Saturday, October 15, 2011

Kurangkan Makan Nasi ?

Artikel ini saya olah daripada pembacaan bahan-bahan e mail yang dihantar dan bahan yang terdapat di internet. Memang sukar untuk menerima hakikat bahawa kita perlu kurangkan makan nasi. Selama ini nasilah makanan ruji kita, membesar dengan zat dari nasi. Kini cabaran yang perlu dihadapi ialah bagaimana mahu mengurangkan pengambilannya. Namun apabila difikirkan kembali memang ada kewajarannya kita perlu mengurangkan memakan nasi, kerana zaman telah berubah dan cara hidup kita juga telah berubah, justeru artikel ini mungkin membantu dalam usaha kita untuk menikmati hidup yang lebih sihat.



Satu frasa yang sukar untuk dilafazkan tetapi inilah hakikatnya bahawa badan kita tidak dibina khusus untuk memakan nasi! Seperti yang kita lihat, gen kita hampir tidak pernah berubah dalam tempoh lebih daripada 30,000 tahun. Walau bagaimanapun, pilihan makanan dan gaya hidup kita telah berubah dengan dramatik. Kalau manusia zaman batu (paleolitik) ditakdirkan hidup pada masa ini, mereka hampir tidak mengenali jenis makanan atau cara hidup kita pada masa kini.

Dari segi sejarah makanan manusia pada zaman batu (paleolitik) tidak pernah dimasak kerana api masih belum dikenali dan dijinakkan bagi keperluan mereka. Oleh itu mereka makan makanan begitu sahaja secara mentah. Mereka makan buah-buahan, sayur-sayuran, ikan (sushi), telur, kacang dan daging.

Kita juga pada zaman ini boleh makan daging mentah seperti mereka yang hidup pada zaman paleolitik, terutama dalam keadaan terdesak seperti jika kita kelaparan apabila sesat di hutan. Insya Allah perut kita masih ada enzim yang diperlukan untuk menghadamkan daging mentah tersebut sama seperti orang paleolitik.

Walau bagaimanapun, beras, gandum dan jagung, tidak boleh dimakan mentah. Ia mesti dimasak. Malah jika kita sedang kelaparan di padang pasir, kita tidak boleh makan nasi dalam bentuk mentah, tidak seperti mana daging.

Hal ini demikian adalah kerana perut kita tidak mempunyai sistem enzim untuk memecahkan beras. Tubuh kita tidak dijadikan hanya untuk menerima nasi sebagai makanan. Untuk memburukkan lagi keadaan, kita pada masa ini bukan sahaja makan nasi, tetapi juga menjadikannya sebagai makan utama.

Dalam beberapa bahagian Asia, beras membentuk sehingga 85% menu wajib pada setiap hidangan. Namun demikian, jika kita mengambil nasi, kita dinasihatkan oleh pakar- pakar pemakanan agar mengambilnya pada tahap yang minimum. Kita perlu Ingat, keperluannya adalah hanya untuk lidah - bukan badan kita.

Sebenarnya, beras dan bijirin lain seperti gandum dan jagung lebih berbahaya daripada gula jika diambil secara berlebihan. Terdapat banyak sebab, antaranya:

1. Nasi dihadamkan menjadi gula – dengan banyaknya!

Ini adalah hakikat bahawa pakar pemakanan tidak boleh menafikannya: beras secara kimianya tidak berbeza daripada gula. Satu mangkuk nasi yang dimasak kalorinya bersamaan dengan 10 sudu teh gula. Ini tidak kira sama ada ia adalah beras putih, coklat atau herba. Beras perang adalah lebih kaya dalam serat, vitamin B dan mineral tetapi ia masih mempunyai kalori yang bersamaan 10 sudu teh gula.

2. Nasi diurai dalam sistem tubuh untuk menjadi gula.

Beras tidak boleh dihadamkan sebelum ia dimasak dengan sepenuhnya. Walau bagaimanapun, apabila dimasak dengan sempurna, ia menjadi gula dan gula tadi beredar dalam darah dengan cepat iaitu dalam tempoh setengah jam. Ia akan diurai menjadi gula sama seperti jika kita mengambil gula-gula. Nasi juga mengandungi bahan anti-oksida pada kadar yang sangat rendah.

Bahan anti-oksida yang lengkap adalah perlu bagi mengimbangi penggunaan gula yang berkesan dan selamat. Buah-buahan mempunyai kandungan gula yang dipanggil fruktosa. Walau bagaimanapun, buah-buahan tidak kosong dengan kalori, kerana buah-buahan dipenuhi dengan pelbagai nutrien lain yang membantu proses asimilasi yang betul dan pencernaan.

3. Beras tidak mempunyai serat.

Serat pada kangkung mengenyangkan kita kerana serat yang ada padanya akan memenuhi perut kita. Oleh kerana nasi putih tidak mempunyai serat, kita terpaksa memakannya dengan banyak dengan kalori yang padat sebelum kita merasa kenyang. Memang diakui beras perang mempunyai lebih banyak serat tetapi masih menyamai dari segi jumlah kandungan gula.

4. Beras adalah tawar mana kala gula adalah manis.

Nasi adalah makanan yang kita makan dengan banyak setiap kali kita duduk menjamu selera. Berapa banyak sudu teh gula yang kita boleh makan sebelum kita merasa mahu termuntah? Bolehkah kita bayangkan bahawa kita makan 10 sudu teh gula pada satu-satu masa?

5. Beras sentiasa bahagian utama makan.

Walaupun gula boleh berfungsi sebagai bahan utama sebagai pencuci mulut  atau memaniskan kopi, namun ia tidak pernah menjadi bahan wajib dalam apa sahaja jenis makanan. Kita boleh makan mungkin pada kadar 2-3 sudu teh gula pada satu hidang makanan.

Walau bagaimanapun, dengan mengambil nasi kita  dengan mudah sahaja makan pada kadar bersamaan 2-3 mangkuk (20-30 sudu teh) gula dalam satu makan. Adalah pemerhatian biasa bila kita melihat seseorang yang makan kadang-kadang sampai lima mangkuk nasi/ 2 pinggan (sama dengan 50 sudu teh gula) dan kemudian meminta teh tarik kurang manis!


6. Tidak terdapat sistem amaran pada tubuh yang memberi amaran kepada kita apabila kita terlebih mengambil nasi:

Berapa banyak kangkung yang boleh kita makan?


Berapa banyak ayam goreng yang boleh kita makan?

Berapa banyak ikan kukus, yang boleh kita makan?

Fikirkan tentang perkara ini!

Pada amalan yang biasa bila semasa makan, kita tidak mengambil banyak lauk seperti ayam, ikan atau timun pada hidangan kita. Sebaliknya kita lebih banyak mengambil nasi – kadangkala bertambah-tambah walaupun berlaukkan kuah sahaja atau sambal belacan.

7. Makan nasi menyebabkan kita makan garam yang lebih.

Nasi adalah tawar, oleh itu kita cenderung untuk mengambil lebih garam. Apabila ini berlaku garam berperanan sebagai penculik kepada kesihatan kita apabila kita positif pula kepada tekanan darah tinggi. Kita cenderung untuk mengambil lebih banyak kari yang mempunyai garam bagi menambah selara dan rasa. Tak cukup dengan itu kita juga ada aksesori lain dalam setiap hidangan iaitu pengambilan sos tomato/cili dan kicap yang juga kaya dengan garam.

8. Makan nasi menyebabkan anda kurang minum air.


Lebih banyak nasi yang kita makan, semakin kurang air yang kita minum kerana perut kita tidak ada mekanisme untuk menghalang makan nasi secara berlebihan. Nasi, gandum dan jagung adalah hidangan tersembunyi dalam makanan harian kita. Kerana nasi adalah tawar, maka kita cenderung untuk mengambil makanan lain yang menggantikan nasi seperti tepung beras, mi dan roti apabila kita lapar. Kita cenderung untuk makan makanan yang berasaskan beras yang mana akan dicernakan ke dalam bentuk gula.

9. Nasi, walaupun apabila dimasak, adalah sukar untuk dihadam.

Adakah kita boleh makan nasi mentah? Untuk tahu jawapannya cuba kita makan nasi separuh masak. Berbeza dengan kepercayaan popular, nasi sebenarnya adalah sangat sukar untuk dihadamkan. Nasi adalah 'hidangan berat'. Jika kita mempunyai masalah dengan pencernaan, cuba ponteng makan nasi selama beberapa hari. Kita pasti akan kagum bagaimana masalah ini akan hilang.

10. Beras menghalang penyerapan  beberapa vitamin dan mineral.

Nasi apabila diambil dengan banyak akan mengurangkan penyerapan nutrien penting seperti zink, besi dan vitamin B.

Demikianlah beberapa alasan mengapa kita perlu berfikir adakah perlu kita mengurangkan pengambilan nasi. Soalnya adakah kita seorang penagih nasi ? Membuat strategi mengurangkan pengambilan nasi mungkin bukan langkah mudah tetapi kita boleh berlatih untuk mengurangkan pengambilannya.

Kalau dalam sehari kita makan dua kali, maka kurangkanlah kepada satu kali, terutamanya yang telah berusia lebih 40 tahun. Memang betul orang dulu-dulu makan nasi tiga kali sehari tetapi mereka kerja di ladang dan bendang. Semua gula yang dicerna dijadikan tenaga buat membanting tulang. Kita pula hidup pada zaman teknologi nano ini, sekadar duduk mengadap komputer, duduk atas kerusi empuk dalam bilik berhawa dingin sama ada di rumah atau dalam perjalanan, tetapi bila makan macam kerja di sawah. Kesannya kesihatan terpaksa dicagarkan.

Mengurangkan makan nasi boleh dilaksanakan lebih mudah daripada apa yang anda fikirkan. Berikut adalah beberapa strategi yang dicadangkan boleh kita lakukan dalam usaha untuk mengurangkan makan nasi:

1. Kurang makan nasi – ambil separuh hidangan sahaja.

Barry Sears, pengarang Diet Zon, menasihati 'makanlah nasi seperti kita makan rempah'. Sebaliknya, tingkatkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Ambil lebih banyak daging tanpa lemak dan ikan. Kita juga boleh mengambil lebih banyak telur dan kacang.


2. Mengambil makan bukan berasaskan beras.

Ambil makanan yang tidak berasaskan beras atau gandum. Misalnya mengambil telur sahaja sebagai menu bersarapan.

3. Jadikan satu hari sebagai hari tanpa beras.

Makan lauk yang berlebihan seperti sup ayam atau tom yam tanpa nasi. KFC Merry Brown pun satu alternatif...tapi ayam atau ikan sahaja.


4. Tidak mengambil nasi dan roti untuk satu hari setiap minggu.

Ini tidak terlalu sukar. Menghargai kekayaan makanan anda. Pergi untuk rasa, warna dan bau. Jadikan setiap makanan selain nasi sebagai hidangan lazat. Nikmati makanan anda dengan cita rasa asal (mentah atau tanpa perasa).

5. Elakkan botol garam atau sos tomato di meja makan.

Anda secara automatik akan kurang makan nasi.


6. Makan buah-buahan pencuci mulut anda sebelum makanan berat .

Buah-buahan yang tinggi serat akan memenuhi sebahagian dalam perut kita. Oleh itu, kita akan makan nasi yang kurang tetapi mengambil buah-buahan yang lebih banyak.


Ini adalah kehidupan kita. Tentukanlah apa yang kita mahu makan! Tetapi makanlah nasi yang kurang! Yang penting kita makan untuk hidup bukan hidup untuk makan. Model terbaik ialah cara kehidupan Rasulullah S.A.W, bagaimana baginda makan, bila baginda makan, apa yang baginda makan, bagaimana adab baginda makan dan segala sunahnya adalah contoh dan teladan yang terbaik mengenai amalan pemakanan yang sihat.

No comments:

Artikel Popular