Oleh;
AZMAN BIN SAFII
Pegawai Pendidikan Daerah Tangkak
Oleh;
AZMAN BIN SAFII
Pegawai Pendidikan Daerah Tangkak
Terima kasih kepada pengacara majlis. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, Salam pendidikan tangkak Perkasa- Gemilang Tangkak Lima.
YDH, EN NORIZAN BIN AZALI, wakil rasmi Yang Berhormat Hajjah Khairin Nisa binti Ismail Ahli Dewan Undangan Negeri , Serom. Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor.
Yang Dihormati Cikgu Mohd Zaki bin Abdullah, Guru Besar SK Parit Bunga Selaku Pengerusi Majlis Permuafakatan, Pendidikan Khas Daerah Tangkak, Pengerusi Pengelola Program Apresiasi Pendidikan Khas Daerah Tangkak
Yang Dihormati, Cikgu Azhar Ahzam bin Ismail. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Abdullah, selaku Naib Pengerusi Majlis Permuafakatan Pendidikan Khas Daerah Tangkak.
Yang Dihormati cikgu Norhayati binti Mahabat dan cikgu Ahmad Hafizu Fahmi bin Alias, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Pendidikan Khas, Pejabat Pendidikan Daerah Tangkak
Pengetua dan Guru Besar atau wakilnya, Sekolah2 Menengah dan Rendah Program Pendidikan Khas Integrasi Daerah Tangkak
Yang Diraikan para penerima sijil apresiasi sesi 2023/2024, Guru-guru, Pembantu Pengurusan Murid, ibu bapa, tuan-tuan dan puan-puan yang dimulakan Allah sekalian.
TERIMA KASIH & PENGHARGAAN
Terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada jawatankuasa pengelola Majlis Apresiasi Pendidkan Khas Daerah Tangkak 2023/2024 yang telah berganding bahu menyumbang idea, tenaga, masa dan wang ringgit untuk menjayakan majlis pada hari ini. Dengan perancangan yang teliti, penglibatan dan kerjasama semua pihak, Insha Allah majlis pada hari ini akan berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya.
AKSES KEPADA PENDIDIKAN
Hadirin yang dihormati sekalian, penganjuran program ini adalah satu bukti bahawa dalam pendidikan tiada seorangpun anak-anak murid akan terpinggir dan dinafikan akses kepada pendidikan. Peluang dan akses pendidikan diberikan kepada semua secara adil dan saksama dan dibezakan berdasarkan keadaan fizikal, tahap intelek, jantina, geografi, status ekonomi, agama, kaum dan sebagainya.
Ini merupakan satu komitmen di peringkat KPM, JPN dan PPD usaha untuk membangunan murid secara holistik dan seimbang tanpa disempadani oleh apa jua perbezaan keupayaan murid itu sendiri. Tanggungjawab ini difahami dan dipikul oleh warga pendidikan, dengan cara memberi perkhidmatan yang terbaik, dengan kualiti dikompromikan, bahkan untuk pendidikan khas dilebihkan dengan adanya PPPM, guru dengan spesifikasi khas, elaun untuk guru, kemudahan dan peruntukan khusus untuk memenuhi keperluan dan kehendak murid.
PENDIDIKAN KHAS DAN CABARAN VUCA
Murid-murid pendidikan khas menghadapi cabaran yang sama dengan murid arus perdana dalam mendepani cabaran masa kini yang sering berubah, ubah, penuh dengan Ketidakpastian, penuh dengan kesamaran pada era globalisasi dan pendigitalan. Dalam era globalisasi ini, murid-murid pendidikan khas perlu dibekalkan dan diberi dorongan agar mereka mampu untuk berdikari dan menentukan halatuju masa hadapannya sendiri. Pada jiwa mereka perlu ditanam dengan semangat dan jati diri yang tinggi serta kental supaya dapat menghadapi pelbagai cabaran baru dalam dunia pendidikan yang sentiasa berubah-ubah.
HARAPAN NEGARA
Ini adalah bertepatan dengan hasrat KPM bagi memastikan murid-murid berkeperluan khas dapat dibangunkan bersama-sama dengan murid-murid dari arus perdana yang lain untuk menyumbang ke arah pembangunan dan kemakmuran negara. Murid berkeperluan khas ini juga berfungsi sebagai individu yang berdikari dan berjaya dalam kehidupan serta mampu memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.
HARAPAN PPD
Harapan saya agar semua murid dan warga Pendidikan Khas sentiasa bekerja keras bagi memastikan anda sentiasa merebut peluang, manfaatkan kesempatan semasa di alam persekolahan..kerana sekolah adalah medan latihan di mana ilmu dicurahkan, kemahiran diterapkan dan sikap dihalatujukan bagaimana mengharungi kehidupan pada masa hadapan.
Berusahalah untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang akademik, kokurikulum mahupun bidang-bidang lain tanpa melupakan rahsia terpenting bagaimana anak-anak sekalian dapat mempamer sahsiah terpuji dengan disiplin diri yang tinggi kerana tanpanya umpama kita di perahu tanpa ada pendayung untuk kita mudik disungai dengan arus yang mematikan. Disiplin diri dan akhlak yang baik mampu memastikan kecemerlangan warga Pendidikan Khas.
Kepada graduan yang diraikan, gunakan segala ilmu, kemahiran dan teruslah berusaha sehingga mencapai kejayaan setinggi mungkin. Ramai anak-anak pendidikan khas yang telah berjaya dalam hidup. Jangan jadikan kelainan upaya sebagai kekurangan yang menjadi halangan untuk mencapai peluang yang lebih baik.
Saya berharap agar Majlis Apresiasi Pendidikan Daerah Tangkak 2023/2024 yang telah diatur merupakan satu usaha yang berterusan bagi menyemarakkan semangat dan memberi motivasi kepada murid-murid berkeperluan khas yang lain. Semoga mereka akan dapat mencipta pelbagai kejayaan bagi diri sendiri dan juga sekolah dalam apa jua bidang yang diceburi. Diharapkan majlis ini dapat diteruskan sebagai satu tradisi untuk memberi pengiktirafan di atas kejayaan murid-murid pendidikan khas yang lain.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya pada semua para graduan. Harapan kami, semoga kerjasama dan sokongan daripada pelbagai pihak akan berterusan bagi merialisasikan perancangan dan maklamat murni ke arah mencapai keunggulan.
Sekian, saya sudahi dengan wabillahhitaufikwalhidayah, wassalammualikum warahmatullahhiwabarakatuh. Terima kasih.