Tuesday, November 13, 2018

Pelan Tindakan PPD: Merealisasikan Johor Showcase Sebagai Pemacu dan Peneraju Transformasi Pendidikan.

https://drive.google.com/file/d/1q_l1hPZzV3ULmU6QLJQil4ToiFbFv_n7/view?usp=sharing


Klik pada gambar untuk ke dokumen Pelan Tindakan PPD Kulai


Pejabat Pendidikan Daerah Kulai komited dengan dasar dan hala tuju yang digariskan oleh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Adalah menjadi hasrat dan keutamaan Pejabat Pendidikan Daerah Kulai untuk merealisasikan Johor Showcase sebagai pemacu dan peneraju transformasi pendidikan. Oleh itu Pelan Tindakan Pejabat Pendidikan Daerah Kulai Tahun 2018 akan menjadi agenda utama dalam meralisasikan enam matlamat strategik Pejabat Pendidikan Daerah Kulai yang telah dibina berdasarkan kehendak dan haja tuju yang digariskan oleh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. 

Sehubungan itu Pelan Tindakan Pejabat Pendidikan Daerah Kulai Tahun 2018 menjadi pemangkin dan garis panduan dalam menzahirkan aspirasi Johor Showcase dengan memberi keutamaan terhadap Peningkatan Pencapaian Akademik Sekolah, Pembudayaan Pendidikan Abad Ke-21, Pembangunan Sekolah Fokus dan Transformasi, Kolaboratif MSSJ – JDT, Kokurikulum Berimpak Tinggi, Pembentukan DSLB, Pengurusan Asrama Kualiti dan Karakter Murid Johor (KrMJ). 

Bagi memastikan perancangan ini memberi keberhasilan yang optimum sama ada dalam aspek operasi dan kemenjadian murid, usaha yang berterusan akan dilakukan untuk penambahbaikan, sesuai dengan keperluan dan cabaran baharu pada masa hadapan. Bagi tujuan ini, prestasi dan KPI setiap aktiviti yang dirancang dalam Pelan Tindakan akan dikaji semula setiap enam bulan. Pelan Tindakan 2018 telah dirangka dan dibangunkan secara khusus dalam satu struktur dengan mengambil kira analisis SWOT, OPPM, sPeCt, PDCA,e-DPSKu, pendekatan Coaching & Mentoring serta alat-alat kualiti yang lain akan digunakan sebagai satu strategi bagi memastikan pendekatan execute to excel dapat diterjemahkan. 

Proses penyediaan dokumen ini memerlukan penglibatan yang tuntas dalam kalangan warga Pejabat Pendidikan Daerah Kulai di semua unit. Dokumen ini melalui perubahan seperti yang terkandung dalam rangka kerja yang sejajar dengan Blue Ocean Strategy. Dalam setiap proses kajian semula, empat rangka kerja Blue Ocean Strategy ini merangkumi proses eliminate (gugur), reduce (kurangkan), raise (menambah) dan create (menciptakan). Pelan Tindakan Pejabat Pendidikan Daerah Kulai Tahun 2018 ini, diharapkan dapat dilaksanakan dengan menggarap budaya kerja Ai-SKT iaitu menjadikan keutamaan terhadap Akademik, Integriti, Sistematik, Kesegeraan dan Turun Padang sebagai nilai yang menunjangi segala inisiatif dan usaha ke arah  memberi sokongan kepada sekolah agar dapat menyumbang kepada pencapaian aspirasi tersebut. 

Justeru, semua pegawai dan staf sokongan di Pejabat Pendidikan Daerah Kulai harus bergerak ke hadapan dan berganding bahu mewujudkan satu budaya organisasi yang cemerlang.  Saya juga berharap semua pihak yang terlibat dapat memainkan peranan positif, kreatif dan inovatif dalam melaksanakan Pelan Tindakan Pejabat Pendidikan Daerah Kulai Tahun 2018.

HJ ISHAK BIN MAHBOB
Pegawai Pendidikan Daerah Kulai

myPortfolio SIPartners+




Berdasarkan perkembangan semasa, PKPA Bil. 8 Tahun 1991 Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja telah dikaji dan ditambah baik. Inisiatif ini mengambil kira cabaran dan perubahan semasa sama ada di peringkat global mahupun domestik seperti gelombang teknologi digital, ekspektasi rakyat, dominasi golongan millennial dan Revolusi Perindustrian Keempat. 

Sehubungan itu, PKPA Bil. 4 Tahun 2018 myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam dikeluarkan sebagai pendekatan baharu dalam pelaksanaan bidang tugas dan tanggungjawab secara yang lebih komprehensif dan teratur di agensi Kerajaan. Ketua Jabatan juga boleh meluas guna myPortfolio sebagai radas strategik dalam pengurusan sumber manusia.

myPortfolio adalah satu kaedah pengurusan ilmu yang memberikan penekanan kepada pengupayaan minda setiap penjawat awam dalam kerangka organisasi berpembelajaran (learning organisation). Selain sebagai dokumen rujukan rasmi yang menghuraikan maklumat pewujudan jawatan, proses kerja dan panduan menjalankan tugas bagi jawatan tersebut dalam sesebuah organisasi juga dinyatakan dalam myPortfolio.

Ciri-ciri myPortfolio adalah seperti yang berikut:
  1. myPortfolio merupakan dokumen rujukan pada peringkat jawatan dan jabatan;
  2. Setiap jawatan dalam sesebuah agensi hendaklah mempunyai myPortfolio termasuk jawatan yang belum diisi;
  3. myPortfolio berasaskan bidang tugas dan tanggungjawab jawatan; dan
  4. myPortfolio mengandungi maklumat, panduan dan rujukan dalam mengendalikan tugas yang ditetapkan bagi sesuatu jawatan. 


Komponen Utama dalam myPortfolio



myPortfolio memperkenalkan satu elemen baharu, memansuhkan tiga (3) komponen dan menambah baik tujuh (7) aspek Fail Meja. Terdapat 10 komponen baharu myPortfolio meliputi maklumat yang perlu diketahui dan dirujuk oleh penjawat awam dalam melaksanakan tugas. Komponen myPortfolio adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.

Pekeliling ini mendukung hasrat Kerajaan untuk memantapkan lagi perkongsian dan integrasi maklumat serta kerjasama strategik dalam kalangan agensi Kerajaan. Hasrat ini dipaparkan melalui kolaborasi strategik antara MAMPU dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ke arah pengoptimuman sumber manusia dan peningkatan produktiviti. 

Maka melalui Pekeliling ini, Deskripsi Tugas (Job Description - JD) diperkenalkan bagi menggantikan Senarai Tugas. Deskripsi Tugas ini memperjelaskan tujuan pewujudan sesuatu perjawatan dengan mengambil kira komponen akauntabiliti, dimensi dan kompetensi yang diperlukan bagi sesuatu jawatan dalam organisasi. Hal ini selaras dengan objektif sesuatu jawatan yang secara prinsipnya diwujudkan berdasarkan kadar upah untuk kerja (rate for the job). 

Akauntabiliti yang jelas dan spesifik dapat membantu penyandang menjalankan tugas dengan lebih efektif, setara dengan gred jawatan yang diperuntukkan. Deskripsi Tugas juga dapat membantu untuk menterjemahkan hasil daripada tugas tertentu dengan lebih jelas bertepatan dengan objektif penubuhan sesebuah organisasi.

Bagi memenuhi hasrat ini SIPartners+ sebagai salah satu komponen utama dalam inisiatif DTP 3.0 turut tidak terkecuali daripada penyediaan myPortfolio ini. Oleh itu pada 14-16 Oktober yang lalu SIPartners+ Johor telah mengadakan satu perbengkelan khas untuk menghasilkan myPortfolio SIPartners+. Menerusi perbengkelan tersebut  SIPartners+ Johor telah menghasilkan Draf myPortfolio SIPartners+ yang kemudiannya saya murnikan untuk dijadikan sebagai asas rujukan kepada seluruh SIPartners+ Johor. Bahan tersebut boleh dimuat turun menerusi pautan berikut.

Bahan yang dihasilkan ini bukanlah sesuatu yang telah lengkap, sebaliknya masih memerlukan proses perincian dan pemurnian. Salah satu cabaran utama dalam penyediaan my Portfolio ini ilah ketidakpastian dimanakah kedudukan SIPartners+ dalam penstrukturan PPD. Mengikut garis panduan awal penstrukturan PPD, SIPartners+ akan ditempatkan di bawah Unit Pengurusan Sekolah. 

Namun demikan, dengan mengambil kira pandangan dan cadangan penambahbaikkan yang dibuat oleh JPN dan PPD Johor, buat masa ini myPortfolio SIPartners+ disediakan dengan meletakkan perjawatan SIPartners+ di bawah Unit Perancangan. Selepas penstrukturan PPD dimuktamadkan saya akan mengemaskini semula draf ini bagi disesuaikan dangan perubahan yang berlaku. 

Semoga bahan ini dapat dimanfatkan oleh rakan SIPartners+ di seluruh negara, dan sekiranya teradapat cadangan dan penambahbaikan atau hasil dari SIPartners+ dari negeri lain bolehlah dikongsikan kepada saya menerusi email berikut; azmansafii@gmail.com


Friday, November 09, 2018

Rancangan Pemajuan Sekolah Dalam Penentuan Hala Tuju Dan Penambahbaikan Sekolah

eBook

Tulisan ini dibuat bertujuan menjelaskan kepada kepimpinan di sekolah sama ada pengetua, guru besar, guru penolong kanan malah kepimpinan pertengahan di sekolah mengenai peraturan, tatacara dan tertib dalam penyediaan Rancangan Pemajuan Sekolah (RPS). RPS  adalah salah satu strategi bersepadu dalam Gerakan Kecemerlangan Pendidikan (GKP) yang dijana dan digerakkan oleh JNS bagi mewujudkan sistem pengupayaan kendiri (self enabling system) di sekolah.

Artikel Popular