Wednesday, February 10, 2021

Kemahiran Asas MS Excel : Tapak Analisis SKPMg2 (Versi Sekolah)


SKPMg2 Sebagai satu instrumen penarafan kendiri sekolah merupakan alat pemajuan sekolah yang seharusnya dijadikan sebagai rujukan kepada kepimpinan dan warga guru di sekolah dalam merancang program pemajuan sekolah. Penarafan SKPMg2 sering kali dianggap sebagai satu tugas rutin sahaja yang perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah. Sekiranya proses penarafan SKPMg2 ini dapat dilaksanakan dengan baik, ia dapat memberikan maklumat yang tepat tentang status atau standard kualiti sekolah dari aspek kepimpinan, penguruan organisasi, pengurusan kurikulum, kokurikulum dan kualiti guru. Oleh itu kepimpinan di sekolah perlulah menjadikan data dari penarafan SKPMg2 sebagai sebahagian daripada data utama yang perlu dirujuk dalam penrancangan program dan aktiviti pemajuan sekolah.

 MUAT TURUN BAHAN VERSI EDARAN  (sila klik link dan muat turun bahan sebelum tapak boleh digunakan. Klik pada link setelah itu, klik butang kanan tetikus dan pilih  muat  turun. Fail tidak berfungsi jika dibuka terus secara online pada google drive)

Monday, February 01, 2021

Kemahiran Asas Excel : Templat Analisis SKPMg2


Klik pada gambar untuk ikuti rakaman sesi perbengkelan.

Perkongsian saya kali ini  adalah  cara bagaimana kita boleh menganalisis data SKPMg2 dengan pantas dan berkesan menggunakan templat khusus microsoft excel yang dinamakan Templat Analisis SKPMg2. Video ini merupakan rakaman daripada sesi perbengkelan yang telah dilaksanakan berkenaan cara-cara bagaimana menggunakan  Templat Analisis SKPMg2, yang saya kendalaikan secara atas talian melibatkan peserta daripada SIP+ Malaysia . Bengkel ini  antara lain menunjukkan langkah-langakah yang perlu dilaksanakan semasa  menggunakan Templat Analisis SKPMg2. Kemahiran MS Excel yang akan diterapkan semasa bengkel ini antaralainnya ialah;

    - Pivot Table (Dashboard & Slicer)

    - Format Cells

    - Conditional Formating

    - Review Protect Sheet

    - Dropdown Menu

    - dll fungsi asas MS Excel yang relevan 

Semoga bahan yang dihasilkan ini sedikit sebanyak dapat dimanfaatkan oleh bukan sahaja Rakan Peningkatan Sekolah (SIP+) tetapi juga kepada kepimpinan pendidikan dan pemegang taruh sekolah untuk melihat bagaimana data SKPMg2 boleh dijadikan sebagai data penting yang boleh digunakan dalam mengenal pasti isu dan masalah sekolah yang seterusnya mendorong mereka melaksanakan intervensi yang berfokus ke arah pemajuan sekolah.


BAHAN LATIHAN

Artikel Popular