Ahad, Ogos 03, 2025
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi Serta Anugerah Tokoh Kepimpinan Guru Dan Anugerah Tokoh Guru 2025
Majlis Pelancaran Program Sekolah Angkat Madani di Sekolah Kebangsaan Sungai Rengit
الحمد لله الذي أرسل رسوله بالهدى ودين الحق، ليظهره على الدين كله وكفى بالله شهيداً. أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمداً عبده ورسوله. اللهم صل وسلم على سيدنا محمد، وعلى آله وأصحابه والتابعين لهم بإحسان إلى يوم الدين. أما بعد، فيا عباد الله! اتقوا الله أوصيكم وإياي بتقوى الله فقد فاز المتقون.
Terima kasih kepada Pengerusi Majlis.
Yang Berbahagia Tuan Aznan bin Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat, wakil rasmi Yang Berhormat Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) merangkap Ahli Parlimen Pengerang.
Rabu, April 02, 2025
Ucapan Sempena Maulidurasul dan Peluncuran Penghayatan Hadis 40 PPD Kota Tinggi
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita rafakkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia serta izinNya, kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi yang mulia ini di Dewan Seri cendana PPD Kota Tinggi ini bagi meraikan Majlis Sambutan Maulidurrasul dan Peluncuran Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi.
Teks Ucapan Hari Inovasi & Kualiti PPD Kota Tinggi 2024
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Yang Berusaha En. Abdul Hadi bin Sydee Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Makmur Pengerang , En. Mohamad Nazreen Nasha bin Abu Samah Setiausaha Sulit Menteri Pertahanan, En. Mohd Zaki bin Atip Pengarah Wilayah Selatan Bank Islam Malaysia Berhad, Tn. Hj. Mesran bin Tukiman, Pengerusi KPIBKS Daerah Kota Tinggi, dif-dif jemputan dari agensi awam dan swasta, serta badan bukan kerajaan (NGO) serta tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
Jumaat, Mac 08, 2024
Ucapan Selamat kembali Ke Sekolah Bagi Sesi Persekolahan 2024/2025
Assalamualaikum dan salam Sejahtera, Salam Pendidikan Tangkak Perkasa, Gemilang Tangkak 5. Kepada warga pendidikan tangkak yang dihormati, dan semua pelajar yang dikasihi. Dengan sukacitanya dan dengan penuh kesyukuran kepada yang maha esa, saya mengambil kesempatan ini ini untuk menyampaikan sepatah dua ucapan sempena pembukaan sesi persekolahan baru ini.
Khamis, Februari 15, 2024
Teks Ucapan Majlis Apresiasi Pendidikan Khas khas PPD Tangkak 2024
Terima kasih kepada pengacara majlis. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, Salam pendidikan tangkak Perkasa- Gemilang Tangkak Lima.
YDH, EN NORIZAN BIN AZALI, wakil rasmi Yang Berhormat Hajjah Khairin Nisa binti Ismail Ahli Dewan Undangan Negeri , Serom. Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor.
Yang Dihormati Cikgu Mohd Zaki bin Abdullah, Guru Besar SK Parit Bunga Selaku Pengerusi Majlis Permuafakatan, Pendidikan Khas Daerah Tangkak, Pengerusi Pengelola Program Apresiasi Pendidikan Khas Daerah Tangkak
Yang Dihormati, Cikgu Azhar Ahzam bin Ismail. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Abdullah, selaku Naib Pengerusi Majlis Permuafakatan Pendidikan Khas Daerah Tangkak.
Yang Dihormati cikgu Norhayati binti Mahabat dan cikgu Ahmad Hafizu Fahmi bin Alias, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Pendidikan Khas, Pejabat Pendidikan Daerah Tangkak
Pengetua dan Guru Besar atau wakilnya, Sekolah2 Menengah dan Rendah Program Pendidikan Khas Integrasi Daerah Tangkak
Yang Diraikan para penerima sijil apresiasi sesi 2023/2024, Guru-guru, Pembantu Pengurusan Murid, ibu bapa, tuan-tuan dan puan-puan yang dimulakan Allah sekalian.
TERIMA KASIH & PENGHARGAAN
Terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada jawatankuasa pengelola Majlis Apresiasi Pendidkan Khas Daerah Tangkak 2023/2024 yang telah berganding bahu menyumbang idea, tenaga, masa dan wang ringgit untuk menjayakan majlis pada hari ini. Dengan perancangan yang teliti, penglibatan dan kerjasama semua pihak, Insha Allah majlis pada hari ini akan berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya.
AKSES KEPADA PENDIDIKAN
Hadirin yang dihormati sekalian, penganjuran program ini adalah satu bukti bahawa dalam pendidikan tiada seorangpun anak-anak murid akan terpinggir dan dinafikan akses kepada pendidikan. Peluang dan akses pendidikan diberikan kepada semua secara adil dan saksama dan dibezakan berdasarkan keadaan fizikal, tahap intelek, jantina, geografi, status ekonomi, agama, kaum dan sebagainya.
Ini merupakan satu komitmen di peringkat KPM, JPN dan PPD usaha untuk membangunan murid secara holistik dan seimbang tanpa disempadani oleh apa jua perbezaan keupayaan murid itu sendiri. Tanggungjawab ini difahami dan dipikul oleh warga pendidikan, dengan cara memberi perkhidmatan yang terbaik, dengan kualiti dikompromikan, bahkan untuk pendidikan khas dilebihkan dengan adanya PPPM, guru dengan spesifikasi khas, elaun untuk guru, kemudahan dan peruntukan khusus untuk memenuhi keperluan dan kehendak murid.
PENDIDIKAN KHAS DAN CABARAN VUCA
Murid-murid pendidikan khas menghadapi cabaran yang sama dengan murid arus perdana dalam mendepani cabaran masa kini yang sering berubah, ubah, penuh dengan Ketidakpastian, penuh dengan kesamaran pada era globalisasi dan pendigitalan. Dalam era globalisasi ini, murid-murid pendidikan khas perlu dibekalkan dan diberi dorongan agar mereka mampu untuk berdikari dan menentukan halatuju masa hadapannya sendiri. Pada jiwa mereka perlu ditanam dengan semangat dan jati diri yang tinggi serta kental supaya dapat menghadapi pelbagai cabaran baru dalam dunia pendidikan yang sentiasa berubah-ubah.
HARAPAN NEGARA
Ini adalah bertepatan dengan hasrat KPM bagi memastikan murid-murid berkeperluan khas dapat dibangunkan bersama-sama dengan murid-murid dari arus perdana yang lain untuk menyumbang ke arah pembangunan dan kemakmuran negara. Murid berkeperluan khas ini juga berfungsi sebagai individu yang berdikari dan berjaya dalam kehidupan serta mampu memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.
HARAPAN PPD
Harapan saya agar semua murid dan warga Pendidikan Khas sentiasa bekerja keras bagi memastikan anda sentiasa merebut peluang, manfaatkan kesempatan semasa di alam persekolahan..kerana sekolah adalah medan latihan di mana ilmu dicurahkan, kemahiran diterapkan dan sikap dihalatujukan bagaimana mengharungi kehidupan pada masa hadapan.
Berusahalah untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang akademik, kokurikulum mahupun bidang-bidang lain tanpa melupakan rahsia terpenting bagaimana anak-anak sekalian dapat mempamer sahsiah terpuji dengan disiplin diri yang tinggi kerana tanpanya umpama kita di perahu tanpa ada pendayung untuk kita mudik disungai dengan arus yang mematikan. Disiplin diri dan akhlak yang baik mampu memastikan kecemerlangan warga Pendidikan Khas.
Kepada graduan yang diraikan, gunakan segala ilmu, kemahiran dan teruslah berusaha sehingga mencapai kejayaan setinggi mungkin. Ramai anak-anak pendidikan khas yang telah berjaya dalam hidup. Jangan jadikan kelainan upaya sebagai kekurangan yang menjadi halangan untuk mencapai peluang yang lebih baik.
Saya berharap agar Majlis Apresiasi Pendidikan Daerah Tangkak 2023/2024 yang telah diatur merupakan satu usaha yang berterusan bagi menyemarakkan semangat dan memberi motivasi kepada murid-murid berkeperluan khas yang lain. Semoga mereka akan dapat mencipta pelbagai kejayaan bagi diri sendiri dan juga sekolah dalam apa jua bidang yang diceburi. Diharapkan majlis ini dapat diteruskan sebagai satu tradisi untuk memberi pengiktirafan di atas kejayaan murid-murid pendidikan khas yang lain.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya pada semua para graduan. Harapan kami, semoga kerjasama dan sokongan daripada pelbagai pihak akan berterusan bagi merialisasikan perancangan dan maklamat murni ke arah mencapai keunggulan.
Sekian, saya sudahi dengan wabillahhitaufikwalhidayah, wassalammualikum warahmatullahhiwabarakatuh. Terima kasih.
Selasa, Julai 23, 2013
Merealisasikan Sekolah Unggul, Pendidikan Berkualiti dan Generasi Terbilang
- Menerima Tawaran Baru Pengetua
Kenapa saya cerita semua ini ?, saya sampaikan semua ini untuk menyatakan kepada anda bahawa anda sebenarnya berada di sekolah yang betul dan guru-guru yang berkualiti untuk anda menjadi generasi yang terbilang.
Pada ketika ini pihak sekolah sedang dalam persediaan untuk menerima kunjungan JPN/ PPD bagi tujuan verifikasi SPSK. Objektif SPSK adalah;
i) Melaksanakan 100% Pengajaran & Pembelajaran berdasarkan Rancangan Pelajaran Tahunan kecuali berlaku perkara-parkara yang di luar kawalan SMNJ ;
Kita perlu sedar SEKOLAH UNGGUL, PENDIDIKAN BERKUALITI dan GENERASI TERBILANG tidak mempunyai noktah, ia bukanlah satu destinasi tetapi adalah satu pengembaraan atau perjalanan yang berterusan. Oleh itu kita jangan leka dan cepat berpuas hati dengan pencapaian kita ini.
Artikel Popular
-
Zon Perkembangan Proximal (Zone of Proximal Development), adalah jurang di antara apa yang pelajar boleh lakukan tanpa bantuan...
-
“The New One-Page Project Manager is an essential part of my executive toolkit. OPPMs communicate a project's plan and then co...
-
TEKS UCAPAN ALU-ALUAN PADA MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SMK KULAI BESAR 2011 OLEH; AZMAN BIN SAFII PENOLONG KANAN PENTABIRA...
-
TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN AZMAN BIN SAFII, PENOLONG KANAN PENTADBIRAN TARIKH : ISNIN 20 APRIL 2009 1. Terima kasih kepada penga...
-
Barangkali anda pernah menghadapi situasi yang buntu sebelum memulakan pembentangan; merenung cahaya skrin komputer kosong anda dengan...

.jpg)
.jpg)

