkan oleh KPM bertujuan untuk membantu guru melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sebagai alternatif pembelajaran norma baharu. Manual ini juga sebagai rujukan untuk pentadbir sekolah, pegawai pejabat pendidikan daerah (PPD) dan jabatan pendidikan negeri (JPN) serta Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ialah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan di rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian. PdPR boleh dilaksanakan dalam talian dan/ atau luar talian dan/ atau off-site dengan berstruktur dan terancang. PdPR dilaksanakan apabila murid tidak dapat hadir ke sekolah dalam satu tempoh yang tertentu atas sebab bencana atau wabak atau sebab-sebab lain dengan kelulusan pendaftar negeri.

SURAT MAKLUMAN PdPR | MANUAL PdPR | BAHAN TAKLIMAT PdPR |

Thursday, January 21, 2021

SKPMg2 - Standard 4

Sila klik link untuk akses kepada bahan SKPMg2 Standard 4

Pada tahun 2017 SIParters + telah diberi mandat oleh PPD untuk membangunkan kapasti Penolong-penolong PPD dalam mengupayakan mereka mampu menguasi kemahiran dalam Standard 4 SKPMg2. Tujuannya adalah bagi memastikan penolong-penolong PPD yang juga merupakan pegawai angkat kepada sekolah mempunyai kompetensi melaksanakan bimbingan kepada warga guru  di sekolah. 

Dalam Standard 4 SKPMg2 iaitu Pembelajaran dan Pemudahcaraan yang menekankan kepada peranan guru sebagai perancang, pengawal, pembimbing, pendorong, penilai dan murid sebagai pembelajar aktif dalam pembelajaran dan pengajaran yang berkesan untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan.

Semoga bahan yang dikongsikan ini sedikit sebanyak dapat digunakan sebagai panduan dalam meningkatkan kefahaman kita berkaitan Standard 4.


BAHAN FORMAT PPT

Wednesday, January 20, 2021

Kemahiran MS Excel - Fungsi TEXT, VLOOKUP & COUNTIF


Sila klik pada video untuk ikuti rakaman sesi.

Pada kesempatan ini saya berkongsi sedikit kemahiran bagaimana menggunakan Microsoft Excel dalam pengurusan takwim bagi melaksanakan kerja buat saya selaku SIPartners+ (Rakan Peningkatan Sekolah). Perkongsian berkaitan topik ini telah saya laksanakan bersama rakan-rakan SIP+ Negeri Johor dan Malaysia dengan menggunakan platform Google Meet.

Sila klik link  Tamplate Takwim untuk memuat bahan yang digunakan bagi tujuan latihan.

Artikel Popular