Kamarolzaharah bt Mohd Yunus
Guru Besar, SK Kangkar Pulai
PENGENALAN
Pembelajaran Abad ke 21 atau ringkasnya PAK21 merupakan pendekatan yang semakin dituntut di Malaysia. Apatah lagi dengan keperluan semasa maka perlu bergerak seiring dengan kehendak pelajar yang merupakan generasi Z yang membesar dalam ruang lingkup kecanggihan teknologi. Justeru pelaksanaan PAK21 perlu diberi perhatian serius.
Pada masa ini, PAK21 bukan lagi perkara baharu.. Setiap sekolah perlu melaksanakan selaras dengan pendidikan masa kini yang bukan sahaja berhasrat melahirkan warganegara yang baik malahan warganegara global yang mempunyai kemahiran, pengetahuan dan bermotivasi untuk menangani isu-isu kemanusiaan. Semua elemen dalam pembelajaran abad ke-21 ini terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015
Keberkesanan PAK21 bukan sekadar tertumpu pada prasarana dan susun atur bilik darjah serta alat seperti traffic light, ganjaran dan parking lot sahaja. Sebaliknya, PAK21 mestilah berasaskan kepada konsep 4C (Colaboratif, Komunikasi, Creativiti dan Critikal Thinking). Paling penting proses pembelajaran adalah berpusatkan murid . Guru perlu menjadi pemudahcara kepada murid dalam semua aktiviti di kelas.