Oleh;
AZMAN BIN SAFII
Assalamualaikum WKT, salam perpaduan, salam satu Malaysia. Marilah kita sama-sama
melafazkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya kita
diberi nikmat kesihatan dan kesejahteran.
Sama-samalah kita berdoa semoga kita kekal sihat bagi memboehkan kita
mengabdikan diri ke hadrat Allah dalam memanifestasikan kerja dan belajar
sebagai ibadah.
Pada masa yang sama,
marilah kita berdoa semoga guru-guru dan rakan-rakan anda yang tidak sihat dan
kini sedang menjalani rawatan sama ada di rumah mahupun di hospital dikurniakan
ketabahan dan doakanlah agar mereka agar cepat sembuh.
Warga SMKKB yang
dikasihi sekalian, pada minggu ini kita berada pada minggu ke 36. Ini bermakna
tinggal 6 minggu sahaja lagi kita berada dalam sesi persekolahan 2012. Sepanjang minggu lalu kita memang agak sebuk
dengan pelbagai program sekolah. Pada masa yang sama sekolah kita telah
menerima kunjungan dari Jemaah nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) untuk
pemantauan Unit Bimbingan dan Kaunseling.
Kita juga telah
menerima kunjungan pegawai-pegawai dari Sektor Pengurusan Akademik JPN Johor bagi
tujuan Pemantauan Program Pecutan Akhir PMR. Insya Allah pada minggu ini antara
1 hingga 4 Oktober kita akan dikunjungi pula oleh pegawai-pegawai dari PPD bagi
tujuan pemantauan Program Mastery Learning dan Program I Impian.
Dalam kesebukkan sekolah
melalui proses pemantauan dari JPN, JNJK dan PPD ini, program kecemerlangan
sekolah berjalan terus. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua guru-guru
dan murid-murid yang telah terlibat dalam menjayakan pelbagai program sepanjang
minggu lalu iaitu Program Mengejar Impian (SPM), Program Jejak Gemilang (PMR),
Gempur PMR, Sentuhan Gemilang, Program Gotong-royong, LDP – Penjanaan PS (guru)
dan pelbagai lagi.
Sesungguhnya pada
minggu lalu warga SMKKB benar-benar berada pada situasi “Proffisionally Bussy”,
dan semuanya ini berlaku dan dilakukan semata-mata dengan satu tujuan dan satu
harapan iaitu meralisasikan misi menjadikan sekolah ini sebagai tapak semaian yang
subur untuk membangunkan potensi individu menerusi pendidikan yang berkualiti.
Warga SMKKB yang
dikasihi sekalian, cabaran kita pada minggu-minggu terakhir penggal
persekolahan 2012 ialah mempersiapkan murid dalam menduduki PMR, SPM dan Pentaksiran
Akhir Tahun (PAT). Inilah sebenarnya kemuncak acara untuk kalendar sesi
persekolahan tahun ini. Oleh itu saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru agar
semua murid kekal fokus kepada misi kita. Berusahalah dengan gigih, jangan
berputus asa dan jangan pula merasa cukup selesa dengan prestasi semasa. Selagi
ada masa walaupun suntuk tetapi kesimpatan tetap ada. Jika jatuh bangunlah dan janakanlah
minda agar sentiasa berfikiran untuk menang.
Semua murid perlu berazam
untuk menjadi penyumbang terhadap kecemerlangan sekolah. Misalnya kalulah
sasaran sekolah untuk memastikan peratus kelulusan PMR 66% (GPS 3.88) maka
tanamkan azam bahawa anda termasuk di dalam data tersebut. Begitu juga pada
peringkat SPM, jika sekolah mensasarkan 91% murid lulus (GPS 5.82), maka
bertekatlah bahawa anda salah seorang daripada mereka yang berjaya. Jika semua
409 calon PMR dan 320 calon SPM sekolah ini mempunyai tekad dan azam yang sama,
bayangkanlah apakah hasilnya nanti.
Untuk itu kuatkan
semangat dan perbaharui tekad bahawa kita masih belum gagal selagi kita sanggup
berusaha dan membuat perubahan dalam hidup. Kita hanya dihukum gagal apabila
berputus asa dan tidak mahu berusaha. Orang yang bijak ialah orang yang
menjadikan masalah dan kegagalan sebagai kekuatan untuk menempuh kejayaan. Setiap
individu yang dilahirkan dimuka bumi ini, termasuk murid-murid semua pernah berjaya
dalam hidup.
Semasa dilahirkan
anda dalam keadaan tidak bermaya, kemudian dari masa ke masa anda membina
kemahiran dan kekuatan untuk boleh merangkak, berdiri dan berjalan. Dalam
proses itu sudah pasti anda telah jatuh banyak kali. Walaupun jatuh tanpa sedar
anda bangkit sendiri dan seterusnya boleh berlari dan dalam proses berlari
sekali lagi anda berhadapan dengan cabaran jatuh, tergelincir dan terseluh,
mungkin juga mendapat luka.
Daripada tidak tahu
membaca, anda pandai membaca semasa berumur 6 tahun walaupun dalam proses itu
anda pernah dimarahi. Perkara ini berterusan kepada kemahiran dalam bercakap
walaupun dalam proses tersebut anda ditertawakan oleh ramai orang. Kemudiannya
anda boleh menulis, walaupun dalam proses itu anda pernah melakukan kesilapan
itu berulang kali.
Bukankah semua
contoh yang diberi merupakan sebahagian koleksi kejayaan yang pernah diraih
sejak dilahirkan hingga kini. Perlu ingat anda bukan dilahirkan untuk gagal
tetapi anda dilahirkan dengan pelbagai potensi. Oleh itu berusahalah dan jangan
berhenti, berusahalah kerana masih masih ada walaupun telah suntuk.
Pada kesempatan ini
suka saya mengingatkan semua murid bahawa Pelan Strategik Sekolah 2008 - 2012(Pelan
Jangka Panjang Sekolah) akan berakhir pada tahun ini. Pada ketika ini semua
unit dan bidang sedang dalam merangka strategi baru untuk dijadikan landasan
menjadikan sekolah ini sebagai tempat menjana keunggulan dalam melahirkan
generasi yang terbilang (2013-2017). Indeks kejayaannya ialah kemenjadian murid
sama ada dalam pencapaian akadmik, sahsiah dan kokurikulum.
Dalam proses
menjadikan anda individu yang cemerlang pihak sekolah telah mengambil inisiatif
untuk menambahbaik kemudahan yang terdapat disekolah ini. Tujuannya hanyalah
satu iaitu untuk mewujudkan suasana yang lebih selesa atau kondusif kepada
semua murid yang belajar dan guru yang mengajar. Misalnya semua bilik darjah
kini telah dilengkapkan dengan papan putih bagi mengantikan papan hitam atau
hijau – guru tidak menggunakan kapur lagi.
Tandas telah
diperbaiki, bangunan akan dicat semula, sisitem talian internet telah mencapai
tahap kelajuan yang lebih baik (menara yes akan dibina di kawasan sekolah untuk
menjadikan talian lebih stabil). Oleh itu jagalah kemudahan yang ada ini dan
gunakanlah dengan bijak sana. Gunakan kemudahan yang pada pertimbangan saya bertaraf
dunia ini dengan minda kelas pertama. Jangan semua murid bertindak dan
berkelakuan seperti minda kelas ketiga iaitu tidak paandai menghargai dengan
gejala vendalisme.
Sebagai proses untuk
mendidik, saya memberi peringatan aagar semua murid yang melakukan kerosakan terhadap
harta benda sekolah akan diminta untuk membayar ganti rugi. Jika tiada maklumat
mengenai siapakah murid yang telah melakukan sesuatu tindakan salah laku musnah,
maka kos menggantikan alatan atau kemudahan yang rosak akan ditanggung oleh
semua murid seperti kata pepatah Melayu, ke bukit sama-sama mendaki, ke lembah
sama-sama menuruni. Berat sama di pikul, ringan sama dijinjing.
Beberapa maklumat
lain yang ingin saya sampaikan di sini ialah;
a. Pentaksiran Akhir Tahun Tingkatan 4 – Pencapaian
anda diambil kira dalam SKPM untuk mengukur tahap kemenjadian murid dalam
akademik. Markah murid juga di isi secara on line (SAPS). Oleh itu buatlah
bersungguh-sungguh.
b. Semua murid perlu sedar bahawa mata pelajaran
Sejarah telah dijadikan syarat wajib kelulusan dalam SPM. Sejarah juga telah
dirombak formatnya yang kini terdapat kertas 3 (Open Book Test). Sasaran
sekolah murid tingkatan 4 ialah kelulusan pada tahap 50% (GPS 5.50)
c. Murid tingkatan 2 akan diukur pencapaian berdasarkan
PBS. Walau bagaimanapun Ujian Rujukan Norma akan dilakukan untuk
mengklasifikasi tahap pencapaian murid bagi tujuan penyusunan kelas.
d.
Murid tingkatan 5 – kini baharu sahaja
menduduki Percubaan SPM – program pecutan akhir akan dilaksanakan mulai minggu
hadapan. Minggu ini audit akademik dan post mortem akan dijalankan.
e. Warga sekolah perlu memberi sokongan, ketaatan
dan kesetiaan kepada kerajaan kerana
kita di bawah pemerintahan kerajaan yang memerintah. Perlu akur dan setia dan
janganlah mempertikaikan dasar kerajaan. Dalam mode Pilihan Raya, saya mohon
supaya semua warga sekolah mengelakkan daripada menyertai perhimpunan politik. Patuhilah
peraturan dan undang-undang kita perlu memberi sokongan kepada “Government of
The Day”
f. Sayangi sekolah dan harta benda sekolah
seperti anda menghargai rumah anda sendiri. Manfaatkan kemudahan dan janganlah
mengkhianatinya.
Sekian untuk kali
ini, sama-sama lah kita berazam dan bulatkan tekad bahawa kita mampu untuk
melakukan perubahan kepada satu tahap
yang lebih baik.
Penulisan ini diolah
semula dan disesuaikan daripada ucapan yang telah disampaikan pada Majlis
Perhimpunan Rasmi Mingguan pada hari Isnin, 1 Oktober 2012.