Selasa, Februari 20, 2018

Bengkel Kerja Penyediaan "J-Profiling" PGB sekolah-sekolah Negeri Johor.

Bengkel Kerja Penyediaan "J-Profiling" bagi pembangunan kompetensi PGB telah diadakan oleh SIPartners+ Johor pada 17 Januari 2018 bertempat di SMK Bukit Pasir, Jalan Jorak, Kampung Jalan Raja, 84300 Muar, Johor. Program mendapat sokongan Jabatan pendidikan Johor di bawah seliaan Sektor Jaminan Kualiti (SJQ).
Bengkel ini adalah bagi memenuhi tugasan yang diberikan oleh Pengarah pendidikan Johor, untuk melihat peranan SIPartners+ melampaui jangkaan pemegang taruh bagi menyokong inisitif pendidikan Johor dalam mentransformasi pendidikan ke arah merealisasikan hasrat "Sekolah Unggul & Jauhar Ulung".
Bengkel kerja sehari ini telah dihadiri oleh semua 26 SIPartners+ Johor berakhir dangan penghasilan kerangka J-Profil PGB yang diharapkan dapat memberi manfaat terhadap pembangunan personal dan organisasi dalam kalangan PGB dan pemimpin pertengahan pendidikan sekolah-sekolah di negeri Johor.
-----
The "J-Profiling" Preparation Workshop for the development of PGB competencies was held by SIPartners + Johor on 17 January 2018 at SMK Bukit Pasir, Jalan Jorak, Kampung Jalan Raja, 84300 Muar, Johor. The program received the support of the Johor Education Department under the supervision of the Quality Assurance Sector (SJQ).
The workshop is to fulfill the task given by the Johor Education Director, to see the role of SIPartners + beyond the expectations of stakeholders to support Johor education initiatives towards transforming education in realizing the wishes of "Excellent School & Great Jauhar".
This one-day workshop was attended by all 26 SIPartners + Johor ending up with the production of the PGB J-Profile framework which is expected to benefit both personal and organizational development among PGB and middle-school leaders of schools in Johor.








Sabtu, Februari 10, 2018

OPPM Sebagai Alat Pengurusan Program di Sekolah



“The New One-Page Project Manager is an essential part of my executive toolkit. OPPMs communicate a project's plan and then communicate progressive performance to that plan in a complete yet efficient way, thereby increasing the visibility and collaboration so vital for successful project management.”  

—Michael O. Leavitt, Chairman, Leavitt Partners; Secretary, United States Department of Health and Human Services (2005–2009);Administrator, United States Environmental Protection Agency (2003–2005); Governor of Utah (1992–2003)  
Kerangka Pengurus Projek Satu Laman atau One Page Project Management (OPPM) telah diilhamkan di Lapangan Terbang Cincinnati, USA oleh  pasukan projek kecil ketika menunggu untuk penerbangan yang tertangguh. Kumpulan ini pada asalnya telah menerima arahan dari bos mereka  untuk mencari jalan bagaimana mahu mengumpul maklumat, status  dan komponen projek yang mereka usahakan hanya dalam selembar kertas.

Rabu, Januari 24, 2018

10 Ciri-Ciri Utama Pemimpin Sekolah Abad Ke-21 Yang Berjaya

Sekolah yang bagus adalah didorong oleh guru, pemimpin pertengahan, pengetua dan guru besar (PGB) sekolah yang bersungguh-sungguh membawa perubahan kepada pembelajaran murid-murd. Walau bagaimanapun, cabaran daripada kemajuan global dan teknologi abad ke-21 telah meletakkan pemimpin-pemimpin sekolah dan guru-guru di bawah tekanan yang lebih daripada dahulu. Bagaimana PGB boleh menjadi seorang pemimpin sekolah yang berjaya? Berikut adalah ciri-ciri yang saya percaya perlu dibangunkan oleh PGB, supaya kepimpinan mereka kekal relevan  untuk berkembang pada abad ke-21.

Jumaat, Januari 19, 2018

Taklimat Pelaksanaan Bimbingan SIPartners+ PPD Kulai Tahun 2018

Ahamdulillah pada 18 Januari 2018, SIPartners+ PPD Kulai berkesempatan bersama rakan PGB sekolah-sekolah daerah Kulai bagi menyampaikan pelaporan dan pelaksanaan bimbingan kepimpinan SIPartners+ kepada PGB daerah Kulai bagi tahun 2018. Sesi berlangsung selama empat jam dan penyampaian oleh SIPartners+ terbahagi kepada lima bahagian;

1) Aspirasi PPJ - Big Picture
2) Peranan SIPartners+ dalam DTP3.0
3) Pelaporan Pelaksanaan Bimbingan 2017
4) Perancangan Bimbingan 2018
5) Perbengkelan Menghasilkan pelan Tindakan Sekolah

Terima kasih kepada Tuan PPD yang turut hadir pada akhir sesi untuk menyampaikan rumusan sesi dan. Terima kasih kepada rakan PGB yang telah hadir. Berikut adalah sebahagian kandungan bahan yang telah disampaikan.

Selasa, November 07, 2017

Peranan Coaching dalam Revitalisasi Pendidikan Abad Ke-21

Shamsuddin bin Haron (Pegawai SIPartner+ PPD Kluang)

Kertas kerja ini telah dibentangkan semasa
Kenferensi Pendidikan Nasional di Kota Tinggi pada 2016)

 
Pengenalan 

Era kemajuan Negara terkini menyaksikan pendidikan bergerak seiring untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu, berpotensi, dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran globalisasi masa kini. Demi merealisasikan matlamat mencapai tahap negara maju pada tahun 2020, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengorak langkah untuk menangani pelbagai isu dan masalah dalam sistem sedia ada bagi memastikan sistem pendidikan terus relevan, bersifat dinamik dan sesuai dengan persekitaran yang berubah.  

Artikel Popular