Anjakan 5 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dengan jelas menyatakan aspirasi KPM untuk memastikan setiap sekolah tanpa mengira lokasi dan tahap prestasi, mempunyai PGB yang berkualiti tinggi untuk menyediakan kepimpinan pendidikan dan memacu prestasi sekolah secara menyeluruh. Bagi tujuan ini proses pemilihan dan penempatan PGB telah ditambahbaik dengan mensyaratkan semua calon PGB menjalani latihan NPQEL yang dikendalikan olah IAB dengan jayanya, sebelum dilantik sebagai PGB.
Rabu, April 04, 2018
Selasa, Februari 20, 2018
Bengkel Kerja Penyediaan "J-Profiling" PGB sekolah-sekolah Negeri Johor.
Bengkel Kerja Penyediaan "J-Profiling" bagi pembangunan kompetensi PGB telah diadakan oleh SIPartners+ Johor pada 17 Januari 2018 bertempat di SMK Bukit Pasir, Jalan Jorak, Kampung Jalan Raja, 84300 Muar, Johor. Program mendapat sokongan Jabatan pendidikan Johor di bawah seliaan Sektor Jaminan Kualiti (SJQ).
Bengkel ini adalah bagi memenuhi tugasan yang diberikan oleh Pengarah pendidikan Johor, untuk melihat peranan SIPartners+ melampaui jangkaan pemegang taruh bagi menyokong inisitif pendidikan Johor dalam mentransformasi pendidikan ke arah merealisasikan hasrat "Sekolah Unggul & Jauhar Ulung".
Bengkel kerja sehari ini telah dihadiri oleh semua 26 SIPartners+ Johor berakhir dangan penghasilan kerangka J-Profil PGB yang diharapkan dapat memberi manfaat terhadap pembangunan personal dan organisasi dalam kalangan PGB dan pemimpin pertengahan pendidikan sekolah-sekolah di negeri Johor.
-----
The "J-Profiling" Preparation Workshop for the development of PGB competencies was held by SIPartners + Johor on 17 January 2018 at SMK Bukit Pasir, Jalan Jorak, Kampung Jalan Raja, 84300 Muar, Johor. The program received the support of the Johor Education Department under the supervision of the Quality Assurance Sector (SJQ).
The workshop is to fulfill the task given by the Johor Education Director, to see the role of SIPartners + beyond the expectations of stakeholders to support Johor education initiatives towards transforming education in realizing the wishes of "Excellent School & Great Jauhar".
This one-day workshop was attended by all 26 SIPartners + Johor ending up with the production of the PGB J-Profile framework which is expected to benefit both personal and organizational development among PGB and middle-school leaders of schools in Johor.
Sabtu, Februari 10, 2018
OPPM Sebagai Alat Pengurusan Program di Sekolah
“The
New One-Page Project Manager is an essential part of my executive toolkit. OPPMs
communicate a project's plan and then communicate progressive performance to
that plan in a complete yet efficient way, thereby increasing the visibility
and collaboration so vital for successful project management.”
—Michael
O. Leavitt, Chairman, Leavitt Partners; Secretary, United States Department of
Health and Human Services (2005–2009);Administrator, United States
Environmental Protection Agency (2003–2005); Governor of Utah (1992–2003)
Kerangka
Pengurus Projek Satu Laman atau One Page Project Management (OPPM) telah
diilhamkan di Lapangan Terbang Cincinnati, USA oleh pasukan projek kecil ketika menunggu untuk
penerbangan yang tertangguh. Kumpulan ini pada asalnya telah menerima arahan dari
bos mereka untuk mencari jalan bagaimana
mahu mengumpul maklumat, status dan
komponen projek yang mereka usahakan hanya dalam selembar kertas.
Rabu, Januari 24, 2018
10 Ciri-Ciri Utama Pemimpin Sekolah Abad Ke-21 Yang Berjaya
Sekolah yang bagus adalah didorong oleh guru, pemimpin pertengahan, pengetua dan guru besar (PGB) sekolah yang bersungguh-sungguh membawa perubahan kepada pembelajaran murid-murd. Walau bagaimanapun, cabaran daripada kemajuan global dan teknologi abad ke-21 telah meletakkan pemimpin-pemimpin sekolah dan guru-guru di bawah tekanan yang lebih daripada dahulu. Bagaimana PGB boleh menjadi seorang pemimpin sekolah yang berjaya? Berikut adalah ciri-ciri yang saya percaya perlu dibangunkan oleh PGB, supaya kepimpinan mereka kekal relevan untuk berkembang pada abad ke-21.
Jumaat, Januari 19, 2018
Taklimat Pelaksanaan Bimbingan SIPartners+ PPD Kulai Tahun 2018
Ahamdulillah pada 18 Januari 2018, SIPartners+ PPD Kulai berkesempatan bersama rakan PGB sekolah-sekolah daerah Kulai bagi menyampaikan pelaporan dan pelaksanaan bimbingan kepimpinan SIPartners+ kepada PGB daerah Kulai bagi tahun 2018. Sesi berlangsung selama empat jam dan penyampaian oleh SIPartners+ terbahagi kepada lima bahagian;
1) Aspirasi PPJ - Big Picture
2) Peranan SIPartners+ dalam DTP3.0
3) Pelaporan Pelaksanaan Bimbingan 2017
4) Perancangan Bimbingan 2018
5) Perbengkelan Menghasilkan pelan Tindakan Sekolah
Terima kasih kepada Tuan PPD yang turut hadir pada akhir sesi untuk menyampaikan rumusan sesi dan. Terima kasih kepada rakan PGB yang telah hadir. Berikut adalah sebahagian kandungan bahan yang telah disampaikan.
1) Aspirasi PPJ - Big Picture
2) Peranan SIPartners+ dalam DTP3.0
3) Pelaporan Pelaksanaan Bimbingan 2017
4) Perancangan Bimbingan 2018
5) Perbengkelan Menghasilkan pelan Tindakan Sekolah
Terima kasih kepada Tuan PPD yang turut hadir pada akhir sesi untuk menyampaikan rumusan sesi dan. Terima kasih kepada rakan PGB yang telah hadir. Berikut adalah sebahagian kandungan bahan yang telah disampaikan.
Langgan:
Catatan (Atom)
Artikel Popular
-
Zon Perkembangan Proximal (Zone of Proximal Development), adalah jurang di antara apa yang pelajar boleh lakukan tanpa bantuan...
-
“The New One-Page Project Manager is an essential part of my executive toolkit. OPPMs communicate a project's plan and then co...
-
TEKS UCAPAN ALU-ALUAN PADA MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SMK KULAI BESAR 2011 OLEH; AZMAN BIN SAFII PENOLONG KANAN PENTABIRA...
-
TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN AZMAN BIN SAFII, PENOLONG KANAN PENTADBIRAN TARIKH : ISNIN 20 APRIL 2009 1. Terima kasih kepada penga...
-
Barangkali anda pernah menghadapi situasi yang buntu sebelum memulakan pembentangan; merenung cahaya skrin komputer kosong anda dengan...










