Gaya Kepimpinan Berkesan
Oleh,
Rakan Peningkatan Sekolah (SIP+),
Pejabat Pendidikan Daerah Kluang
Pendahuluan
Penulisan ini bertujuan untuk membantu pembaca memahami gaya kepimpinan
berkesan untuk menggembleng tenaga warga pendidik ke arah pencapaian matlamat
sekolah. Penulisan ini akan menjawab persoalan “Apa” secara ringkas bagi
memberi pemahaman tentang konsep dan memberi fokus terhadap persoalan
“Bagaimana” bagi membincangkan tentang aspek aplikasi.
Objektif Penulisan
Pada akhir Penulisan ini, pembaca akan :
a.
Mengetahui tentang gaya kepimpinan dan
ciri-cirinya
b.
Memahami gaya
kepimpinan berdasarkan situasi, perubahan
yang dilaksanalkan dan tahap perkembangan subordinat
c.
Memahami tanggungjawab kepimpinan berdasarkan
kewibawaan, nilai integriti dan profesional.
d.
Membantu
meningkatkan kemahiran dalam pengurusan
Kerangka Penulisan
Gambarajah yang berikut merupakan kerangka topik yang terdapat dalam Penulisan
ini. Gaya kepimpinan berkesan perlu memenuhi
6 ciri yang dinyatakan.
KERANGKA PENULISAN GAYA KEPIMPINAN BERKESAN
Apa itu Gaya Kepimpinan?
Gaya kepimpinan merupakan pendekatan dan cara gaya
bertindak yang digunakan oleh seseorang pemimpin untuk mempengaruhi pengikutnya
mencapai matlamat organisasi (Newstan & Davis, 1993). Pendekatan ini sering
dikaitkan dengan cara penggunaan kuasa yang diamalkan oleh seseorang pemimpin
dalam menetapkan hala tuju organisasi, merancang dan melaksanakan strategi dan
memotivasikan warga sekolah yang dipimpinnya (Mohd Najib Ghafar & Tamyis
Arbah, 2008)
Mengapa Gaya Kepimpinan Penting?
Seseorang pemimpin sekolah akan dapat
memainkan peranannya dengan lebih berkesan sekiranya dia mengamalkan gaya
kepimpinan yang bersesuaian dengan situasi dan persekitaran yang terdapat dalam
organisasinya (Stoner & Wankel, 1989). Hal ini kerana gaya kepimpinan yang
diamalkan oleh seseorang pemimpin itu akan mempengaruhi cara dia bertindak dan
membina hubungan dengan pengikutnya. Oleh itu, gaya kepimpinan yang sesuai
berupaya menggerakkan warga sekolah untuk berkongsi wawasan organisasi,
seterusnya berusaha untuk merealisasikannya.
Bagaimana menyesuaikan gaya kepimpinan dengan situasi ?
Model Kepimpinan Mengikut Situsai bermula
dengan anggapan bahawa keadaan yang berbeza memerlukan cara memimpin yang
berbeza. Oleh itu, pemimpin mestilah mudah berubah untuk memilih gaya yang
sesuai dengan situasi yang wujud. Dapatan kajian Hersey dan Blanchard (1977)
menunjukkan bahawa pemimpin yang berkesan telah mengamalkan gaya kepimpinan
situasi mengikut tahap perkembangan pengikut.
Semakin matang tahap perkembangan pengikut, semakin
tinggi darjah kecekapan dan kompetensinya. Menurut Blanchard (2001) terdapat empat
gaya kepemimpinan yang boleh dipadankan
dengan empat tahap perkembangan subordinat. Aplikasinya di sekolah dapat
dirumuskan seperti dalam jadual di bawah ini,:
GAYA KEPIMPINAN
BERKESAN BERDASARKAN TAHAP PERKEMBANGAN SABORDINAT
TAHAP PERKEMBANGAN
SABORDINAT
|
GAYA KEPIMPINAN
BERKESAN
|
ULASAN
|
GURU BAHARU
Kompetensi
masih rendah
Komitmen masih tinggi
|
Gaya Mengarah
(DIRECTING)
|
Beri arahan dengan jelas kerana guru belum
berpengalaman
|
GURU PERMULAAN
ADA PENGALAMAN DAN MASUK ZON SELESA
Kompetensi mula meningkat
Komitmen mula menurun
|
Gaya Membimbing
(COACHING)
|
Cetuskan idea agar guru guna pengalaman
untuk pilih pendekatan lebih baik
|
GURU
BERPENGALAMAN
DALAM ZON
SELESA
Kompetensi semakin tinggi
Komitmen semakin menurun/ rendah
|
Gaya Menyokong
(SUPPORTING)
|
Beri sokongan kepada guru agar penglibatan dan sumbangan mereka lebih bermakna
|
GURU
BERPENGALAMAN
YANG KOMITED
Kompitensi
tinggi
Komitmen tinggi
|
Gaya Mengupaya
(DELEGATING)
|
Buat delegasi tugas kerana guru mampu melaksanakan
tugasan tanpa diarahkan
|
Ringkasnya, semakin tinggi tahap perkembangan
subordinat, pemimpin seharusnya mengurangkan gaya kepimpinan yang berteraskan
arahan tugasan dan penyeliaan yang ketat (directing)
kepada gaya yang lebih berorientasikan hubungan dengan pengikut iaitu
membimbing/ menjual idea (coaching)
atau memberi sokongan (supporting).
Akhirnya apabila tahap perkembangan pengikutnya samakin tinggi bukan sahaja
dalam disiplin tugasnya bahkan dalam aspek psikologinya, pemimpin sekolah
haruslah mengupayakan tugasnya (delegating).
Model di atas sesuai digunakan di sekolah yang mempunyai ciri-ciri pengikut
yang berbeza dari segi latar belakang akademik, keupayaan kebolehan, pengalaman
dan komitmen dalam melaksanakan sesuatu tugas.
Bagaimana Mengaplikasi Gaya Kepimpinan yang Berdaya Saing dan
Berkeupayaan Mendepani Perubahan?
Kelangsungan hayat sesebuah organisasi sangat
bergantung kepada keupayaannya mendepani persekitaran yang sentiasa berubah. Implikasinya,
pemimpin organisasi perlu bertindak secara proaktif untuk melaksanakan
perubahan ke arah tindakan pembetulan dan penambahbaikan secara berterusan.
Oleh itu segala tindakan dan pengalaman yang dilalui merupakan proses
pembelajaran untuk memperbaiki diri dan meningkatkan potensi organisasi.
Sehubungan itu, pemimpin sekolah perlu
mendorong warganya untuk terus belajar dari persekitaran dan pengalaman yang
mereka lalui agar usaha-usaha pembetulan dan penambahbaikan dapat dilaksanakan
secara berterusan. Melalui proses pembelajaran sebegini, pemimpin sekolah boleh
membimbing warganya untuk melaksanakan tindakan secara lebih terancang dan strategik
serta bersifat lebih inovatif dan kreatif. Oleh itu, perubahan yang dilakukan
adalah dalam tatacara kerja yang sistematik, terancang dan terurus.
Kaedah dan sistem baharu yang lebih efektif
dan aktif berfungsi perlu diwujudkan. Model
for Managing Compleks Change merumuskan bahawa perubahan yang dilaksanakan
oleh sesebuah organisasi itu berjaya sekiranya ia menepati lima faktor utama
iaitu: matlamat yang jelas, kemahiran yang perlu, insentif yang menarik, sumber
yang mencukupi dan pelan tindakan yang strategik (Knoster, 1991). Jadual
berikut menunjukkan implikasi sekiranya terdapat kepincangan dalam salah satu
faktor tersebut :
JADUAL FAKTOR
PENENTU KEBERKESANAN DAN IMPLIKASI
TERHADAP PERUBAHAN
FAKTOR PENENTU
KEBERKESANAN PERUBAHAN
|
IMPLIKASI
|
|||||
Matlamat
|
Kemahiran
|
Insentif
|
Sumber
|
Pelan Tindakan
|
=
|
BERJAYA
|
Matlamat
|
Kemahiran
|
Insentif
|
Sumber
|
TIADA
|
=
|
TERENCAT
|
Matlamat
|
Kemahiran
|
Insentif
|
TIADA
|
Pelan Tindakan
|
=
|
KECEWA
|
Matlamat
|
Kemahiran
|
TIADA
|
Sumber
|
Pelan Tindakan
|
=
|
PERLAHAN
|
Matlamat
|
TIADA
|
Insentif
|
Sumber
|
Pelan Tindakan
|
=
|
BIMBANG
|
TIADA
|
Kemahiran
|
Insentif
|
Sumber
|
Pelan Tindakan
|
=
|
KELIRU
|
Ringkasnya, sekolah perlu ada matlamat dan
mempunyai satu pelan perancangan yang strategik dan sistematik bagi membolehkan
perubahan yang dihasratkan berada dalam lingkungan kawalannya. Di samping itu,
faktor kemahiran, insentif dan sumber untuk melaksanakan perancangan tersebut
perlu disediakan agar tenaga warga sekolah dapat digembleng ke arah pencapaian
matlamat perubahan yang dihasratkan.
Bagaimana mengaplikasi gaya kepimpinan berpaksikan nilai integriti dan profesional ?
Akauntabiliti
dan integriti adalah antara prinsip yang perlu ada dalam setiap penjawat awam. Akauntabiliti
merujuk kepada kewajipan penjawat awam dalam menjalankan tugas yang
dipertanggungjawabkan mengikut undang-undang, prosedur dan arahan yang berkuat
kuasa. Akauntabiliti penting bagi memastikan tugas-tugas yang dilaksanakan
mencapai objektif yang telah ditetapkan dan tiada pembaziran yang menjejaskan
sumber-sumber awam.
Integriti
pula dikaitkan dengan nilai-nilai murni seperti jujur, amanah, telus, tulus,
adil dan saksama, berkecuali dan kebolehpercayaan. Penjawat awam yang mempunyai
dan mengamalkan prinsip ini tidak bersikap mementingkan diri sendiri sebaliknya
lebih mengutamakan kepentingan orang ramai.
Sehubungan itu, pemimpin sekolah perlu
sentiasa berintegriti dan bersiikap profesional dalam melaksanakan tugas dan
mengambil tindakan dalam urusan sehariannya. Dalam membuat agihan tugas sebagai
contoh, pemimpin sekolah melaksanakannya secara adil dan saksama berdasarkan
kepakaran dan keperluan perkhidmatan tanpa melibatkan sikap pilih kasih.
Natijahnya, hubungan profrsional warga sekolah akan lebih harmoni dan tenaga
warga sekolah dapat digembling ke arah pencapaian matlamat sekolah.
Bagaimana menjadi pemimpin yang berwibawa
?
Kepimpinan yang
berwibawa dianggap paling berkesan kerana mampu membuat perubahan dan
pembaharuan kepada organisasi dan warganya. Hal ini kerana, sebahagian besar
daripada tanggungjawab pemimpin itu adalah untuk membawa perubahan dan
pembaharuan positif kepada organisasi serta mampu mendengar, melihat dan
merasai denyut hati warganya.
Sehubungan itu, pemimpin sekolah perlu
berpengetahuan luas untuk menjana idea yang bernas dan berkemahiran dalam
memberi nasihat dan bimbingan kepada warga sekolahnya. Oleh itu, prasyarat
untuk seorang itu menjadi pemimpin sekolah yang berwibawa adalah mempunyai
pengetahuan, kemahiran dan keupayaan untuk mempengaruhi warga sekolahnya
mengambil tindakan yang tertentu bagi mencapai matlamat yang ditetapkan oleh
sekolah.
Pemimpin sekolah perlu menjadi role model kepada
warga sekolahnya dari aspek pengetahuan, kemahiran dan pegamalan nilai-nilai
yang positif. Mereka juga perlu turun padang untuk melihat sendiri dan memantau
pelaksanaan aktiviti yang telah dirancang. Bimbingan langsung terhadap warganya
perlu diadakan sekiranya semasa pemantauan dilaksanakan, terdapat perkara=perkara
yang memerlukan perhatian, bimbingan, teguran dan nasihat secara on site agar
usaha pembetulan dan penambahbaikan dapat dilaksanakan dari semasa ke semasa.
Bagaimana mengaplikasikan gaya kepimpinan yang
mendorong penglibatan
dan sokongan semua warga ?
Penglibatan dan sokongan semua warga sekolah untuk
memainkan peranan dan melaksanakan tugas marupakan syarat utama untuk sesebuah
sekolah itu mencapai matlamatnya. Oleh itu, pemimpin sekolah perlu mengambil
inisiatif untuk mendapatkan sokongan dan melibatkan warga sekolah dalam
menjayakan pelbagai program dan aktiviti. Warga sekolah perlu diberi ruang dan
peluang untuk melibatkan diri bukan sahaja di peringkat operasional seperti
PdP, aktiviti kokurikulum, disiplin dan lain-lain aktiviti rutin, malah mereka
perlu dilibatkan dalam proses penyelesaian masalah dan membuat keputusan di
peringkat pengurusan di sekolah.
Penglibatan sebegini dapat mendorong rasa kebertanggungjawaban
bersama. Rasa kebersamaan ini merupakan asas bagi pembinaan satu pasukan guru
yang lebih komited dan mantap. Akhirnya, gaya kepimpinan yang dapat mendorong
ke arah penglibatan dan sokongan semua warga ini mampu menggembleng tenaga
warga sekolah ke arah pencapaian matlamat sekolah.
Bagaimana memanafaatkan maklum balas untuk penambahbaikan gaya kepimpinan?
Akhirnya, pemimpin sekolah perlu mengamalkan
gaya kepimpinan yang dinamik dan flksibel yang boleh ditambah baik dari semasa
ke semasa. Oleh itu, maklum balas dari warga sekolah dan pihak lain di luar
sekolah tentang gaya kepimpinan pemimpin sekolah perlu dimanfaatkan agar
pendekatan yang diamalkan dapat diperbetulkan dan ditambah baik.
Antara kaedah yang boleh digunakan untuk
mendapatkan maklum balas tentang kepimpinan di sekolah ialah melalui penggunaan
peti cadangan, media sosial (seperti facebook, WhatsApp, Telegram dll) atau
cara lain seperti menggunakan email atau kaedah bersemuka. Dapatan dari maklum
balas tersebut perlu dianalisis bagi membolehkan tindakan susulan berupa usaha
pembetulan atau penambahbaikan terhadap gaya kepimpinan sedia ada dapat
dilaksanakan.. Namun, pihak pemimpin sekolah perlu bersikap terbuka untuk
menerima teguran, pandangan dan kritikan untuk tujuan memperbaiki amalan gaya
kepimpinan sedia ada.
Rumusan
Gaya kepimpinan
merupakan pendekatan dan cara gaya bertindak yang digunakan oleh seseorang
pemimpin untuk mempengaruhi pengikutnya mencapai matlamat organisasi (Newstrom,
Davis, 1993). Ringkasnya, PGB boleh
mengaplikasikan gaya kepimpinan ini dengan mengambil tindakan-tindakan yang
bersesuaian. Beberapa cadangan tindakan dalam kerja buat PGB melibatkan aspek
gaya kepimpinan berkesan adalah seperti carta alir berikutnya :