Friday, October 07, 2011

Majlis Mohon Restu PMR 2011

SMK KULAI BESAR - 30 September 2011, seramai 423 calon PMR sekolah ini telah diraikan dalam Majlis Mohon Restu sebagai penyuntik semangat sebelum menduduki peperiksaan pada 4-6  dan 10-11 Oktober ini. Pada tahun lalu seramai 273 calon PMR yang mendaftar dalam PMR.

Program Majis Mohon Restu dilaksanakan dengan tujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan murid tentang pentingnya PMR serta impaknya kepada kemajuan kerjaya murid pada masa hadapan. Program ini juga dilaksankan sebagai satu strategi membugar motivasi murid agar mereka sedar bahawa mereka tidak bersendirian dalam menghadapi PMR. Sebaliknya doa dan Restu dari guru dan ibu bapa sentiasa mengiringi mereka.

Program ini juga diharapkan dapat menyedarkan kepada murid bahawa kejayaan dan kecemerlangan mereka adalah sesuatu yang menjadi keutamaan sekolah. Pada bahu mereka disandarkan segala harapan daripada pihak sekolah dan ibu bapa, agar mereka dapat berusaha bersungguh-sungguh kerana kejayaan yang diharapkan itu nanti merupakan hasil yang mahu dituai. Semua calon PMR seumpama benih tanaman dan harapan sekolah ialah agar benih yang ditanam bukan setakat subur tetapi menghasilkan hasil yang berganda. 

Majlis yang diadakan saban tahun ini antara lain dimulakan dengan Taklimat PMR, Ucapan Wakil Murid, Ucapan Pengetua an Ucapan daripada YDP PIBG. Kemuncak majlis ialah pembacaan restu ilmu oleh pengetua sendiri. Sebelum mengakhiri majlis, sesi bersalam-salaman antara murid dan guru telah dijalankan yang turut disertai oleh YDP PIBG. Seperti lazimnya semua murid diberikan cenderamata berupa alat tulis bagi keperluan mereka di dewan peperiksaan.

Kepada calon PMR selamat menduduki peperiksaan. semoga berjaya...

No comments:

Artikel Popular