PEMATUHAN KEPADA PERATURAN SEMASA YANG BERKUATKUASA BAGI PELAKSANAAN KEMUDAHAN CUTI
Sebagaimana yang telah dimaklumi, kerajaan telah menyediakan kemudahan cuti untuk dinikmati oleh anggota perkhidmatan awam dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti pegawai awam di samping dapat menyelesaikan urusan peribadi pegawai.
Sungguhpun demikian, pemberian kemudahan cuti yang diberikan oleh kerajaan kepada anggota perkhidmatan awam bukanlah merupakan hak seseorang pegawai berkenaan tetapi ia adalah satu keistimewaan atau kemudahan yang diberikan oleh kerajaan sebagai pengiktirafan ke atas perkhidmatan yang diberikan.
Oleh itu saya menyarankan agar semua guru dan kakitangan dapat menggunakan kemudahan cuti yang diberikan sebaik mungkin dengan mematuhi peraturan sedia ada yang berkuat kuasa. Guru dan kakitangan sokongan janganlah membuat salah tanggapan terhadap konsep budi bicara.
Budi bicara sering dikaitkan dengan "boleh", bermaksud jika ketua jabatan tidak meluluskan sesuatu permohonan cuti, maka ketua jabatan tersebut akan dicap sebagai tidak menggunakan budi bicara. Budi bicara tidak semestinya memihak kepada kebajikan guru dan kakitangan semata-mata, sebaliknya asas pertimbangan budi bicara itu dibuat adalah seperti berikut;
1. Menjaga kebajikan pegawai tetapi pada masa yang sama memastikan kepentingan perkhidmatan tidak terjejas.
2. Kekarapan guru memohon cuti pada kadar munasabah dan tidak menjejaskan tempoh perkhidmatan pegawai (cuti bagi sakit dan sakit berpanjangan mempunyai kriteria lain).
3. Cuti yang diambil tidak memberi implikasi negatif terhadap organisasi (termasuklah kebajikan murid).
Sehubungan itu, semua guru dan kakitangan yang dinasihati agar tidak meninggalkan tugas sebelum mendapat kelulusan cuti terlebih dahulu. Sekiranya ada keperluan mendesak untuk pegawai keluar meninggalkan pejabat atau sekolah, sila isi borang kebenaran di pejabat dan dapatkan pelepasan daripada pengetua atau penolong kanan mengikut kekananan sekiranya pengetua tiada.
Sila ambil maklum bahawa tempoh masa untuk pegawai diberi kebenaran keluar adalah tidak melebihi seperuh daripada waktu bekerja pegawai (tidak termasuk waktu rehat pegawai). Sekiranya pegawai keluar melebihi daripada masa yang ditetapkan, maka pegawai tersebut perlu mengambil cuti mengikut kelayakannya (sila rujuk artikel berkaitan)
Semua guru dan kakitangan
juga perlu maklum dan memahami peraturan mengenai kebenaran untuk meninggalkan
pejabat dalam waktu bekerja di bawah Perintah Am 5 Bab G dan perlu dibaca
bersama dengan garis panduan yang dilampirkan dalam surat siaran BSM KP
(PP)0069/6/3/Jld.5 jld. 5(71) bertarikh 2 Mei 2012 dan surat edaran JPA bil.
JPA(Saraan)(S)1619 Klt. 16(7) bertarikh 9 Disember 2009.
Semua guru dan kakitangan yang ingin meninggalkan sekolah atau pejabat dalam waktu bekerja sama ada untuk mendapatkan rawatan ataupun atas urusan lain perlu mendapatkan kebenaran dan patuh pada garis panduan yang ditetapkan. Antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut;
Semua guru dan kakitangan yang ingin meninggalkan sekolah atau pejabat dalam waktu bekerja sama ada untuk mendapatkan rawatan ataupun atas urusan lain perlu mendapatkan kebenaran dan patuh pada garis panduan yang ditetapkan. Antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut;
1. | Medapat kebenaran keluar terlebih dahulu dari ketua jabatan. |
2. | Mengisi borang kebenaran keluar |
3. | Boleh keluar walaupun atas urusan perbibadi tetapi keutamaan adalah pada tanggungjawabnya di sekolah, dimana sekiranya urusan tersebut boleh diselesaikan secara dalam talian, telefon atau dilakukan di luar waktu bekerja. |
4. | Pengetua boleh pertimbangkan mengikut budi bicara setelah mengambil kira kepentingan perkhidmatan. |
5. | Tempoh maksimum keluar ialah 4 jam bagi kakitangan awam atau separuh hari daripada waktu bekerja (tidak termasuk waktu rehat), mana yang lebih rendah. Jika lebih dari masa yang ditetapkan pegawai diminta mengambil CRK dan cuti lain yang dia layak. |
6. | Pegawai yang mendapatkan rawatan di klinik atau hospital perlu mendapatkan time slip atau apa jua dokumen daripada doktor sebagai pengesahan. |
7. | Tempoh pegawai mengikuti rawatan dianggap cuti sakit, jika pegawai disahkan tidak sihat |
8. | Kemudahan yang diberi tidak disalahgunakan termasuk dari segi kekerapan penggunaannya. |
9. | Pegawai yang menerima rawatan berkala boleh mengaturkan sesi rawatan diatur pada sesi petang jika bertugas pada sesi pagi dan begitulah sebaliknya. |
10. | Ketua jabatan boleh tetapkan bahawa pegawai perlu menggantikan tempoh waktu bekerja yang telah digunakan jika keadaan meninggalkan pejabat satu tindakan yang tidak boleh dielakkan. |
(Tulisan ini dibuat berdasarkan surat edaran KPM KP(PP)0069/6/3/Jld. 6 (10), bertarikh 20 Jun 2012)