Setelah hampir satu setengah bulan percutian sekolah, kini suasana sekolah berubah dengan kembalinya murid untuk meneruskan misi seterusnya bagi sesi 2012. Halangan pertama telah berjaya dirempuh. Pencapaian PMR yang mencatat 63.33% kelulusan dengan GPS 2.96, kelihatannya biasa-biasa sahaja, tapi bagi warga KB ini adalah sejarah.....pencapaian terbaik yang pernah dilakarkan. Bilangan Perfect Score juga bertambah kepada 9 orang daripada 8 orang berbanding tahun lalu.
Nampaknya peningkatan bilangan PS yang sedikit, tetapi yang lebih penting seperti yang kita hasratkan ialah peningkatan dari tahun ke setahun. Berapa banyak peningkatan, itu bukanlah soalnya kerana kita perlu realistik mengenai kemampuan murid kita. Yang penting meningkat, tak kiralah sama ada mengesot, merangkak atau bertataih-tatih yang penting kita menapak ke hadapan.
Untuk itu sekalung tahniah kepada semua guru dan kepimpinan pengetua yang bertungkus lumus dalam menentukan misi PMR berjaya. Kini kita menunggu keputusan SPM, yang diharapkan dapat melengkapkan tahun kecemeerlangan KB.
Tahniah juga saya ucapkan kepada Pengurusan Bilik Operasi Peperiksaan yang mendapat pengiktirafan 5 bintang dalam pertandingan bilik operasi peperiksaan peringkat negeri Johor bagi tahun 2011. Ini adalah pencapaian kali kedua secara berturut-turut. Untuk tahun 2012 pihak sekolah menyasarkan Pengurusan Perpustakaan, KRK dan Majalah Sekolah mendapat sekurang-kurangnya penghargaan dari JPN atau PPD dalam pertandingan yang akan dianjurkan nanti.
Hari pertama persekolahan hari ini, seperti yang diramalkan pasti akan ada pemantau dari JPN atau PPD yang akan hadir. Namun kita amat bertuah kerana yang hadir ialah Tuan Haji Mohd Zakaria bin Mohd Yusof, Ketua Jemaah nazir dan Jaminan Kualiti Negeri Johor. Setelah seharian berada di sekolah setiap inci kawasan sekolah telah dipantau. Bilik darjah, bengkel, makmal, kabin kelas, stor sukan, padang, bilik guru dan pemantauan buku rekod mengajar guru.
Alhamdulillah komen dan ulasan hasil dari pemantauan menunjukkan beliau sangat berpuas hati dan sekolah dianggap telah bersedia untuk menerima murid dan bersedia untuk proses pembelajaran. Satu-satunya teguran yang diberi ialah meja bengkel KH yang berdebu. Semoga teguran ini menjadi ingatan kepada semua guru KH agar sama-sama menyumbang kepada kecemerlangan sekolah.
Saya juga berharap warga guru dapat bersabar dengan kekangan fizikal sekolah yang terhad berbanding pertambahan murid yang pesat. Walaupun kini terdapat 5 kelas yang terapung, tetapi dalam tempoh terdekat saya dimaklumkan KPM telah meluluskan pembinaan dua modul kelas kabin (bersamaan 4 bilik darjah). Kerja-kerja pemasangan dijangka akan dilakukan dalam tempoh terdekat.
Bilangan guru yang diperlukan juga tidak cukup, tetapi saya dimaklumkan akan ada penempatan guru baru pada pertengahan bulan ini. Untuk makluman, keperluan guru KB ialah seramai 125 orang, manakala guru yang ada sekarang berjumlah 120 orang.
Satu lagi pembaharuan yang dilakukan oleh pihak sekolah ialah Kelas KRK bagi tingkatan satu telah dibawa ke sidang pagi. Langkah ini sebenarnya adalah satu strategi jangka panjang untuk memastikan momentum kecemerlangan murid dapat dikekalkan di samping memenuhi permintaan ibu, bapa dan penjaga. Saya berharap JK Pengurusan KRK dapat memastikan semua murid KRK mencapai standard akadmik yang ditetapkan iaitu minimum 6A dalam pencapaian PMR. dalam pencapaian PMR yang lalu dari 29 orang murid KRK,9 daripadanya memperolehi perfect score manakala 12 lagi memperolehi 7A 1B selebihnya 6A dan 5A. Ini bermaksud penempatan murid KRK di KB adalah satu pemilihan yang tepat. Semoga pencapaian ini dapat ditingkatkan pada tahap yang lebih baik.
Sebagai mengakhiri catatan hari ini, sukacita dimaklumkan jadual waktu bilangan 1 tahun 2012 telahpun saya muat naik dalam blog ini bagi tujuan paparan secara online. Guru-guru juga boleh memuat turun jadual waktu untuk paparan dalam telefon bimbit menerusi muat turun dari pautan jadual online tersebut, ataupaun pemindahan menerusi bluetooth dari komputer saya.

No comments:
Post a Comment