Monday, August 30, 2021

Ciri-ciri Psikometrik dalam Kajian Kuantitatif Menggunakan Pengukuran Model Rasch


Muat turun Perisian Winsteps & Panduan [ MUAT TURUN ]

Artikel ini ditulis adalah berasaskan kepada inisiatif SIP+ Johor dalam meningkatkan tahap kompetensi kepimpinan pendidikan khususnya di sekolah dalam membudayakan amalan penyelidikan dalam memajukan profesionalisme diri dan prestasi organisasi. Berdasarkan analisis i-Kompas tahun 2020 menunjukkan kompetensi yang perlu dibangunkan dalam kalangan kepimpinan pendidikan di negeri Johor ialah berkaitan kompetensi pengetua dan guru besar dalam mengamalkan budaya penyelidikan dan pengurusan risiko. Justeru pada penulisan saya pada hari ini, saya akan memfokuskan penulisan bagaimana Model Rasch boleh digunakan dalam Kajian Kuantitatif. 

Bambang Sumintono (2014), ada menyebut konsep pengukuran yang objektif dalam ilmu-ilmu sosial menurut Mok dan Wright (2004) harus mempunyai lima kriteria:

 

1. Memberikan ukuran yang linear dengan interval yang sama;

2. Melakukan proses estimasi yang tepat;

3. Menemukan item yang tidak tepat (misfits) atau tidak umum  (outliers);

4. Mengatasi data yang hilang;

5. Menghasilkan pengukuran yang replicable (independen dari  parameter yang diteliti). 

 

Dari kelima syarat tadi, sejauh ini hanya rasch model lah yang berupaya memenuhi kelima syarat tersebut. Dengan kata lain kualiti pengukuran dalam ilmu sosial yang dilakukan dengan Rasch Model akan mempunyai kualiti yang sama seperti halnya pengukuran yang dilakukan dalam bidang fizikal. 

 

Model Rasch,dinamakan bersempena dengan nama pembinanya iaitu George Rasch. Model Rasch adalah model psikometrik untuk menganalisis data pembolehubah kategorikal, untuk membaca maklum balas yang diberikan oleh responden kepada soalan-soalan dalam penilaian atau soal selidik.Rasch Model akan berfungsi untuk menganalisis data untuk melihat keseimbangan di antara (a) kebolehan atau keupayaan responden, sikap, atau sifat keperibadian (personality traits), dan (b) kesukaran item.

 

Sebagai contoh, Rasch Model dalam kepimpinan boleh digunakan untuk mengukur kemampuan pemimpin dalam melaksanakan transformasi sekolah, atau secara lebih ekstrim mengukur sikap dan prestasi mereka terhadap isu-isu kepimpinan sebagai maklum balas kepada soal selidik daripada sesuatu kajian atau tinjauan. Selain digunakan dalam bidang psikometrik dan penyelidikan pendidikan, model Rasch turut digunakan di bidang lain secara meluas , termasuk pembangunan profesion kesihatan, pertanian, dan penyelidikan pasaran kerana penggunaannya boleh disesuaikan dalam pelbagai bidang mengikut keperluan pengguna.

 

Bagi memberi pendedahan kepada kepimpinan pendidikan di negeri Johor, SIPartners+ telah  menggunakan analisis pengukuran data berasaskan Model Rasch dalam Kajian Amalan Terbaik TS25 Kohort 3 bagi sekolah-sekolah di negeri Johor. Dua siri perbengkelan bagi membangunkan kapasiti pasukan penyelidik dalam menggunakan Model Rasch telah dilaksanakan. Sila klik link berikut untuk mengikuti dua siri


Siri 1 : Fokus - Keberkesanan Kepimpinan dalam melaksanakan Program TS25

Tajuk: Ciri-ciri Psikometrik dalam Kajian Kuantitatif Menggunakan Pengukuran Model Rasch  


Siri 2 : Fokus - Pengukuran Dalam Pentaksiran Bilik Darjah

Tajuk : Ciri-ciri psikometrik dalam melaksanakan pentaksiran bilik darjah PBD menggunakan Pengukuran Model Rasch  

Muat turun Perisian Winsteps [ MUAT TURUN ]


SIP+ negeri Johor amat berbesar hati dan berterima kasih kepada PPD Port Dickson, yang bersetuju untuk membenarkan Pn Noor Aishah binti Jamil, SISC+ yang mempunyai kepakaran dalam menggunakan pengukuran berasaskan Model Rasch ini menyampaikan ceramah dan bengkel kepada kumpulan pengkaji yang terdiri daripada Rakan ELIT TS25, kepimpinan dan warga pendidikan di negeri Johor.


Kepada para pembaca artikel ini yang berminat terhadap model Rasch boleh mendapatkan aplikasi perisian tersebut daripda SIP+ negeri Johor.


Dalam model Rasch, kebarangkalian tindak balas yang ditentukan (contoh; Jawapan betul / salah) dimodelkan sebagai fungsi parameter orang dan item. Secara khusus, dalam model Rasch yang asli, kebarangkalian tindak balas yang betul dimodelkan sebagai fungsi logistik perbezaan antara parameter orang dan item. Dalam kebanyakan konteks, parameter model mencirikan kecekapan responden dan kesukaran item sebagai lokasi pada pemboleh ubah pendam berterusan. Sebagai contoh, dalam ujian pendidikan, parameter item mewakili kesukaran item sementara parameter orang mewakili kemampuan atau tahap pencapaian orang yang dinilai. Semakin tinggi kemampuan seseorang berbanding dengan kesukaran item, semakin tinggi kebarangkalian tindak balas yang betul terhadap item tersebut. Apabila lokasi seseorang pada sifat laten sama dengan kesukaran item, ada definisi 0.5 kebarangkalian tindak balas yang betul dalam model Rasch.


Sila ikuti sesi rakaman / video perbengkelan yang telah dilaksanakan bagi  meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anda dalam menggunakan model Rasch.


No comments:

Artikel Popular