Penulisan ini adalah cetusan minda saya selaku PPD Daerah Tangkak yang ditulis khusus sempena Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Daerah Tangkak yang berlangsung pada 20 Jun 2024 lalu yang telah dapat disempurnakan dengan jayanya. Bahan penulisan yang dinyatakan ini adalah adunan dari sebahagian teks ucapan pada majlis tersebut dan dikembangkan dengan fakta tambahan bagi disesuaikan dengan keperluan naratif ilmiah.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Salam Pendidikan Tangkak Perkasa, Gemilang Tangkak Lima, Salam Malaysia Madani dan Salam Johor Leads.
Kepada warga dan komuniti pendidikan daerah Tangkak yang dikashi! Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan rasa syukur ke
hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, kita dapat menganjurkan majlis yang penuh bermakna ini dengan jasya. Saya ingin mengucapkan terima
kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus
menjayakan MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN PENDIDIKAN DAERAH TANGKAK bagi tahun
2023/2024.
Kepada warga dan komuniti pendidikan daerah Tangkak yang dikashi! Objektif utama disebalik penganjuran Majlis Apresiasi
Kecemerlangan Pendidikan ini adalah untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan
kepada warga yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam akademik, kokurikulum,
dan sahsiah di daerah Tangkak, khususnya kepada para pengetua, guru besar dan guru yang telah menunjukkan dedikasi dan komitmen yang tinggi dalam
memajukan bidang pendidikan di daerah kita sepanjang tahun lalu.
Kejayaan yang kita raikan pada hari ini adalah hasil
usaha bersama, kerjasama yang erat, dan semangat juang yang tidak pernah luntur.
Di samping itu majlis ini juga diadakan bertujuan untuk memberi inspirasi dan motivasi
kepada warga pendidikan agar terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam
semua aspek pendidikan.
Selaku PPD yang menerajui Pendidikan Daerah Tangkak, saya
amat berbesar hati kerana dapat bersama-sama meraikan kejayaan Guru-Guru sekolah-sekolah di daerah Tangkak yang telah mempamerkan
kecemerlangan dan prestasi baik pada tahun lalu. Setinggi-tinggi ucapan terima
kasih saya ucapkan atas segala komitmen, dedikasi, disiplin serta kesungguhan
yang dipamerkan.
KONSEP MAJLIS
Kepada warga dan komuniti pendidikan daerah Tangkak yang dikashi! Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pendidikan yang diadakan adalah berkonsepkan 4 dalam 1, iaitu kita meraikan;
Pertama: Anugerah dan penghargaan Ko-Kurikulum bagi
memberi penghargaan kepada guru-guru yang menyumbang bakti dalam bidang sukan
olahraga, permainan, badan uniform, kokurikulum, ko-Akedemik (36 Anugerah + 4
anugerah khas khdimat bakti/ guru yang telah bersara tetapi masih memberi
sumbangan kepada program sukan dan kokurikulum | di samping 106 Sijil
Kecemerlangan Sukan dan Kokurikulum)
Kedua: Anugerah dan penghargaan dalam bidang Hal Ehwal Murid – keseluruhannya
terdapat 38 anugerah dan sijil penghargaan
Ketiga: Anugerah Kecemerlangan SPM / Akademik, di bawah
Sektor Pembelajaran (Anugerah kepada sekolah-sekolah dan pengetua yang telah
mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam SPM 2023 yang telah diumumkan pada
27.05.2024 yang lalu) | keseluruhannya 11 Kategori Anugerah Kecemerlangan SPM
2023, melibatkan 72 penerima anugerah.
Keempat: Anugerah Tohoh Guru, Tokoh Pemimpin Pendidikan
dan Ikon Guru Digital Daerah Tangkak sebagai tanda penghargaan kepada guru-guru
berjasa daerah Tangkak bersempena Sambutan Hari Guru Tahun 2024 (Di peringkat
Daerah tiada sambutan khas untuk meraikan sambutan hari guru ).
Pada kesempatan ini juga kami dengan rasa bangga
mengucapkan tahniah kepada semua sekolah atas dedikasi dan komitmen sehingga
membolehkan Pejabat Pendidikan Daerah
Tangkak menerima 6 Anugerah pada pada Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM
Peringkat Negeri Johor yang berlangsung di KSL Hotel & Resort, Johor Bahru
baru-baru ini.
Tiga anugerah untuk PPD iaitu bagi kategori
(i) peningkatan
LMS,
(ii) peningkatan murid cemerlang
(A+, A & A-) serta
(iii) peningakatn A+ bagi semua mata pelajaran (adik Lee
Xio Teng, SMK Ledang – 10A+).
Tiga anugerah lagi diterima oleh sekolah iaitu;
(i) SM
Sains Muar Tangkak (pencapaian GPS
<2.00),
(ii)SMK Ledang (Murid Cemerlang 10 A+) dan
(iii)SMK Persisiran Perdana (lonjakan
saujana GPS)
Untuk bidang kokurikulum, kita juga melakar beberapa kejayaan
pada tahun lalu dan menerima anugarah diperingkat Negeri antaranya pasukan Jump
Rope dari Team SK Kesang. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua
pihak untuk terus berusaha gigih dan mengekalkan kecemerlangan dalam bidang
pendidikan. Majulah pendidikan kecemerlangan daerah Tangkak.Ucapan Penghargaan
dan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa
MESEJ UTAMA
Kepada warga dan komuniti pendidikan daerah Tangkak yang dikashi! Saya sampaikan semua kisah kejayaan ini kerana disebalik kejayaan itu, kerana ada mesej penting yang mahu saya sampaikan sama ada kepada murid, guru mahupun kepada ibu bapa.
(i) Kepada semua murid, anda adalah aset
berharga negara. Pencapaian cemerlang yang telah anda tunjukkan adalah bukti
bahawa dengan usaha yang gigih, tiada apa yang mustahil untuk dicapai. Oleh itu
Jadikan kejayaan ini sebagai pemangkin untuk terus berusaha mencapai lebih
banyak kejayaan pada masa hadapan. Ingatlah, pendidikan adalah kunci kepada
masa depan yang gemilang. Janganlah kita hanya menumpukan kepada kecemerlangan
akademik semata-mata, tetapi juga perlu cemerlang dalam kokurikulum dan
sahsiah. Kejayaan yang seimbang dalam ketiga-tiga aspek ini akan membentuk
individu yang holistik dan berkualiti tinggi.
(ii) Kepada semua insan yang bernama guru! Anda semua adalah tunggak
kepada kejayaan murid-murid kita ini. Tanpa dedikasi, kesabaran, dan kasih
sayang yang dicurahkan oleh para guru, kejayaan para pelajar kita tidak akan
dapat dicapai. Terima kasih yang tidak terhingga atas segala pengorbanan yang
telah diberikan. Teruskanlah usaha anda dalam mendidik dan membentuk generasi
yang berilmu, berakhlak mulia, dan berdaya saing. Saya menyeru kepada semua
guru untuk terus berinovasi dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran, serta
sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah masing-masing.
Begitu juga dengan AKP, tetap mempunyai saham dalam setip butir permata yang
dihasilkan oleh Pendidikan, anda umpama hero yang tidak didendang, tetap
releven dan koheran dengan kejayaan setiap pelajar, khususnya dalam memastikan
aspek pengurusan lancar dan cemerlang.
(iii) Kepada ibu bapa dan komuniti, sokongan dan dorongan anda
adalah sangat penting dalam kejayaan anak-anak kita. Teruskanlah memberi
sokongan yang padu dan menjadi inspirasi kepada mereka untuk mencapai kejayaan
yang lebih besar. Kejayaan mereka adalah kejayaan kita bersama. Marilah kita
bersama-sama memainkan peranan aktif dalam pendidikan anak-anak kita, kerana
pendidikan bermula dari rumah dan sokongan yang berterusan dari ibu bapa adalah
kunci kepada kejayaan mereka.
(iv) Selaras dengan Tujuh (7) Teras Utama Nadi Keunggulan
Pendidikan Yang Menjadi Tumpuan KPM Dalam Menerajui Sistem Pendidikan Negara, majlis ini adalah
manifestasi daripada hasrat memenuhi
(i) Teras pertama; dengan Menjadikan komunikasi pelbagai
demensi antara kementerian dan sekolah lebih cekap dan telus.
(ii) Teras kedua; dengan memberi penekanan kepada aspek
‘karamah insaniah’ melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti.
(iii)Teras Keempat; Kebajikan guru sebagai teras keberkesanan penyampaian
pendidikan
Harapan kami, semoga dengan pengiktirafan dan penghargaan
yang diberikan ini akan memotivasikan guru dan warga pendidikan Tangkak agar sentiasa
berusaha memberi perkhidmatan yang terbaik agar berimpak kepada murid ceria,
guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera.
Sedar bahawa hasrat besar ini tidak mampu untuk dipikul
oleh PPD secara bersendirian, justeru justeru kami dai PPD Tangkak komited dan
berkomitmen tinggi untuk mempertingkatkan kerjasama dengan semua pihak
khususnya dengan Pusat Khidmat Parlemen Ledang, Pemimpin-pemimpin masyarakat,
PIBKS, Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) dan Persatuan Guru Besar
Malaysia (PGBM) dan lain-lain jabatan kerajaan dan NGO agar kita mampu membina
kekuatan dalam mengharungi cabaran pendidikan yang berubah-ubah, dinamik dan
ketidakpastian ini.
Kepada warga dan komuniti pendidikan daerah Tangkak yang dikashi! Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pendidikan adalah apresiasi PPD Tangkak terhadap pencapaian
Daerah Tangkak pada tahun 2023. Hakikatnya 2023 telahpun berlalu dengan lakaran
kisah suka duka kejayaan dan kegagalan. Pencapaian dan kegagalan, jatuh dan
bangun adalah resam dunia yang tidak berkesudahan, berlaku secara berterusan
selagi nyawa di kandung badan. Ada masa kita di atas ada masa kita berada di
bawah.
Harapan saya hanya satu iaitu YB, Focal Person PIBKS
serta rakan-rakan sterategik dan pemegang taruh pendidikan memberi kepercayaan
dan skongan berterusan kepada PPD Tangkak untuk kita membina kekutan untuk
memacu momentum ke arah kecemerlangan. Sokongan yang berterusan merupakan tonik yang menyebabkan
kami tangkas bangkit dari kejatuhan, untuk memendang ke hadapan dan menjadi
kegagalan sebagai ubat yang pahit tapi mujarab. Sokongan yang berterusan juga menjadikan kami sentiasa
tidak leka dari kejayaan untuk melestarikan kecemelangan sabagai norma baharu
pendidikan tangkak dalam mengjar impian PENDIDIKAN TANGKAK PERKASA GEMILANG
TANGKAK LIMA.
(i) Akademik Top 3
(ii) Kecemerlangan Sukan & Kokurikulum
(iii) Sahsiah Terpuju (KrMJ)
(iv) Kecemerlangan Pemimpin Muda (JSLC)
(v) Pembudayaan & Kecemerlangan Inovasi
(iv) Pendidikan Digital
Jika kita tidak MENDAHULUI JANGAN PULA KITA JAUH
KETINGGALAN JAUH DI HULU.
Harapan saya pada tahun hadapan kita akan perluaskan skop
anugrah agar dapat menyentuh semua 6 teras. Dan bagi mencapai hasrat ini semoga
YB Tuan Said, Focal Person dan semua ADUN dapat bersama-sama memberi sumbangan
demi kecemerlangan pendidikan daerah Tangkak. Walaupun kita daerah yang kecil,
tetapi tetapi kita mempunyai semangat dan tekad yang besar untuk menjadikan
kecemelangan dan kegemilangan yang diimpikan menjadi sesuatu yang bukan
mustahil. Untuk memastikan kita terus cemerlang, berikut adalah
beberapa prinsip dan nasihat penting yang boleh meningkatkan motivasi dan
semangat kita:
Model the Way: Tunjukkan teladan
yang baik dalam setiap tindakan kita. Sebagai pemimpin atau individu yang
dihormati, tindakan dan sikap kita akan menjadi contoh kepada orang lain.
Sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik dan menunjukkan integriti dalam
setiap perbuatan.
Inspire a Shared Vision:
Berkongsi visi dan matlamat yang jelas dengan orang lain. Apabila semua orang
memahami dan menerima visi yang sama, mereka akan lebih bersemangat dan
termotivasi untuk bekerja ke arah mencapai matlamat tersebut. Jadikan visi
tersebut sebagai panduan dan inspirasi dalam setiap langkah yang diambil.
Challenge the Process:
Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru dan mengambil risiko. Inovasi dan
perubahan adalah kunci kepada kemajuan dan kejayaan. Sentiasa mencari peluang
untuk memperbaiki diri dan proses yang ada, serta berani menghadapi cabaran
dengan sikap yang positif.
Enable Others to Act:
Berikan peluang kepada orang lain untuk turut serta dan menyumbang idea serta
usaha mereka. Kerjasama dan sokongan antara satu sama lain akan menghasilkan
sinergi yang kuat dan mempercepatkan pencapaian matlamat bersama. Dengan
mempercayai dan memberi kepercayaan kepada orang lain, kita dapat membina
sebuah komuniti yang kuat dan berdaya saing.
Encourage the Heart: Sentiasa memberi penghargaan dan pengiktirafan
kepada usaha dan pencapaian orang lain. Kata-kata pujian dan
galakan boleh memberi semangat dan motivasi yang tinggi kepada mereka.
Pengiktirafan ini bukan sahaja meningkatkan keyakinan diri, tetapi juga memupuk
semangat kerjasama dan kekeluargaan dalam kalangan kita.
INGATLAH KITA BUKAN BERSAING, TETAPI KITA BERGANDING,
KITA TIDAK BERTANDING DENGAN DAERAH LAIN, KITA BERTANDING DENGAN PRESTASI KITA,
SEKOLAH KITA DAERAH KITA. KEJAYAAN KITA LAKAR BERSAMA.
Saya mohon kepada semua kepimpinan di PPD dan sekolah
agar kita sentiasa muhasabah diri. Nilailah semua intervansi yang kita lakukan (Model
Penilaian Kirkpatrick) untuk menilai keberkesanan program latihan dan
pendidikan. Donald Kirkpatrick pada akhir 1950-an, telah memperkenalkan
model penilaian keberkesanan program. Model ini menilai keberkesanan program
berdasarkan kepada empat tahap penilaian:
Melihat Reaksi: Tahap ini menilai bagaimana peserta
program merespons terhadap latihan atau program tersebut. Adakah mereka merasa
ia bermanfaat, relevan, dan menyenangkan? Penilaian ini biasanya dilakukan
melalui soal selidik atau maklum balas selepas sesi latihan.
Proses Pembelajaran: Tahap ini mengukur sejauh mana
peserta memperoleh pengetahuan, kemahiran, dan sikap yang diinginkan selama
program latihan. Penilaian boleh dilakukan melalui ujian, kuiz, atau penilaian
praktikal yang mengukur kemajuan pembelajaran peserta.
Perubahan Tingkah Laku: Tahap ini menilai perubahan
tingkah laku peserta setelah mengikuti latihan. Adakah mereka menggunakan
pengetahuan dan kemahiran baru dalam pekerjaan mereka? Penilaian ini biasanya
melibatkan pemerhatian, temu bual, atau soal selidik yang dilakukan beberapa
waktu selepas latihan selesai.
Mengukur Keberhasilan (Hasil): Tahap ini menilai kesan
keseluruhan latihan terhadap organisasi atau individu. Ini termasuk hasil
seperti peningkatan produktiviti, penurunan kadar kesalahan, peningkatan
kepuasan pelanggan, atau pencapaian matlamat organisasi. Penilaian pada tahap
ini memerlukan pengukuran jangka panjang dan data yang boleh dibandingkan
sebelum dan selepas latihan.
(ii) Kecemerlangan Sukan & Kokurikulum
(iii) Sahsiah Terpuju (KrMJ)
(iv) Kecemerlangan Pemimpin Muda (JSLC)
(v) Pembudayaan & Kecemerlangan Inovasi
(iv) Pendidikan Digital
PENUTUPAN
Kepada warga dan komuniti pendidikan daerah Tangkak yang dikashi! Akhir kata, saya berharap agar majlis ini dapat menjadi
inspirasi dan motivasi kepada semua untuk terus berusaha dan mencapai
kecemerlangan dalam bidang masing-masing. Marilah kita bersama-sama bertekad
untuk terus memajukan pendidikan di daerah Tangkak, demi masa depan yang lebih
cerah. Saya yakin dengan semangat dan komitmen yang tinggi, kita mampu mencapai
kecemerlangan dalam akademik, kokurikulum, dan sahsiah secara serentak. Sekalung
tahniah saya ucapkan kepada semua penerima anugerah pada hari ini. Semoga
anugerah pencapaian cemerlang yang diberikan hari ini akan terus membakar
semangat semua penerima untuk bekerja dengan lebih kuat dan gigih.
Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang
telah bekerja keras menjayakan Majlis Apresiasi pada kali ini KHUSUSNYA kepada
YB Tn Syed Ibrahim Syed Noh Focal Person, PGB dan JK Pengelola Majlis Apresiasi
Kecemerlangan Pendidikan Daerah Tangkak
tahun 2023/2024, Warga PPD Tangkak, Pengetua & Guru Besar khusunya kepada 6
buah sekolah yang terlibat secara pengelola SK Ledang, (Jkuasa Sijil,
Cenderamata & Pengelola Penerima Anugerah); SK Bandar Tangkak (Jkuasa Buku
Program & Gimik Perasmian); SK Seri Tangkak (Jkuasa Persiapan Tempat); SMA
Lugahtil Arabiah (Jkuasa Kawalan & Keselamatan); SMK Ledang (Jkuasa Tokoh
Hari Guru) dan SK Abdullah (Jkuasa Tokoh Hari Guru)
Semoga majlis yang dilaksanakan ini mencapai objektif yang disasarkan iaitu untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada mereka yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam akademik, kokurikulum, dan sahsiah di samping untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada semua guru dan sekolah agar terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam semua aspek pendidikan. Kejayaan yang kita raikan pada hari ini adalah hasil usaha bersama, kerjasama yang erat, dan semangat juang yang tidak pernah luntur. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment