Sunday, December 22, 2019

Membangunkan HILL (High Impact School Leaders) Menerusi e-Coaching Berasaskan pendekatan Go-CALD (Google Classroom & Aplikasi Digital)


1.0              PENDAHULUAN

Inisiatif Program Transformasi Daerah (DTP) dibangunkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 untuk memberi tumpuan kepada sekolah berprestasi rendah termasuk murid berkeperluan khusus bagi memacu prestasi sekolah dengan sasaran yang perlu dicapai daripada segi kualiti, ekuiti dan akses secara jelas. SIPartner+ merupakan satu inisiatif utama dalam PPPM 2013-2025 berperanan dalam memberi bimbingan dan sokongan kepada pemimpin sekolah dalam membangunkan organisasi sekolah yang dipimpini (KPM, 2013). Strategi yang digunakan oleh SIPartners+ adalah memberikan sistem sokongan yang mantap, merangkumi sistem penyampaian yang berkualiti dan kepimpinan yang cekap dan berkesan bagi merealisasikan usaha pengupayaan kepimpinan sekolah yang berkualiti selaras dengan Anjakan 5 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, iaitu memastikan sekolah dipimpin oleh pemimpin sekolah berprestasi tinggi supaya setiap anak mendapat pendidikan berkualiti.

Sunday, November 10, 2019

Amalan Terbaik: MEWUJUDKAN EKOSISTEM PAK21

Kamarolzaharah bt Mohd Yunus
Guru Besar, SK Kangkar Pulai

PENGENALAN

Pembelajaran Abad ke 21 atau ringkasnya PAK21 merupakan pendekatan yang semakin dituntut di Malaysia. Apatah lagi dengan keperluan semasa maka perlu bergerak seiring dengan kehendak pelajar yang merupakan generasi Z yang membesar dalam ruang lingkup kecanggihan teknologi.   Justeru pelaksanaan PAK21 perlu diberi perhatian serius.

Pada masa ini, PAK21 bukan  lagi perkara baharu..  Setiap sekolah perlu melaksanakan selaras dengan pendidikan masa kini yang bukan sahaja berhasrat melahirkan warganegara yang baik malahan warganegara global yang mempunyai kemahiran, pengetahuan dan bermotivasi untuk menangani isu-isu kemanusiaan.  Semua elemen dalam  pembelajaran abad ke-21 ini terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015

Keberkesanan PAK21 bukan sekadar tertumpu  pada prasarana dan susun atur bilik darjah serta alat seperti traffic light, ganjaran dan parking lot sahaja. Sebaliknya, PAK21 mestilah berasaskan kepada konsep 4C (Colaboratif, Komunikasi, Creativiti dan Critikal Thinking). Paling penting proses pembelajaran adalah berpusatkan murid . Guru perlu menjadi pemudahcara kepada murid dalam semua aktiviti di kelas.

Wednesday, October 23, 2019

Teachers Voice (Suara Guru)

Artikel ini ditulis bagi memenuhi permintaan rakan PGB yang masih belum jelas mengenai Suara Guru sebagai satu strategi dalam penambahbaikan sekolah.


Dalam pendidikan, suara guru merujuk kepada nilai, pendapat, kepercayaan, perspektif, kepakaran, dan latar belakang budaya para guru yang bekerja di sebuah sekolah, yang meliputi kesatuan guru, organisasi profesional, dan entiti lain yang merujuk kepada para guru. Sebagai falsafah dan strategi peningkatan sekolah, konsep suara guru dalam pendidikan telah berkembang semakin popular dalam beberapa dekad kebelakangan ini.

Sunday, October 20, 2019

Modul Pembelajaran Profil Kepimpinan Pemimpin Sekolah Negeri Johor (ProKiPS)



Modul ini merupakan pelengkap dalam proses Coaching and Mentoring antara pegawai SIPartner+ dengan Pengetua/ Guru Besar (PGB). Modul ini merupakan bahan belajar yang digunakan oleh pembaca khususnya PGB dan SIPartner+ untuk mendalami pengetahuan bagi meningkatkan kompetensi kepimpinan sekolah. Modul-modul yang disediakan merupakan aspek-aspek yang terkandung dalam empat Standard J-ProKiPS (berasaskan SKPM 2010) Modul ini memiliki struktur yang khas bagi memudahkan pembaca mamahami kandungannya berdasarkan deskripsi skor tertinggi bagi setiap aspek dalam J-ProKiPS.

Buku Panduan Pembelajaran Abad Ke-21





PPD Kulai telah menerbitkan Buku Panduan Pembelajaran Abad Ke-21 dalam usaha memastikan Pembelajaran abad Ke-21 dapat direalisasikan dengan jayanya. Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada tuan PPD dan semua pihak yang berusaha gigih bagi merealisasikan penyediaan buku panduan ini. Diharapkan panduan ini berupaya menjadi panduan dan pegangan kepada semua warga pendidik daerah Kulai dalam usaha meningkatkan tahap profesionalisme, pengetahuan dan kemahiran guru di sekolah-sekolah dalam pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21. 

Standard Prestasi PAK21 JPN Johor

Penghasilan Standard Prestasi ini merupakan salah satu perkara yang terkandung dalam pelan operasi Sekolah PAK21. Standard Prestasi ini disediakan agar semua warga pendidikan Johor dapat membuat rujukan tentang peranan dan tanggungjawab yang perlu digalas. Bersesuaian dengan Gelombang 2 PPPM (2016-2020), penerbitan Standard Prestasi ini diharapkan dapat membantu institusi sekolah memacu kepada perubahan sistem dan mengukuhkan peranan masing-masing dari segi kapasiti dan
keupayaan pelaksanaan.



Kerangka konsep PAK 21 sekolah- sekolah Negeri Johor

Modul Coaching Kepimpinan Dalam Pembangunan Indivdu dan Organisasi

Modul Pembangunan Profesionalisme Kepimpinan Sekolah ini adalah satu panduan mengenai COACHING KEPIMPINAN DALAM PEMBANGUNAN INDIVIDU DAN ORGANISASI. Modul ini diterbitkan dengan tujuan memberi bimbingan kepada kepimpinan dan guru-guru di sekolah mengenai konsep, kemahiran, kepentingan, proses, model dan aplikasi coaching dalam meningkatkan komitmen individu ke arah pembangunan individu dan pembangunan organisasi. 



Modul ini boleh diperolehi dalam format bercetak. Harga RM35.00 termasuk pos. Sila email: sazman68@gmail.com untuk mendapatkan naskah ini.

Modul Penetapan Hala Tuju dan RPS

Modul Pembangunan Profesionalisme Kepimpinan Sekolah ini adalah satu modul yang memberi tumpuan dan panduan mengenai PENETAPAN HALA TUJU DAN RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH (RPS). Modul ini diterbitkan dengan tujuan memberi bimbingan kepada kepimpinan di sekolah sama ada pengetua, guru besar, guru penolong kanan malah kepimpinan pertengahan dan guru-guru di sekolah mengenai peraturan, tatacara dan tertib dalam penyediaan Rancangan Pemajuan Sekolah (RPS). 



Modul ini boleh diperolehi dalam format bercetak. Harga RM35.00 termasuk pos. Sila email: sazman68@gmail.com jika berminat untuk mendapatkan naskah ini.

Tuesday, October 1, 2019

Cause and Effect , Fishbone, Ishikawa Diagram - ppt download

Cause and Effect , Fishbone, Ishikawa Diagram - ppt download: Cause and Effect , Fishbone, Ishikawa Diagram Total Quality Management (TQM) is a management strategy created to achieve excellence in quality in all organizational processes. TQM has been widely used in manufacturing, education, government, and service industries, as well as NASA space and science programs.

Thursday, June 27, 2019

Lawatan Bimbingan SIP+ dan SISC+ (Rakan ELIT) ke Sekolah Transformasi 2025.



Video : Pelaksanaan TS25 SK Kota Masai 2, Pasir Gudang, Johor

Rakan ELIT School Improvement Partners Plus (SIPartners+) dan School Improvement Specialist Coaches (SISC+) di bawah Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) diberi mandat untuk memberi  bimbingan kepada sekolah TS25 bagi Kohort 2, 3 & 4. Bimbingan yang diberikan adalah bagi tujuan memberi sokongan kepada sekolah berhubung pelaksanaan aktiviti TS25 yang dilaksanakan dalam tiga siri. Setiap siri bimbingan akan berlangsung selama dua hari. Berikut adalah maklumat mengenai bimbingan Rakan ELIT kepada pihak sekolah untuk makluman dan tindakan bersama;

1) Setiap siri lawatan akan berlangsung selama 2 hari. 
i.   Siri Pertama : 01 April hingga 24 Mei 2019
ii.  Siri Kedua:  01 Julai hingga 31 Ogos 2019
iii.  Siri Ketiga:  01 Oktober hingga 15 November 2019

2) Rakan ELIT /SIPartners+ dan SISC+ yang dilantik sebagai pembimbing boleh memilih tarikh yang sesuai mengikut jangka masa yang ditetapkan bagi setiap siri lawatan bimbingan.

3)Satu siri lawatan bimbingan selama 2 hari bagi setiap sekolah.

4) Rakan ELIT SIPartners+ dan SISC+ digalakan menjalankan lawatan bimbingan secara bersama. Walau bagaimanapun bagi JPN Johor, Rakan ELIT diminta untuk hadir memberi bimbingan sebagai satu pasukan atau pasukan bagi memberikan sokongan yang lebih berimpak.

5) Rakan ELIT perlu mengisi instrumen lawatan bimbingan secara online melalui pautan http://bit.ly/totts25 dalam tempoh 2 minggu selepas LB dilaksanakan. 

6) Mematuhi jadual pemetaan pelaksanaan lawatan bimbingan yang boleh dirujuk di Lampiran 1.

7) Mengikut garis panduan yang ditetapkan seperti yang dinyatakan pada Lampiran 2

8) Melaksanakan bimbingan mengikut contoh struktur lawatan bimbingan seperti yang di sertakan pada Lampiran 3.

PPD menerusi SIPartners+, SISC+ dan penolong-penolong PPD diminta oleh KPM untuk merancang dan melaksanakan lawatan bimbingan secara bersama di sekolah iaitu sebagai satu pasukan. Rakan ELIT SIPartners+ akan memberi bimbingan yang memfokuskan aspek kepimpinan instruktional manakala Rakan ELIT SISC+ akan memberi bimbingan dalam aspek pembelajaran dan pengajaran (PdP) bilik darjah.  Sepanjang sesi bimbingan Rakan ELIT diminta untuk sentiasa berhemah dan mematuhi etika profesional penjawat awam sepanjang berada di sekolah seliaan.


CONTOH PROFORMA BIMBINGAN RAKAN ELIT


1) Proforma Bimbingan TS25 Kohort 2 : 

2017 | Bimbingan diketuai oleh Pensyarah IAB & IPG (Tiada proforma bimbingan digunakan)
2018 | Bimbingan 1 | Bimbingan 2 | Bimbingan 3 |
2019 | Bimbingan 1 | Bimbingan 2 | Bimbingan 3 |

2) Proforma Bimbingan TS25 Kohort 3 : 
2018 | Bimbingan 1 | Bimbingan 2 | Bimbingan 3 |
2019 | Bimbingan 1 | Bimbingan 2 | Bimbingan 3 |

3) Proforma Bimbingan TS25 Kohort 4 : 
2019 | Bimbingan 1 | Bimbingan 2 | Bimbingan 3 |

Tuesday, April 16, 2019

Sarana Keperluan Sekolah


Salah satu kursus yang dihadiri oleh SIPartners+ menyentuh secara khusus mengenai intervensi dalam melaksanakan bimbingan kepada pengetua dan guru besar. Sudah tentu fokus bimbingan bukanlah kepada masalah atau isu yang dibangkitkan oleh kepimpinan sekolah, sebaliknya intervensi yang berkesan ialah bagaimana mengenai punca kepada isu dan masalah. 
Salah satu strategi yang digunakan dalam mengesan isu dan masalah bagi tujuan penambahbaikan ialah keterbukaan kepimpinan di sekolah melaksanakan kajian tentang sarana keperluan sekolah. Saya berterima kasih kepada Pensyarah Kanan IAB Haji Abdul Razak Elias yang telah banyak memberi dan berkongsi instrument sarana keperluan sekolah yang boleh digunakan untuk mengetahui tahap atau status aspek utama dalam amalan pengurusan dan kepimpinan di sekolah. Sila klik pada link berikut untuk muat turun instrumen;











Kepada rakan pengetua dan guru besar yang menggunakan bahan ini perlu mendapat bimbingan dari SIPartners+ sekiranya kurang jelas dalam menggunakan instrumen sarana keperluan sekolah ini. Melaksanakan kajian adalah bagi tujuan mendapatkan status sekolah dan merupakan elemen pemerolehan data dalam strategi penambahbaikan sekolah berasaskan data (data driven). Data yang dikumpulkan, perlu dianalisis, di terjemah atau diinterpretasikan sebelum sebarang tindakan penambahbaikan sekolah diambil.


Monday, March 4, 2019

Defence Mechanisms a way to protect our ego. - ppt video online download

Defence Mechanisms a way to protect our ego. - ppt video online download: What are Defence Mechanisms? DEFINITION: unconscious mental processes that distort reality in order to protect the ego against anxiety, shame, or other unacceptable feelings or thoughts Humans use defence mechanisms to deal with problems, anxiety, and self-esteem issues these processes allow our mind to hide/change a problem so that it won’t bother us in a conscious way we use defence mechanisms to varying extends

Saturday, February 23, 2019

Penggunaan Grid Potensi dan Prestasi Coaching Dalam Pembangunan Individu

Berupaya memberikan prestasi kerja yang terbaik pada hari ini tetapi, mempunyai fokus untuk mencapai prestasi yang lebih baik pada masa hadapan sentiasa menjadi matlamat bagi kebanyakan individu sama ada dalam perkara yang menyentuh hal-hal peribadi mahu pun berkaitan dengan bidang pekerjaan kita.