Saturday, February 9, 2013



 
PROGRAM MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL
SMK KULAI BESAR

PENDAHULUAN
Proses pengajaran dan pembelajaran berlaku apabila terdapat persuaan antara murid dan guru. Sesi persuaan antara guru dan murid ini dinamakan sebagai instruksional. Peruntukkan masa telah diatur antara pengajar dan murid menerusi jadual waktu pembelajaran yang ditetapkan. Justeru itu guru selaku pengajar mempunyai tanggungjawab untuk mengoptimumkan masa pengajaran yang diperuntukkan.
 
Kegagalan menggunakan masa atau memaksimumkan masa akan menjejaskan pencapaian murid. Oleh itu masa pengajaran dan pembelajaran adalah menjadi perkara yang menjadi tanggungjawab kepada pengurusan sekolah agar semua guru selaku pelaksana memainkan peranan yang penting untuk mempertahankan waktu pengajaran dan pembelajaran
 
TANGGUNGJAWAB MELINDUNGI WAKTU INSTRUKSIONAL
Instruksional adalah teras utama dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Kejayaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran bergantung sejauhmana masa instruksional guru dapat dioptimumkan dan dilaksanakan dengan cekap, berkesan dan penuh kebijaksanaan. Masa instruksional adalah ditetapkan seperti dalam jadual waktu rasmi.
 
Sebagai contoh waktu yang ditetapkan untuk Bahasa Melayu ialah enam waktu seminggu, oleh itu sebarang kekurangan dianggap sebagai gangguan instruksional. Ketidakhadiran guru bertugas di sekolah kerana bercuti, berkursus atau melaksanakan tugas rasmi lain sama ada di sekolah atau di luar sekolah adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
 
Justeru itu Program Melindungi Masa Instruksional adalah satu inisiatif pihak sekolah untuk memastikan gangguan terhadap pengajaran dan pembelajaran dapat diatasi  di samping mengurangkan gangguan instruksional disebabkan ketidakhadiran guru.
 
Matlamat jangka panjang program ini adalah untuk memastikan pembinaan warga sekolah yang bestari dalam pengunaan masa bagi tujuan pengoptimuman pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya dapat meningkatkan pencapaian murid dalam peperiksaan.
 
 
FAKTOR BERLAKUNYA GANGGUAN INSTRUKSIONAL
 
Skap guru; Guru perlu prihatin terhadap usaha mempertahankan masa instruksional di sampingberusaha mewujudkan suasana dan iklim instruksional yang baik. Sifat melengah-lengahkan masa untuk masuk ke kelas, sikap mengambil kesempatan di atas ketiadaan pengetua dan mengambil masa melebihi waktu yang sepatutnya semasa berada di kelas adalah salah satu punca menyebabkan gangguan masa instruksional. Mengikut JeJong dan Wilson (1989), ketepatan masa bukan terhad kepada kehadiran guru pada tempatnya dengan tepat tetapi termasuk juga memastikan kesediaan muridnya untuk belajar.

Faktor kedua yang boleh menyumbang kepada gangguan instruksional ialah berkaitan keberkesanan guru mengajar. Kehilangan waktu pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku secara halus dan tidak disedari sekiranya guru tidak mempunyai kemahiran dalam pengajarannya. Perkara ini disokong oleh Reynolds (1990), yang menyatakan bahawa memaksimumkan masa pembelajaran menerusi perancangan pengajaran yang berkesan membantu dalam memastikan pembelajaran yang bermakna dalam kalangan murid-murid.

Faktor ketiga pula berkaitan disiplin murid. Bahkan faktor disiplin murid adalah antara faktor yang utama dalam menyumbangkan kepada gangguan masa instruksional. Murid-murid berdisiplin di dalam bilik darjah memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, sebaliknya jika disiplin murid yang rendah menyebabkan sebahagian masa digunakan untuk membuat teguran, menasihati dan mengambil tindakan ke atas murid. Ini tidak termasuk murid yang suka ponteng kelas, kerap ke tandas, keluar tanpa kebenaran dan tidak mementingkan masa pembelajaran.

Faktor keempat yang dikenal pasti mengapakah gangguan masa instruksional terjadi ialah kerana guru memenuhi keperluan di luar bilik darjah. Contohnya guru dikehendaki menghadiri kursus semasa waktu persekolahan, guru melaksanakan tugas rasmi di luar bilik darjah dan guru digunakan oleh KPM, JPN, PPD dan sekolah lain sebagai penceramah atau fasilitator dalam pelbagai bidang.

Faktor kelima pula berkaitan dengan keutamaan yang bercanggah. Situasi ini berlaku apabila pihak sekolah terpaksa memberi tumpuan antara keperluan akademik dan keperluan kokurikulum seperti kegiatan unit berunifom, kelab, persatuan dan sukan. Sebagai contoh manakah yang lebih diutamakan antara mempersiapkan murid untuk peperiksaan atau pertandingan kokurikulum? Mengutamakan program pengajaran dan pembelajaran ataupun program sukan sekolah?.   
 
 
INISIATIF UNTUK MENGURANGKAN GANGGUAN MASA INSTRUKSIONAL.
 
Gangguan sebenarnya boleh menggagalkan pencapaian sekolah berkesan, maka Wayne(1980) menyatakan perlunya ada dasar untuk mengurangkan atau menghapuskan gangguan waktu instruksional. Bossert(1982) menyarankan penguatkuasaan dan implimentasi dasar peringkat sekolah. Stalling & Mohlman(1981) menyatakan dasar yang boleh mengembalikan waktu instruksional yang terhilang boleh meningkatkan pencapaian pelajar.
 
Inisiatif JPN Johor mahu melaksanakan Program Melindungi Masa Instruksional secara terancang dan seragam di sekolah-sekolah negeri Johr ada satu usaha yang murni dan perlu disambut baik oleh guru-guru di sekolah. Program ini bukanlah satu bentuk menambah beban guru, tetapi membantu guru bagaimana ia boleh berfungsi dengan cekap dan berkesan dalam melindungi waktu instruksional.Antara objektif  Program Melindungi Masa Instruksional ialah;
·         Pengguanaan masa untuk pengajaran dan pembelajaran dapat dioptimumkan dan menggurangkan kesan gangguan instruksional kerana ketidkhadiran guru.

·         Guru dan murid dapat mewujudkan budaya menghargai masa agar sentiasa lebih peka dan lebih cekap  khususnya berkaitan pengajaran dan pembelajaran. 
·         Meningkatkan prestasi murid dalam peperiksaan. 
·         Meningkatkan tahap disiplin murid di sekolah.
 
Program ini menyasarkan semua murid iaitu dari kelas peralihan hinggalah ke tingkatan lima. Pelaksanaannya bermula dari bulan Januari hinggalah ke bulan Oktober. Untuk memantapkan pengurusan program, pihak sekolah telah menubuhkan Jawatankuasa Melindungi Masa Instruksional yang melibatkan pihak pentadbiran, ketua-ketua panitia dan kaunselor sekolah;
 
JAWATANKUASA PROGRAM
Jawatankuasa Melindungi Masa Instruksional
SMK Kulai Besar
 
Pengerusi                    : Pn. Tan Moi Yan
 
Timbalan Pengerusi    : En. Azman bin Safii
 
Naib Pengerusi           : En. Masa’ud bin Baharom
                                                  En. Mohd Tahir bin Ismail
                                                  Pn. Norazzah binti Misban 
Setiausaha                  : Pn. Azmah binti Mohd 
Ahli Jawatankuasa      : Pn. Chua Chai Lian
                                                  Pn. Jaemah binti Ali
                                                  Pn. Norintan binti Mohamad
                                                  Tuan Haji Misran bin Ali
                                                  Pn. Wan Norlela bin Wan Abdul Rahman
                                                  En. Mohd Fadzeli bin Tumiran
                                                  Pn. Cheah Gaik Choo
                                                  Cik Zaiton binti Badal
                                                  Semua Ketua Panitia
 
PELAN TINDAKAN PELAKSANAAN MMI 
1.    Memberi taklimat MMI kepada warga sekolah
2.    Membentuk jawatankuasa MMI dan penyediaan pelan tindakan MMI
3.    Penyediaan bahan-bahan untuk melaksanakan amalan MMI
4.    Melaksanakan amalan MMI (sepanjang tahun)
5.    Melaksanakan pemantauan amalan MMI
6.    Menyedia dan menghantar laporan pelaksanaan amalan MMI ke PPD
7.    Penambahbaikan amalan MMI berdasarkan dapatan pemantauan
8.    Membudayakan amalan MMI  dalam  kalangan warga sekolah
 
CARTA GANTT PELAN TINDAKAN
PELAKSANAAN PROGRAM MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI)

BIL

PERKARA

DIS. 2012

JAN. 2013

FEB. 2013

MAC 2013

CATATAN

1

2

3

4

1

2

3

4

1

2

3

4

1

2

3

4

 

1

Taklimat MMI kepada warga sekolah

 

 

 

X

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

2

Penubuhan jawatankuasa MMI sekolah

 

 

 

X

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

3

Pembinaan bahan-bahan untuk program MMI

 

 

 

X

X

X

X

X

 

 

 

 

 

 

 

 

 

4

Pelaksanaan MMI di sekolah

 

 

 

 

X

X

X

X

X

X

X

X

X

X

X

X

sepanjang tahun

5

Pemantauan pentadbir sekolah

 

 

 

 

X

X

X

X









  sepanjang tahun 

5

Menghantar laporan pelaksanaan kepada PPD

 

 

 

 

 

 

 

 

X

 

 

 

 

 

 

 

 

6

Memantapkan pelaksanaan MMI di sekolah

 

 

 

 

 

 

 

 

X

X

X

X

X

X

X

X

sepanjang tahun

7

Pemantauan MMI oleh PPD 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

X

X

X

X

sepanjang tahun
  
Garis Panduan dan Prosedur Pelaksanaan Program MMI
 Tindakan guru pengganti dan yang diganti;
 
1.                  Guru menyediakan bahan atau modul pengajaran yang khusus untuk digunakan semasa ketiadaanya di sekolah kerana berkursus, bercuti atau terpaksa melaksanakan tugas rasmi lain sama ada di sekolah atau di luar sekolah.
2.                  Guru menyerahkan bahan atau modul pengajaran kepada Penolong Kanan/ PK Petang/ Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP)  sebelum berkursus, bercuti atau melaksanakan tugas rasmi lain.
3.                  Bahan yang disediakan mestilah bersesuaian dengan masa pengajaran dan pembelajaran. Masa yang dicadangkan ialah 30 minit bagi setiap satu sesi  waktu pengajaran.
4.                  Sekiranya bahan atau modul tersebut perlu dibincangkan dalam kelas oleh guru yang pengganti, maka guru yang  digantikan perlulah menyediakan skima jawapan. Masa yang dicadangkan untuk murid menjawab soalan atau bahan yang disediakan ialah 20  minit, bagi membolehkan perbincangan dijalankan dengan selesa.
5.                  Bahan atau modul pengajaran yang telah dijawab oleh murid perlu dikutip kembali sama ada bahan telah dibincangkan di dalam kelas atau belum. Bahan atau modul tersebut perlu diserahkan kepada GKMP yang berkaitan.
6.                  Guru yang menjadi pengganti akan menerima Notis Guru Ganti dan bahan yang perlu dibawa untuk masuk ke kelas.
7.                  Notis Guru Ganti hendaklah dilengkapkan pada bahagian aktiviti serta ditampal pada Buku Rekod Persediaan Mengajar.
 
Tindakan Guru-Guru Penolong Kanan dan Guru Kanan Mata Pelajaran
 
1.                  Penolong Kanan, Penolong Kanan HEM, PK Kokurikulum, Penyelia Petang dan Guru-Guru Kanan Mata Pelajaran adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan Program Penggangur Bestari berjalan dengan lancar.
2.                  GKMP perlu memastikan setiap ketua panitia dan guru-guru dibawah seliaanya menyediakan bahan atau modul pengajaran yang mencukupi.
3.                  Bahan atau modul pengajaran yang diterima daripada guru-guru hendaklahlah disimpan dengan sebaik-baiknya agar menepati tahap kebolehcapaian dan kesegeraan yang tinggi.
4.                  Mengenalpasti guru yang tidak hadir sama ada kerana bercuti, berkursus, atau menjalankan tugas rasmi lain.
5.                  Mengenalpasti guru pengganti dan mengeluarkan Notis Guru Ganti kepada guru-guru pengganti yang telah ditetapkan.
 
HARAPAN
Kejayaan Program MMI adalah bergantung sejauh mana wujudnya kerjasama dan penglibatan sepenuhnya oleh guru-guru. Program Melindungi Waktu Instruksional perlu menjadi budaya sekolah, iaitu, semua guru dan murid mengetahui apakah peranan mereka sekiranya seseorang guru tidak hadir.
 
Matlamat akhirnya ialah peningkatan prestasi murid dalam peperiksaan dan pada masa yang sama dapat mengurangkan salah laku disiplin khususnya di dalam kelas. Adalah diharapkan Program MMI ini menjadi asas yang kukuh dalam usaha kita meningkatkan prestasi murid dalam pelajaran dan seterusnya dapat meningkatkan kualiti penggunaan masa dalam proses pengajaran dan pembelajaran.