Sunday, November 10, 2019

Amalan Terbaik: MEWUJUDKAN EKOSISTEM PAK21

Kamarolzaharah bt Mohd Yunus
Guru Besar, SK Kangkar Pulai

PENGENALAN

Pembelajaran Abad ke 21 atau ringkasnya PAK21 merupakan pendekatan yang semakin dituntut di Malaysia. Apatah lagi dengan keperluan semasa maka perlu bergerak seiring dengan kehendak pelajar yang merupakan generasi Z yang membesar dalam ruang lingkup kecanggihan teknologi.   Justeru pelaksanaan PAK21 perlu diberi perhatian serius.

Pada masa ini, PAK21 bukan  lagi perkara baharu..  Setiap sekolah perlu melaksanakan selaras dengan pendidikan masa kini yang bukan sahaja berhasrat melahirkan warganegara yang baik malahan warganegara global yang mempunyai kemahiran, pengetahuan dan bermotivasi untuk menangani isu-isu kemanusiaan.  Semua elemen dalam  pembelajaran abad ke-21 ini terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015

Keberkesanan PAK21 bukan sekadar tertumpu  pada prasarana dan susun atur bilik darjah serta alat seperti traffic light, ganjaran dan parking lot sahaja. Sebaliknya, PAK21 mestilah berasaskan kepada konsep 4C (Colaboratif, Komunikasi, Creativiti dan Critikal Thinking). Paling penting proses pembelajaran adalah berpusatkan murid . Guru perlu menjadi pemudahcara kepada murid dalam semua aktiviti di kelas.

LATAR BELAKANG SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Kangkar adalah sekolah gred B yang terletak di luar Bandar .Sekolah ini di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Kulai.. Sk Kangkar Pulai dibina  atas desakan penduduk Kampung Melayu kangkar Pulai.  Menumpang di SJKT Kangkar Pulai di sebelah petang dengan murid 45 orang (Tahun 1 dan 3).  Pada tahun 1984, bangunan sekolah siap dibina dengan kos RB90,000 lengkap dengan 6 bilik darjah, bilik guru dan tandas. Kategori sekolah kecil.  Bilangan murid semakin bertambah. Kini, enrolmen murid adalah 1380 dengan jumlah kelas 38 buah. Perkembangan yang pesat sehingga hari ini telah menjadikan SK Kangkar Pulai sebagai wadah anak-anak, menimba ilmu pengetahuan, membina sahsiah diri dan sekaligus merealisasikan cita-cita pada masa hadapan.

INOVASI / AMALAN TERBAIK

A. Tajuk Amalan Terbaik : Mewujudkan Ekosistem PAK21

B.  Matlamat dan Objektif

Matlamat Projek adalah untuk mewujudkan Ekosistem PAK21

Objektif Projek :
i.              Mewujudkan persekitaran dan bilik darjah PAK21
ii.             Meningkatkan kualiti pdpc guru
iii.            Meningkatkan kehadiran murid

C.  Strategi Pelaksanaan

Pelaksanaan Projek Mewujudkan Ekosistem PAK21 dilakukan melalui pendekatan PDCA (Plan-Do-Check-Action) dan PILL (Pelan Intervensi Lima Langkah). Oleh yang demikian beberapa strategi yang dikenal pasti akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Berikut adalah ringkasan pendekatan dan strategi yang dirancang.

Pendekatan PDCA
Program
Tarikh
Plan
Persediaan
·         Perbincangan dengan GPK, Guru DG44 dan guru Cemerlang
·         Taklimat tentang Projek
·         Penubuhan Jawatankuasa Projek.
Januari
Do
Pelaksanaan
·         Susun atur kelas PAK21
·         Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)
·         Lawatan Penandaarasan ke sekolah rintis PAK21
·         Pembelajaran PAK21
·         Strategi PAK21
·         Sekolahku berinformasi
Januari - Jun
Check
Penilaian
·         OPPM
·         Pencerapan PDPC
·         Semakan BRM
·         Mesyuarat Secara Berkala
·         Laporan Program
Januari - Oktober


Action
Penambahbaikan Berterusan
·         Post mortem program
November 2017


D.  Tempoh Pelaksanaan

Pelaksanaan projek ini dilaksanakan secara berperingkat bermula bulan Januari hingga Oktober 2017

E.  Mengenal Pasti Punca Masalah

Kaedah penentuan  masalah dan punca masalah dilakukan secara tinjauan, sumbang saran dan pemerhatian. Daripada tinjauan yang dilakukan, jelas sekali suasana persekitaran di SKKP tidak merangsang pembudayaan PAK21. Fenomena ini jelas dengan pelbagai cabaran dan halangan yang ditemui iaitu, peralatan yang kurang lengkap, kurang penekanan PAK21 dalam PDPC, kurang kepakaran dan komitmen dan fizikal bilik darjah yang tidak kondusif. mesin, kaedah, manusia, bahan dan persekitaran.

Kaedah penyelesaian masalah Rajah Tulang Ikan atau dikenali sebagai teknik analisis sebab dan akibat digunakan oleh pengkaji bagi mengenal pasti masalah dan program penambahbaikan Penggunaan kaedah  ini dapat membantu dalam mengenal pasti punca dan faktor penyumbang kepada sesuatu masalah dalam format grafik yang mudah dan jelas. Kaedah ini adalah cara yang sangat berkesan yang dapat menunjukkan hubungan antara punca masalah dan semua faktor yang mungkin boleh dikaitkan dengan masalah tersebut.


Rajah 1.1: Analisis Tulang Ikan berkaitan punca masalah Suasana Persekitaran Sekolah tidak merangsang Pembudayaan PAK21 

F. Cabaran / Penyelesaian

Cabaran utama pelaksanaan Projek Mewujudkan Ekosistem PAK21 ialah mentaliti guru yang masih selesa dengan cara pengajaran konvensional. Keadaan kelas dan infrastruktur sekolah yang tidak kondusif juga menjadi halangan yang besar.

Menggunakan pendekatan PILL, pengkaji berjaya mengenal pasti masalah dan sasaran serta memahami punca masalah. Setelah itu, pengkaji bersama jawatankuasa telah menyenaraikan   intervensi untuk menyelesaikan isu. Iaitu ;

i.       Meningkat kualiti guru
ii.     Mewujudkan Ekosistem PAK21
iii.   Mengupayakan Pemimpin Pertengahan
iv.    Memantapkan PIBK sekolah

Berdasarkan undian, Projek Mewujudkan Ekosistem PAK21 dipilih kerana mudah dan menjadi keutamaan untuk dilaksanakan. Bagi memastikan pelaksanaan projek, pelan tindakan disediakan.

IMPAK

A. Keberhasilan

Sepanjang pelaksanaan Projek, beberapa aktiviti telah dijalankan sebagai langkah mencapai objektif projek.  Berikut adalah dapatan penilaian projek :

i.        38/38 buah kelas telah disusun atur mengikut keperluan PAK21- April
ii.      70/87 guru dilabel sebagai Guru PAK 21- Julai
iii.    Pelibatan murid semasa PDPC semakin meningkat
iv.     Kehadiran murid semakin meningkat berbanding tahun 2016
v. Hab pembelajaran, Sudut Info dan Laluan bermaklumat menambahkan keceriaansekolah dan menjadi tumpuan murid. (Jun)



Gambar 1:  Pelibatan murid semasa PDPC 


Gambar 2: Sudut info dan laluan bermaklumat


Gambar 3:  Hubs Pembelajaran

B. Pengiktirafan

1) Pada 17 Ogos 2017, seramai 15 orang pensyarah kanan UTM datang melaksanakan Program Terapi Minda bersama 180 orang murid tahun 6. 

2) Pada 19 September 2017, SKKP telah dilantik sebagai Sekolah Inspirasi SKPMG2.

C.  Potensi menjadi amalan/budaya

Pada dasarnya, Projek Mewujudkan Ekosistem PAK21 telah berjaya mencapai objektif yang disasarkan dan berpotensi menjadi amalan. Selain itu, menerusi projek ini juga secara tidak langsung dapat memotivasikan dan memberi inspirasi kepada guru dan murid tentang perlunya kaedah pembelajaran baharu yang lebih ringkas dan menarik. Kejayaan projek ini dikenal pasti ialah hasil gabungan bersama para pentadbir, guru, murid, kakitangan sokongan dan komuniti serta keberkesanan strategi yang telah dirancang. 

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

A. Memantapkan PIBK

Meningkatkan kerjasama antara sekolah, ibu bapa dan komuniti bagi tujuan  menggalakkan  pelibatan ibu bapa dan komuniti secara aktif dalam pembelajaran murid. 

PENUTUP / KESIMPULAN

Secara keseluruhan, Projek Mewujudkan Ekosistem PAK21 dilihat berjaya memupuk nilai kerja POWER (Profesional, Optimis, Wawasan, Efisien dan Rasional). Warga pendidik mula sedar tentang kepentingan perubahan pedagogi selaras dengan generasi Z yang dihadapi. Apabila kesedaran dapat diwujudkan, maka warga pendidik akan terus berusaha menjadikan sekolah sumber informasi kepada murid.

No comments:

Artikel Popular