Sunday, June 26, 2011

Teks Ucapan : Pelancaran HKS 2011

TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN HARI KOPERASI
PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KULAI BESAR,
KULAIJAYA, JOHOR



OLEH,
EN AZMAN BIN SAFII,
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

RABU, 22 JUN 2011




1. Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh, salam satu Malaysia.

2. Terima kasih kepada saudari pengacara majlis. Yang Dihormati, En Masa’ud bin Baharom, PK Hal Ehwal Murid, En Mohd Tahir bin Hj Ismail, PK Kokurikulum, Barisan GKMP, Rakan-rakan guru dan Yang Dikasihi semua murid SMK Kulai Besar.

3. Saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpahan kurnianya kita berkesempatan untuk berada pada perhimpunan pagi ini bagi menjayakan Pelancaran Sambutan Hari Koperasi Peringkat Sekolah bagi tahun 2011.

4. Rakan-rakan guru dan semua warga SMKKB sekalian, Koperasi Sekolah merupakan elemen penting untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai jati diri yang terpuji melalui kegiatan-kegiatan yang dijalankan berlandaskan nilai dan prinsip koperasi.

5. Untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya Koperasi Sekolah, ANGKASA menganjurkan Perayaan Hari Koperasi Sekolah pada 13 Ogos 1995 dan sejak dari tarikh tersebut, Perayaan ini disambut setiap tahun.

6. Tema “1 UNTUK SEMUA, SEMUA UNTUK 1” telah dipilih pada tahun ini sebagai satu tema yang menggambarkan kepentingan koperasi sebagai agen pembangunan ekonomi masyarakat. Ini adalah bersesuaian dengan koperasi yang telah diiktiraf sebagai sektor ketiga selepas sektor awam dan sektor swasta.

7. Pada waktu ini Koperasi sekolah telah diiktiraf sebagai salah satu kegiatan ko-kurikulum yang terpenting di sekolah. Sehingga Disember 2010, sebanyak 2115 buah koperasi sekolah telah ditubuhkan dan 1,885 daripadanya telah menjadi ahli ANGKASA.

8. Selain daripada itu sambutan HKS merupakan usaha yang diadakan bagi memperkasakan pelajar (anggota koperasi) terhadap koperasi sekolah. Ia juga sebagai satu kegiatan untuk memupuk budaya kerjasama dan keusahawanan di samping meningkatkan daya usaha dan kreativiti pelajar.

9. Berbagai-bagai aktiviti dijalankan sempena HKS. Pada hari Sabtu yang lalu pihak sekolah telah pun menganjurkan Hari Keusahawanan, dan selepas ini saya percaya pengurusan koperasi sekolah telah membuat perancangan yang rapi dan menyusun pelbagai aktiviti yang menarik.

10. Selain daripada itu sambutan HKS merupakan usaha yang diadakan bagi memperkasakan pelajar (anggota koperasi) terhadap koperasi sekolah. Ia juga sebagai satu kegiatan untuk memupuk budaya kerjasama dan keusahawanan disamping meningkatkan daya usaha dan kreativiti pelajar.

11. Saya menyeru kepada semua murid agar dapat melibatkan diri dalam aktiviti yang telah dirancang. Pada masa yang sama yang berharap koperasi SMK Kulai Besar dapat memberi cabaran dengan terlibat dalam pertandingan-pertandingan anjuran ANGKASA seperti kuiz koperasi, pidato, penulisan esei dan berpantun, petanque dan sebagainya sama ada di peringkat zon, negeri dan kebangsaan.

12. Saya juga berharap ALK khususnya Pn Nora memberi perhatian serius terhadap pembangunan sukan Petanque. Petanque secara tradisinya adalah sukan yang sangat popular di Perancis dan di Malaysia ini sukan ini sebagai salah satu ikon gerakan koperasi.

13. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada guru-guru Pendidikan Khas yang mengambil langkah mewujudkan sukan ini dalam kalangan murid pendidikan khas. Pada tahun 2010 kita menjadi Johan dalam pertandingan ini dalam peringkat daerah. Jadikanlah sukan ini sebagai kebitaraan sekolah iaitu watak sekolah.

14. Dengan lafaz Bismillahirahmanir Rahim...saya merasmikan pelancaran SHKS , Sekian terima kasih

No comments:

Artikel Popular