Profesional pada umumnya adalah merujuk kepada bidang pekerjaan yang memerlukan latihan dan kepakaran peringkat tinggi serta mematuhi piawai teknik atau etika sesuatu profesion; menguasai kehalusan cara dan kaedah berasaskan pengetahuan serta kesungguhan yang tinggi yang mencerminkan hasil pendidikan, latihan dan pengalaman.
Justeru itu guru atau pendidik itu dianggap sebagai bidang yang professional, kerana bukan sahaja sebelum menjadi pendidik mereka perlu menjalani latihan perguruan yang intensif tetapi juga memerlukan kelulusan akademik yang tinggi. Seseorang yang mempunyai kelulusan akademik yang tinggi dalam sessuatu bidang ilmu mungkin boleh mengajarkan ilmunya kepada orang lain, tetapi sama ada mereka boleh memahaminya atau tdiak adalah berrgantung kepada kaedah penyampaiannya.
Justeru itu guru atau pendidik itu dianggap sebagai bidang yang professional, kerana bukan sahaja sebelum menjadi pendidik mereka perlu menjalani latihan perguruan yang intensif tetapi juga memerlukan kelulusan akademik yang tinggi. Seseorang yang mempunyai kelulusan akademik yang tinggi dalam sessuatu bidang ilmu mungkin boleh mengajarkan ilmunya kepada orang lain, tetapi sama ada mereka boleh memahaminya atau tdiak adalah berrgantung kepada kaedah penyampaiannya.
Untuk memastikan kaedah penyampaian yang berkesan sesorang itu perlu menjalani latihan yang khusus bagi tempoh masa yang tertentu untuk mendapatkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman berkaiatan ilmu pedagogi dan andragogi. Pedagaogi dan andragogi adalah kaedah mendidik seseorang mengikut peringkatnya.
Dalam konteks ini seorang bakal guru perlu menjalani latihan selama empat hingga lima tahun sama ada di IPG mahupun di universiti. Mereka akan diberi pendedahan berkaitan semua aspek dalam pendidikan meliputi teori, amali, kaedah, falsafah, psikologi, sejarah dan bidang-bidang lain berkaitan keguruan.
Latihan yang khusus, penghayatan etika keguruan dan pengalaman yang luas akan dilalui oleh seorang yang bernama pendidik sehingga melayakkannya menjadi guru cemerlang, guru kanan, penolong kanan, pengetua dan jawatan-jawatan utama dalam perkhidmatan pendidikan. Dalam suasana dunia yang pesat berubah khususnya dalam ilmu pengetahuan dan era teknologi maklumat kini menawarkan peluang dan cabaran kepada pendidik. Kepakaran sedia ada jika tidak dikemaskini dalam masa yang singkat akan menjadikan using dan ketinggalan zaman.
Corak latihan, kemahiran dan kepakaran serta pendekatan guru yang sentiasa berubah selaras dengan perkembangan dan keperluan teknologi semasa menjadikan pendidikan bersesuaian dengan konsep profesional dan sekaligus meletakkan pendidikan sebagai satu profesion. Oleh kerana guru sebagai bidang yang professional, maka sekolah perlulah diurus secara professional.
Menunjangi sekolah untuk diurus sebagai institusi yang professional sudah tentulah PENGETUA, selaku watak utama. Prestasi sesebuah sekolah sering dikaitkan dengan prestasi pengetuanya sebagai pemimpin professional, pengurus, pentadbir, perancang, pengelola, pengawal, penyelia, penilai, pendidik dan sebagainya. Pengurusan sekolah yang baik dan pengwujudan iklim sekolah yang sesuai serta kondusif adalah bergantung kepada kualiti kepimpinan dan kewibawaan pengetua.
Pengetua adalah orang yang penting dan berpengaruh serta mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap segala seuatu yang berlaku di sekolah dan persekitarannya. Kepimpinan pengetualah yang menentukan nada sesebuah sekolah, iklim pembelajaran, aras profesionalisme,semangat staf dan tahap keperihatinan mereka terhadap perkara yang berlaku, perkara yang tidak berlaku dan perkara yang sepatutnya berlaku terhadap murid-murid dan warga sekolah keseluruhannya.
Guru-guru selaku tenaga pengajar juga mempunyai peranan dalam mendaulatkan pendidikan sebagai satau profesion. Kualiti manusia yang bakal dihasilkan oleh sesebuah sekolah sangat berkait rapat dengan pernanan guru.. Oleh itu guru perlu berperanan sebagai model yang boleh dicontohi oleh murid-murid dalam semua aspek, samada penampilan diri, sahsiah, keperibadian dan mendokong etikakeguruan sepenuh hati. Bagi memastikan peranan guru berfungsi pada tahap profesionalisme yang tinggi perkara-perakara berikut perlulah sentiasa ada dan dikemaskini oleh setiap individu guru;
1. Menghayatai sepenuhnya Falsafah Pendidikan Negara;
2. Menghayati dasar-dasar Negara seperti wawasan 2020, PPPM, Transformasi Pendidikan dan sebagainya
3. Mendidik sengan sepenuh jiwa dan bersunggug-sungguh bagi memastikan semua murid dalam kawalannya mncapai perkembangan yang postif dalam aspek;
a) Penjagaan kesihatan dan keselamatan
b) Kewarasan mental dan jasmani
c) Kemahiran vokasional
d) Pembangunan Intelek
e) Penyempurnaan diri
f) Kemahiran Ekonomi
g) Kemahiran Kemasyarakatan
h) Keamtangan politik
i) Kecelikan budaya
j) Perpaduan dan persefahaman sejagat
4. Guru perlulah juga mempunyai kualiti peribadi yang unggul untuk memastikan pendidikan yang berkualiti dan seterusnya mencetak genarasi yang terbilang. Berikut adalah kualiti peribadi yang perlu ada pada seorang guru;
a) Keyakinan dan taat pada agama
b) Setia dan mematuhi undang-undang;
c) Setia kepada Negara;
d) Menunjukkan ketekunan dalam menjalankan tugas;
e) bersikap tidak memntingkan diri sendiri;
f) Mencitai ilmu dan membudayakan ilmu;
g) Gemar membaca dan kongsikan menerusi budaya Ulasan Buku (Book Review);
h) Mempunyai keyakinan diri (sanggup tampil kehadapan apabila diminta
dan bukan menyembunyikan diri)
i) Berperanan sebagai penyumbang dan bukannya sekadar penumpang;
j) Sanggup berkorban untuk sesuatu kebaikan;
k) Pemikiran yang matang;
l) Bersikap demokratik;
m) Stabil dan kewarasan emosi;
n) Sentiasa ingin maju ke arah kecemerlangan;
o) Bermoral dan mengamalkan nilai keagamaan yang tinggi;
p) Sedia bertolak ansur;
q) Berbangga dengan apa yang ada dan telah dicapai;
r) peka kepada perubahan untuk kemajuan;
s) menghormati adat resam dan kebudayaan bangsa lain;
t) Sentiasa menjaga agama, negara, bangsa, martabat diri dan profesyen;
u) Bersifat penya yang;
v) Mampu membuat pertimbangan yang adil dan saksama;
w) Berpandngan jauh dan berwawasan;
x) Sentiasa membantu dan menjaga kebajikan orang lain;
y) Sentiasa menunjukkan kemeseraan kepada orang lain;
z) Bersyukur dengan nikmat yang diterima, bersabar dengan cabaran
Kesemua elemen yang dinayatakan ini adalah faktor penentu dalam memberikan indikator sejauhmanakah seseorang guru itu dapat berfungsi sebagai seorang pendidik yang unggul dan professional serta menjadi pemangkin kepada lahirnya insan berkuliti sebagai produk sesebuah sekolah.
Beriltizamlah untuk menjadi guru yang unggul kerana buakan sahaja untuk mengangkat guru sebagai satu profesion tetapi mengangkat individu ke arah martabat insan yang kamil.