Wednesday, April 04, 2018

J-PRIme - Alat Bimbingan SIPartners+ Dalam Membantu Pengurusan Data Pemeringkatan Kompetensi PGB


Anjakan 5 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dengan jelas menyatakan aspirasi KPM untuk memastikan setiap sekolah tanpa mengira lokasi dan tahap prestasi, mempunyai PGB yang berkualiti tinggi untuk menyediakan kepimpinan pendidikan dan memacu prestasi sekolah secara menyeluruh. Bagi tujuan ini proses pemilihan dan penempatan PGB telah ditambahbaik dengan mensyaratkan semua calon PGB menjalani latihan NPQEL yang dikendalikan olah IAB dengan jayanya, sebelum dilantik sebagai PGB.

Graduan NPQEL yang telah berjaya, akan menjalani fasa transisi sebelum dan selepas penempatan sebagai PGB iaitu mengikuti Program Residency and Immersion (PRIme). Matlamat PRIme adalah untuk membangun kompetensi pemimpin sekolah sebagai salah satu siri dalam meneruskan modul NPQEL. Menerusi PRIme, PGB akan dibimbing oleh SIPartners+ untuk membangun tujuh standard kemahiran kepimpinan yang asas selaku PGB baharu.

SIPartners+ PPD Kulai dan PPD Kota Tinggi telah berkolaborasi dalam merintis usaha menghasilkan alat yang boleh digunakan bagi tujuan menganalisis data pemeringkatan PRIme yang dinamakan J-PRIme. Template J-PRIme ini dibina bagi memudahkan pengurusan SIPartners+ melaksanakan sesi bimbingan bersama PGB yang terlibat dalam PRIme dan memudahkan pelaporan PRIme untuk dianalisis.

Pada asalnya idea membina J-Prime ini disarankan oleh En. Azman Abu Bakar, Pegawai SIPartners+ PPD Kota Tinggi yang melihat ada keperluan untuk SIPartners+ membina satu tapak bagi memudahkan urusan pemeringkatan standard PGB PRIme dan bagi tujuan pelaporan kepada PPD atau JPN. Template ini dibina berasaskan prinsip mudah, murah dan mesra pengguna kerana hanya menggunakan MS Excel sahaja. Walau bagaimanapun template ini berupaya memberikan maklumat dan gambaran yang menyeluruh terhadap tujuh kompetensi PGB yang mahu dibangunkan. Justeru itu pasukan SIPartners+ Johor telah bersetuju untuk menjadikan template ini sebagai alat (tools) bimbingan dan pelaporan PRIme.

Rumusannya J-PRIme dihasilkan dengan tujuan membantu rakan-rakan SIPartners+ dan PGB mengakses data PRIme dengan lebih mudah, sama ada bagi tujuan pelaporan pemeringkatan data, proses bimbingan hinggalah kepada menganalisis dan menginterpretasi data. Semoga panduan dan proses kerja yang dilampirkan bersama template J-PRIme dapat membantu tugas rakan-rakan SIPartners+ dan PGB sepanjang menjalani fasa bimbingan PRIme.

Sebarang cadangan ke arah penambahbaikkanan amatlah dialu-alukan kerana sesunguhnya kualiti bukanlah terhenti pada satu distinasi, tetapi sebaliknya adalah satu proses yang akan berlaku secara berterusan bagi memenuhi aspirasi pemegang taruh dan menghadapi dinamika dalam pembangunan sumber manusia yang berlaku pada alaf ini.

Sila muat turun dokumen berikut untuk mendapatkan template J-PRIme.


1) Panduan J-PRIme
2) J-PRIme (versi PGB)
3) J-PRIme (versi SIPartners+)
4) J-PRIme (versi Johor)

No comments:

Artikel Popular