Friday, December 05, 2014

"AGENDA MEMPERKASA UMMAH"
Khutbah Jumaat 28 NOVEMBER 2014 / 5 SAFAR 1436H

Suntingan Semula;
MD HASRAM BIN OMAR
Pengetua SMK Taman Kota Kulai

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Pada hari Jumaat yang diberkati ini, saya berpesan kepada diri saya dan sidang jemaah sekalian, marilah kita sama-sama bertaqwa kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menikmati kesejahteraan dan keberkatan hidup serta berbahagia di dunia dan di akhirat. Mimbar yang mulia ini akan membincangkan tajuk: "AGENDA MEMPERKASA UMMAH".

Muslimin Yang Dirahmati Allah,

Berdasarkan kepada al-Quran al-karim bahawa kewujudan sesuatu bangsa dimuka bumi ini telah diperjelaskan oleh Allah SWT sebagaimana firmannya di dalam surah al-Hujurat ayat 13:

Maksudnya:

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antaramu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya."

Sebagai suatu bangsa, secara hakikatnya ianya boleh diwarnakan dan dipengaruhi oleh apa sahaja. Pada zaman yang disifatkan telah berubah dengan era globalisasi menyebabkan sesuatu bangsa itu boleh memilih jalan dan cara hidup yang sendiri samada ingin menjadi bangsa yang beriman, maju atau sebaliknya.

Persoalan besar timbul disini bagaimanakah kita untuk memperkasakan sesuatu bangsa itu?. Secara ringkasnya mimbar yang mulia ini ingin menyatakan bahawa berdasarkan perspektif Islam memperkasa sesuatu bangsa itu berkait rapat dengan pembentukan jiwa, jati diri dan maruah.

Jiwa bangsa haruslah meletakkan persoalan keimanan sebagai tunjang kekuatan dan menerima hakikat serta yakin bahawa tiada tuhan melainkan Allah SWT dan Nabi Muhamad SAW adalah pesuruh-Nya. Hakikat ini memberi landasan kepercayaan yang membolehkan sesuatu bangsa itu menjadi umat pilihan, menjadi contoh yang boleh ditauladani, pemimpin yang bersifat menaungi dan memiliki ketangkasan berfikir dan bertindak berdasarkan landasan adil wal ihsan.

Justeru, sebagai bangsa yang berdaulat dan bermaruah, maka menjadi kewajipan kita memelihara kedaulatan bangsa dan agama daripada segala ancaman samada dalam bentuk dalaman mahupun luaran. Janganlah ada di kalangan kita yang bersikap mementingkan diri sendiri sehingga bangsa dan agama terancam, dihina, dikeji, dicaci, diporak perandakan dan sebagainya. Allah SWT telah memberi peringatan kepada kita melalui firman-Nya di dalam surah al-Anaam ayat 123:

Maksudnya:

"Dan demikianlah Kami adakan dalam tiap-tiap negeri orang besar yang jahat supaya mereka melakukan tipu daya di negeri itu, padahal tiadalah mereka memperdayakan selain dari dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya."

Muslimin yang dirahmati Allah,

Mimbar ingin menegaskan dalam menjaga kedaulatan bangsa ianya sangat berkait dengan nilai jati diri, rasa kasih dan sejauh mana tanggungjawab kita dalam mempertahan, memelihara dan menjaga maruah bangsa agar kekal dan selamat. Agama Islam sebenarnya telah menggariskan dengan jelas tentang jati diri khususnya berhubung kait dengan kepentingan untuk mempertahankan keselamatan dan maruah ini, berdasarkan firman

Allah SWT di dalam surah al-Anfal ayat 60:

Maksudnya:

"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya ".

Mimbar yang mulia ini amat yakin bahawa umat Islam yang cintakan bangsa inilah yang menjadi benteng kekuatan negara untuk membentuk tamadun Islam yang dihormati dan disegani oleh masyarakat dunia. Rebutlah peluang yang ada ini selagimana kita mempunyai kekuatan dan kuasa.

Ingatlah bahawa Imam al-Ghazali Rahimahullah pernah berpesan di dalam kitab Ihya Ulumuddin bahawa:

"Dunia ini tempat bercucuk tanam bagi bekalan akhirat. Dan tidak sempurna agama melainkan seiring dengan dunia. Kekuasaan politik dan agama adalah pasangan berkembar. Agama itu tiang utama, sementara kekuasaan itu adalah penjagaannya. Sesuatu yang tiada tiang, maka ia akan runtuh dan sesuatu yang tiada penjaga akan musnah dan hilang".

Sabda Rasulullah SAW:

Mafhumnya:

"Rebutlah lima perkara sebelum kamu didatangi oleh lima perkara lain. Masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa kayamu sebelum miskin, masa lapangmu sebelum sempit, dan masa hidupmu sebelum mati". (Riwayat Hakim dan Ibnu Majah).

Muslimin yang dirahmati Allah,

Hayatilah pesanan Rasulullah SAW yang pernah melahirkan kebimbangan bahawa umat Islam ramai tetapi berkeadaan seperti buih di lautan, kerana lemah dan tidak berdaya saing. Justeru, sebagai bangsa yang bermaruah seharusnya memiliki kebijaksanaan yang tinggi dalam menjana kehidupan. Harus diingat bahawa dalam usaha untuk memperkasa ummah ianya memerlukan satu perubahan atau tajdid. Perubahan dalam kehidupan mestilah mampu membebaskan diri dari belenggu kebekuan yang bersifat tradisi.

Oleh itu, mimbar ingin mengariskan beberapa agenda yang perlu dilaksanakan demi memperkasa ummah antaranya:

Pertama: perlu ada kemahuan yang tinggi yang tidak mampu digugat oleh sebarang kelemahan,

Kedua: Pengorbanan yang agung yang tidak mengenal erti tamak haloba dan kedekut,

Ketiga: Memahami prinsip, meyakininya, menghormati, tidak melakukan kesilapan, tidak terseleweng, tidak berkompromi dan tidak terpengaruh dengan prinsip yang lain.

Dengan prinsip dan aspek inilah akan mampu membentuk individu dan masyarakat yang dapat melahirkan sebuah negara bangsa yang mampu bangkit, bersemangat waja serta mempunyai jatidiri yang murni lagi kukuh. Ingatlah bahawa Allah SWT tidak akan merubah sesuatu bangsa tersebut selagi kita tidak melakukan perubahan pada diri sendiri. Ini adalah undang-undang dan sunnah yang telah ditetapkan oleh Allah SWT sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Ra'd ayat 11:

Maksudnya:

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila dikehendaki oleh Allah keburukan kepada sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolak, dan tidak ada pelindung bagi mereka selain daripada-Nya.".

Sidang Jumaat Yang Dihormati,

Pada hari yang mulia dan penuh barakah ini, mimbar menyeru marilah kita sama-sama berdoa mudah-mudahan umat Islam negara kita sentiasa diberikan taufik hidayah oleh Allah SWT dan seterusnya berjaya memainkan peranannya yang sebenar dalam memacu pembangunan negara bangsa yang maju dan dihormati lagi dikasihi Allah SWT.

Ingatlah bahawa sebagai umat Islam dan bangsa teras di negara ini, kita hendaklah berperanan bukan setakat pada ibadah khusus semata-mata. Malah lebih luas daripada itu sebagai khalifah Allah di muka bumi. Menurut al-Mawardi di dalam kitabnya al-Ahkam as-Sultaniah di antara tugas khalifah itu adalah menjaga hal ehwal agama dan mentadbir hal ehwal dunia.

Ingatlah bahawa bangsa kita adalah bangsa yang sukakan kebaikan dan bencikan kemungkaran. Tidak setakat itu sahaja, bangsa kita menjadi sebahagian daripada tamadun Islam yang jauh lebih hebat dalam sejarah penghidupan umat manusia. Ingatlah dalam agenda memperkasakan ummah bahawa berjuang sudah pasti, menyerah tidak sekali.

Semoga negara kita yang tercinta ini terus maju, aman dan damai, dan menjadi payung serta perlindungan kepada Islam dan umatnya. Mengakhiri khutbah minggu ini, marilah sama-sama kita merenung sepotong ayat suci al-Quran al-Karim dari surah al-A'raf ayat 96:

Maksudnya:

"Dan Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami bukakan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami) lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan."


Thursday, November 20, 2014

ANJAKAN MINDA PEMIMPIN ABAD KE-21

8 CARA BERFIKIR YANG PERLU DIUBAH

Susunan;
MOHSIN BIN IBRAHIM
Pegawai SIP+ PPD Batu Pahat


ANJAKAN MINDA  PEMIMPIN PENDIDIKAN

Pemimpin pendidikan terutama di sekolah seperti Pengetua dan Guru Besar di zaman transformasi ini perlu membuat anjakan minda (mindset shift) untuk  kejayaan transformasi organisasi yang dipimpin.

Sekurang-kurangnya 8 aspek yang berkaitan dengan cara berfikir perlu diubah selaras dengan perubahan gaya kepimpinan dan pengurusan global di luar bidang pendidikan. Zaman di mana ketua bersikap seolah-olah dia sahaja yang tahu dan betul, orang lain tidak tahu, sentiasa salah dan mesti mengikut kehendaknya telah berlalu dan tidak relevan lagi.

Berikut disarankan 8 perkara atau cara berfikir dan bertindak yang perlu diubah oleh pemimpin pendidikan abad ke-21.


1.         Daripada Berfokus Masalah Kepada Berfokus Penyelesaian

Sebagai pemimpin sememangnya kita sering menghadapi banyak masalah dan cabaran. Sikap yang diserlahkan seorang pemimpin melalui cara berfikir dan bertindak apabila menghadapi masalah berbeza-beza mengikut dan sekaligus menggambarkan kekuatan daya kepimpinannya. Pemimpin yang lemah apabila menghadapi masalah dan cabaran, fikiran dan tindakannya berlegar sekitar mencari apa dan siapa yang menjadi punca masalah, mengapa masalah timbul dan menyesali keadaan atau tindakan orang lain yang menyebabkan masalah timbul tanpa cuba memahami isu sebenar dan cara mengatasi atau menyelesaikan masalah.

Pemimpin yang berjaya dan berkesan seringkali tidak menganggap isu atau masalah yang dihadapi sebagai masalah, sebaliknya sebagai peluang baginya belajar menyelesaikan masalah itu dengan cara yang berbeza dari kebiasaan. Pemimpin seperti ini tumpuan pemikiran dan tindakannya adalah mencari jalan penyelesaian sama ada secara individu atau jemaah bersama rakan dalam organisasi pimpinannya. Dia akan mencari peluang mempengaruhi sesiapa sahaja yang dipimpinnya untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Pelbagai cara digunakan yang matlamatnya ialah menyelesaikan masalah tanpa bising menyalahkan orang lain yang didakwa menyebabkan masalah tersebut.

2.  Daripada Menetapan Matlamat Kepada Orang Lain Kepada Menjajarkan Matlamat Bersama

Sememangnya setiap pemimpin perlu ada maltamat (goal) untuk diri dan organisasinya. Dia perlu tahu ke mana hala tuju kehidupan dan pekerjaannya dan organisasi yang dipimpinnya. Namun untuk mencapai matlamat diri dan organisasi, dia tidak sepatutnya menyuruh (dictate) orang lain berbuat sesuatu mengikut kehendaknya semata-mata tanpa memikirkan kesukaran atau masalah yang dihadapi orang yang disuruh.

Ada kalanya matlamat organisasi telah ditetapkan dengan perancangan yang baik oleh pemimpin sebelumnya atau pihak atasan yang lebih tinggi daripadanya. Tidak perlu sebenarnya untuk dia menetapkan matlamat organisasi yang baru melainkan dia hanya perlu membuat penjajaran (alignment) kepada pelaksanaan perancangan untuk mencapai matlamat yang  dikongsi bersama anggota dalam organisasi.

Dalam merancang matlamat organisasi, pemimpin abad ke-21 tidak membuatnya secara bersendirian atau sentiasa mengikut kehendaknya semata-mata. Pandangan dan buah fikiran orang ramai termasuk pakar dalam bidang berkenaan perlu diambil kira. Apabila percanggahan atau perbezaan pendapat berlaku, penjajaran dalam bentuk kata sepakat perlu diperoleh.

3.         Daripada Memberi Nasihat Kepada Menimbulkan Kesedaran

Pemimpin alaf baru tidak menganggap dirinya serba tahu sehingga dia mendakwa hanya layak memberi nasihat dan tidak layak untuk menerima nasihat apatah lagi tunjuk ajar. Sebanyak mana kita belajar, seluas mana pengalaman kita dan sejauh mana kita telah lalui liku-liku hidup pasti ada lagi perkara yang tidak kita ketahui. Kadang-kadang kita menyangka kita tahu dan mengambil tindakan yang betul tentang sesuatu perkara namun kerap kali sangkaan kita meleset kerana apa yang kita ketahui selalunya terbatas kepada konteks, masa, maklumat dan situasi tertentu sahaja.

Oleh itu, untuk mengajak dan mempengaruhi orang lain mencapai matlamat organisasi yang kita pimpin, lebih baik kita menimbulkan kesedaran mereka tentang pentingnya kita memikir, merancang dan mengambil tindakan yang strategik secara bersama untuk proses pembetulan dan penambahbaikan kepada dasar dan strategi sedia ada. Banyak cara boleh diteroka untuk menimbulkan kesedaran warga organisasi yang bukan dalam bentuk nasihat. Antaranya, coaching dan mentoring, pembelajaran dan pembangunan (learning and development) dan pembangunan profesional berterusan (continuous  professional development atau CPD). Kesemua kaedah tersebut boleh mendatangkan kesedaran kendiri warga organisasi tanpa perlu terlalu memberi nasihat berulang-ulang yang boleh membosankan.

4.         Daripada Tahu Semua Hal Kepada Rasa Ingin Tahu

Sebagai ketua, perbanyakkan menyoal daripada menjawab. Soalan atau permintaan juga boleh dijawab atau direspons dengan soalan. Sebagai contoh, soalan permintaan “Tuan, bolehkah saya  bercuti esok?” boleh dijawab “Mengapa anda hendak bercuti?”. Banyak lagi contoh soalan yang boleh dijawab dengan soalan.

Menjawab soalan dengan jawapan atau memberi jawapan atau penyelesaian kepada permasalahan menggambarkan orang yang yang disoal atau dikemukakan masalah atau diminta pendapat, tahu semua hal. Seperti yang saya katakan sebelum ini, zaman seseorang mendakwa serba tahu telah berakhir. Satu perkara kita tahu, puluhan perkara malahan mungkin ribuan lagi yang kita tidak tahu walaupun dalam perkara yang sama.

Oleh itu, sebagai pemimpin mahupun pengikut adalah lebih baik kita timbulkan rasa ingin tahu dengan lebih lanjut sebelum membuat keputusan tentang sesuatu walaupun mungkin kita telah tahu konsekuennya. Peribahasa ‘dont leave the stone unturn’  sangat baik diamal sebelum membuat keputusan.

5.         Daripada Mengarah Dan Mendesak Kepada Mempengaruhi

Pemimpin yang hanya pandai mengarah, mengerah, memerah dan memarah akan berakhir dengan pengikut mengatakan ‘porah’ kepadanya. Gambaran ini sesuai bagi seorang yang pemimpin yang mengarah dan mendesak dalam gaya kepimpinannya. Pemimpin sedemikian, terutama di sekolah dikuatiri boleh menjejaskan keberkesanan sekokah yang sekaligus kemenjadian murid kerana guru dan staf yang boleh bertindak negatif ekoran tindakan yang pasti tidak disukai.

Pemimpin sekolah sedemikian seringkali dikaitkan dengan pemimpin yang lemah, kurang berhemah dan seperti tidak pernah mengikuti latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan sebelum atau sepanjang perkhidmatannya. Pemimpin yang pernah mengikuti kursus kepimpinan dan pengurusan pendidikan seperti National Professional Qualification for Educational Leadership (NPQEL) atau lain-lain kursus anjuran Institut Aminudin Baki (IAB) pasti tahu bahawa definisi memimpin ialah usaha mempengaruhi orang lain dalam lingkungan kepimpinannya untuk mencapai matlamat organisasi.

Maksud mempengaruhi ialah mengajak, memujuk, memupuk dan menanamkan rasa suka untuk bekerja bersamanya bagi mencapai hasrat atau visi organisasi dengan bahasa dan kaedah yang baik. Selain mempengaruhi, memimpin juga membawa konotasi membuat perubahan (change) dari kurang baik kepada lebih baik.  Dalam pendidikan, Dato’ Dr Amin Senin, Timbalan Ketua Pengarah Pedidikan Malaysia menyarankan bahawa istilah memimpin itu sendiri bermaksud mendidik atau sebaliknya mendidik itu adalah memimpin. Hal ini bermaksud mendidik ialah proses mempengaruhi orang lain iaitu murid dan orang-orang di  sekitarnya untuk mencapai objektif pembelajaran supaya perubahan berlaku kepada diri murid itu, sekolah dan sistem pendidikan negara.

6.         Daripada Mengkritik atau Menghukum Kepada Menghargai atau Memuji

Kritikan dan hukuman oleh pemimpin ke atas pengikut tidak dinafikan boleh membawa kebaikan kepada organisasi. Namun apabila selalu digunakan oleh pemimpin kepada pengikutnya boleh menyebabkan pengikut demotivated. Kritikan selalunya digunakan pemimpin ke atas pengikut yang rendah mutu kerja dan hasilnya. Hukuman pula ialah natijah yang diterima pengikut apabila kerja dan hasil kerjanya tidak mencapai jangkaan ketua atau organisasi. Kritikan juga merupakan hukuman. Malahan kadang-kadang hukuman berbentuk kritikan lebih berat kesannya daripada bentuk yang lain.

Oleh kerana kritikan dan hukuman selalu dikaitkan dengan kesan yang negatif, ramai yang tidak suka sama ada orang yang menerima kritikan dan hukuman atau orang lain di sekelilingnya atau pakar pengkaji bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan. Mereka lebih cenderung untuk menerima penghargaan, pengiktirafan atau pujian. Sememangnya, tiada siapa yang gemar kepada kelemahan, kekurangan dan kesilapan. Namun selain melakukan kesilapan, seseorang itu pasti banyak juga melakukan kebaikan kepada organisasi. Adalah lebih baik kita perbanyakkan menghargai, mengiktiraf dan memuji kerja atau hasil kerja seseorang terutama orang bawahan kita apabila membuat kerja dengan baik daripada mengkritik atau menghukum kesilapan kecil yang selalunya tidak disengaja.

Orang yang sering dihargai dan dipuji akan besar jiwanya. Sebaliknya orang yang sering dikritik dan dihukum kecil jiwa dan harga dirinya. Orang yang besar jiwa dan harga dirinya juga akan menghasilkan mutu kerja yang tinggi dan besar keuntungan yang diperoleh organisasi. Oleh itu sebarkan penghargaan dan pujian. Kesilapan kecil lupakan dan maafkan sahaja

7.         Daripada Mengurus Kepada Mengupaya

Mengurus ialah proses mengekalkan (maintain) kecekapan dan keberkesanan organisasi. Untuk mengekal kecekapan dan keberkesanan organisasi ketua perlu aktif merancang, mengorganisasi, mengawal dan memimpin kumpulannya dengan pelbagai cara dan gaya pengurusan. Selalunya pihak yang menerima kesan daripada gaya dan cara pengurusan seseorang ketua ialah pengikut. Ketua yang mengurus selalunya aktif sedangkan pengikut pasif menerima arahan ketua tanpa atau kurang diberi pengupayaan (empowerment).

Kepimpinan abad ke-21 adalah kepimpinan yang mengutamakan pengupayaan daipada pengurusan. Pemimpin yang mengupayakan pengikutnya adalah pemimpin yang memberi kepercayaan untuk membuat perubahan tanpa perlu terlalu disuruh dan diawasi. Dia cukup memberi garis panduan dan motivasi kepada pengikut untuk bekerja bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat organisasi.

8.         Daripada Menyediakan Penyelesaian Kepada Meneroka Kemungkinan

Walaupun pemimpin abad ke-21 memberi tumpuan atau fokus kepada penyelesaian masalah, namun dia tidak cenderung untuk menawarkan apatah lagi menyediakan jawapan atau penyelesaian kepada masalah. Sebaliknya dia lebih cenderung untuk meneroka kemungkinan untuk mencari jalan bagi bukan sahaja mengatasi atau menyelesaikan masalah malahan mendapat keuntungan yang lebih besar.

Pemimpin seperti ini selalu dikaitkan dengan pemimpin yang kreatif dan inovatif serta berani mencuba dan mengambil risiko. Mereka selalunya berfikiran terbuka dan berlapang dada terhadap sesuatu yang baharu. Berbekalkan pengetahuan, kemahiran, nilai dan pengalaman serta bantuan tenaga muda, yang lebih kreatif, kritis dan inovatif, pemimpin seperti ini mampu membawa perubahan besar kepada organisasi.

Kuasa Yang Berunsurkan Kebolehan Yang Perlu Ada Kepada Pemimpin Abad Ke-21

1.         Mentaliti

  • Kebijaksanaan atau kebolehan membuat perhitungan yang jauh sebelum bertindak dengan menilai antara yang baik dan buruk berdasarkan pertimbangan ilmu dan pengalaman.
  • Keberanian atau kesungguhan serta kesanggupan menghadapi cabaran dan masalah serta risiko, baik yang berpunca dari luar diri atau dalam diri sendiri.
  • Mempunyai inisiatif atau tindakan yang dimulakan sendiri tanpa menunggu orang lain datang kepadanya minta bertindak.
  • Mempunyai kreativiti sendiri, terutamanya dalam menyelesaikan masalah-masalah yang wujud dalam organisasi.


2.         Kemasyarakatan

  • Kesediaan memberi dan menerima pendapat.
  • Sikap positif dan terbuka.
  • Daya penggerak dan semangat juang yang kuat.
  • Kebolehan berkomunikasi secara berkesan.



3.         Moraliti

  • Mempunyai disiplin diri yang unggul.
  • Kebersihan jiwa terutamanya dari segi keadilan, amanah, ketenangan, kesabaran, keteguhan pendirian dan ketahanan diri.


Antara ketiga-tiga ciri yang dinyatakan, moraliti adalah yang terpenting untuk menilai seseorang pemimpin sama ada baik atau buruk, berkesan atau tidak, boleh bertahan lama atau tidak.

Pemimpin memerlukan juga sikap tertentu untuk mempengaruhi orang lain. Perkara yang paling penting ialah pemimpin harus mempunyai pengertian dan tanggapan yang tajam terhadap individu-individu yang saling berurusan dengannya.

Selain daripada itu seorang pemimpin juga harus mempunyai:

  • Empati; iaitu kebolehan untuk memahami perasaan orang lain dan bersimpati.
  • Kesedaran; akan kelemahan dan kekuatan dirinya sendiri. Sedar tentang bagaimanakah dirinya dianggap oleh orang lain. Hanya apabila ini berlaku maka barulah kepercayaan kebolehan dirinya akan timbul.
  • Kebolehan: untuk melihat secara objektif akan masalah-masalah dan tingkah laku anggota-anggota lain. Pemimpin harus bersikap adil boleh memberi analisa yang adil dan tidak emosional.


Selain itu, sekiranya seseorang itu ingin menjadi pemimpin yang baik, dia hendaklah mengamalkan perkara-perkara yang diketahui, dilihat dan diterima sebagai baik:

  • Seseorang pemimpin harus bersedia untuk belajar dari siapa sekalipun apa yang dia tidak tahu kerana kepimpinan itu sesuatu yang boleh terus menerus dipelajari dari latihan dan pengalaman.
  • Seseorang pemimpin mesti berani memberi jawapan yang tegas kepada sesuatu yang difikirkan baik atau tidak baik kepada organisasinya.
  • Seseorang pemimpin yang baik berupaya memudahkan semua kerja, dengan menjadikannya kerja-kerja biasa yang boleh dilakukan oleh kebanyakkan orang bawahannya dan tidak memerlukan pakar khusus.
  • Seorang pemimpin yang baik mempunyai perhubungan baik dengan orang-orang bawahannya. Dia mengenali mereka sebagai individu-individu yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Pemimpin yang baik juga tidak berkasar dengan orang-orang bawahannya.
  • Seseorang pemimpin yang baik pandai membahagikan masa. Dia tahu bila masa bertugas dan bila masa di luar tugas dan bertindak bersesuaian dengan keadaan. Pemimpin yang tidak cekap selalu merasa runsing dan bimbang dengan hal-hal tugas di mana juga dia berada.
  • Dalam sesebuah organisasi terdapat pelbagai jenis manusia: ada yang malas, ada yang rajin dan ada yang boleh diharap serta ada yang tidak boleh diharap. Seorang pemimpin yang bijak tidak lemah semangat dengan keadaan ini. Dia menerima hakikat sedemikian dan menggunakan sebaik-baiknya apa yang ada.
  • Seorang Pemimpin yang baik tahu dan mahu berbincang dengan orang-orang bawahannya mengenai sesuatu hal yang dia sendiri tidak pasti. Dia tidak hanya pandai mengeluarkan arahan saja.
  • Seorang pemimpin yang baik mempunyai banyak pengetahuan dan pengalaman mengenai tugas dan manusia.
  • Seorang pemimpin yang baik pandai memperkembangkan kebolehan bekerja orang bawahannya. Dia tahu mengagihkan tugas kepada mereka.
  • Seorang pemimpin yang bijak tidak sekali-kali lemah semangat dan cepat mengaku kalah apabila berdepan dengan sesuatu masalah. Kalau masalah tidak dapat diselesaikan dengan satu cara, dia menggunakan cara lain. Dia sentiasa bersikap positif.


Melalui perbincangan mengenai ciri-ciri pemimpin berkesan di atas, beberapa kesimpulan dapat dibuat. Di antaranya ialah kepimpinan ialah perlakuan seseorang yang boleh menggerakkan orang lain untuk berfikir, merasa, bertindak dengan cara-cara tertentu. Dalam hal ini seorang pemimpin harus mengetahui keperluan dan motif orang-orang yang berkerja dengannya dan harus menitikberatkan pencapaian matlamat kumpulan. Dia juga harus berjaya mengekalkan kekuatan yang ada pada kumpulannya untuk menyelesaikan masalah dan mencapai matlamat masa depan.

Kepimpinan bukan bergantung sepenuhnya kepada jawatan. Status jawatan yang disandang hanya satu daripada punca potensi kepimpinan. Kejayaan kepimpinan adalah fungsi kedua-dua kuasa; secara formal melalui jawatan dan secara tidak formal yang bukan kerana jawatan, iaitu penerimaan orang-orang bawahan .

Sekian.

Dipetik Daripada Ucapan Yang Berbahagia Dato’ Dr Amin Senin,
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan


Bahan dari Internet.

LEADERSHIP QUOTES FOR HIGHLY EFFECTIVE LEADERS



Strong Leaders use memorable leadership quotes as tools to support their mission, vision, strategy and expectations for quality performance. Some of those below;

“Success seems to be connected with action. Successful people keep moving. They make mistakes, but they don’t quit.”
- Conrad Hilton, Hilton Hotels

“The right man is the one who seizes the moment.”
- Johann Wolfgang von Goethe

“Be enthusiastic as a leader. You can’t light a fire with a wet match.”
- Unknown

“Leaders must be close enough to relate to others, but far enough ahead to motivate them.”
- John Maxwell

“A leader takes people where they want to go. A great leader takes people where they don’t necessarily want to go, but ought to be.”
- Rosalynn Carter

“There comes a moment when you have to stop reviving up the car and shove it into gear.”
- David Mahoney

“I would rather regret the things I have done than the things I have not.”
- Lucille Ball

“Leadership and learning are indispensable to each other.”
- John F. Kennedy

“Big thinking precedes great achievement”
- Wilfred Peterson

“Surround yourself with the best people you can find, delegate authority, and don’t interfere as long as the policy you’ve decided upon is being carried out.”
- Ronald Reagan

“Management is efficiency in climbing the ladder of success; leadership determines whether the ladder is leaning against the right wall.”
- Stephen R. Covey

“A desk is a dangerous place from which to view the world.”
- John Le Care’

“I have yet to find a man, however exalted his station, who did not do better work and put forth greater effort under a spirit of approval than under a spirit of criticism.”
- Charles Schwab

“The day soldiers stop bringing you their problems is the day you have stopped leading them.”
- General Colin Powell

“You can have brilliant ideas, but if you can’t get them across, your ideas won’t get you anywhere.”
- Lee Iacocca

“Outstanding leaders go out of their way to boost the self-esteem of their personnel. If people believe in themselves, it's amazing what they can accomplish.”
- Sam Walton


“The price of greatness is responsibility.”
- Winston Churchill

“The pessimist complains about the wind. The optimist expects it to change. The leader adjusts the sails.”
- John Maxwell

“Effective leadership is not about making speeches or being liked; leadership is defined by results not attributes.”
- Peter Drucker

“There is something that is much more scarce, something rarer than ability. It is the ability to recognize ability.”
- Robert Half

“All of the great leaders have had one characteristic in common; it was the willingness to confront unequivocally the major anxiety of their people in their time. This, and not much else, is the essence of leadership.”
- John Kenneth Galbraith

“The task of the leader is to get his people from where they are to where they have not been.”
- Henry Kissinger

“Great leaders are almost always great simplifiers, who can cut through argument, debate, and doubt to offer a solution everybody can understand.”- General Colin Powell

“All leadership is influence.”
- John C. Maxwell

“Motivation is the art of getting people to do what you want them to do because they want to do it.”
- Dwight Eisenhower

“Leadership is the activity of influencing people to cooperate toward some goal which they come to find desirable.”
- Ordway Tead

“There is a powerful driving force inside every human being that once unleashed can make any vision, dream, or desire a reality.”
- Anthony Robbins

“Success is the maximum utilization of the ability that you have.”
- Zig Ziglar

“Obstacles are those frightful things you see when you take your eyes off your goal.”
- Henry Ford

“If there is a trait which does characterize leaders it is opportunism. Succesful people are very often those who steadfastly refuse to be daunted by disadvantage and have the ability to turn disadvantage to good effect. They are people who seize opportunity and take risks. Leadership then seems to be a matter of personality and character.”
- John Viney

”Eagles don’t flock.”
- Ross Perot

“Things may come to those who wait, but only what’s left behind by those that hustle.”
- Abraham Lincoln

“Don’t wait for your ship to come in, swim out to it.”
- Unknown

“Anything worth doing, is worth doing now!”- Ralph Stayer
”Nothing splendid has ever been achieved except by those who believed that something inside of them was superior to circumstance.”
- Bruce Barton

“There is no passion to be found in playing small – in settling for a life that is less than what you are capable of living”
- Nelson Mandela

“It is in your moments of decision that your destiny is shaped.”
- Anthony Robbins

“The life which is unexamined is not worth living.”
- Plato

“Life shrinks or expands in proportion to one’s courage.”
- Anais Nin

“Only those who dare to fail greatly can ever achieve greatly.”
- Robert Francis Kennedy

“It’s never crowded along the extra mile.”
- Wayne Dyer

“Clear your mind of can’t.”
- Samuel Johnson

“The supreme quality for leadership is unquestionably integrity. Without it, no real success is possible, no matter whether it is on a section gang, a football field, in an army, or in an office.”
- Dwight D. Eisenhower

“Beginning is half done.”
- Unknown


KEPENTINGAN SALASILAH SEORANG GURU MURSYID

Bagi menentukan seseorang murid menerima keberkatan (kesan ruhaniah) atau limpahan ruhani yang bersambung dengan syeikhnya itu terus bersambung sehinggalah persambungannya itu benar-benar dari puncanya yang sebenar dan teratasnya iaitu Rasulullah s.a.w. Sekiranya salasilahnya terputus atau tiada memiliki sanad salasilah yang sah maka bagaimana seseorang itu dapat menerima limpahan keberkatan imdad bir ruhaniah dari segala masya'ih yang terdahulu sehingga Rasulullah s.a.w yang dengannya menyampaikan kita kepada jazbah fillah(tarikan kepada Allah iaini zuk fana'fillah dan baqo'billah).

Bagi yang terputus wasilah ruhaniahnya maka terputuslah apa yang di panggil rabithah mursyid(pertalian mursyid).Jika tiada baginya rabithah mursyid maka tiada terpelihara perjalanannya itu daripada tercedera terhadap gangguan musuh-musuh bathin seperti iblis, syaitan jin dan segala perkara yang membahayakan perjalanan ruhaninya khususnya dalam meniti perjalanan di alam malakut.

Sebab itu kita dengar bahaya-bahaya penipuan di alam ruhani yang sering kita dengar seperti membesarkan diri mengakui diri sudah capai ke mertabat wali,mertabat sultanul auliya, sudah dapat tahap yang tinggi dan suka menggelar diri , taa'sub , sudah pandai menilik dan di katanya sudah dapat kasyaf , pandai mengubat kerana sudah disangkanya dapat maunah dan akhirnya melalutlah kepada gila dan sebagainya. Sedangkan rukun bagi seseorang mursyid atau khalifah itu ialah sangat merendahkan diri (tawadhu') bagaimana pula dia nak mengaku dirinya lebih atau macam-macam lagi.

Satu perkara lagi sifat orang yang terputus sanadnya suka kondem orang lain yang nyata kondemnya itu tidak jujur dan terlalu taasub dengan amalannya saja kononnya amalannya yang sah , betul dan orang lain itu semuanya tak betul kalau betul pun tak sempurna macam dia punya. Sebenarnya 2 perkara ini selalu dilakukan bagi orang yang lalai dalam zikrullah atau memang sudah ada cacat dalam perjalanannya.

Sebagai bukti atau hujjah yang sah bahawa seseorang itu mendapat izin dari syeikhnya yang terdahulu bagi menyebarkan ajaran tariqatnya itu kerana sanad salsilah yang mahsyur dan mutashil dengan Rasulullah s.a.w. itu seumpama otoriti yang sangat berwibawa tanpa dapat di pertikaikan lagi dari sudut keizinan dan kelayakannya dalam memimpin murid.

Dan inilah adab yang amat penting dalam tariqat. Salasilah juga adalah suatu keesahan yang menyatakan bahawa tiada berlaku perubahan atau pindaan atau saduran dari hal penyampaian ilmu Tariqat itu sendiri dan lazimnya salasilah ini di kepilkan bersama ajaran-ajaran,adab-adab serta segala keterangan maqam-maqam zikir tariqat yang di rekod bersama dari turun temurun supaya tidak berlaku sebarang penyelewengan atau di ciplak dari mana-mana ajaran yang bertentangan dengan asal.

Pesanan Ulama sufi yang muktabar dalam kepentingan mengetahui salasilah tariqat .

1. Kata Syeikh Amin Kurdi dalam Kitabnya Dhiya'ul Iman :

"Ketahuilah bahawa seorang murid di jalan Allah yang mahu bertaubat dan menghilangkan sifat kelalaiannya wajiblah ia mencari seorang syeikh yang ada di zamannya. Iaitu seorang yang sempurna suluknya(perjalanannya) syariat dan haqiqat mengikut Al Qura'an dan Al Hadis juga sentiasa berpandukan para Ulama hingga sampai ke maqam ar-rijalul kamal. Syeikh itu telah sampai kepada keredhaan Allah dan suluknya juga adalah di bawah pimpinan seorang mursyid yang mempunyai persambungan salasilah hingga ke nabi s.a.w.

Ia juga mestilah telah mendapat izin dari syeikhnya untuk menyampaikan ajarannya kepada orang lain. Ia juga mempunyai ilmu dan makrifah yang benar dan bukan jahil dan bukan kerana di dorong oleh keinginan nafsu dirinya.Oleh yang demikian syeikh yang arif yang mempunyai persambungan salasilah itu adalah merupakan wasilah kepada Allah bagi seseorang murid itu. Syeikh itulah juga merupakan pintu menuju kepada Allah yang akan di lalui oleh murid itu. Sesiapa yang tiada mempunyai syeikh yang memimpin dan mengasuhnya maka syeikhnya adalah syaitan".

2. Katanya lagi :

" Tidaklah boleh seseorang itu membuat bai'ah dan memimpin para murid kecuali setelah ia mendapat tarbiyah dan ke izinan mursyidnya seperti yang di tegaskan oleh para masya'ih. Orang yang berbuat kerja demikian itu padahal ia bukan ahlinya yang sebenar , akan lebih banyak merosakkan dari memberi kebaikan. Ianya akan menanggung dosa sebesar dosa seorang perompak kerana ia telah memisahkan murid dari syeikh yang arif sebenarnya".

3. Katanya lagi :

"Adalah sangat wajar bagi para murid di jalan Allah itu untuk mengetahui salasilah para syeikh mereka itu hingga sampai kepada nabi Muhammad s.a.w. Bila kedudukan syeikh mereka jelas dan benar ada persambungan salasilah hingga kepada nabi s.a.w. maka jika para murid itu mahu mendapatkan pertolongan limpahan ruhaniah dari syeikh mereka itu mereka akan berhasil apa yang dimaksudkan . Orang yang salasilahnya tidak bersambung hingga kepada nabi s.a.w. maka orang itu adalah terputus dari limpahan ruhaniah tersebut. Oleh itu orang itu bukanlah menjadi waris bagi Rasulullah s.a.w. dan TIDAK boleh di ambil bai'ah dan ijazah daripadanya".

4. Kata Syeikh Abdul Wahab Asy Syaroni di dalam Kitab Madarijus Salikin :

"Hei para murid ! Semoga Allah memberkan keredhaan Nya kepada kami dan kamu. Sesungguhnya orang yang tidak mengetahui bapanya dan datuknya di dalam jalan ini (ilmu Tariqat) ,maka ia adalah buta. Mungkin jua orang yang tersebut di nasabkan(di binkan) kepada orang lain yang bukan bapa sebenarnya. (jika begitu) maka bermakna ia termasuk ke dalam apa yang di sabdakan oleh nabi s.a.w.: ‘Allah melaknat orang yang dinasabkan kepada orang lain yang bukan bapanya yang sebenar"

Maksud bapa dan datuknya ialah para guru-guru yang terdahulu (para masya'ih) kerana guru mursyid kita ialah bapa ruhani manakala guru kepada guru kita adalah datuk ruhani kepada kita sehingga lah seterusnya sampai kepada Rasulullah s.a.w. iaitu sumber segala ruhani iaini benih sekelian alam dan induk rahmat Allah Ta'ala dengannya melimpah sekelian rahmat Allah atas setiap kejadian.

5. Kata Syeikh Abdul Qadir Al Jilani dalam Kitab Sirrul Asrar :

"Syeikh Abdul Qadir Al Jilani berkata : Sahabat r.a. adalah ahli jazbah(ahli tarikan bathin) kerana kekuatannya menemani nabi s.a.w. Tarikan bathin tersebut menyebar kepada syeikh-syeikh tariqat dan bercabang lagi pada salasilah yang banyak sehingga semakin melemah dan terputus pada kebanyakkan umat, yang tinggal adalah orang-orang yang meniru-niru sebagai syeikh tanpa makna kedalaman dan tersebarlah kepada ahli-ahli bid'ah". Ini menunjukkan ‘karan' atau jazbah fillah akan turun kepada kita melalui susur jalur salasilah tariqat.

6. Katanya lagi :

"Bagaimana cara menentukan Tasawuf yang benar ? Caranya dengan dua macam : (Pertama) lahiriahnya(Kedua) Bathinnya.Lahiriahnya memegang teguh pada aturan syariat dalam perintah mahupun larangan.Bathinnya mengikuti jalur suluk dengan pandangan hati yang jelas bahawa yang di ikuti adalah nabi s.a.w. dan nabi s.a.w. merupakan perantara antara dia dengan Allah.Dan antara dia dengan nabi adalah ruh ruhani Nabi Muhammad s.a.w. yang mempunyai jismani pada tempatnya dan ruhani pada tempatnya, sebab syaitan tidak akan menjelma menjadi nabi dan itu merupakan isyarat pada orang - orang salikin agar perjalanan mereka tidak dalam keadaan buta. Pada fasal ini terdapat tanda-tanda yang sangat halus untuk membezakan mana golongan yang benar dan yang salah , yang tidak dapat di temukan kecuali oleh ahlinya".

Maksud di atas ialah bagi menentukan tasawuf yang benar ialah zahirnya mengikut syariat dan bathinnya mengikut jalur suluk (iaini perjalanan yang berantai salasilah sehingga berakhir kepada nabi s.a.w.) supaya hingga jelas hati murid mempertemukan kepada nabi Muhammad s.a.w. dan Nabi sebagai washitah(perantara) yang menyampaikan kepada Allah iaini makrifat terhadap Allah dengan sebenarnya.Kerana jika terputus salasilah bereti terputuslah wasilah dan akibatnya akan kelirulah perjalanannya dan payahlah seseorang itu membezakan dapatan ruhaniah yang haq dengan yang bathil kerana perkara ini amat lah halus lagi sukar.

Jangan di kata cahaya itu lah diri dan jangan disangka bayang itulah sebenar.Jangan dikata zuk itulah muktamad kerana syaitan masih boleh memberi kan rasa zuk dan segala pembukaan yang palsu ! Maka berlindunglah kita kepada Allah dari segala tipudaya makhlukNya.Maka tiada yang mengetahuinya melainkan ahlinya yang berjalan mereka itu mengikut akan mengikut orang yang mengikut akan nabi s.a.w. pada zahir (syariat)dan bathinnya(rabithah ruhaniah yakni tariqat yang menyampaikan haqiqat).Bak kata perpatah : Jauhari jua yang mengenal manikam.

Justeru itu hendaklah kita fahami bilamana di katakana ‘Tariqat' maka disana ada di dalamnya beberapa perkara yang tidak terpisah ibarat ‘irama dan lagunya' iaitu :

1. Mursyid berkait dengan
2. salasilah dan keizinan berkait dengan
3. rabithah ruhaniah(pertalian) berkait dengan
4. adab-adab berkait dengan
5. zikir dan maqam-maqamnya berkait dengan
6.muraqabah dan musyahadah terhadapNya

Kesemuanya ini adalah wasilah pokok dalam Tariqat dan keenam-enam inilah di panggil ‘Tariqat'. Ke enam-enam perkara di atas juga ada yang di zahirkan dan di dokumentasikan dan ada yang di bathinkan iaini tidak di nyatakan atau tidak di dokumentasikan khusus yang berkait dengan dapatan atau penemuan ruhaniah yang menjadi adab supaya tidak dinyatakan.

Namun perkara seperti salasilah dan ke izinan adalah perkara yang wajib di nyatakan supaya di ketahui akan nasab ruhaniahnya dan supaya tidak kita di anggap anak yang tiada bernasab seperti yang dinyatakan oleh Syeikh Abdul Wahab Asy Syaroni r.h dan yang lebih di takuti kita menyeleweng dari usul dan kaedah kaum sufi secara tidak kita sedari.

Tidak ada keringanan dalam perkara salasilah ini , jangan pula ada pihak yang berkata salasilah ini tak penting yang pentingnya ialah haqiqatnya atau makrifatnya. Jika ada pihak yang berkata begitu ;terus segera tinggalkan orang itu kerana orang itu telah mengajar suatu pemahaman yang tidak betul yakni menyalahi usul mengikut kaum sufi. Kerana bagaimana buah itu lahir tanpa pokok dan benihnya ?

Sebab itu kata Ulama sufi : "Barangsiapa menyalahi ushul maka diharamkan dia daripada wushul(sampai kepada makrifat Allah Ta'ala dengan makrifat sebenarnya)". Iaini barang siapa menyalahi perkara-perkara yang telah di sepakati oleh kaum sufi maka terlerai dia daripada jalan mereka.Bersama kita berlindung dengan Allah Ta'ala daripada bahaya-bahaya ini dan tipudaya makhlukNya.

SUMBER

Artikel Popular