Saturday, June 2, 2012

PERTUKARAN DAN PENEMPATAN GURU 2012

 Lagu ditujukan khas kepada rakan-rakan guru yang diluluskan pertukaran bagi sesi Jun 2012
 
Agak lama juga saya tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog ini, kerana kesebukan dalam mengikuti kursus di IAB. Keadaan ini menyebabkan banyak aktiviti yang berlaku sepanjang ketiadaaan saya di sekolah tidak dapat dilaporkan dalam blog ini. Insya Allah selepas 15 Julai nanti laman blog ini akan kembali di aktifkan seperti sebelumnya.

Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada rakan-rakan guru yang telah mendapat kelulusan bertukar sama ada ke luar negeri Johor, antara daerah mahupun dalam daerah. Seramai sebelas orang guru telah berjaya bertukar iaitu 4 melibatkan pertukaran ke luar negeri, 5 luar daerah dan 2 pertukaran dalam daerah. Senarai guru yang berjaya adalah seperti berikut;
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih atas sumbangan, jasa, budi dan bakti yang rakan-rakan guru telah sumbangkan sepanjang berkhidmat di SMK Kulai Besar. Adat pertemuan pasti ada perpisahan, patah tumbuh...hilang berganti...demikianlah lumrahnya kehidupan. Permergian guru-guru tersebut telah diganti dengan penempatan guru baru (12 orang) dan pertukaran guru masuk (4 orang) sehingga pada tarikh 1 jun 2012.

Setelah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pengetua dan GPK Petang, berikut saya senaraikan penempatan guru-guru tersebut mengikut sesi. Penempatan ini dibuat berasaskan kepada prinsip KEPERLUAN MURID, selaras dengan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
 
1. Nurul hanis binti Muhammad (Bahasa Inggeris) - Sesi Pagi (Guru Baru)
2. Nurul Tasnim binti Saari (Bahasa Inggeris) - Sesi Pagi (Guru Baru)
3. Mohd Roslan bin Abdul Ghani (Geografi) - Sesi Pagi (Guru Baru)
4. Norhaslinda binti Salim (Bahasa Melayu) - Sesi Pagi (Guru Pertukaran Masuk - Selangor)
5. Mohamad Fazrul Rizman bin Bahsri (Kemahiran Hidup) - Sesi Pagi (Guru Pertukaran Masuk - Pahang)
6. Heng Chai Yen (Sains/Bahasa Cina) - Dua sesi (Guru Pertukaran Masuk - Johor Bahru)
7. Noreen Asparina binti Abdullah (Pendidikan Seni) - Sesi Petang (Guru Pertukaran Masuk - N. Sembilan)
8. Nur Syazwani binti Omar (Sastera) - Sesi Petang (Guru Baru)
9. Siti Adawiyah binti Abdullah @Muhammad (Sejarah) - Sesi Petang (Guru Baru)
10. Arizan binti Mustapha (Geografi) - Sesi Petang (Guru Baru)
11. Zaitun binti Badal (Kaunselor) - Sesi Petang (Guru Baru)
12. Shalini (Bahasa Inggeris) - Sesi Petang (Guru Baru)
13. Nor Azizah binti Mohd Diah - Sesi Petang (Guru Baru)
14. Siti Ezainora binti Kasiran - Sesi Petang (Guru Baru)
15. Siti Nur Aisyah binti Asri - Sesi Petang (Guru Baru)
16. Shanmugapriya a/p Devan - Sesi Petang (Guru Baru)

Mulai sesi persekolahan penggal kedua nanti juga, terdapat pertukaran sesi bagi guru-guru sedia ada. Pertukaran sesii bagi guru-guru sedia ada melibatkan beberapa orang guru, antaranya ialah;

1. Pn. Suhaiza binti Shamsudin (Biologi) - ke sesi pagi
2. Pn. Er Pooi Yan (Bahasa Cina) - ke sesi petang sepenuhnya
3. Pn. Suhaini binti Abas (Sains) - ke sesi petang

Saya mengucapkan terima kasih atas kerajasama kepada semua guru-guru yang telibat dalam penempatan sama ada ke sesi pagi dan sesi petang.