1.0
PENDAHULUAN
Inisiatif
Program Transformasi Daerah (DTP) dibangunkan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 untuk memberi tumpuan kepada sekolah berprestasi
rendah termasuk murid berkeperluan khusus bagi memacu prestasi sekolah dengan
sasaran yang perlu dicapai daripada segi kualiti, ekuiti dan akses secara
jelas. SIPartner+ merupakan satu inisiatif utama dalam PPPM 2013-2025 berperanan
dalam memberi bimbingan dan sokongan kepada pemimpin sekolah dalam membangunkan
organisasi sekolah yang dipimpini (KPM, 2013). Strategi
yang digunakan oleh SIPartners+ adalah memberikan sistem sokongan yang mantap,
merangkumi sistem penyampaian yang berkualiti dan kepimpinan yang cekap dan
berkesan bagi merealisasikan usaha pengupayaan kepimpinan sekolah yang
berkualiti selaras dengan Anjakan 5 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025, iaitu memastikan sekolah dipimpin oleh pemimpin sekolah
berprestasi tinggi supaya setiap anak mendapat pendidikan berkualiti.