Memaparkan catatan dengan label Pembelajaran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pembelajaran. Papar semua catatan

Sabtu, Januari 23, 2021

Garis Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) menetapkan setiap murid mendapat akses kepada pendidikan untuk mencapai potensi diri bagi menghadapi kehidupan masa hadapan. Oleh itu, murid berhak mendapat peluang mengikuti pendidikan, meskipun mereka tidak dapat hadir ke sekolah.

Manual  Pengajaran  dan  Pembelajaran  di  Rumah  telah dibangunkan oleh KPM bertujuan untuk membantu guru melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sebagai alternatif pembelajaran norma baharu. Manual ini juga sebagai rujukan untuk pentadbir sekolah, pegawai pejabat pendidikan daerah (PPD) dan jabatan pendidikan negeri (JPN) serta Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ialah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan di rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian. PdPR boleh dilaksanakan dalam talian dan/ atau luar talian dan/ atau off-site dengan berstruktur dan terancang. PdPR dilaksanakan apabila murid tidak dapat hadir ke sekolah dalam satu tempoh yang tertentu atas sebab bencana atau wabak atau sebab-sebab lain dengan kelulusan pendaftar negeri.

SURAT MAKLUMAN PdPR | MANUAL PdPR | BAHAN TAKLIMAT PdPR |

Khamis, Julai 05, 2018

Zon Perkembangan Proximal (Zone of Proximal Development) dalam konteks pembangunan kompetensi guru dan pembelajaran murid.


 
 
Zon Perkembangan Proximal (Zone of Proximal Development), adalah jurang di antara apa yang pelajar boleh lakukan tanpa bantuan dan apakah yang dia boleh lakukan dengan bantuan. Ia adalah satu konsep yang dibangunkan oleh ahli psikologi dan sosiologi konstruktivis Russia, Lev Vygotsky (1896-1934). Vygotsky menyatakan bahawa kanak-kanak mengikut contoh orang dewasa dan beransur-ansur membangunkan keupayaan untuk melakukan tugas tertentu tanpa bantuan atau sokongan.  

Artikel Popular