Filem The Hare and the Tortoise (1947)
Sumber: Encyclopaedia Britannica Films
KISAH ARNAB DENGAN KURA-KURA (Bahagian Akhir)
Setelah tiga kali perlumbaan, Sang Arnab dan Sang Kura-kura telah menjadi rakan karib. Mereka kerap berbincang bersama, bertukar-tukar rahsia bagaimana mereka menang dan bertukar-tukar rasa bagaimana mereka kalah dalam setiap perlumbaan sebelum ini. Masing-masing telah belajar tentang apa kekuatan dan kelemahan mereka.
Oleh sebab “perlumbaan” menjadi topik kegemaran mereka, maka mereka bersetuju untuk berlumba lagi. Namun, perlumbaan kali ini bukan sebagai pesaing tetapi sebagai satu pasukan. Mereka mahu lihat sejauh mana kepantasan mereka jika digandingkan sebagai satu pasukan.
Perlumbaan dimulakan, Sang Arnab mendukung Sang Kura-kura di belakangnya dan memecut pantas sehingga ke sungai yang besar. Setibanya di sungai, Sang Arnab pula berada di atas Sang Kura-kura yang sedang berenang.
Setibanya di seberang sungai, mereka bertukar posisi sekali lagi dan sampai ke garisan penamat dengan jayanya. Mereka merasa lebih puas dan berjaya berbanding apa yang mereka telah lalui sebelum ini.
Pengajaran :
Walau sehebat mana pun seseorang individu, pasti terdapat bidang yang individu ini lemah dan orang lain lebih baik berbandingnya. Oleh yang demikian, adalah bagus kita bekerja dalam satu kumpulan dengan menggunakan kelebihan yang ada pada setiap orang.
No comments:
Post a Comment