Perkongsian saya kali ini adalah cara bagaimana kita boleh menganalisis data SKPMg2 dengan pantas dan berkesan menggunakan templat khusus microsoft excel yang dinamakan Templat Analisis SKPMg2. Video ini merupakan rakaman daripada sesi perbengkelan yang telah dilaksanakan berkenaan cara-cara bagaimana menggunakan Templat Analisis SKPMg2, yang saya kendalaikan secara atas talian melibatkan peserta daripada SIP+ Malaysia . Bengkel ini antara lain menunjukkan langkah-langakah yang perlu dilaksanakan semasa menggunakan Templat Analisis SKPMg2. Kemahiran MS Excel yang akan diterapkan semasa bengkel ini antaralainnya ialah;
- Pivot Table (Dashboard & Slicer)
- Format Cells
- Conditional Formating
- Review Protect Sheet
- Dropdown Menu
- dll fungsi asas MS Excel yang relevan
Semoga bahan yang dihasilkan ini sedikit sebanyak dapat dimanfaatkan oleh bukan sahaja Rakan Peningkatan Sekolah (SIP+) tetapi juga kepada kepimpinan pendidikan dan pemegang taruh sekolah untuk melihat bagaimana data SKPMg2 boleh dijadikan sebagai data penting yang boleh digunakan dalam mengenal pasti isu dan masalah sekolah yang seterusnya mendorong mereka melaksanakan intervensi yang berfokus ke arah pemajuan sekolah.
No comments:
Post a Comment