Monday, December 23, 2019

Membangunkan HILL (High Impact School Leaders) Menerusi e-Coaching Berasaskan pendekatan Go-CALD (Google Classroom & Aplikasi Digital)


1.0              PENDAHULUAN

Inisiatif Program Transformasi Daerah (DTP) dibangunkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 untuk memberi tumpuan kepada sekolah berprestasi rendah termasuk murid berkeperluan khusus bagi memacu prestasi sekolah dengan sasaran yang perlu dicapai daripada segi kualiti, ekuiti dan akses secara jelas. SIPartner+ merupakan satu inisiatif utama dalam PPPM 2013-2025 berperanan dalam memberi bimbingan dan sokongan kepada pemimpin sekolah dalam membangunkan organisasi sekolah yang dipimpini (KPM, 2013). Strategi yang digunakan oleh SIPartners+ adalah memberikan sistem sokongan yang mantap, merangkumi sistem penyampaian yang berkualiti dan kepimpinan yang cekap dan berkesan bagi merealisasikan usaha pengupayaan kepimpinan sekolah yang berkualiti selaras dengan Anjakan 5 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, iaitu memastikan sekolah dipimpin oleh pemimpin sekolah berprestasi tinggi supaya setiap anak mendapat pendidikan berkualiti.

Jatuh bangun dan kejayaan sesebuah organisasi seperti sekolah tidak hanya bergantung kepada kualiti dan kecekapan ahlinya, malah lebih penting ialah kualiti kepemimpinan organisasi berkenaan. Pada prinsipnya di bawah syarat baru pelantikan kepemimpinan sekolah, pengetua dan guru besar telah melalui satu proses yang ketat sebagaimana yang diputuskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) dalam Mesyuarat LKPPP Bil.6 Tahun 2013 yang bersidang pada 8 Oktober 2013 telah meluluskan syarat-syarat baharu yang antara lainnaya calon pengetua dan gruu besar perlu memiliki sijil kelayakan NPQEL. Program risedency dan immersion (PRIme), GRILL, SepeedUp, ProPeks dan lain-lain program sokongan diberikan secara berterusan diberikan kepada kepimpinan sekolah mengikut kumpulan sasaran tertentu bagi memastikan kepimpinan yang berkualiti ke arah mencapai aspirasi yang tinggi dalam persekitaran persaingan global yang semakin sengit.

Namun demikain kepimpinan yang berkualiti tidak boleh terhenti setakat itu sahaja. Kepimpinan di sekolah perlu menerima sokongan berterusan kerana hasrat untuk mewujudkan sekolah yang berkualiti merupakan satu proses yang tidak mempunyai had yang memberi impak kepada keberhasilan murid. Justeru, pihak PPD Kulai mengambil inisiatif dan bertanggungjawab untuk memastikan DTP dilaksanakan dan mencapai objektif yang telah digariskan dalam PPPM dengan memberi penekanan kepada usaha mengupayakan kepimpinan di peringkat sekolah melalui Pelan Intervensi Lima Langkah (PILL) yang menyediakan penyelesaian berfokus terhadap isu dan punca yang telah dikenal pasti. Antara program utama yang telah dirancang dalam PILL ialah program High Impact School Leaders (HILL). Melalui HILL, diharap dapat meningkat kompetensi kepimpinan sekolah dalam aspek komunikasi, penggunaan alat-alat kualiti sekolah, pemantapan coaching & mentoring dalam organisasi di samping berkongsi amalan terbaik pengurusan sekolah di sekolah terpilih agar mutu perkhidmatan yang diberikan akan meningkat.

Pelaksanaan Go-CLAD dalam membangunkan kapasiti kepimpinan pemimpin di sekolah adalah selaras dengan perkara yang ditekankan dalam Teori pembelajaran konstruktivisme terutamanya Social Development Theory yang dipelopori oleh Vygotsky daripada segi konsep, pelaksanaan dan perkembangan pengurusan pendidikan abad ke-21. Go-CLAD dalam intervensi HILL ini juga dilaksanakan bersandarkan kepada teori Change in Action (Fullan 2006) dengan memberi fokus terhadap tujuh faktor utama iaitu motivasi, pembangunan kapasiti, pembelajaran di tempat kerja, perubahan kontekstual, latihan refleksi,  pelibatan sepenuhnya dan ketahanan melaksanakannya. Melalui program HILL dengan pendekatan GoCLAD, para pemimpin sekolah menerima sokongan dari pelbagai pendekatan bagi mengoptimumkan keberkesanan dalam memimpin dan memajukan sekolah mereka.

2.0              PENYATAAN MASALAH

Selaku peneraju, kepimpinan di sekolah yang berkesan kepimpian di sekolah sepatunya bukan sahaja mengetuai penetapan hala tuju di sekolah dan memantau pengoperasian sekolah, malah memastikan elemen instruksional dapat dilaksanakan secara jitu, serta berupaya menegenal pasti, mengambil tindakan dan menyelesaikan isu-isu berkaitan pengoperasian sekolah. Kepimpinan di sekolah juga seharunsya menjadi pembimbing kepada barisan kepimpinan pertengahan, guru dan anggota kakitangan pelaksana di sekolah, agar kepimpinan yang dipamerkan diteladani dan menjadi sumber inspirasi yang menggerakan warga sekolah bergerak dalam satu pasukan.

Namun berdasarkan kepada analisis data Profil Kepimpinan Pemimpin Sekolah Negeri Johor (J-ProKIPS) dan data dari SKPMg2, kami mendapati tahap kompetensi kepimpinan pengetua sekolah-sekolah di daerah Kulai secara relatifnya adalah berada pada tahap rendah terutama dalam melaksanakan peranan sebagai peneraju iaitu melibatkan standard kualiti 1.1.3 (PGB mengetuai pemantauan pengoperasian sekolah secara terancang dan sistematik) dan 1.1.7 (PGB menangani masalah pengoperasian sekolah secara profesional dan terancang.). Mana kala bagi aspek 1.2 iaitu peranan PGB sebagai pembimbing, iaitu standard kualiti 1.2.1 (PGB memberi bimbingan kepada guru dan AKP secara profesional dan terancang) dan 1.2.2 (PGB memberi bimbingan kepada barisan pemimpin yang diturun kuasa secara profesional dan terancang). Berdasarkan kepada data ini juga SIPartners+ mengenal pasti terdapat 10 buah sekolah menengah berada pada tahap terendah berbanding sekolah-sekolah lain. Tujuh (7) daripada 10 orang pengetua yang terlibat adalah mereka mempunyai kelayakan NPQEL.


Punca-punca masalah yang dikenal pasti menggunakan gamba rajah tulang ikan ishikawa.

Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 dengan menggunakan menggunakan gambarajah tulang ikan ishikawa dapat dirumuskan punca-punca masalah yang dikenalpasti sebahagian besarnya disumbangkan oleh beberapa faktor;

a) Kelemahan daripada segi kemahiran interpersonal dan komunikasi. Pemekatan atau kecairan maklumat akan berlaku menyebabkan segala dasar, ketetapan dan perkembangan pendidikan yang diterima oleh pengetua gagal difahami oleh warga sekolah.
b) Pendekatan  coaching tidak menjadi amalan kepimpinan pengetua dalam membangunkan potensi kepimpinan pertengahan dan guru-guru.. 
c) Pencerapan dan pemantauan program dan aktiviti yang tidak berlaku secara sistematik menyebabkan pendekatan proses Plan, Doa, Check & Action (PDCA), fungsi dan pengurusan POLC tidak menjadi amalan kepada PGB dalam melaksanakan intervensi sekolah.
d) Sikap pengetua yang tidak begitu cakna dalam penggunaan alat kualiti sekolah.
e) Terdapat jurang digital yang agak ketara antara pengetua dan guru-guru khususnya guru-guru baharu.

Situasi ini diburukkan lagi dengan tahap Kemahiran Interpersonal kepimpinan yang lemah, kurang kemahiran dalam penggunaan teknologi maklumat yang berupaya meningkatkan kualiti system penyampaian mereka. Barisan pemimpin pertengahan yang kurang mendapat latihan kepimpinan kerana pendekatan yang digunakan oleh pengetua untuk membimbing mereka didapati kurang berkesan disebabkan kaedah coaching dan mentoring tidak digunakan secara terancang. Hal ini kerana pengetua kurang mendapat pendedahan dan tidak mempunyai kemahiran coaching dan mentoring. 

Bagi memastikan intervensi yang dijalankan memberikan keberhasilan yang tinggi, SIPartners+ telah memberikan sokongan kepada pengetua kumpulan sasaran menerusi pelaksanaan intervensi yang dinamakan sebagai High Impact School Leaders (HILL). Pendekatan Pelan Intervensi Lima Lingakah (PILL) telah digunakan dalam melaksanakan HILL yang diintergrasikan dengan penggunaan Google Classrom dan aplikasi-aplikasi berasaskan digital lain yang difikirkan bersesuaian dengan keupayaan dan kemampuan pengetua dan pemimpin pertengahan sekolah-sekolah yang terlibat. Penggunaan Google Classroom dan Aplikasi Digital dijadikan sebagai medium bimbingan maya (e-Coaching) dan adun dengan pendekatan bimbingan instruksional (instruksional coaching), tanpa mengabaikan pendekatan coaching kepimpinan yanag sedia menjadi teras kepada amalan SIPartners+.

Pelaksanaan intervensi HILL berasaskan Google Classroom dan Aplikasi Digital atau singkatannya Go-CLAD dalam membangunkan kapasiti kepimpinan pemimpin di sekolah adalah selaras dengan perkara yang ditekankan dalam Teori pembelajaran konstruktivisme terutamanya Social Development Theory yang dipelopori oleh Vygotsky daripada segi konsep, pelaksanaan dan perkembangan pengurusan pendidikan abad ke-21. Go-CLAD dalam intervensi HILL ini juga dilaksanakan berasaskan kepada teori Change in Action (Fullan 2006) dengan memberi fokus terhadap tujuh faktor utama iaitu motivasi, pembangunan kapasiti, pembelajaran di tempat kerja, perubahan kontekstual, Latihan Refleksi,  pelibatan sepenuhnya dan ketahanan melaksanakannya .
3.0       SPESIFIKASI AMALAN TERBAIK

Bagi memastikan intervensi yang dijalankan memberikan keberhasilan yang tinggi, SIPartners+ telah memberikan sokongan kepada pengetua kumpulan sasaran menerusi pelaksanaan intervensi yang dinamakan sebagai High Impact School Leaders (HILL). Pendekatan Pelan Intervensi Lima Langkah (PILL) telah digunakan dalam melaksanakan HILL yang diintegrasikan dengan penggunaan Google Classroom dan aplikasi-aplikasi berasaskan digital lain yang difikirkan bersesuaian dengan keupayaan dan kemampuan pengetua dan pemimpin pertengahan sekolah-sekolah yang terlibat. Penggunaan Google Classroom dan Aplikasi Digital dijadikan sebagai medium bimbingan maya (e-Coaching) yang adun dengan strategi Bimbingan Insturuktif (instructive coaching), Bimbingan Fasilitatif (Facilitative Coaching) dan Bimbingan Transformatif (Transformative Coaching) tanpa mengabaikan pendekatan coaching kepimpinan yang sedia menjadi teras kepada amalan SIPartners+.
  
3.1       Matlamat dan Objektif

Perubahan teknologi yang berlaku pada hari ini mendadak dengan pantas, dan oleh itu pendekatan yang digunakan oleh SIPartners+ perlu dipelbagaikan, agar sokongan yang diberikan kepada kepimpinan sekolah khususnya dalam melaksanakan intervensi memberikan impak yang optimum. Perkara ini adalah penting bagi membangunkan kompetensi individu dalam menyumbang kepada pembangunan organisasi melalui pembelajaran berterusan. Program ini diharap dapat memantapkan kompetensi kepimpinan sekolah sebagai peneraju, pembimbing dan pendorong agar kepimpinan di sekolah dapat mempamerkan kualiti kepimpinan yang berimpak tinggi serta meningkatkan keberkesanan dalam komunikasi dan sistem penyampaian sejajar dengan peranan mereka sebagai pemimpin pendidikan abad ke-21 yang efektif dalam membangunkan aspirasi murid berteraskan kepada tiga objektif utama yang mahu dicapai, iaitu;

a)      Meningkatkan tahap keberkesanan komunikasi dan penyampaian maklumat kepada warga sekolah.
b)      Meningkatkan tahap penguasaan penggunaan alat-alat kualiti dan mengendalikan sistempengoperasian sekolah secara lebih efektif dengan penggunaan Google Classroom dan Aplikasi Digital.
c)       Mengupayakan pengetua dan pemimpin pertengahan di sekolah membangunkan kompetensi diri dan organisasi menerusi pendekatan bimbingan (coaching) yang bersistematik.
d)      Meningkatkan kuliti pengurusan kepimpinan pengetua, merapatkan jurang digital dan seterusnya meningkatkan keberhasilan murid.

3.2       Kumpulan Sasaran

Intervensi HILL, menyasarkan pelaksanaannya terhadap 10 buah sekolah menengah melibatkan pengetua, guru penolong kanan dan guru kanan mata pelajaran. Pemilihan sekolah adalah berpandukan kepada analisis data J-ProKipS, Standard 1 SKPMg2, pencapaian akademik, disiplin dan sahsiah murid yang diambil bagi tahun 2017. Keseluruhannya seramai 87 orang peserta yang terdiri daripada kalangan pengetua, semua guru penolong kanan dan guru kanan mata pelajaran turut dilibatkan (rujuk lampiran 1).

4.0           4.0 KAEDAH PELAKSANAAN AMALAN

4.1       Pendekatan Intervensi : Model HILL berasaskan PILL
Rajah 2: Model HILL berasaskan PILL

Pendekatan yang digunakan dalam melaksanakan intervensi ini adalah berasaskan kepada Pelan Intervensi Lima Langkah (PILL). PILL merupakan alat kualiti yang boleh digunakan untuk meningkatkan kemajuan sesuatu organisasi.  PILL mengandungi langkah-langkah yang disusun secara tertib agar menepati matlamat yang disasarkan. 
Rajah 3: Kerangka Pelaksanaan Intervensi HILL

Proses pelaksanaan bagi intervensi HILL mengikut Kitaran Plan-Do-Check-Act (PDCA), pendekatan empat langkah untuk menyelesaikan masalah yang membolehkan kami menguji pelbagai penyelesaian kepada masalah untuk mengenal pasti penyelesaian yang paling berkesan sebelum pelaksanaan. Intervensi HILL dilaksanakan sepanjang tahun 2018. Namun demikian perancangan program telah berlaku sejak Ogos 2017 sebagaimana yang dijelaskan pada Rajah 4 di bawah.

4.2 Pendekatan Proses

Proses pelaksanaan bagi intervensi HILL mengikut Kitaran pelan-Do-Check-Akta (PDCA), pendekatan empat langkah untuk menyelesaikan masalah yang membolehkan kami menguji pelbagai penyelesaian kepada masalah untuk mengenal pasti penyelesaian yang paling berkesan sebelum pelaksanaan. Intervensi HILL dilaksankan sepanjang tahun 2018. Namun demikian perancangan program telah berlaku sejak Ogos 2017 sebagaimana yang dijelaskan pada Rajah 4 di bawah.

Rajah 4: Pendekatan Proses PDCA

 
Peranan kepimpinan sekolah sebagai peneraju sekolah amat penting bagi menentukan kejayaan pelaksanaan intervensi ini. Justeru itu antara perancangan yang telah dilaksanakan bagi memastikan semua aktiviti dalam intervensi ini memberikan impak yang dihasratkan, iaitu :
a)       Memberi latihan kepada kepimpinan di sekolah menerusi bengkel penggunaan Google Classroom dan aplikasi digital yang telah dikenal pasti sebagai sesuai, iaitu mudah, murah, memberi impak terhadap fokus, minat kemahiran dan kepakaran.
b)         Membina modul HILL untuk memberikan kemahiran kepada semua pemimpin sekolah dalam bidang yang dikenal pasti kritikal. Tiga modul yang dibangunkan ialah
i)              Kemahiran Komunikasi dalam Organisasi
ii)            Coaching Eksekutif Kepada Barisan Hadapan Dalam Organisasi
iii)         Bengkel Pemantapan Pengurusan Alat Kualiti Sekolah
iv)          Alat kualiti dan Pendekatan Kualiti dalam Intervensi Sekolah
c)         Mengenal pasti nilai tambah dan elemen wow factor, meraikan kejayaan dalam program kolaboratif bersama SMK Sungai Tapang, Kuching Sarawak.


4.3       Strategi Bimbingan: Blended Coaching

Seiring dengan perkembangan semasa dan penekanan terahap kecekapan dalam penyampaian, tiga strategi coaching telah dilaksanakan dalam memastikan intervensi HILL dapat meresap dengan lebih cekap dan berkesan. Strategi coaching yang digunakan ialah blended coaching. Blended coaching ialah satu sistem pembangunan profesional individu yang direka untuk meningkatkan keupayaan kepimpinan pentadbir di sekolah yang mengaplikasikan beberapa strategi bimbingan dan mengakui hakikat bahawa "coach yang berkesan menggunakan pelbagai strategi" ” (Bloom et al., 2005, p. 54). Coach yang berkemahiran akan menggunakan pelbagai strategi semasa proses coaching dari isntruksional (instructional), konsultatif (consultative) , kolaboratif (collaborative), fasilitatif (facilitative) dan transformasional, membentuk adunan coaching yang berupaya melahirkan pemikiran yang reflektif, memberikan maklum balas, penyoalan dan instruksional. Dalam model blended coaching, coach akan mengunakan strategi bimbingan dalam kontinum caoching berasaskan kepada keperluan dan tahap kepakaran caochee.

a)   Instructive Coaching; Pendekatan yang paling asas dengan menggunakan pendekatan andragogi bagi memberi sokongan kepada  pengetua mengambil langkah efektif dalam melaksanakan elemen-elemen dalam intervensi HILL. Berkesan juga untuk pengetua baharu.
b)    Facilitative Coaching ; strategi coaching ini digunakan untuk mengukuhkan pembelajaran dalam melaksanakan perubahan. Perubahan bukan sahaja berkaitan apa yang coachee lakukan tetapi termasuk cara mereka berfikir dan pertimbangan profesional. Sebagai coach saya mendorang coachee menerusi perbulan yang membolehkan coachee menjekaskan sendiri pemikiran, pemerhatian dan kemungkinan berkaitan amalan kepimpinan mereka.
c) Transformative Coaching; strategi ini digunakan bagi melahirkan pemimpin transformasional yang berupaya mendepani perubahan. Penggunaan teknologi terkini juga berupaya membantu pemimpin sekolah menjadi pemimpin transformasional. 

4.4       Penggunaan ICT dan digital Tools: Google Classroom dan Aplikasi Digital

Pendekatan yang digunakan dalam melaksanakan intervensi ini adalah secara pendekatan teradun, integrasi antara pendekatan PILL, blended coaching dan e-coaching. Bagi menyokong pelaksanaan e-Coaching, Google Classroom dan aplikasi digital yang lain digunakan sebagai strategi penyampaian dan bimbingan bagi disesuaikan dengan persekitaran pembelajaran abad ke-21. Matlamat penggunaan Google Classroom dan Aplikasi Digital adalah sebagai strategi kami dalam memberikan sokongan bermakna dalam membimbing kepimpinan pendidikan sesuai dengan keperluan pembangunan pemimpin abad ke-21, kemahiran abad ke-21 dan kepimpinan teknologi. 

Penggunaan Google Classroom dan Aplikasi Digital sebagai satu elemen dalam Intervensi HILL adalah selaras dengan standard ISTE ( International Society for Technology in Education) yang digunakan untuk pentadbir(2009). Strategi penyampaian bagi Pemimpin sekolah mestilah ke arah menyediakan sekolah-sekolah memanfaatkan teknologi untuk pembelajaran. International Society for Technology in Education Standards for Administrators (ISTE*A) dibangunkan untuk dijadikan sebagai panduan dalam membantu pentadbiran di sekolah mengimplementasikan teknologi dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran abad ke-21 (ISTE, 2009). Berasaskan kepada pentingnya aplikasi digital dalam meningkatkan penerimaan pengetua dan keberkesanan intervensi ini, beberapa aplikasi atau digital tools telah dipilih untuk digunakan dalam melaksanakan intervensi ini. Jenis dan penggunaan aplikasi digital adalah dijelaskan seperti jadual berikut;

Rajah 5: Google Classroom dan Aplikasi Digital

5.0         IMPAK / DAPATAN

5.1         Pengiktirafan KPM

Pelaksanaan Google Classroom dan Aplikasi Digital yang digunakan oleh SIPartners+ PPD Kulai telah mendapat pengiktirafan daripada KPM menerusi Penarafan Penilaian Kecemerlangan Pejabat Pendidikan Daerah. Intervensi HILL yang diintegrasikan dengan   penggunaan Google Classroom dan Aplikasi Digital, diiktiraf sebagai intervensi yang mempunyai elemen inovasi, bersesuaian dengan perkembangan era Digital dan pembelajaran Abad ke-21.

5.2         Pengiktirafan Jemaah Nazir

Dapatan pemeriksaan aktiviti sokongan profesional pelaksanaan dasar/ program oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kulai kepada dua buah sekolah yang terlibat dalam program HILL menerusi Go-CLAD ini sangatlah positif, antaranya;

a)          Aplikasi Click-Up berjaya melancarkan pemantauan dan penyeliaan atas bimbingan yang diberikan oleh pegawai PPD. Maklum balas dan maklumat dapat disampaikan dengan segera membolehkan pemantauan dan penyelesaian masalah dapat dilakukan mengikut tahap keseriusan sesuatu masalah. (JN: 2.1.1)
b)    Pengetua di dua buah sekolah berjaya mengurus sekolah secara profesional. Mereka berperanan sebagai peneraju, pembimbing dan pendorong kepada warga sekolahnya. SIPartners+ memberi bimbingan sokongan kepada pengetua ke arah peningkatan kualiti kepimpinan dan pengurusan organisasi (Standard 1 dan 2 SKPMg2). (JN: 2.1.2)
c)      Program-program pembangunan profesionalisme berterusan sepanjang tahun 2018 dan 2019 seperti program High Impact School Leaders (HILL), dan PILL banyak membantu pengetua dalam menerajui sekolah dengan yakin dan berkesan. (JN: 2.1.2)
d)        Pegawai SIPartners+ juga berjaya membimbing pengetua agar berupaya mengagih sumber manusia mengikut keperluan selaras dengan empat prinsip pengurusan dalam kerangka P-O-L-C. (JN: 2.2.4)
5.3         Pembudayaan Google Classroom dan Aplikasi Digital dalam Amalan Kepimpinan Sekolah
Semua sekolah yang terlibat dalam program HILL telah mewujudkan budaya baru dalam amalan pengurusan dan kepimpinan pengetua. Berikut adalah antara perubahan amalan berteraskan Digital yang berlaku kesan daripada implementasi Go-CLAD dalam intervensi HILL;

a)               Semua sepuluh sekolah menengah yang terlibat dalam program HILL telah menggunakan Rancangan Pengajaran Harian Elektronik (e-RPH) berkaitan penyediaan, pengurusan dan pemantauan.
b)               Google Classroom juga dijadikan sebagai strategi pembangunan kompetensi guru di sekolah-sekolah bagi memberi akses kepada guru untuk meningkatkan kemahiran mereka menerusi pembelajaran maya (e-Learning).
c)               Aplikasi Google Classroom yang percuma dan mudah untuk diintegrasikan dengan pelbagai aplikasi digital berasaskan laman sesawang menyebabkan penggunaannya kini semakin meluas dalam kalangan guru-guru dalam mewujudkan suasana pembelajaran maya.
d)              Penglibatan aktif pengetua, guru penolong kanan dan GKMP dalam kelas-kelas e-Pembelajaran yang diwujudkan oleh SIPartners+ dengan menggunakan tapak Google Classroom
e)               Amalan e-Coaching yang sistematik telah menggunakan tapak Google Classroom sepenuhnya, membolehkan sesi bimbingan lebih mudah sama ada bagi tujuan pengurusan mahupun pelaksanaan.
f)                Pelaporan SIPartners+ menggunakan sepenuhnya Google Drive. Maklumat berkaitan bimbingan, dashbord lawatan, laporan mingguan, pelaporan TKC 1, TKC 2, TKC 3, TKC 4 dan TKC 5 semuanya dilakukan secara atas talian menggunakan Google Docs, Google Sheets, Google Slide, Google Site, Google Calendar dan banyak lagi.
g)                Berlakunya Ripple Effect dalam kalangan sekolah-sekolah yang tidak terlibat dalam HILL. Pengetua dan Guru Besar menunjukkan kecenderungan mengubah amalan pengurusan lama kepada amalan baru dengan mengoptimumkan kemahiran mereka dalam mentransformasikan sekolah ke arah era digital.

5.4         Maklum balas pengetua, GPK, dan GKMP mengenai keberkesanan HILL

Rajah 6: Maklum balas Keberkesanan Program HILL

Berdasarkan dapatan yang diperoleh daripada maklum balas pengetua, GPK dan GKMP yang mengikuti program ini, pada keseluruhannya memperlihatkan tahap keberkesanan yang tinggi terutama bagi program Kemahiran Coaching, Alat Kualiti dan Google Classroom & Aplikasi Digital sebagaimana yang ditunjukkan pada Rajah 6.

5.5         Peningkatan pencapaian peperiksaan awam (Sampingan) 
Intervensi HILL menerusi Go-CLAD, sedikit sebanyak turut memberi impak kepada kejayaan daerah Kulai dalam memastikan peningkatan dalam pencapaian SPM bagi tahun 2018. Walaupun peningkatan dalam pencapaian akademik ini ditentukan oleh banyak faktor, namun berdasarkan daapatan daripada beberapa kajian yang telah dilaksanakan oleh para sarjana,  menunjukkan bahawa pencapaian pelajar adalah pada tahap yang lebih baik di sekolah-sekolah yang dipimpin oleh pengetua yang mendapat bantuan dan sokongan dari pihak luar (Fullan, 2001; Schlechte, Yssel dan Merbler, 2005). 


Rajah 7: Maklum balas Keberkesanan Program HILL

Dapatan ini selari dengan pendapat Hallinger dan Heck (2003) bahawa Pengetua memerlukan komitmen dan kerjasama daripada guru untuk memastikan peningkatan dalam pencapaian pelajar. Fullan (2001) dan Havlik (2007) turut bersetuju bahawa pengetua memerlukan kerjasama guru untuk menjayakan perubahan dan inovasi. Rumusannya dapat dijelaskan bahawa kecemerlangan sekolah turut dipengaruhi kesediaan pengetua berkongsi matlamat dengan guru-guru, keberkesanan dalam komunikasi dan apabila kapasiti guru-guru dapat dibangunkan. 

6.0 RUMUSAN DAN PENUTUP 
Pendekatan yang digunakan oleh SIPartners+ dalam membangunkan kepimpinan pengetua sekolah yang berkualiti merupakan satu pendekatan yang komprehensif melibatkan penggunaan PILL dalam mengenal pasti bidang keutamaan yang perlu dibangunkan, yang akhirnya melahirkan Intervensi HILL. Bagi meningkatkan keberkesanan, pendekatan Blended Coaching digunakan seiring dengan Leadership Coaching yang diintegrasikan dengan e-Coaching, Google Classroom serta beberapa aplikasi berasaskan web dan digital digunakan bagi mentransformasikan cara bekerja, cara bertindak dan cara berfikir barisan kepimpinan agar berupaya menangani tuntutan masyarakat yang sentiasa berubah.  
Untuk kitaran seterusnya, pembentangan ini turut mencadangkan beberapa penambahbaikan hasil daripada dapatan dan pemerhatian yang dibuat. Kajian impak keberkesanan program ini boleh dicadangkan dilaksanakan berasaskan kepada teori Change in Action (Fullan 2006) dengan memberi fokus terhadap tujuh faktor utama iaitu motivasi, pembangunan kapasiti, pembelajaran di tempat kerja, perubahan kontekstual, Latihan Refleksi,  pelibatan sepenuhnya dan ketahanan melaksanakannya. Tujuh faktor ini dijadikan sebagai asas untuk melihat keberkesanan ketika melaksanakan pendekatan melalui strategi Blended Coaching & e-coaching berasaskan pendekatan Go-CLAD. Pendekatan ini diharapkan berupaya meningkatkan kompetensi kepimpinan di sekolah menerusi peningkatan intensiti, kecekapan dan keberkesanan SIPartners+ dalam memberi bimbingan kepada kepimpinan di sekolah.  
Google Classroom juga akan diperluaskan penggunaannya sebagai platform e-Pembelajaran kepada PGB, peluasan e-Coaching, dan sebagai pengurusan data berkaitan program pembangunan kepimpinan pengetua dan pemimpin pertengahan. Google Classroom juga boleh diimplementasikan dalam menyebarluaskan dan memberi bimbingan kepada pengetua dan guru besar yang terlibat dalam sekolah TS25, ProPeKS, PRIme dan lain-lain program pembangunan kepimpinan sama untuk individu mahupun organisasi.



SENARAI RUJUKAN 
Anderson, R., & Dexter, S. (2005). School technology leadership: An empirical investigation of prevalence and effect. Educational Administration Quarterly,41(1), 49-82. 
Bloom, G., Castagna, C., Moir, M., & Warren, B. (2005). Blended coaching: Skills and strategies to support. Thousand Oaks, CA: Corwin Press. 
Hallinger, P & Heck, R.H.2003. Understanding the contribution of leadership to school improvement dalam Learning to read critically in educational leadership management. SAGE Publications. Thuosand Oaks. 
Fullan, M. 2001. Leading in a cultural of change. Jossey- Bass A Wiley Imprint. San Francisco 
Havlik, K.M. 2007. Leadership, learning and school change: The elementary principal’s role in teacher professional development. Tesis Doktoral. University of Wincosin. 
Ezaki, J. Y. (2015). Secondary administrators’ perceptions of the blended coaching model on their development as transformational leaders (Doctoral dissertation). Available from ProQuest Dissertations & Theses Global. (UMI 3685459). 
International Society for Technology in Education. (2009). National Education Technology Standards For Administrators. Arlington, VA: Author. Retrieved from: www.iste.org/standards/ nets-for-administrators.aspx. 
Tracy Lynn Robinson (2016), Leadership Coaching for New Administrators using the Blended Coaching Model. A Dissertation by Brandman University, Irvine, California School of Education



No comments:

Artikel Popular