MUTIARA KATA
Sebaik-baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.
Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).
Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. ~Horne
Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.
Kalau hidup ingin merdeka,Tiada tercapai hanya berkata,Ke muka maju sekata, maju kita,Melemparkan jauh jiwa hamba.~Usman Awang
"Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan."~Surah al-Hajj:77
"Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sajalah tempat meminta pertolongan"~Surah Yusuf:18
"Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sajalah tempat meminta pertolongan"~Surah Yusuf:18
Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu
Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan.~Davey John Schwartz
Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan.~Davey John Schwartz
"Peristiwa itu memberi pengajaran kepada saya mengenai bagaimana guru besar perlu bersikap profesional dan tidak menggunakan emosi dalam melakukan tindakan."~Tengku Habsah Tengku Petera (Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan)
"Satu perkara yang menakutkan saya pada masa ini ialah peningkatan gejala rasuah. Secara umumnya, lebih tinggi rasuah yang ada, lebih kurang kemerdekaan yang dimiliki."~Profesor Diraja Ungku Aziz
Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.
Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.
Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.
Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.~ Saidina Ali Abu Talib
Sabda Rasulullah s.a.w:"Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."
Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur.
Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur.
Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (surah Al-Baqarah:214)
Kekitaan yang erat tiada yang berat
Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari
Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang membinasakan iaitu; dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan digunakan untuk kejahatan atau; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya. - SAIDINA ABU BAKAR
Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang boleh diperolehi dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.
Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.
Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati
Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati
No comments:
Post a Comment