Friday, August 17, 2018

Penetapan Dan Pelaksanaan Hala Tuju

oleh;
SIPartners+ PPD Tangkak, Johor

Pendahuluan

Penulisan bahagian ini akan dapat membantu pemimpin sekolah dalam membina hala tuju sekolah. Kepimpinan sekolah perlu memastikan visi dan misi sekolah menjadi hala tuju seluruh warga sekolah ke arah pencapaian matlamat dan objektif yang telah ditetapkan secara bersama. Memandangkan semua sekolah di Negeri Johor telah menggunakan Visi dan Misi yang sama, maka diharapkan kepimpinan sekolah dapat menyebar luas dan menggunakannya secara kolaboratif dengan semua warga sekolah.

Apa itu Hala Tuju Organisasi?

Dalam sesebuah organisasi, seorang pemimpin akan menghalakan sasarannya kepada pengikutnya dengan menguasai hala tuju strategik, polisi dan struktur organisasi. Oleh itu, setiap pemimpin dapat mempengaruhi keberkesanan organisasi melalui   pengaruh ke atas pengikut, pasukan dan organisasi kepada pencapaian Visi dan Misi (Kaiser et al. 2008; Trevino et al. 2000; Yulk 2008).  

Mengapa Hala Tuju Organisasi penting?

Hala Tuju adalah satu penentuan matlamat bagi memastikan kejayaan sekolah (Visi) dan merancang strategi bagi mencapai matlamat tersebut (Misi). Ini membawa maksud tersirat pemimpin sekolah berupaya untuk mendepani cabaran, menyelesaikan isu-isu hari ini dan meletakkan diri sendiri di dalam masa depan. Menurut Hussein Mahmud (1997) dalam tempoh masa setahun, pemimpin yang strategik perlu mengambil kira tentang kompetensi dan kemahiran yang ada untuk menjana kecemerlangan sekolah.  

Apakah Ciri-Ciri Kepimpinan yang Perlu Ada untuk Penetapan dan Pelaksanaan Hala Tuju?

Kepimpinan berwawasan perlu memiliki ciri-ciri berikut:

a.   Mempunyai Wawasan (Kepimpinan Berwawasan)

b.   Berkongsi wawasan(Shared Vision)

c.   Mengkomunikasi Wawasan (Communicate Vision)

d.   Membuat penetapan tentang Sasaran dan KPI

e.   Melaksanakan Hala Tuju dan Program


KONSEP

Kepimpinan Fleishman (1973) menyatakan bahawa kepimpinan adalah usaha ke arah pengaruh antara perseorangan yang diarahkan melalui proses komunikasi ke arah pencapaian matlamat. Kepimpinan merupakan satu proses interaksi sosial yang dialami oleh semua individu pada hari ini. Dari sabda Nabi Muhammad s.a.w bahawa ‘setiap orang adalah pemimpin dan setiap pemimpin mempunyai tanggungjawab terhadap orang yang dipimpin’, (Muhammad,2014). Dalam menerajui sekolah seorang pemimpin perlu berwawasan dan berfikiran strategik.

Beberapa contoh pemimpin berwawasan dunia adalah termasuk Steve Jobs, Thomas Edison, Albert Einstein (Kerr.J.,2005), Tun Mahathir, Tan Sri Syed Mukhtar AlBukhary, Tan Sri Tony Fernandez, dan lain-lain lagi. Kepimpinan Berwawasan (Visionary Leadership) adalah pemimpin yang berupaya membayangkan masa hadapan dalam pencapaian dan membuat penetapan dalam setiap matlamat. Berfikiran futuristik dan berupaya mempengaruhi pekerja untuk terus berusaha mencapai matlamat organisasi. Mereka akan membentuk strategi yang berkesan dan mengenal pasti sasaran kerja utama.


PELAKSANAAN

Dalam menjayakan wawasan, pemimpin akan bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan atau komuniti seperti yang disarankan dalam PPPM 2013-2015 tentang Penglibatan Ibu Bapa Komuniti (PIBK). Pemimpin akan menggunakan kesemua sumber dengan sebaik mungkin dan menggunakan saluran komunikasi dalam penyebaran maklumat.

Pemimpin sekolah yang berwawasan perlu memiliki sikap kemanusiaan, menerima pandangan orang lain dan berfikiran terbuka. Pemimpin ini akan meningkatkan kecekapan organisasi dengan mengagihkan tugas membuat keputusan kepada pemimpin lain

Pemimpin berwawasan adalah pembina harapan baru, bekerja dengan imaginasi, visi dan keberanian. Mereka membangunkan staf dan membina masa depan generasi kini untuk mencapai masa depan.

Jadi, anda ingin menjadi seorang pemimpin yang berwawasan? Tetapi, anda takut bahawa anda tidak mempunyai pandangan jauh dan kreativiti? Dari Kerr,J. (2005) menyatakan tentang 5 langkah yang boleh diambil untuk membangunkan keupayaan wawasan anda:

a)    Amalan Membayangkan semula  Keadaan Terkini:  Meluangkan masa untuk memikirkan alternatif   dalam mengambil tindakan dan meneroka kemungkinan untuk perubahan   masa depan. 

b)    Mengamalkan Perspektif orang luar. Melihat perkhidmatan kita dari ‘point-of-view’ orang luar akan menyedarkan kita hakikat sebenar. Amalan ini boleh memaklumkan kepada cara-cara baru untuk berfikir, penemuan pendekatan yang lebih baik dan menggembirakan kepada pelanggan serta mengenal pasti idea-idea, pandangan juga inovasi.

c)    Tanya "Why Not?’  Tidak berputus asa walau pada  mulanya aktiviti pilihan mustahil untuk direalisasikan. Sebaliknya sentiasa wujudkan tabiat terus bertanya, "mengapa tidak?". Ini boleh membantu anda untuk mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah yang kompleks.

d)    Dapatkan Sinergi. Pemikiran sinergi membantu untuk mencungkil jawapan yang lebih baik daripada yang biasa dan konvensional. Gabungan konsep-konsep ini menjadi evolusi dalam penyelesaian masalah.  

e)   Mengintegrasikan pelbagai idea dalam pemikiran. Inovasi boleh digambarkan sebagai penggunaan semula teknologi sedia ada. Hubungan pelbagai pemikiran  dan teori secara bersama-sama adalah untuk menghasilkan penyelesaian menggunakan pemikiran inovatif pemimpin yang benar-benar memiliki wawasan.

Tidak semua orang yang dilahirkan dengan secara semula jadi berwawasan. Walau bagaimanapun, dengan kerja dan ketekunan, anda boleh membangunkan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi lebih baik pada masa depan - satu sifat yang boleh membantu anda untuk menjadi jenis pemimpin yang organisasi anda akan contohi untuk kebesaran.

Bagaimana Visi dan Misi Sekolah boleh disebarkan?

Barisan kepimpinan  sekolah perlu menyebarkan Visi dan Misi ini kepada golongan sasar agar pengaruh untuk mencapai matlamat menjadi satu sinergi. Ia mungkin berlaku ke arah bawah dari  pentadbir kepada guru, ke atas dari guru kepada pentadbir maupun mendatar/ setara  dalam kalangan guru, ibu bapa dan lain-lain agen yang berurusan secara langsung maupun tidak langsung (Abd Ghani, Azia, Tan 2008)  

Visi dan misi yang dibina perlu diselaraskan dengan potensi murid, keperluan sekolah, dasar pendidikan serta aspirasi negara. Mudahnya hal ini perlu diselaraskan dengan bagaimana merealisaikan hala tuju sekolah dengan blue-print Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015. 

Sehubungan itu pemimpin perlu memastikan visi dan misi diperincikan dengan jelas kepada hampir keseluruhan warga sekolah.  Skor 6 boleh dicapai sekiranya terdapat unsur inovasi/ kreativiti/amalan terbaik yang diiktiraf atau boleh dicontohi. Contohnya: Pengetua/Guru Besar mempunyai sistem penyebaran visi, misi dan sasaran kepada ibu bapa dan komuniti secara berkesan dan berterusan melalui laman web sekolah/ blog sekolah/brosur/buletin/e-mel berkelompok/media sosial (seperti facebook, WhatsApp dan lain-lain) poster dan carta * atau inisiatif lain yang sesuai. 

(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6) 

Bagaimana Visi dan Misi boleh dikomunikasikan dengan warga sekolah?

Penyebaran Visi dan Misi akan menjadi lebih mantap apabila kesemua aktiviti sekolah yang   dirancang mengambil kira hala tuju yang telah dirangka secara bersama.  Pemimpin sekolah perlu mengenal pasti visi dan misi dijadikan asas dan rujukan untuk merancang dan melaksanakan hampir keseluruhan program pemajuan sekolah. Pemimpin juga perlu memastikan visi dan misi menjadi hala tuju dalam menggerakkan warga sekolah untuk berusaha bersungguh-sungguh sebagai satu pasukan bagi mencapai matlamat sekolah.

Senarai semak yang boleh membantu bimbingan Pengetua Guru Besar dalam Aspek 1.2 Deskripsi  Skor 5.                                                                       

Bil.
Pernyataan Item
(mengikut Bimbingan (B1,B2, B3 seterusnya))
Status (Tandakan √ jika tercapai)
Catatan
B1
B2
B3
1
Saya memastikan visi dan misi selaras dengan potensi murid
2
Saya memastikan visi dan misi selaras dengan keperluan sekolah
3
Saya memastikan visi dan misi selaras dengan dasar pendidikan
4
Saya memastikan visi dan misi selaras dengan aspirasi negara




5
Saya memastikan visi dan misi diperincikan dengan jelas oleh hampir keseluruhan warga sekolah.




6
Saya memastikan visi dan misi difahami oleh hampir keseluruhan warga sekolah.




7
Saya memastikan visi dan misi dijadikan asas untuk merancang dan melaksanakan hampir keseluruhan program pemajuan sekolah.




8
Saya memastikan visi dan misi dijadikan rujukan untuk merancang dan melaksanakan hampir keseluruhan program pemajuan sekolah.




9
Saya memastikan visi dan misi menjadi hala tuju dalam menggerakkan warga sekolah untuk berusaha bersungguh-sungguh sebagai satu pasukan.




10
Saya memastikan visi dan misi menjadi hala tuju dalam menggerakkan warga sekolah untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai matlamat sekolah.
11
Saya memastikan kejayaan sekolah dapat dilihat mengikut tempoh masa yang ditetapkan.




12
Saya memastikan pencapaian matlamat dapat dilihat mengikut tempoh masa yang ditetapkan.



Rujukan.


Charles Parker (2000) .http://www.emeraldinsight.com/doi/pdf/:  "Performance measurement", Work Study , Vol.

Fleishman, E. A. (1973). Twenty years of consideration and structure. In E. A. Fleishman & J. G. Hunt (Eds.), Current developments in the study of leadership (pp. 1–40). Carbondale, IL: Southern Illinois University Press

Hussien Mahmud. (1993). Kepimpinan dan keberkesanan sekolah. Kuala Lumpur: DBP.

James Kerr. (2005). Steps for Becoming a Visionary Leader. BlumShapiro Consulting.

Muhammad Ahmad Isa. (2014). Mukjizat  sahih Nabi Muhammad s.a.w. PTS Trading. http://www.mphonline.com/books.




No comments:

Artikel Popular