Klik pada gambar untuk ke dokumen Pelan Tindakan PPD Kulai
Pejabat Pendidikan Daerah Kulai komited dengan dasar dan hala tuju yang digariskan oleh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Adalah menjadi hasrat dan keutamaan Pejabat Pendidikan Daerah Kulai untuk merealisasikan Johor Showcase sebagai pemacu dan peneraju transformasi pendidikan. Oleh itu Pelan Tindakan Pejabat Pendidikan Daerah Kulai Tahun 2018 akan menjadi agenda utama dalam meralisasikan enam matlamat strategik Pejabat Pendidikan Daerah Kulai yang telah dibina berdasarkan kehendak dan haja tuju yang digariskan oleh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Sehubungan itu Pelan Tindakan Pejabat
Pendidikan Daerah Kulai Tahun 2018 menjadi pemangkin dan garis panduan dalam
menzahirkan aspirasi Johor Showcase
dengan memberi keutamaan terhadap Peningkatan Pencapaian Akademik Sekolah,
Pembudayaan Pendidikan Abad Ke-21, Pembangunan Sekolah Fokus dan Transformasi,
Kolaboratif MSSJ – JDT, Kokurikulum Berimpak Tinggi, Pembentukan DSLB,
Pengurusan Asrama Kualiti dan Karakter Murid Johor (KrMJ).
Bagi memastikan
perancangan ini memberi keberhasilan yang optimum sama ada dalam aspek operasi
dan kemenjadian murid, usaha yang berterusan akan dilakukan untuk
penambahbaikan, sesuai dengan keperluan dan cabaran baharu pada masa hadapan.
Bagi tujuan ini, prestasi dan KPI setiap aktiviti yang dirancang dalam Pelan
Tindakan akan dikaji semula setiap enam bulan. Pelan Tindakan 2018 telah
dirangka dan dibangunkan secara khusus dalam satu struktur dengan mengambil
kira analisis SWOT, OPPM, sPeCt, PDCA,e-DPSKu, pendekatan Coaching & Mentoring serta alat-alat kualiti yang lain akan
digunakan sebagai satu strategi bagi memastikan pendekatan execute to excel dapat diterjemahkan.
Proses penyediaan dokumen ini memerlukan penglibatan yang
tuntas dalam kalangan warga Pejabat Pendidikan Daerah Kulai di semua unit.
Dokumen ini melalui perubahan seperti yang terkandung dalam rangka kerja yang
sejajar dengan Blue Ocean Strategy.
Dalam setiap proses kajian semula, empat rangka kerja Blue Ocean Strategy ini merangkumi proses eliminate (gugur), reduce
(kurangkan), raise (menambah) dan create (menciptakan). Pelan Tindakan Pejabat
Pendidikan Daerah Kulai Tahun 2018 ini, diharapkan dapat dilaksanakan dengan
menggarap budaya kerja Ai-SKT iaitu menjadikan keutamaan terhadap Akademik,
Integriti, Sistematik, Kesegeraan dan Turun Padang sebagai nilai yang
menunjangi segala inisiatif dan usaha ke arah
memberi sokongan kepada sekolah agar dapat menyumbang kepada pencapaian
aspirasi tersebut.
Justeru, semua pegawai dan staf sokongan di Pejabat
Pendidikan Daerah Kulai harus bergerak ke hadapan dan berganding bahu
mewujudkan satu budaya organisasi yang cemerlang. Saya juga berharap semua pihak yang terlibat
dapat memainkan peranan positif, kreatif dan inovatif dalam melaksanakan Pelan
Tindakan Pejabat Pendidikan Daerah Kulai Tahun 2018.
HJ ISHAK BIN MAHBOB
Pegawai Pendidikan Daerah Kulai
No comments:
Post a Comment